Wednesday, July 31, 2013

Lagu Baru Black 2013 - Takkan Terpisah (OST Jodoh Itu Milik Kita)

Salam 1 Aw Aw Aw
hari ni aku nak update satu lagu baru Black Mentor iaitu Takkan Terpisah
siap official video sekali tau.
aku suka lagu ni. rasa macam Kak Pah pulak komen komen orang nyanyi ni.
aku pon hebat nyanyi dalam bilik air je. hahaha


setakat ni lagu lagu Black tak ada yang mengecewakan aku
semuanya ok.
kalau korang perasan, video dekat atas ni macam video Adam Levine (Marron 5) kan?
betul tak?
ramai yang puji video dekat atas ni. Anjakan baru dalam MTV dekat Malaysia.
dan muka Black kenapa makin teruk ye?
sejak Mas Idayu tak bawak Black pergi Spa ni, menjadi jadi muka Black tau. hahaha

tapi ada jugak yang cakap lagu baru Black ni macam lagu Jepun


adalah sikit sejemput dua muzik dia yang sama,
liriknya lain sikit.
pada aku, rilekslah brader. apa pon enjoy !
:)

Sunday, July 28, 2013

Muka Artis di dalam Yearbook !

Salam 1 Aw Aw Aw,
walaupun aku penat hari ini, aku gigih update blog ni tau.
hari ni pergi Ayer Hitam beli bunga palsu untuk dihias pada hari raya.
aku tak nak ikut tapi sejak aku jadi penasihat gubahan bunga mak ni, aku asyik kena ikut je. hahaha
btw thanks untukummu farhan yang merungut tentang blog aku yang penuh dengan cerita personal je. hahaha
bila fikir balik dan tengok entri entri lepas, banyak betul masalah aku ek? hahaha
jadi maluuu pulak aku.
tapi niat aku berblog pon nak cerita pasal diri sendiri. kalau cerita pasal orang, lepas tu salah. tak ke jadi fitnah? tak halal duit aku dalam nuffnang tu nanti walaupun alahai ciputnya ada pon aduiiiii. hahaha
biar sikit tapi halal.
terima kasih di atas segala nasihat dan kata kata perangsang semangat dari ummu farhan dan semua orang yang gedik nak inbox dekat fb. hahaha. nak ngurat akulah tu.
sorry. i'm focus with my studying first ok? then baru kita cerita pasal cinta cintu ni .

sebab tu aku suka tulis dekat blog ni sebab ramai yang baik hati nak memotivasikan orang.
aku pon suka motivasi orang lain walaupun diri ni hampeh jugak kekadang. hahaha
tapi aku sedih jugak yang guna entri aku dalam blog ni untuk jatuhkan aku.
sibuk jaja cerita aku dekat semua orang tapi dah aku yang tulis dekat blog ni. tak kan nak salahkan mereka yang kurang minum ribena ni kan? hahaha 
tak kisahla. mana yang buruk pasal aku tu jadikan sempadan, yang baik pasal aku...urmmmm....ish malulah kan nak puji diri sendiri? korang fikirlah sendiri ! hahaha

actually aku nak cerita pasal benda lain sebenarnya,
mukadimah aku biasanya tak kan ada kena mengena dengan tajuk entri. hahaha
barulah korang fokus !

aku nak cerita pasal yearbook. yearbook ni macam majalah sekolah dekat sekolah menengah dulu tu.
aku pernah jadi AJK Laporan wey. hahaha
punyalah nak nama dan gambar terpampang sebagai ahli editor majalah. hahaha
nampak tak dari zaman sekolah lagi aku dah cari populariti? hahaha
aku jadi pengawas dulu pon konon nak jadi femes walaupun aku dah cukup tahu yang aku ni dah femes. gitchuuuu. gila hebat kan aku? #riak #takbuk #dilaknattuhan hahaha

yang atas ni gambar aku cedok dari insta Alep Idzwan. mintak ye nok? hahaha
sebab aku malas sangat nak snap sendiri.
atas ni gambar cover depan dan belakang.


