Review Konsert Siti Nurhaliza Bersama Orkestra di Dewan Filharmonik Petronas !

Salam 1 Aw Aw Aw,
aku dah lama sebenarnya nak update pasal review ni tapi sejak bulan puasa ni sibuk luar biasa dari hari biasa tau.
kerja aku lagi teruk kalah bibik seberang yang harga beribu riban tu.
please dato' atau datin lantik saya saya sebagai anak angkat. muahahaha.
okay ! dah mengarut ni !

sabtu lepas, siapa peminat Siti Nurhaliza mesti tahu yang beliau ada buat konsert bersama orkestra dekat Dewan Filharmonik Petronas.
okay. 1st time aku pergi DFP tu. aku bayangkan besar macam Istana Budaya sikit dan besar tapi sebenarnya kecik je. Sebenarnya logik jugak sebab tak kan dekat dalam KLCC tu kau nak letak bangunan sebesar Istana Budaya dalam tu kan? hahaha. maaflah. aku ni orang kampung sikit. muahaha

abang aku sempat tangkap gambar masa para orkestra tengah prepare alat muzik.
sebenarnya kiteorang cuak jugak sama ada boleh ke tidak nak ambil gambar tau tapi dengan rasa konfiden dan perasaan was was , SNAP ! hahaha
lepas tu gelabah bontot kena suluh laser hijau macam Apek kena suluh masa jaga gol dulu tu. !
gila tak cuak? hahaha. Dekat Istana Budaya (IB) pon sama jugak.
ingat dulu masa pergi IB tengok teater, konfiden tau mak aku simpan buah oren dalam beg tangan sponsor dia tu, sebab duduk belakang sekali, mak aku pon keluar kan limau mandarin yang makan dekat hotel, kopek lepas tu share share makan ! hahaha. kena suluh jugak ! gelabah semua nak bijik limau tu. hahahaha.

nah gambar kawasan DFP, aku dan abang aku dapat seat yang oklah. hahaha


aku tak curi dalam google image ok ! pleaselah ! tak ada standard ok ! gitchuuu !
hahaha. yang pissed off pasal DFP ni adalah tak ada skrin mcm skrin kau tengok bola dekat mamak tu !
kalau kau dapat duduk belakang sekali , kau tengoklah semut tengah menyanyi di celah celah rimbunan gula pasir ! hahaha. spec aku dah lah hilang. jadi dengan kudrat yang lemah, aku paksa juga mata ni nak tengok siti nurhaliza. seat aku pon tak jauh sangat, so boleh nampak sikit. 

dan ini tiketnya pulak, atas nama abang aku. 3 bulan lepas dia ada tanya aku, kau nak nak tengok konsert Siti tu? woi ! Gila tak nak? tapi kalau ada orang belanja lah. hahaha.
dan aku tak sangka pulak dia belikan ! mak aku lagi terkejut !
"dik, ijan tu menang loteri ke?" aku pon jawab "adik pon rasa macam tu lah mak, tak kisahlah haram ke tak, yang penting adik dapat tengok Siti ! hahaha" kelakar betul mak aku ni.


abang aku actually nak beli tiket yang murah je.
tapi sekali dah order, tinggal yang mahal je.
banyak jugak duit dia ni ek? hahaha.
tarikh 6 Julai tu birthday dia dan pada aku pulak, tiket ni adalah hadiah graduation aku.
sebak gila okey masa tengok konsert tu chuollss !
thanks abangku ! *laga laga pipi*

ni pulak senarai lagu. aku beli tau pamphlet ni. RM 3 ! kedekutnya. bagi free jelah. hahaha
dalam ni ada biodata perjalanan kerjaya siti, biodata konduktor orkestra, senarai lagu, jadual DFP dll.
tapi aku tunjuk senarai lagu je. ada 20 lagu yang dinyanyikan malam tu.
tapi yang buat aku meremang bulu roma and one of the best performance adalah lagu Lebih Indah full song ! full song okay ! kalau kau perasan, lagu tu soundtrack utk iklan Simplysiti. lagu tu pasal harapan dan kegembiraan dalam kehidupan.


