Sambutan Aidilfitri Artis Part 2 !

Salam 1 Aw Aw Aw !
hari baru dapat update blog. sebenarnya nak update khamis minggu lepas tapi tak sempat sebab beraya sampai malam, sampai rumah dah terbongkang. hahaha
jumaat sabtu ahad pulak mak aku masuk hospital, so aku kena berjaga.
isnin pulak prepare makanan untuk marhaban dan aku pergi marhaban.
hari selasa pulak, aku sibuk baca cerpen. hahaha. terbukak blog orang. aku bacalah cerpen tu sampai pukul 3 pagi tadi. sambung pulak pukul 4 petang tadi sampai sampai maghrib.
cerpen bersambung. tapi tinggal satu part je aku tak baca lagi sebab nak fokus cerita Cinta Jannah. gitchuu !
hahaha

nampak tak bertapa sibuknya aku? hahaha
kali ni aku nak share kawan aku datang beraya rumah aku dan aku pergi beraya sambil cerita sikit kenangan kenangan yang aku ada. kadang kadang rasa skema pon ada.
aku pon dah rasa hilang rentak tulis blog ni. rasa macam gaya gaya pakcik pakcik tulis blog pulak -__-"
tapi tak kisahlah. kalau nak baca silakan. kalau tak nak pon tak apa.
saja nak buat share share. :)



aku sebenarnya malas nak edit edit. 
leceh. banyak kerja. jadi nilah gambar yang boleh tahan nampak muka sudahlah kan? hahaha

gambar pertama dengan kedua tu sama je tapi yang pertama tu ada muka aku. hahaha
yang kedua tak ada, so aku kena upload kedua duanya sekali.
nampak tak tahap kecemburuan aku. hahaha

okey, aku kenalkan korang kawan aku walaupun korang tak nak tahu pon kan? hahaha.
guna gambar kedua ok?
dari kiri yang atas adalah Azah Sarman, Anasuhah, Hidayah.
dari kiri bawah adalah Zakaria, Syahmi, Naim dan Badrul Hisham.

Apa yang mampu aku cakap, semua dah berubah dari segi fizikal, emosi, tingkah laku dan pakaian.
gitchuuu. aku kalau beraya semua aspek aku tengok tau. jangan memain !
hahaha
btw, sesi beraya ni hari khamis yang aku cakap mula mula tadi. 

Azah tu aku tak rapat sangat, just gitu gitu tapi aku suka dia sebab ceria memanjang, kerja ketawa je. apa yang aku tengok dia hari tu, sama je, tak berubah. hahaha
dia sekarang dah jadi nurse. tengah tunggu tempat kerja kot aku pon lupa. hahaha

Kalau Anasuhah dan Hidayah tu dah berubah dari segi pergaulan dan pakaian. Dah pakai stokin sepanjang masa, tudung labuh, pakai stokin tangan, which is a good tranformation.
Hidayah tu adalah makcik kepada Anasuhah tu tapi sama umur. dari tadika sampai lah ke univerisiti ni satu sekolah satu universiti satu kelas satu fakulti satu malysia. hahaha
Anasuhah tu MPP dekat UTM Skudai, Hidayah aku tak tahu. hahaha. diaorang ni dalam bidang biologi.
dekat sekolah pon Anasuhah tu adalah debat sekolah dan ketua pengawas dan pelajar terbaik SPM 2009 batch aku. apa yang aku ingat sangat pasal ketawa dia. hahaha.kalau dia ketawa, tak serupa perempuan langsung. hahaha. tapi sekarang ketawa pon cover cover. rindu nak dengar dia gelak gelak macam tu.
lagi satu perangai yang dia tak berubah sampai sekarang adalah gila kamera.
mana ada camera disitu ada muka dia. serius weh ! hahaha
Hidayah pulak garang sikit orangnya wey. aku pernah kena marah dengan masa dekat sekolah.
bapak takut aku ! hahaha
 Ana, Hidayah, dengan Zakaria dan aku dan Sofia pernah pergi kursus English  felda dekat kelana jaya dulu lepas SPM. bulan 1 sampai bulan 3. Sofia tak ada dalam gambar. hahaha. 
kalau Azah tu. betul betul lepas SPM sampai lah sekarang tak pernah jumpa langsung walaupun sekali.
gila hebat kan? hahaha

ok. Zakaria pulak. Orang yang paling aku rindu dan aku sayang gila lah weh ! as a friend lah.
dari tingkatan 1 sampailah tingkatan 5, dialah kawan hidup dan mati aku. dialah hero dan dialah idola sepanjang zaman. kitaorang panggil dia Kaya, tapi dia perasan suruh orang panggil dia Zack, geli gila kan? hahaha
mostly masa aku dekat sekolah adalah dengan dia. banyak gila kenangan aku dengan dia. sangat rindu dengan dia. rasa nak pelok pelok je tapi nanti awkward moment pulak kan? haha
sepanjang tiga tahun ni, pernah jumpa jumpa kejap tu pon tak sampai 5 kali dan tu pon sampai 5 minit pon berbual. hahaha. masing masing sibuk kan? ditambah pulak aku dah pindah rumah ni.
paling aku ingat, kerja sekolah aku dari form 1 sampai form 5, 90% adalah aku tiru dia. hahaha. 10% tu ada yang aku buat sendiri dan ada tiru orang lain. muahahahhahahahaha.
terus terang aku cakap yang aku ni bukan golongan pandai. dia sangat pandai okay. top student. 
macam macamlah kenangan aku dengan dia, tak cukup aku nak tulis dekat sini. hahaha
beraya satu hari dengan sangat imbau kenangan. dia ni pon dekat UTM Skudai. tapi dia kimia. kimia apa pon aku tak ingat. hah ! nampak tak tahap kepandaian dia? hahaha

