Monday, March 11, 2013

Artis Kepanasan !!!

Salam 1 Aw Aw Aw !
dah lama tak update setelah beberapa entri aku dikecam masyarakat.
mood swing dan down sikit. hahaha
siapa kata nak jadi artis ni senang? hahaha
jadi hari ini aku kembali di arus perdana seni. hahaha.

semalam ramai yang tanya aku, classmate aku especially nya lah.
tanya aku, mana aku cari masa nak update blog. dalam hati aku, dah berzaman aku tak update. hahaha
nampak sangat korang tak baca blog aku ni.
dah lah masing masing stalker. hahaha
dah last sem ni, jangan kata nak update blog, update status dekat fb pon dah jarang. hahaha
*tapi aku sibuk tweet dekat twitter. muahaha*

jadi hari ini aku nak cakap pasal agama, sikit je. jangan ada yang heart attack pulak. hahaha
yelaa. selalu gosip je yang aku letak. tu kan yang korang nak cakap kan? hahaha
bukan apa, aku ni bukanlah banyak sangat amalan agama tapi apa yang aku nak cakap ni lebih kepada persoalan. cewahhh !
hahaha

ok. aku bagi dialog sikit.

A: Panasnya hari ni, berpeluh peluh !
B: Alaaa. ni baru panas dunia, belum panas api neraka.

ok, dari dialog tu, apa yang aku sibuk sangat nak persoalkan? hahaha nampak tak ada gaya mutu dan keunggulan dari segi aku bercakap? hahaha
ramai sangat yang akan cakap macam dialog dekat atas ni kan?
aku tetiba nak buat entri ni sebab hari ni melaka panas wohh. aku rasa macam nak lari ditepi pantai hanya berboxer ala ala baywatch dan terjun di tepi pantai yang ada aircond yang pantai yang dipenuhi ais kiub. wahhhh ! dapat bayangkan tak tahap kesegarannya? hahaha

tapi apa yang aku pelik kenapa ramai yang akan balas 'ni panas dunia, panas neraka lagilah tak terkata' dan seumpamanya. ok. apa yang aku nak perdebatkan adalah.
bila kita kata panas dekat dunia, bukan bermaksud kita kata nak merasa panas neraka tu macam mana. dekat dunia ni kita mencari pahala supaya dapat mengelak dari masuk ke neraka. yang korang cakap macam tu maksudnya korang nak masuk kedalam neraka ke? korang nak cuba rasa panas neraka tu ke? aku tak faham dengan pemikiran otak orang yang tak berfikir sebelum bercakap.
hah ! nampak tak aku dah marah? sila takut. hahaha

dialog yang sepatutnya adalah:

A: Panasnya hari ni, ketiak dah berpeluh masak kuah lemak cili api tapi terlebih masin ni.
B: Alaa, ni baru panas dunia, kau buatlah amalan banyak banyak, nanti dapat duduk dekat syurga yang sejuk tu. Mesti best. Aku pon tak perlulah rasa masak lemak cili api kau tu. hahaha

nampak tak perbezaan dialog yang pertama tadi dengan dialog kedua yang atas ni.
aku tak faham kenapa korang selalu cakap macam dialog pertama tu.
kenapa korang nak bandingkan panas dunia dengan panas neraka? cuba bagi aku 3 sebab munasabah?
korang memang nak merasa ke panas neraka? adakah sekarang ni kita berlatih untuk merasa panas di dunia supaya kita lebih bersedia panas di neraka kelak?
cuba kalau korang try guna dialog yang kedua dekat kawan korang. kan sedap sikit dengarnya. sejuk sikit hati. dah lah panas dengan cuaca yang melanda dunia di tambah pulak jawapan yang lagi panas. ingat tak terbakar ke? hahaha

jadi itulah yang nak aku sampaikan. aku harap korang faham. kalau tak faham apa yang aku tulis sudahlah. tak payah faham. hahahaha
ni cuma pendapat aku sahaja. maaf kalau ada salah silap.
aku ni agama pon bukan tinggi sangat. harap bangunan je 4 tingkat. hahaha

Assalamuaikum :)


PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...