Artis Kena Tegur dan Dikatakan tidak bersyukur !

Salam 1 Aw Aw Aw
malam ni aku rasa nak tulis entri.
lama dah tak curhat dekat blog.
ada perkara yang aku tak cakap dengan orang tapi aku tulis dekat blog.
kebanyakan aku lebih ikhlas dekat blog berbanding dengan medium sosial yang lain.
keihklasan aku dalam menaip entri ni sampai orang lain salah faham dan marah dengan aku
hahahaha. kelakar memang kelakar.

tapi this is my blog, you don't have any right to judge me.
gitchuuuuu speaking ! hahaha. tetiba aku teringat masa speaking test MUET tu.
punya lah semangat bercakap sampai tersasul bahasa malaysia. mesti kena potong markah. hahaha. aku ghedo je. bila ye result nak keluar? aku target Band 3.
tapi target aku tak pernah menjadi dari sekolah rendah. hahahaha.
aku ni jenis bukan orang yang bernasib baik. masuk pertandingan tak pernah menang. aku dah give up. hahaha

dah, mukadimah aku ni je dah buat aku penat menaip tau ! hahaha
aku lebih suka menaip dari letak gambar.
leceh tau nak letak gambar. hahaha. jadi uolllss baca je. tak suka? tekan pangkah je atas belah kanan tu. easy breezy beautiful kan?

dah aku nak cerita nasib aku ni. hahaha
orang kata seronok jadi anak bongsu kan? tapi pada aku. sesuatu mimpi seram dan aku tak dibenarkan bangun sampai bila bila. hahaha
abang aku no 2 tegur pasal pakaian aku dekat mak aku. kenapa baju aku ketat sangat dan nampak bonjol bonjol yang tak disenangi. skemanya ayat aku ya Allah. rasa fake sangat. hahaha. yelaaa. aku kena jaga maruah aku jugak. hahaha. ceh. nak tegur tapi guna mak aku. tak gentleman langsung. hahaha. tapi baguslah. aku ni kuat menangis, pantang adik beradik aku tegur aku, terus nangis dalam bilik. face to face tabah je. air mata dah bertakung. kalah Wan Maimunah berlakon tau ! hahaha

baju yang aku pakai tu tahun 2011 aku beli kalau tak silap ataupun 2010 dan sekarang ni adalah 2013. kau ingat badan aku ni makin kurus kerempeng macam pinggang kerengga ke? 
dan aku bertambah geram, kau ada bagi duit dekat aku ke sampai kau nak tegur aku?
satu sen pon kau tak bagi. aku terpaksa beli guna duit aku sendiri.
duit aku korek tabung, guna duit PTPTN.

kawan aku selalu tanya yang dia tak pernah nampak aku beli baju. asyik pakai baju yang sama je. aku pulak jawab. lain kali jelah beli. kadang kadang aku malu sebab bukan aku ni miskin sangat tapi malu dengan adik beradik aku yang kedekut nak mampus. kadang kadang aku ni macam peminta sedekah. kalau aku sengkek sangat, aku mintak jugak duit dengan adik beradik aku. tapi hampeh. satu sen pon tak dapat.
tapi kalau anak diaorang mintak macam macam, dapat je memanjang. aku ni bukan darah daging diaorang ke apa? tiap kali aku rasa ni aku ni macam adik tiri.
sedih wey. aku memang tak suka raya sebab berkumpul semua dan semua orang akan membuli aku.
aku lebih suka kalau aku anak tunggal. hurmmm

kalau diaorang bagi pon, ungkit dia sampai aku nak tampar je. kau ingat, apa yang kau bagi tu BESAR sangat ke apa? stress aku. kedut dahi aku malam ni. hahaha
mak aku selalu tegur baju aku. kenapa pakai baju singkat atas level bontot? suka ke tunjuk bontot dekat orang? aku rasa aku ni macam anak gadis perawan diminati ramai je. hahaha.
kalau boleh dia nak aku pakai baju bawah dari level bontot. aku macam dalam hati, lepas ni nak pakai telekung je senang. jeans ketat pon tak boleh, kena longgar sikit. hahaha
tapi aku buat biasa je. dengar je ceramah pelik ni tapi aku tetap pakai yang sama dan kena ceramah yang dan tetap terus jadi macam tu sampai sekarang. hahaha
abah pon sama, hari tu abah angkat baju dari ampaian dan jumpa shortpants aku. abah jerit Ya Allah !!!! apis ! kau pakai seluar pendek? tahu tak aurat? haram keluar rumah macam ni dan segala bagai. hahaha. kelakar tau abah ni. aku pakai seluar tu dalam rumah je. masa bila masak dekat dapur. rimas tau masak pakai seluar panjang. rasa macam duhhhhhhh. hahaha