maaflah kalau kualiti tak membanggakan sebab aku guna bb je chuolls ! bukan Samsung ke iphone ke apa + ambil dalam kereta + masa drive thru dekat mcd + sangat lapar ! gigil satu badan. hahaha
kau dapat bayangkan tak air mineral 500 ml dekat DFP tu Rm 6.00 !!!
kencing berdarah tahu tak? hahaha

persembahan paling unik pada aku adalah Cindai ! Cindai wey ! kenapa? kau pernah dengar Cindai versi orkestra? nampak lain sangat walaupu  ciri tradisional tu hilang sikit, sikit je
dan paling kelakar dan paling teruja dan paling tak caya adalh siti pukul darbuka . aku ulang darbuka ! bukan marabbuka ok? hahaha. ala ala macam kompang gitu. kalau tak tahu, kau google jelah !
last siti main drum *atau gendang gendang yang aku nampak dan perasan je ea* adalah masa AJL ! aku lupa tahun bila -__-" . Siti kata dia belajar sebelum masuk tidur dan dia mintak maaf dekat Datok' K. hahaha. comel kan? omel cam ontot ! hahahaha

lagu lagu lain tu kau tak perlu nak di debatkan lagi ! sememangnya Siti sangat hebat kan? *rasa macam terlalu over aku puji ni, maaf kepada bukan peminat siti ye. hehehe*
yang bestnya adalah lagu lagu ni semua dinyanyikan dengan orkestra yang membuatkan lagu tu lebih hidup, bernyawa dan lebih gempak. i dont how to describe. cewahh ! hahaha

kalau korang nak tahu, segala persembahan dalam DFP ni tidak direkod dan dijual seperti konsert yang lain
sebagai menghargai peminat yang sanggup datang menyaksikan konsert tu dan lebih ekslusif. yelahh ! dekat DFP tau ! bukan semua penyanyi boleh nyanyi dekat sini dan bukan mudah nyanyi dengan orkestra. Siti dengan konduktor tu iaitu Kevin Field banyak guna bahasa isyarat. tu yang aku perasan.
ni kali kedua Siti buat konsert dekat DFP dan yang pertama masa dengan Tan Sri Sm Salim.
dan yang paling kelakar siti ada tersasul 'sesuatu' tentang Tan Sri Sm Salim ni. hahaha
aku tak boleh tulis. Siti larang tulis. hahaha. jadi siapa yang pergi malam kedua konsert tu sama macam aku tu, dia tahulah apa yang salah. ahahahaha.

tapi ada yang ambil kesempatan rekod jugak persembahan siti tu. kecewa betul aku. Tapi aku kalau tak pergi pon akan harapkan ada orang yang rakam supaya dapat jugak dengar kan.
hurmmm. no komen lah. 
maaf kak siti, saya post je tau. saya tak salah :(




dalam konsert ni, aku nampak kematangan siti dalam berinteraksi dengan audiens. Congrats sis !
dah pandai buat lawak walaupun ada yang hambar. hahaha
tapi its effort tau !. kalau yang kelakar tu memang kelakar lah. hahaha

aku kan datang masa hari kedua so, dress untuk 2nd session Siti tu ada yang tak kena. Siti ada pakai macam skirting meja sekolah warna biru ! kalau tak caya tengok dekat Instagram Siti,
aku sangat terganggu masa tengok tu. aku rasa macam nak lari atas pentas tu dan cabut kain skirting tu dan duduk semula. hahaha. Sorry Cosry, i tak kutuk design baju u tu tapi kalau tak ada kalin biru lagi cantik. less is more right?

lepas habis 20 buah lagu, siti fefeeling dah habis dan nak masuk ke dalam dah.
tup tap siti keluar balik sebab ramai yang tak puas hati dah habis dah konsert tu
dan siti cakap, dia nyanyikan last lagu untuk kiteorang, konon konon tak prepare. hahaha
menyampah tau siti ni ! hahaha. dia nyanyi lagu Muara Hati solo version.

paling aku tak puas hati adalah tak ada Meet and Greet session ! kau boleh faham tak yang kau dah bayar tiket mahal mahal lepas tu tak ada jumpa siti luar DFP tu untuk take picture ke autograph session ke apa.
aku memang pissed off gile ok ! sangat !
aku punya lah jauh datang dari JB semata mata nak jumpa tepuk tampar sepak teranjang dengan Siti tapi harapan menjadi layu dipusara~~~ huh ! sakit pulak hati kitewwwwww !

hurmmmm. apa lagi ek aku nak cakap?
tu jelah aku nak cakap, lepas ni Siti akan ada lagi 2 konsert dekat IB dan untuk yayasan Nur Jiwa.
aku kalau free, aku go on je ! hahaha

Love u Siti !
XOXO :)






3 comments:

Blog Copyright : Hafiz Jauhari. Blog Design by Sabrina Tajudin. Powered by Blogger.