Artis Muncul Semula 11.0 !

Salam 1 Aw Aw Aw !
tajuk entri tak boleh blah. hahaha.
aku tak tahu nak letak tajuk apa sebenarnya.
entri last aku seminggu lepas atau 2 minggu lepas kalau tak silap aku *malas nak tengok last entri. hahaha*
sumpah rindu nak tulis blog ni.
masih ada yang baca ke? kalau ada angkat kening kanan 5 minit ! hahaha

lepas cuti seminggu tu esaimen tu terus bersusun.
hari ni baru aku dapat update.
aku tak tahu macam mana senior aku yang sama sekolah dan sekarang sama course,
boleh update blog dia hari hari.
hahaha. adore gila sebab boleh curi masa untuk update blog segala bagai.
aku ? hangat hangat tahi lembu sikit. sekejap rajin sekejap hampeh. hahaha
atau emosi tengah kacau gila baru aku terkedek kedek bawak bontot nak update.

sebenarnya aku baru bangun tidur ni *tarikh masa ayat ini ditulis pukul 9.42 pm*,
pukul 8 tadi tidur sekejap.
kepala berat sangat sebab edit dan tambah sikit dialog untuk skrip drama radio Puteri Saadong.
cerita lagenda negeri kelantan. Seumur hidup aku, kali pertama dengar. ahahaha
dah lah nama tak komersial. huhuhu
jadi aku betulkan dari petang sampai ke maghrib.
bila aku baca balik, aku menangis sendiri.
sebab terlalu menghayati cerita puteri saadong ni.
cerita dia banyak version dan group aku buat ubah sana sini sikit
tokok tambah sana sikit. 
kreativiti kateko !

banyak cerita aku nak kongsi ni.
untuk entri hari ini, aku update secara random apa yang aku dah lalui.
ada benda aku share dengan kengkawan aku
tapi sometimes, aku lebih puas cerita dekat blog sebab hati aku macam lepas sikit.

1. Jumaat kelmarin ni aku ambik kuiz online german dan markah aku 2.5/5 percent je weyh.
kau tak rasa aku ni macam bodoh sangat ke?
hurmmm. yup aku mengaku yang aku ni untuk belajar bahasa memang lemah sikit weyh.
sangat lemah.
untuk dua hari ni lepas aku memang down gila.
aku kena cover balik markah tu.
lecturer german tu dah lah sangat garang okay.
tu dah satu stress, kuiz segala bagai.
aku kena bangun cepat kalau tak aku akan tertinggal dengan kawan aku yang lain.
seriously untuk subjek 3rd language ni.

2. Aku rindu mak aku. hahahaha. aku tak tahu kenapa dekat uitm shah alam ni,
aku sangat lemah, sangat lemah walaupun dari luaran nampak aku kuat. kuat dari segi mengawal emosi dan berlagak tak ada apa berlaku.
dah lah nanti aku konvo tak ada orang yang datang tengok nanti.
sumpah itu paling sedih dalam hidup aku.
semua tak kisah pon pasal konvo aku.
mak aku memang tak boleh datang sebab sakit.
abah aku pulak tak kan datang seorang diri.
dah tua katakan.
aku senasib dengan azwan.
sumpah sekarang aku nak peluk mak aku.
kadang kadang aku fikir, kalau mak aku dah tak ada nanti, aku nak peluk siapa?
siapa yang dengar aku menangis sebab orang kutuk aku?
siapa yang dengar aku mengadu kalau aku jawab exam teruk?
siapa yang nak ajar aku masak?
sumpah aku tak bersedia apa pon.
tetiba jadi entri emosi pulak. hahaha

3. orang yang aku pernah suka, orang aku pernah couple, orang yang pernah aku crush, orang yang cinta dan yang sekutu dengannyalah. hahaha
dah berbahagia sekarang. rasa sedih pon ada rasa gembira pon ada.
bukan aku tak move on okays tapi mereka mereka semua ni pernah jadi sejarah dalam kehidupan aku
pepatah kata, *rasa macam buat karangan SPM pulak. hahaha* kita perlu melihat sejarah lepas kalau tak nak ianya berulang kembali pada masa akan datang. betul tak?
orang yang aku pernah cinta bagai nak rak sekarang dah tunang, kelakar jugak cinta masa sekolah menengah dulu. hahaha. kalau mak aku baca ni, mahu dia kejar aku satu kampung. hahaha
lepas tu ada jugak yang letak gambar profile dengan pasangan masing masing dekat whatsapp semua.
pantasnya dia ni move on? hahaha. 
kadang terasa hina weyh kau single, rasa kosong tapi bila couple kau pulak macam tak boleh nak bagi komitmen, kes aku ni memang lain sikit. hahaha
jadi lebih baik single lepas tu tiap masa dengar lagu sedih seorang diri.
lepas tu meroyan dalam blog sendiri. bapak tak ada life langsung ! hahaha
tak kisahlah. aku ucapkan semua orang yang pernah aku suka secara halal atau haram *ayat general je, suka tu merangkumi segala galanya lah ye cinta  dll, tak kan aku nak taip semua kan?*
aku ucapkan korang bahagia tau ! 
doakan aku bahagia sekali walaupun single. hahaha
peacee yawww 

4.  hah. aku nak cerita pasal kawan, tapi jemu lah.
ulang ulang macam tu jugak.
perangai macam apa, 
tapi yang aku sedih sangat, bila aku macam pre - demam hari tu,
tak ada orang kisah pon.
inilah hidup bila sakit tak ada orang kisah.
aku pulak kisahkan hidup orang.
tapi aku thanks dekat amir sebab dia sorang je yang kisah dekat aku.
suruh makan panadol dan suruh rehat banyak2
orang lain? hampeh.
ni lah payahnya tak ada bestfriends. 
kadang kadang aku benci tengok tv dan baca novel sebab seorang watak tu akan ada bestfriend dalam keadaan dia susah atau senang tapi dlm realitinya tak ada. ZERO !
aku diri aku sendiri yang bermasalah sampai tak ada orang nak jadi bff aku?
orang yang aku anggap sebagai bestfriend pulak tak pernah anggap aku bestfriend
macam mana tu? hahaha
kadang kadang sedih jugak bila pergi class sendiri, balik class sendiri,
dalam class sendiri. tak tahu nak share dengan siapa pasal diri sendiri.

sebenarnya kalau nak cerita pasal aku je sendiri,
memang tak cukup satu entri ni. hahaha
tunggu lah aku keluarkan satu buku.
hahahaha

kalau ada terasa dengan entri ni
sorry okay.
aku tulis apa yang aku rasa tanpa fikir apa yang orang lain rasa 
sebab penat tahan seorang diri .

jumpa esok kalau sempat okay? esok aku buat entri lain bukan pasal diri sendiri. hahaha
chiawwww semua ! :)


No comments:

Blog Copyright : Hafiz Jauhari. Blog Design by Sabrina Tajudin. Powered by Blogger.