Tuesday, March 5, 2013

Artis Serba Salah !

Salam 1 Aw Aw Aw.
entri dua sebelum ni terpaksa di delete.
hahaha. maaf kepada semua. tak tahu pulak mudah tersebar.

kenapa aku delete?
bukan sebab aku takut dan segala perasaan yang salah.
tapi aku menghormati tindakan orang yang melakukan perkara tersebut.
siapa yang baca, dia fahamlah. yang tak baca tu pura pura faham jelah. hahaha
setiap tindakan yang mereka lakukan mesti ada sebab kan?
mungkin aku silap pandang dari sudut yang lain.

entahlah. sejak dua menjak ni aku mudah nak tweet atau tulis dekat blog atau buat status dekat fb tentang apa yang berlaku sekeliling aku.
tanpa aku sedari orang ramai mula baca dan judge diri aku sendiri.
mungkin orang kata, buat apa nak fikir pasal orang lain kan? fikir pasal diri sendiri dan buat apa yang kita nak tapi aku belum mampu sampai ke tahap tu lagi.

aku dah jarang update status dekat fb,
dekat blog pon asyik cerita pasal diri sendiri je kan.
dekat twitter pulak asyik kata pasal orang lain.
mungkin aku pun akan kurangkan tweet tweet yang pedas untuk bulan ni.
untuk kurangkan kontroversi.

dalam bulan ni, aku akan jaga hati ahli groupmates aku,
ni lah assignment last yang memerlukan segala tenaga dan fikiran yang tenang,
aku tak nak bergaduh atau bermasam muka.
aku akan cuba. tak sampai sebulan je dah nak habis diploma.
aku harap aku dapat melunaskan segala assignment dengan jayanya kali ni.
aku jugak akan kurangkan tweet pasal ahli groups yang macam macam perangai.
kita tak boleh expect orang akan berubah dengan kehendak kita.
so, aku pasrah :)

aku nak minta maaf sangat kepada sesiapa sahaja yang pernah terliba dalam tweet aku. yang aku pernah cerita dekat blog, yang aku pernah update tweet pasal korang.
aku tak tahu kenapa aku serba salah sangat hari ni.
bila aku cerita tu, bukan aku benci, sumpah aku tak benci, tapi aku cuma sedih dan kecewa cara layanan orang sekeliling terhadap aku.  
atau aku je yang terasa benda tu agak bodoh? hurmmm.

aku dapat rasakan ramai yang dah menjauhkan aku.
mungkin aku tak nampak kesalahan aku dan orang lain nampak.
hurmmmm... tinggal sebulan ni je aku nak hidup dekat melaka,
kalau boleh, kalau habis diploma ni, aku tak nak ada orang yang simpan dendam atau sangka buruk atau apa apa jelah pasal aku.

aku nak minta maaf lagi sekali kepada semua sama ada aku pernah buat salah dengan korang atau aku tak nampak kesalahan aku sendiri.
mungkin dalam bulan ni aku akan kurang bercakap sikit, taku orang salah faham dengan apa yang aku cakap.
aku jugak akan kurangkan tweet benda benda yang serius. aku akan tweet benda benda yang remeh je. hahaha
dan sejujurnya dari hati, aku tak pernah berniat mengaibkan sesiapa dalam semua social network aku.
cuma aku expect, benda yang berlaku disekeliling aku mesti ikut apa yang aku nak tapi sebenarnya tak boleh kan? hurmmm.
dah berapa kali aku mengeluh dalam entri ni. hahahahaha

hurmmm. dah nak habis diploma ni, aku akan make sure yang aku tak akan rindu zaman diploma ni sebagaimana yang aku tak pernah rindukan zaman persekolahan aku. mesti tak percaya kan?
tapi itu hakikatnya. aku dah fed up zaman sekolah aku. mungkin zaman diploma akan jadi benda yang sama.

kepada sesiapa yang menjauhkan diri dari aku tu, aku minta maaf atas segala tindakan aku.
tindakan seorang remaja yang mudah memberontak.
maaf sangat.

aku tak tahu nak express kan macam mana lagi tahap kemaafan aku.
tapi sumpah dari hati, aku ikhlas minta maaf.
ada sebulan je lagi aku dengan semua orang yang aku kenal dekat melaka ni.
tak pelah. aku dah penat fikir benda ni semua.

hidup mesti diteruskan kan?
hurmmm. aku undur diri. tunggu next entri yang lebih segar.
hahaha :)

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...