ni abstract untuk research paper group aku.

dan macam macam lah dalam tu.
tapi cuma teruja nak tengok muka aku dalam yearbook tu. hahaha


ada 2 perkara yang agak aku kecewa sikit.
1. aku punyalah hot dan pakai baju sponsor segala, tapi gambarnya warna hitam putih. sedihnyaaaaa
2. twithandle aku salah. dekat apis tu patutnya ada 'H' iaitu hapis. lepas tu aku merungut dekat twitter dan team yearbook minta maaf. aku dah maafkan tapi terkilan sikit. hahaha

korang faham tak makna twithandle aku tu?
3 hari sebelum aku buat tweeter aku dah fikit tau. hahaha
aku pon baru buat je tapi tak ingat bila. hahaha
perkataan 'hamis' tu adalah bau busuk. hahaha
orang Johor selalu pakai untuk menggambarkan tahap kebusukan sesuatu macam bau kambing ke apa
teruk gila kan aku pilih nama? hahaha
sebenarnya aku ada tabiat yang aku ni pemalas mandi.hahaha
shhhhhh ! jangan bagitahu orang. hahaha
tapi bila aku dah mandi, 30 minit pon tak cukup. yelahh. kau nak sental bau badan kau tu dari hujung rambut sampai hujung kaki lagi. paling lama aku mandi 1 jam 30 min tu termasuk latihan vokal sekali.
hahaha
nyanyi segala lagu bagai sambil pasang dekat laptop. apa lagi? sesi karaoke lah kan? hahaha

tapi satu hari nanti aku kena tukar twithandle aku tu.
bila pandang 10 kali, tak senonoh aku punya twithandle tu. hahaha
tapi aku tak tahu bila masa yang sesuai lagi.

kalau quote yang tulis tu. aku baru pakai untuk sem 6 lepas.
kiranya kata kata perangsang untuk aku.
bila semua orang kata kau tak boleh buat dan kau tak layak, kau harus tampil kehadapan untuk buktikan yang mereka salah !
:)


ni pulak gambar ramai ramai satu kelas untuk dalam yearbook tu
cuba cari aku yang mana? hahaha
muka macam nak kena tampar kan? hahaha
aku tahu. hahaha.
tapi ada jugak yang nak gigit kan? tahan nafsu serakah tu. hahaha
photoshoot ni bertemakan Vintage Formal :)

tetiba rindu semua orang bila tengok gambar ni.
lepas ni semua orang akan masuk degree dengan pilihan masing masing.
mas dan tikah ambil publishing dan aku broadcasting.
cita cita comes first than anything right?

lepas ni korang (1 kelas) dah masuk degree, tolong jangan awak perangai diploma yang tak semenggah tu.
enough is enough
please act professional.
berubahlah untuk kebaikan.
kehidupan dan pelajaran pon semakin susah.
goodluck guys !

itu sahaja untuk bingkisan Majalah 3 malam ni.
hahaha.
Pip Pip ! :)


Friday, July 26, 2013

Artis Kena Tegur dan Dikatakan tidak bersyukur !

Salam 1 Aw Aw Aw
malam ni aku rasa nak tulis entri.
lama dah tak curhat dekat blog.
ada perkara yang aku tak cakap dengan orang tapi aku tulis dekat blog.
kebanyakan aku lebih ikhlas dekat blog berbanding dengan medium sosial yang lain.
keihklasan aku dalam menaip entri ni sampai orang lain salah faham dan marah dengan aku
hahahaha. kelakar memang kelakar.