tiap kali adik beradik aku balik, aku dilayan macam bibik. tak pernah rasa 'adik' yang manja yang boleh goyang kaki sambil tengok tv tanpa ada gangguan. 
ada je yang suruh aku macam macam dengan alasan aku ni adik. lepas tu aku merungut. dan mereka cakap 'aku ni pernah jadi adik jugak, kau buat je jangan banyak songeh' dalam hati aku ni cakap ' kepala hotak kau ! semua benda nak aku buat. aku ni jadi adik sampai aku mati, kau jadi adik beberapa bulan je lepas tu ada adik yang seterusnya, aku ni? ingat aku bibik ke?'
adik beradik aku tak pernah nak ambil kisah pasal aku. kadang kadang aku cemburu ikatan adik beradik macam Aisyah, clasmmate aku di Lendu tu. bila adik dia 'sakit' , dia pon ikut 'sakit'. kalau aku? dilantakkan macam tu aja.
aku pon pernah terasa dan actually selalu aku terasa dengan mak aku.
aku ni kan pandai buat kemas rumah , masak and all that.
kalau aku cuti dari belajar, 24 jam aku kena buat, sedih wey. penat tak hilang lagi tau.
kalau adik beradik aku balik, mak aku suruh aku masak untuk diaorang. sumpah masa tu aku sedih.
kalau aku balik ada dilayannya sebegitu baik?
tak pernah. kalau aku balik aku kena buat sndiri semua. kalau adik beradik balik pon aku kena buat. aku macam hurmmm. sedihnya hidup anak tiri ni. cinderellah dah aku ni,
paling penat waktu raya. aku dikerah macam bibik. kalau aku jadi bibik, dah lama aku lari.
hurmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.

hari tu aku ada update dekat fb nak fon baru.
abg aku yang bagi BB tu komen, tak cukup ke dengan BB yang dia bagi tu? tak cukup canggih ke?
dan dia pakai galaxy note, isteri dia pakai S3 dan anak sedara kakak ipar aku dibelanjakan dengan tab samsung. aku? BB yang dia pernah pakai dan jatuh dah banyak kali tak terhitung.
dari gaya dia cakap macam aku tak bersyukur langsung.
siapa yang tak nak uptodate kan? tell me?
weh, kalau aku ada duit, aku tak menagih macam tu sekali lah weh.

aku nak sangat adik beradik aku hargai aku sebagai seorang manusia yang ada pertalian darah dengan mereka. aku nak sangat mak aku layan aku macam mana adik beradik lain.
aku bukan hadap sangat dengan duit diaorang tapi kalau mereka sedar siapa aku dimata mereka, aku tak perlu jadi pengemis dalam keluarga sendiri.
harapan ni tetap akan menjadi harapan aku sampai aku tutup mata buat selama lamanya.
adik benci jadi anak bongsu.
adik ? fuck that word ! 

aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada.
aku bukan bukak aib keluarga tapi jadi pengajaran buat orang lain .
hargai orang sekeliling korang sebelum terlambat atau terjadi perkara yang buruk dalam keluarga sendiri.
Selamat malam :)

1 comment:

  1. hey dude... don't be sad la... bila kita dah lalui situasi mcm tu, harapnya jgn la kita jd mcm mereka bila kita dah senang. saya pun anak bongsu tp , nasib saya xde la mcm awk sgt.. mungkin sbb saya ni prempuan... apa pun, sabar tau... betapa terasa [un kita pasti ada hikmah apa yg terjadi..yg boleh buat sekarang ni cuma terus husnuzon je... i suka bce blog u ni..walaupun byk bebeno kisah hidup..but i still like it... nnt i blh tggun u jd pengacara ngetop kat malaysia..may Allah granted your future... apa pun adik bradik tetap adik bradik kan... be strong and ajar hati u lebih kuat... ganbatei!!!!

    ReplyDelete

Blog Copyright : Hafiz Jauhari. Blog Design by Sabrina Tajudin. Powered by Blogger.