Tuesday, January 1, 2013

Artis Sambut Tahun Baru !!!

Salam 1 Aw Aw Aw.
Selamat Tahun Baru 2013 semuanya !!!
siapa cakap aku tak sambut tahun baru? HAHAHA
setiap orang sambut tahun baru dengan cara berbeza beza kan? jadi entri ni tak ada kaitan dengan agama okey? jangan pautkan sekali okey? Nampak tak aku letak jawapan selamat sekarang. hahaha

lepas maghrib aku dengan azwan cadang nak makan KFC je sebab ada kupon less RM 7.50 sebelum 31 Disember . Tapi tak nak makan dekat Alog Gajah sebab tak sedap sangat, lepas tu nak pergi Cheng tapi lepas tu tiba tiba azwan buat surprise dia terus ke Jusco Melaka wey.
curlass tak makan KFC dekat Jusco? hahahaha

selesai makan kononnya nak berlatih vokal. masa makan tu masing masing dah fikir nak nyanyi lagu apa
tup tap tup tap orang tu kata dah tutup. padahal baru 10 lebih. tak remaja betul kedai karaoke ni. HAHAHA
jadi nak balik awal lagi. sambil pusing pusing dekat Food Avenue tu sebab karaoke tu dekat Food Avenue ye. Jumpa pulak ada kedai jual Durian Crepe . MAHAL SANGAT !!! tapi disebabkan aku ngidam nak makan sangat, share duit dengan azwan. lupa pulak nak cakap yang harga durian crepe tu adlah RM 9.00 untuk 3 pieces. MAHAL kan? cekik darah kan? cekik urat jantung aku tahu tak?
tapi sebab dah lama sangat tak dapat makan. ghedo dan pasgah jelaaa.
nasib sedap. terbayang bayang lagi rasa durian yang empuk dan mencair di mulut. HAHAHA

cerita pasal durian crepe je dah satu perenggan. muahaha. lepas tu kitaorang tengok movie je jalan terakhir.
cerita CZ 12. Jackie Chan tak pernah mengecewakan. dan pada aku perfect. last dia berlakon dalam filem action tau. gilaaaa kau tak tengok? hahaha
BEZZZ ! korang patut tengok selagi masih ada 
lepas habis cerita tu, ada BLOOPERS, bertapa susahnya dia nak buat action tu semua.
hargailah :)

dan lepas tu balik balik balik !
of course lepas tahun baru, mesti banyak mat mat ghempit ...yang tak ghempit pon ada. bila dekat traffic light tu penuh dengan motor. sumpah cuak kau.aku ni dah lah anak mithali yang tak pernah kelur sampai lewat dekat rumah. dekat sini hantu. hahaha. seronok gilaaa sebab 1st time penuh dengan mat mat motor terasa macam dalam drama dan filem filem tu. jauh tak imaginasi kanak kanak aku? hahahaha
lepas tu ada roadblock. aku dengan azwan dah gelabah gajah. hahaha
tapi agaknya nampak aku ni macam baik, jadi kitaorang dibenarkan terusssssssssssss je.
hahaha. masa tu kitaorang cakap, balik ni kena solat isyak ni. tanda syukur. hahaha.
masa tu dah lah masing masing pakai seluar pendek je. yelaaaa ingatkan nak makan KFC dekat cheng je.
aku tak boleh nak upload gambar. aurat. muahaha

dan sampai rumah terus solat dan terbongkang terkangkang :)

apa apa pon cara sambutan tahun baru kita. kita harus bersyukur masih diberi nafas lagi untuk merasai lagi berpijak di dunia sementara ni.
apa apa pon azam korang untuk tahun ni, semoga terus berjaya untuk usahakannya.
aku pon dah lupa azam 2012 aku. muahaha.
azam 2013 aku adalah aku nak grad on time dan tunjukkan dekat semua orang yang aku berjaya jugak
In Shaa Allah.

dah. aku nak masak maggi ni
cauuuuuuuuuu :)

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...