tapi this is my blog, you don't have any right to judge me.
gitchuuuuu speaking ! hahaha. tetiba aku teringat masa speaking test MUET tu.
punya lah semangat bercakap sampai tersasul bahasa malaysia. mesti kena potong markah. hahaha. aku ghedo je. bila ye result nak keluar? aku target Band 3.
tapi target aku tak pernah menjadi dari sekolah rendah. hahahaha.
aku ni jenis bukan orang yang bernasib baik. masuk pertandingan tak pernah menang. aku dah give up. hahaha

dah, mukadimah aku ni je dah buat aku penat menaip tau ! hahaha
aku lebih suka menaip dari letak gambar.
leceh tau nak letak gambar. hahaha. jadi uolllss baca je. tak suka? tekan pangkah je atas belah kanan tu. easy breezy beautiful kan?

dah aku nak cerita nasib aku ni. hahaha
orang kata seronok jadi anak bongsu kan? tapi pada aku. sesuatu mimpi seram dan aku tak dibenarkan bangun sampai bila bila. hahaha
abang aku no 2 tegur pasal pakaian aku dekat mak aku. kenapa baju aku ketat sangat dan nampak bonjol bonjol yang tak disenangi. skemanya ayat aku ya Allah. rasa fake sangat. hahaha. yelaaa. aku kena jaga maruah aku jugak. hahaha. ceh. nak tegur tapi guna mak aku. tak gentleman langsung. hahaha. tapi baguslah. aku ni kuat menangis, pantang adik beradik aku tegur aku, terus nangis dalam bilik. face to face tabah je. air mata dah bertakung. kalah Wan Maimunah berlakon tau ! hahaha

baju yang aku pakai tu tahun 2011 aku beli kalau tak silap ataupun 2010 dan sekarang ni adalah 2013. kau ingat badan aku ni makin kurus kerempeng macam pinggang kerengga ke? 
dan aku bertambah geram, kau ada bagi duit dekat aku ke sampai kau nak tegur aku?
satu sen pon kau tak bagi. aku terpaksa beli guna duit aku sendiri.
duit aku korek tabung, guna duit PTPTN.

kawan aku selalu tanya yang dia tak pernah nampak aku beli baju. asyik pakai baju yang sama je. aku pulak jawab. lain kali jelah beli. kadang kadang aku malu sebab bukan aku ni miskin sangat tapi malu dengan adik beradik aku yang kedekut nak mampus. kadang kadang aku ni macam peminta sedekah. kalau aku sengkek sangat, aku mintak jugak duit dengan adik beradik aku. tapi hampeh. satu sen pon tak dapat.
tapi kalau anak diaorang mintak macam macam, dapat je memanjang. aku ni bukan darah daging diaorang ke apa? tiap kali aku rasa ni aku ni macam adik tiri.
sedih wey. aku memang tak suka raya sebab berkumpul semua dan semua orang akan membuli aku.
aku lebih suka kalau aku anak tunggal. hurmmm

kalau diaorang bagi pon, ungkit dia sampai aku nak tampar je. kau ingat, apa yang kau bagi tu BESAR sangat ke apa? stress aku. kedut dahi aku malam ni. hahaha
mak aku selalu tegur baju aku. kenapa pakai baju singkat atas level bontot? suka ke tunjuk bontot dekat orang? aku rasa aku ni macam anak gadis perawan diminati ramai je. hahaha.
kalau boleh dia nak aku pakai baju bawah dari level bontot. aku macam dalam hati, lepas ni nak pakai telekung je senang. jeans ketat pon tak boleh, kena longgar sikit. hahaha
tapi aku buat biasa je. dengar je ceramah pelik ni tapi aku tetap pakai yang sama dan kena ceramah yang dan tetap terus jadi macam tu sampai sekarang. hahaha
abah pon sama, hari tu abah angkat baju dari ampaian dan jumpa shortpants aku. abah jerit Ya Allah !!!! apis ! kau pakai seluar pendek? tahu tak aurat? haram keluar rumah macam ni dan segala bagai. hahaha. kelakar tau abah ni. aku pakai seluar tu dalam rumah je. masa bila masak dekat dapur. rimas tau masak pakai seluar panjang. rasa macam duhhhhhhh. hahaha