syahmi ni kawan masa sekolah rendah. suka mengusik aku. tarik telinga aku lah tarik hidunglah.
stress weyh. hahaha. dia kelas pertama sama dengan Kaya, Ana, Hidayah dengan Azah kalau tak silap akulah. aku kelas kedua masa sekolah rendah dulu. jadi si syahmi ni suka kacau aku masa waktu rehat atau kalau ada masa dialah. hahaha. ingat lagi aku panggil dia monyet dulu masa sekolah rendah. hahaha
sekarang ni dia ambil course sains dekat UIAM.
mak dia ni pulak Cikgu Matametik kelas aku . GARANG !. dah lah aku ni memang double triple major loser dengan matametik sampai sekarang. dalam adik beradik aku, akulah yang paling lembab matametik ni. SPM pon dapat C. nampak tak? hahaha ok. rasa nak nangis sekarang. haha

Next, Naim. ni pon BFF aku. dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. tapi masa sekolah rendah aku satu kelas dengan dia. Kiteorang berdua jelah kemana mana masa sekolah rendah. 
masa sekolah menengah pulak, aku dengan Kaya. Syahmi tu pindah sekolah. Tapi luar kelas masa sekolah menengah, aku dengan naim lah. Kiteorang berdua ni waktu rehat, mesti keluar makan tak kisahlah kerja sekolah tak siap ke, ada exam ke, ada ribut ke ada apa, mesti keluar rehat. hahaha.
tu sebabnya badan aku kembang kembang selalu masa sekolah. hahaha.
sebelum raya pernah jugak hang out dengan naim dan orang orang lain jugak.
so, rindu tu tak menebal sangat walaupun rindu jugak sebab selalu masa sekolah menengah dengan dia je kan. hahaha

Selain Kaya, Naim, Badrul atau aku panggil Babad, dia ni pon one of my bestfren.
dia ni kelakar orangnya. korang patut dengar dia gelak. buruk benor rupanya tapi tulah yang kelakar pasal dia. orang gelak sikit, dia gelak setahun. hahaha.

lepas beraya rumah aku, pergi beraya classmate aku yang lain. Babad dah chow pergi beraya dengan kawan form 6 dia. Naim jelah terpaksa beraya rumah classmate kiteorang. hahaha


malas nak edit. rumah fauzan. orangnya baju putih paling kecik. tak rapat. hahaha


malas nak edit. rumah saiful tapi org panggil dia susuk. hahaha. tak rapat. hahaha.

actually masa beraya ni dan kali pertama jumpa dekat rumah. sangat awkward. macam tak pernah berjumpa. macam baru nak berkenalan semula. banyak diam. tak banyak topik.
tanya sepatah jawab sepatah. otak blank. 
aku ni jenis kalau tak jumpa orang lebih dari 3 bulan ke atas, aku macam awkward nak bercakap sebab macam tak selesa. tapi lama lama okeyhlah.

sepanjang beraya dan jalan jalan tu, aku terpaksa ubah suasana supaya tak awkward sangat, buat lawak bangang, buat macam macam lah.
lepas tu dah okey semula. lepas tu aku terfikir yang aku ni tak ada perubahan macam orang lain.
sama je dari sekolah sampai dah habis diploma ni.
orang lain macam macam perubahan. hahaha.
tapi aku seronok kali ni. sangat seronok jumpa korang semula. 
rasa sebak pon ada. hahaha.
korang kena faham yang aku ni jiwa sensitip sikit.

kadang kadang aku terfikir,
tak sabar nak tengok kawan kawan yang aku kenal ni semua tak kisahlah dari zaman apa pon untuk berkahwin sebab aku tak sabar nak beli hadiah. hahaha
sampul lawa lawa. nak tengok pasangan masing masing.
nak tengok kawan yang dulu dulu gila dan akhirnya kahwin. hahahaha
aku ni berfantasi lebih sikit. hahaha

dah dah dah !

dua rumah je sempat. hahaha. lepas tu aku. azah. syahmi. naim dan kaya pergi tengok wayang dekat Heritage Mall kota tinggi tengok cerita Percy Jackson. not badlah cerita dia. okay je bagi aku. hahaha.
sempat berposing merepek sementara nak masuk hall. hahaha



lepas tu makan malam sekejap.
lepas tu berpisah.
tak tahu bila akan bertemu kembali.
tak tahu bila akan gelak bersama.
tak tahu bila masa bawa kembali kenangan.
tak tahu bila...

sedap tak puisi aku? A Samad Said pon menangis baca tau. hahaha
bakal merindui korang semua !
*hugs*

ps: jangan tegur kenaikan berat badan aku walaupun bulan puasa hari tu turun 5 KG sampai raya ketiga aku tak makan nasi tau. bayangkan aku tak makan ketupat ! BAYANGKAN !
dan tak makan nasi berat badan aku macam diatas. cuba kalau makan? mahu tak menangis nak masuk degree nanti? hahaha






No comments:

Blog Copyright : Hafiz Jauhari. Blog Design by Sabrina Tajudin. Powered by Blogger.