Artis sambung belajar ke peringkat Ijazah Sarjana Muda !

Salam 1 Aw Aw Aw !
setelah beberapa hari aku menghilangkan diri
kini aku kembali. hahahaha.
sebelum ni aku sibuk prepare MUET, sibuk urusan keluarga dan DEMAM !
4 hari wey demam dan ubat aku RM 89 kau ! mengada tau demam ni.
nak ubat mahal je. bagi makan jamu tak jadi apa. hahaha

hari jumaat (19/7) sehari sebelum MUET,
result penerapan nak sambung degree keluar.
tak senang duduk wey. konon aku nak check lepas solat jumaat tapi hati ni lebih gelisah dari Amir Jahari tau. *sempat aku promote lagu baru dia. hahaha*
yang aku fikir kau kena kuat hafiz. tu je. 

dan akhirnya keluar lah ia seperti di bawah ini.


kalau tak nampak jugak, kau kliklah besarkan. hahaha
alhamdulillah, aku bukan lagi penganggur pemegang diploma lagi
tapi bakal pemegang ijazah. sumpah tak percaya.
dari zaman sekolah, aku selalu fikir, universiti apa dan kursus apa lah yang aku ambil nanti untuk masa depan. gitchuuuuu. masa sekolah aku kuat gila berangan okey. sebab tu kalau cikgu suruh buat karangan, nah kau, baru setengah tahun dah dua buku karangan, hahahaha.

aku akan sambung belajar dalam Broadcasting UiTM :)
perkara yang aku mula minat dari semester 4.
cita cita sentiasa berubah kan? hahaha.
sebelum tu aku nak ambil Public Rekation (PR) tapi disebabkan English yang aku belajar dari sekolah tadika sampai dah habis diploma pon tak kukuh lagi. Grammar sangat bersepah. 
dan masa sem 3 aku belajar basic PR, nah kau. tercirit kau nak belajar. hahaha
jadi belum terlambat untuk aku ubah cita cita. hahaha

dan sehingga kini, aku dah ada dua plan dalam hidup aku Plan A, Plan B dan Plan C.
hidup kita ni kena ada matlamat dan tujuan.
kau dah besar dan masuk U tapi still tak ada matlamat hidup? Shame on you.
kau tak akan belajar bersungguh sungguh kalau tak ada matlamat depan mata yang kau kena kejar.
semangat perangsang aku bagi korang ni.
aku ni bukan pandai sangat bagi kata kata motivasi.
hahahaha.

PLAN A :

Habis belajar ni, aku akan fokus nak jadi pengacara atau deejay radio dan jadi role model kepada orang ramai. Yup, kita tak patut jadikan manusia role model kita tapi Nabi Muhammad sebagai pegangan dan ikutan kita tapi aku nak orang yang low self esteem macam aku dapat tunjukkan something dekat orang lain. Tunjukkan keberanian kita, jadikan kelemahan kita sebagai satu keunikan yang buatkan orang pegun dengan kita. Kelemahan aku yang aku cuba anggap keunikan adalah suara aku yang halus dan merdu ni. Serius tak tipu. hahaha.

aku kadang kadang cemburu buta dengan Eja, Ipin dan E'ah yang mudah mencapai dan berlari ikut trek untuk jadi host yang berjaya sedangkan aku banyak likunya. 3 orang budak ni batchmate aku yang famous untuk mengejar impian yang sama. hahaha. 

dan aku nak tunjukkan dekat Cikgu sekolah aku yang pandang sebelah mata dengan kebolehan aku. Bukan aku tak tahu perangai cikgu sekolah ini yang lebih pilih bulu dan ada pelajar yang kurang 'bahagia' dalam kelas sendiri macam aku. hahahahha. 

idola aku dalam hosting ni adalah Farah Fauzana sebab apa? korang nampak dia senang je kan sekarang ni? pensyarah aku dulu cerita sebab dia bff dengan Fafau ni ok. Dia bukan orang yang 'full package' macam perempuan cantik and all that. Dulu dia nak jadi pembaca berita tapi disebakan suara dia yang garau tu tak boleh nak jadi pembaca berita dan kes dia adalah sama dengan aku iaitu masalah suara. Lepas dia jadi Skuad Radio Era lepas tu dia jadi Deejay Radio dan baru dia jadi host macam sekarang ni. so, kononnya aku nak follow dia punya step lah sekarang ni sebab aku bukan ada full package macam Eja Ipin E'ah tu.

selain tu aku adore jugak dengan Pak Nil, Najip Ali dari Singapore dan Olga Shahputra dari Indonesia. Mungkin ramai yang tak tahu Olga Shahputra tu siapa kan? Dia ni host untuk program Dahsyat ala ala macam Muzik Muzik tu lah. aku suka dia bawak diri dia sendiri dan kalau korang baca sejarah hidup dia lagi sedih dan lagi berliku dari Fafau tu untuk jadi host popular dan berkualiti macam sekarang ni. Kita nak jadi host ni kena buat research semua host yang ada dan ambik apa yang positif untuk kita jadi lebih baik

KALAU aku tak dapat jadi host atau deejay, aku akan kejar posisi wartawan atau penerbit as long as cita cita aku untuk keluar TV tu tercapai. aku bukan kejar populariti tapi aku nak puaskan diri aku sendiri dan tunjukkan yang manusia silap pandang rendah dekat aku dan perlu tahu kewujudan aku. Bukan angkuh tapi harapan :)


PLAN B:

kalau betul aku tak ada peluang, habis belajar, aku akan kerja dalam bidang broadcasting ni selama 5 tahun dan balik kampung kerja dalam perniagaan keluarga. 
mesti ramai fikir aku mengalah kan? tapi kita kena ingat 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan.
dah kau tak jadi host yang satu program kau pergi dalam 2 ribu dalam tangan, kau kenalah berniaga kan? tak kan kau nak kerja dibawah teunjuk orang sampai kau mati?harga barang semua makin naik. nak bayar balik pinjamam PTPTN segala tu?


PLAN C:

sambung master dan jadi lecturer sampai bersara lepas tu sambung perniagaan keluarga.
:)

HAH ! itu dia perancangan masa hadapan aku sejak habis diploma dulu.
dah nama pon perancangan kan? semestinya Allah akan berikan lebih baik dan dia lebih tahu segalanya.
aku hanya merancang supaya hidup ni ada tujuan dan perlu dicari bukannya ' follow the flow ' sahaja.

aku nak ucapkan tahniah dekat classmates dan batchmates yang dapat sambung belajar dan dapat course yang diingini.
yang tak dapat pulak, mesti ada hikmah di sebaliknya cuma kita tak tahu ianya datang cepat atau lambat.
rezeki manusia semua beza beza.
korang doakanlah aku berjaya capai apa yang aku inginkan ye?
terima kasih !

akhir kata ! Jumpa di UiTM Shah Alam everyone ! :)
Pip Pip !

No comments:

Blog Copyright : Hafiz Jauhari. Blog Design by Sabrina Tajudin. Powered by Blogger.