Saturday, September 14, 2013

Artis Sambung Degree !!!

Salam 1 Aw Aw Aw !
Hafiz Jauhari kini kembaliiiiiiii sepenuhnya.
aku ingatkan nak buat entri happy sebelum ni dan entri official tapi selepas apa yang menimpa aku sangat teruk dan tak ada orang aku nak share so, ada entri teaser lah kononnya yang sebelum ni tu. hahaha
jadi nak start dari mana yup?

Secara officialnya aku dah jadi student UiTM Shah Alam,
dulu masa dekat Melaka nak sangat sambung dekat Shah Alam,
tapi lepas seminggu dekat sini, seriously nak balik Melaka semula. hahaha
1st week je dah macam macam jadi,
tamparan yang sangat hebat untuk aku weyh !
yelaaaa, budak kampung masuk bandar yang hectic gila dengan perangai manusia yang jauh berganda dari Melaka. yeah ! this is life. Life gonna changing.
Duduk bandar maju ni kena lah speaking sikit. hahaha

Gosip Pertama : Kecoh dengan kawan kawan terdekat aku yang aku tak sebilik dengan Azwan. Katanya ada masalah dan ianya disebabkan perangai aku. Hello, kau tak pernah serumah dan even sebilik dengan aku pon, so jangan nak buat tuduhan melulu okays? Tulah manusia, ada mulut bukannya nak tanya, jangan nak assume tak tentu pasal. Aku tak sebilik dengan Azwan sebab Kiteotang memang tak da janji apa apa pon. Lagipon azwan nak daftar awal pagi dan aku daftar tengahari sebab aku bertolak dari Johor pagi buta dan hari yang sama untuk pendaftaran. So, memang tak boleh lah kan nak satu bilik ? Aku pon suka roommates dengan orang lain dan course lain. Buatkan otak aku ni berkembang sikit. tak delah asyik sebilik dengan course yang sama je. Bosan jugak weyh. hahaha. Dari masa diploma lagi roommates aku semua macam macam course. Seronok dapat dengar pandangan dari pelbagai course. Pasal roommates baru ni nanti aku cerita entri lain :)

Gosip Kedua: Pasal Wifi ! Aku hangin dengan MPP sebab hari tu aku tanya Wifi dekat kolej okey ke tidak sebab aku malas nak buat broadband dan dengan bangganya MPP kata Wifi kolej sangat strong dekat kolej lelaki. Tapi sampai je, kena daftar online dulu, Weyh ! kau sendiri dah tak ada internet and how come kau nak daftar online wifi uitm ? tell me? hahaha. Memanglah aku guna Blackberry tapi kau kena, BB aku ni dah bertukar tangan dan sebelum ni dah banyak kali Alzheimer dan Diarrhea phone ni. hahaha. Nasib aku boleh daftar guna smartphone roommate baru walaupun agak kekok di situ ye. hahaha. 
Dan sekarang aku guna wifi kolej lah ni. Walaupun lembab tahap kerang merangkak, aku gigihkan diri update blog. hahaha. Dan aku cadang nak beli broadband, slow gila weyh, aku nak buat esaimen achano? 

Gosip Ketiga : Sila rujuk entri sebelum entri yang ini. hahaha. kalau malas nak scroll, tekan SINI
Ingatkan nak letak sekali dalam ni tapi entri tu terpaksa di buat entri khas sebab gila babeng punya entri.

Dua orang yang aku rujuk dalam aku belajar ni adalah orang pertama Azwan Kimori sebab kalau kau ada masalah dalaman, masalah hati, masalah gosip, sesi menangis, sesi adu mengadu, masalah keluarga, masalah seharian, masalah remaja pelik macam aku ni, gaduh mulut/badan dengan orang, sharing rahsia story, aku akan jumpa Azwan. hahaha. Rindu gila dengan Pillow Talk yang kiteorang buat masa diploma dulu. Huarghhhh !!!

Tapi kalau masalah pelajaran, masalah down dalam pencarian ilmu, dan pemantapan semangat serta kata kata motivasi, aku akan cari Amir Farhan. hahaha.
Amir ni sesuai jadi fasilitator, dia ni kalau cakap tak ada nak alas alas surat khabar ke tikar ke tak ada, dia hembus je apa yang nak cakap. hahaha
Sebab tu aku suka cakap dia, selalu jugak kena marah sebab aku ni lembik sangat sebab mudah dan cepat lemah semangat in everything aku buat.
aku ada cakap aku rindu dengan kehidupan Melaka, dia terus bash aku weyh ! Dia cakap, aku tak akan move on sampai bila bila kalau aku asyik bandingkan Shah Alam dengan Melaka.
Shah Alam adalah kehidupan baru dan kau kena bukak buku baru dan bukan buku sambungan dari Melaka.
Betul jugak apa yang dia cakap. So, sesiapa yang ada masalah jumpalah Amir. huhuhu

Gosip Keempat : Seminggu kelas dah berlalu. Macam macam berlaku, Masa diploma kau disuap dengan manja dan Degree ni kau yang kena cari makanan tu sendiri, macam mana caranya sekalipun kalau kau nak teruskan hidup. Kalau 1st week diploma kau menangis, 1st week degree kau meraung. Apa yang aku cakap tak mewakili mana mana lelaki atau perempuan tapi mewakili diri aku sendiri, apa yang aku alami. Nak pergi kelas tu naik tangga dia memang azab weyh ! Peha aku ni sampai kejang. Biasalah 5 bulan duduk rumah cuma masak, makan, online, tengok tv, tidur dan sekali kau kena naik tangga tu, kaki kau memang culture shock lah jawabnya. hahahaha.  


nah muka budak degree yang kuat nangis macam perempuan, hati lembik, pergi kelas jalan kaki, muka serabai, gemuk, homesick, sendu, sorang diri dalam bilik, senyuman Aaron Aziz #eh? hahaha


Btw doakan aku dapat JPA please :(
Chiawwwwww ~~~~ :)

No comments:

Post a Comment

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...