tiap kali adik beradik aku balik, aku dilayan macam bibik. tak pernah rasa 'adik' yang manja yang boleh goyang kaki sambil tengok tv tanpa ada gangguan. 
ada je yang suruh aku macam macam dengan alasan aku ni adik. lepas tu aku merungut. dan mereka cakap 'aku ni pernah jadi adik jugak, kau buat je jangan banyak songeh' dalam hati aku ni cakap ' kepala hotak kau ! semua benda nak aku buat. aku ni jadi adik sampai aku mati, kau jadi adik beberapa bulan je lepas tu ada adik yang seterusnya, aku ni? ingat aku bibik ke?'
adik beradik aku tak pernah nak ambil kisah pasal aku. kadang kadang aku cemburu ikatan adik beradik macam Aisyah, clasmmate aku di Lendu tu. bila adik dia 'sakit' , dia pon ikut 'sakit'. kalau aku? dilantakkan macam tu aja.
aku pon pernah terasa dan actually selalu aku terasa dengan mak aku.
aku ni kan pandai buat kemas rumah , masak and all that.
kalau aku cuti dari belajar, 24 jam aku kena buat, sedih wey. penat tak hilang lagi tau.
kalau adik beradik aku balik, mak aku suruh aku masak untuk diaorang. sumpah masa tu aku sedih.
kalau aku balik ada dilayannya sebegitu baik?
tak pernah. kalau aku balik aku kena buat sndiri semua. kalau adik beradik balik pon aku kena buat. aku macam hurmmm. sedihnya hidup anak tiri ni. cinderellah dah aku ni,
paling penat waktu raya. aku dikerah macam bibik. kalau aku jadi bibik, dah lama aku lari.
hurmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.

hari tu aku ada update dekat fb nak fon baru.
abg aku yang bagi BB tu komen, tak cukup ke dengan BB yang dia bagi tu? tak cukup canggih ke?
dan dia pakai galaxy note, isteri dia pakai S3 dan anak sedara kakak ipar aku dibelanjakan dengan tab samsung. aku? BB yang dia pernah pakai dan jatuh dah banyak kali tak terhitung.
dari gaya dia cakap macam aku tak bersyukur langsung.
siapa yang tak nak uptodate kan? tell me?
weh, kalau aku ada duit, aku tak menagih macam tu sekali lah weh.

aku nak sangat adik beradik aku hargai aku sebagai seorang manusia yang ada pertalian darah dengan mereka. aku nak sangat mak aku layan aku macam mana adik beradik lain.
aku bukan hadap sangat dengan duit diaorang tapi kalau mereka sedar siapa aku dimata mereka, aku tak perlu jadi pengemis dalam keluarga sendiri.
harapan ni tetap akan menjadi harapan aku sampai aku tutup mata buat selama lamanya.
adik benci jadi anak bongsu.
adik ? fuck that word ! 

aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada.
aku bukan bukak aib keluarga tapi jadi pengajaran buat orang lain .
hargai orang sekeliling korang sebelum terlambat atau terjadi perkara yang buruk dalam keluarga sendiri.
Selamat malam :)

Wednesday, July 24, 2013

Artis sambung belajar ke peringkat Ijazah Sarjana Muda !

Salam 1 Aw Aw Aw !
setelah beberapa hari aku menghilangkan diri
kini aku kembali. hahahaha.
sebelum ni aku sibuk prepare MUET, sibuk urusan keluarga dan DEMAM !
4 hari wey demam dan ubat aku RM 89 kau ! mengada tau demam ni.
nak ubat mahal je. bagi makan jamu tak jadi apa. hahaha

hari jumaat (19/7) sehari sebelum MUET,
result penerapan nak sambung degree keluar.
tak senang duduk wey. konon aku nak check lepas solat jumaat tapi hati ni lebih gelisah dari Amir Jahari tau. *sempat aku promote lagu baru dia. hahaha*
yang aku fikir kau kena kuat hafiz. tu je. 

dan akhirnya keluar lah ia seperti di bawah ini.


