Saturday, April 13, 2013

Photoshoot Artis Tema Vintage Formal !

Salam 1 Aw Aw Aw
hari tu aku dan classmate ada photoshoot untuk yearbook yang bertema Vintage Formal.
hurmmm. aku ni duit pon cukup cukup makan.
tak kan lah nak beli baru semata mata shoot untuk 1 hari je kan?
kau boleh bayangkan tak yang lelaki ber vintage?
tak ke susah mengonggeng aku di buatnya cari idea? hahaha

lepas tu bila kata vintage,
mesti lelaki pakai tali spender. hahaha
aku on tak tahu nak cakap tali apa.
yang ala ala tali bra tu . hahahaha


hah. nampak tak tali tu? biasa je kan?
semua orang macam tu nanti. tak ada kelainan lah
lagi satu mesti ramai pakai baju kot.
tak ada exclusive. hahaha

jadi, dari masalah tu,
godeh punya godeh.
aku jumpa satu gambar ni.


berinspirasikan dari gambar di atas,
aku godeh lah almari aku yang tak seberapa dalam rumah sewa tu,
maka hasilnya, lahirlah Aaron Aziz versi Vintage. muahahaha


actually ada dua gambar yang aku pakai spec mata jugak tapi pendrive aku hilang.
stress kan? gambar ni pon aku curi dari fb aku, nasib sempat upload tau. hahaha
so, dalam tangan aku cuma ada 1 gambar je.

korang jangan tenung peha aku yang menggoda macam Tyra Banks tu,
ternaik nafsu berahi korang aku tak tanggung. muahahaha

baju tu sebenarnya ala ala macam kain lace sikit tau,
tapi disebabkan dah guna camera 360 hilang tak nampak dah. hahaha
tali leher tu aku pon ikat reben je. senang tapi disebabkan tali leher aku tu keras, jadi macam macam gaya dah jadi. hahahahaha
dah beratus kali tanggal tu.

ni photoshoot untuk budak lelaki kelas aku
sebelum tu maaf lah gambar tak jelas.
camera goyang, guna fon sahajoh !


ala ala macam America's Next Top Model Male Version. hahaha
budak laki kelas aku berapa ketul je wey.
hahaha. 

dan ni pulak gambar penuh classmate aku. Vintage Formal :)


macam macam fashion ada. hahaha
korang ambil lah inspirasi dari classmate aku ni.

tapi point of view yang aku nak cakap ni,
especially for guys, sebenarnya boleh je nak fashion vintage dan jimat duit tapi kena pandai olah olah lah.
kalau perempuan senang je, sebab dekat kedai memang dah bersepah kan?
jadi nak berfashion biarlah selamat ok?
pesanan ikhlas dari Rizman Ruzaini dan Hatta Dolmat Couture. hahahaa

:D



PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...