Tuesday, October 8, 2013

Misi Degree Artis !

Salam 1 Aw Aw Aw !
hari ni aku kembali.
beberapa hari lepas sibuk gila okeys. hahahaha
kalau tak sibuk pon, penat sangat
kadang kadang penat sebab tak buat apa sangat.
hahaha. nampak tak permainan aku?

jadi hari ni aku nak update pasal aku.
tak suka? sila butang pangkah dekat kanan atas tu.

Kali ni aku nak cerita Misi aku untuk semester ni.
ada beberapa agenda je. Apa kau ingat PM je ada agenda untuk pembangunan negara?
kita pon kena ada agenda sendiri okey.


Misi 1: Kurangkan Sentap !

Siapa yang kenal aku, mesti akan tahu yang aku ni kuat sentap. hahaha
kejap. ada yang tak tahu apa itu sentap? dalam bahasa kamus ialah cepat merajuk dan kecik hati.
hahaha. masa diploma dulu memang kuat punya kuat lah.
hahahha
yelaaaahhh. aku ni dah lah orang kampung + anak bongsu + tak pernah duduk asrama = Cari X . hahaha
jadi hati tu mudah terasa.
setakat ni, Alhamdulillah untuk sebulan. Orang pergi sambut birthday tak ajak aku, orang pergi dinner tak ajak aku padahal cakap dengan orang lain tu depan mata aku je, take pictures tak ajak even aku yang kena ambikkan gambar tahu?, hahaha, pergi jalan jalan tak ajak, pergi dan buat apa sekalipun tak tanya or tak ajak aku pon dalam sebulan ni, aku okey sahaja. hahaha
kalau dulu sentap je tweet and then orang tu terasa, dia pon ikut tweet jugak. hahaha
sekarang aku tak kisah sangat. aku kena belajar berdikari, pergi kelas seorang diri, balik kelas seorang diri. kadang kadang pergi kelas dengan Amir kalau ada jadual yang sama.
Aku malas nak ambik kisah. orang tak PERNAH terfikir untuk kau, kenapa kau nak susah payah fikir pasal orang lain kan? so aku cool dan tak perlu nak terasa hati sangat. dah 21 tahun katanya walaupun belum cukup. hahaha :)
dan aku kata KURANG bukan BUANG ye? hahahaha


Misi 2: Cuba Memuaskan Semua Pihak !

Bohonglah kalau aku tak penat nak puaskan hati semua orang dan semua pihak tapi aku fikir, kalau kita buat baik dekat orang, satu hari nanti akan ada orang tolong aku.
aku takut suatu hari nanti tak ada orang nak tolong aku.
Jadi kalau orang ajak aku kesana sini, tolong itu ini, aku akan cuba buat. Bukan sebab nak tunjuk baik ke apa tapi kalau aku mampu buat aku akan tolong buat dan ikut kemana.
Aku suka dan tenang bila orang sekeliling aku dapat aku tolong dan ikut apa yang diaorang hajati walaupun penat kadang kadang. Penat tau asyik nak jaga hati orang tapi hati aku ni tak pernah ada orang kisah.


tak pelah. Allah ada jaga hati aku Insyallah.


Misi 3: Kurangkan Cari Gaduh di Laman Sosial !

Aku ni jenis main lepas je nak tweet apa apa pon
tu yang ada kenangan pahit masa diploma dulu. hahaha
jadi masa degree ni, aku aplikasikan apa yang Azwan cadang iaitu tweet benda merepek. hahaha
tapi dalam masa sebulan ni adalah dalam 10 tweet yang cari gaduh sebenarnya. hahaha
tapi sometimes, limit sabar kau tu dah tak ada tahu tak? hahaha
okeylah tu kan dalam sebulan ada 10 je. kalau diploma tu, 10 tweet cari gaduh tu untuk satu hari tau. hahaha
tapi sekarang dah kurang.


Misi 4: TABAH !

Yang ini aku belum mampu laksanakan lagi.
luaran orang nampak tabah,
tapi sampai bilik, baring hadap dinding lepas tu nangis. hahaha
konon nak jaga muka depan roommates, aku tak tahu roommates aku perasan ke tak.
selagi mereka tak tanya. aku tak kisah. hahaha


4 comments:

  1. Bab sentap tu x tahan tu. kahkahkah, btw SM done follow sini, jemput singgah ke blog kalau sudi :)

    ReplyDelete
  2. Jemput singgah ke entry pertama saya :) http://wallawaniey.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. jalan2..:)
    http://nuurjana.blogspot.com/2013/10/sibu-sibu.html

    ReplyDelete

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...