Komen, Kritikan dan Pujian Anugerah Planet Muzik 2013 ( APM2013 ) !

Salam 1 Aw Aw Aw
macam biasa, siapa yang tengok TV, mesti tahu pasal APM2013 kan?
tapi ramai jugak yang tak tengok sebab tengok bola kelantan, kampung girl episod akhir, super spontan dan macam macamlah.
tapi sebagai pelajar broadcasting, hahahahaha. perasan gila okay !
aku nak buat reviewlah sikit pasal anugerah ni
sebab kejap lagi aku dah balik shah alam dan sampai sana malam dan aku kepenatan dan aku terbongkang terus. hahaha

jadi dalam masa yang seciput ni, aku updatelah sikit
review ni cuma pendapat aku,
kalau ada yang tak sedap dibaca harap maaf,
minta maaf awal awal tau. hahaha

1. Pentas yang sangat lawa dan besar ! macam ni lah baru pentas anugerah ! antara pentas yang lawa untuk APM adalah dekat Indonesia dulu tu yang ala ala bentuk bertingkat tu. Aku puji yang ni.

2. Sistem audio. kali ni tak ada masalah, semua okay. sebab sebelum ni, APM memang tak sah kalau ada masalah audio. yang aku paling ingat dulu Siti ada buat persembahan, tak keluar suara dan tersangkut sangkut pulak tu. sakit hati

3. Kali ni masalah dekat paparan skrin pencalonan. 2 kali weyh tak keluar. Nasib penyampai anugerah pandai cover. Aznil sampai menyindir. hahaha

4. Aku ingat lagi dulu, piala APM ni bentuk kaca/kristal kalau tak silap aku sampai tergolek glob bumi tu. hahaha. sangat memalukan okay. sekarang dah pakai yang besi/platinum/aluminium ke aku tak tahu yang mana satu. hahaha. aku rasa tahun lepas guna yang besi ni jugak kan?

5. Masa nak umumkan nama pemenang tu, glob plastik yang ada nama pemenang tu susah nak bukak. ketat sangat. korang ni pon satu, bukan semua jantan sangat nak bukak benda tu. Sampai Siti Nurhaliza terpaksa panggil AC Mizal tolong bukakkan, memalukan untuk award yang besar macam tu walaupun nampak lawak sebenarnya, macam award dekat sekolah je.

6. Host untuk APM 2013 kali ni sangat menarik. tak membosankan walau meleret sikit. tak annoying sangat. Siap ada censored lagi tau. ! hahaha. Masa tu host tengah cakap pasal Shahrini yang dianggap sebagai simbol seks. Korang ni dah tahu kalau skrip tu kena censored, janganlah disebut langsung, banyak lagi nak described si Shahrini tu. lepas tu pulak Ac Mizal cakap saksefon (aku tak tahu nak eja, nak google malas. hahaha) dan ofcourse lah orang tahu apa yang di censored sebelum ni. Please script writer, alert sikit. hahaha

7. Camera shot, ada yang lawa ada yang ntah apa apa, tetiba camera goyang lah, shot sembarang je. tak kan orang dalam main pilih je shot tu? itu aku tak faham

8. Opening yang memberangsangkan, satu lagu je lepas tu host sambung buat opening speech. walaupun cliche, tapi nilah yang ok. aku tak suka opening sampai 3 - 4 lagu lepas tu terus iklan. ni gila ! Walaupun opening lagu korea yang tak berapa nak korea, ok jugak tu.

9. Masa penyampaian award, Rossa, gatal gilaaaaaaaaaa okey dengan Mike Kassem tu ! siap gosok gosok bahu segala bagai. NO NEED AT ALL ! lepas tu buat suara yang menggairahkan . euwwwwww. Sangat tak elok, tu cara award luar negara bolehlah buat, orang tak kisah pon !

10. Masa penyampaian award jugak, bosan gila okay penyampai buat buat berbual dekat atas pentas tu. Boleh tak korang cakap pasal benda lain. Contoh: Anugerah Lagu Serantau Popular, korang cakap lah siapa je pernah yang dapat award tu. at least penonton boleh recall balik siapa yang menang instead of korang merepek puji baju lah, buat lawak bangang lah, oppa oppa atas pentas, sangat annoying.

11. Persembahan, aku rasa atas pentas tu macam konsert dari artis malaysia je. hahaha.  kata anugerah 3 negara? yang nyanyi ulang ulang dari indonesia cuma Judika je sedangkan BERLAMBAK penyanyi dari Indonesia, kalau singapura pulak, 2, 3 ketul je. Paling tak logik lagu Rilek brader dengan Rembau Most Wanted ! korang faham konsep tak? aku tahu muzik tu universal tapi jangan orang anggap ni anugerah  racist. Kau ingat semua orang faham ke? aku sendiri tak dengar dengan jelas apa yang waris tu nyanyi, microfon tu dekat sangat dengan mulut macam nak telan !.Sorang nyanyi satu lagu sudahlah, panggil artis lain pulak. ni ulang ulang je. Macam mana negara lain nak kenal penyanyi lain? Biarlah seimbang sikit.

12. Stacy dah macam jelmaan Miley Cyrus masa buat persembahan, dengan rambut yang sebiji Miley. Yang Altimet pulak dah macam Pitbull. sebiji okay. hahaha

13. Setakat ni, tak ada orang kecoh pulak tak puas hati dengan para pemenang malam tadi. okay je walaupun Agnes Monica dan Yuna yang merupakan artis antarabangsa tak menang satu anugerah pon. Agak sedih jugak.

14. Aku puji sesetengah artis Indonesia yang mengangkat batik diaorang ke tahap yang lebih baik. Maksud aku, artis malaysia baju kalau boleh singkat sampai peha macam Adira tapi belakang kain labuh tutup, ni fesyen orang gila namanya. hahaha. Macam Citra tu, siap buat dress dari batik dan Agnes Monica sendiri, mostly dalam music video dia, dia akan selitkan satu pakaian dia yang dipakai adalah dari batik Indonesia. Macam Awi Rafael pulak, kalau tak silap aku ada sekali tu dia pakai blazer songket warna merah kalau tak silap akulah, macam pakai perempan punya ! dengan ketatnya, singkat pulak tu. tak sesuai langsung ! 

15. Penutup pon cukup gempak sebab menggandingkan Amy Search dengan Bunkface. Bersemangat gila. Jadi mood APM tu tak jatuh.

Overall ! APM 2013 ni lebih baik dari APM 2012.
banyak yang buat pujian sebenarnya.
Tahniah tenaga kerja APM 2013 buat yang lebih baik untuk tahun akan datang
bukan senang nak uruskan award yang berskala besar dan secara live :)

Salah silap harap maaf
mana yang baik di ambik yang buruk di buang :)
Chiawwww~~ 

1 comment:

  1. tak tengok la pulak. :) tp pasal artis indonesia punya dress memang ok juga kekadang sebab dorang kan suka pakai baju tradisi sprti batik la..:) betul dak ? hihi
    sbagai pandangan sje klau slap jgn mrh.

    ReplyDelete

Blog Copyright : Hafiz Jauhari. Blog Design by Sabrina Tajudin. Powered by Blogger.