kalau tak nampak jugak, kau kliklah besarkan. hahaha
alhamdulillah, aku bukan lagi penganggur pemegang diploma lagi
tapi bakal pemegang ijazah. sumpah tak percaya.
dari zaman sekolah, aku selalu fikir, universiti apa dan kursus apa lah yang aku ambil nanti untuk masa depan. gitchuuuuu. masa sekolah aku kuat gila berangan okey. sebab tu kalau cikgu suruh buat karangan, nah kau, baru setengah tahun dah dua buku karangan, hahahaha.

aku akan sambung belajar dalam Broadcasting UiTM :)
perkara yang aku mula minat dari semester 4.
cita cita sentiasa berubah kan? hahaha.
sebelum tu aku nak ambil Public Rekation (PR) tapi disebabkan English yang aku belajar dari sekolah tadika sampai dah habis diploma pon tak kukuh lagi. Grammar sangat bersepah. 
dan masa sem 3 aku belajar basic PR, nah kau. tercirit kau nak belajar. hahaha
jadi belum terlambat untuk aku ubah cita cita. hahaha

dan sehingga kini, aku dah ada dua plan dalam hidup aku Plan A, Plan B dan Plan C.
hidup kita ni kena ada matlamat dan tujuan.
kau dah besar dan masuk U tapi still tak ada matlamat hidup? Shame on you.
kau tak akan belajar bersungguh sungguh kalau tak ada matlamat depan mata yang kau kena kejar.
semangat perangsang aku bagi korang ni.
aku ni bukan pandai sangat bagi kata kata motivasi.
hahahaha.

PLAN A :

Habis belajar ni, aku akan fokus nak jadi pengacara atau deejay radio dan jadi role model kepada orang ramai. Yup, kita tak patut jadikan manusia role model kita tapi Nabi Muhammad sebagai pegangan dan ikutan kita tapi aku nak orang yang low self esteem macam aku dapat tunjukkan something dekat orang lain. Tunjukkan keberanian kita, jadikan kelemahan kita sebagai satu keunikan yang buatkan orang pegun dengan kita. Kelemahan aku yang aku cuba anggap keunikan adalah suara aku yang halus dan merdu ni. Serius tak tipu. hahaha.

aku kadang kadang cemburu buta dengan Eja, Ipin dan E'ah yang mudah mencapai dan berlari ikut trek untuk jadi host yang berjaya sedangkan aku banyak likunya. 3 orang budak ni batchmate aku yang famous untuk mengejar impian yang sama. hahaha. 

dan aku nak tunjukkan dekat Cikgu sekolah aku yang pandang sebelah mata dengan kebolehan aku. Bukan aku tak tahu perangai cikgu sekolah ini yang lebih pilih bulu dan ada pelajar yang kurang 'bahagia' dalam kelas sendiri macam aku. hahahahha. 

idola aku dalam hosting ni adalah Farah Fauzana sebab apa? korang nampak dia senang je kan sekarang ni? pensyarah aku dulu cerita sebab dia bff dengan Fafau ni ok. Dia bukan orang yang 'full package' macam perempuan cantik and all that. Dulu dia nak jadi pembaca berita tapi disebakan suara dia yang garau tu tak boleh nak jadi pembaca berita dan kes dia adalah sama dengan aku iaitu masalah suara. Lepas dia jadi Skuad Radio Era lepas tu dia jadi Deejay Radio dan baru dia jadi host macam sekarang ni. so, kononnya aku nak follow dia punya step lah sekarang ni sebab aku bukan ada full package macam Eja Ipin E'ah tu.

selain tu aku adore jugak dengan Pak Nil, Najip Ali dari Singapore dan Olga Shahputra dari Indonesia. Mungkin ramai yang tak tahu Olga Shahputra tu siapa kan? Dia ni host untuk program Dahsyat ala ala macam Muzik Muzik tu lah. aku suka dia bawak diri dia sendiri dan kalau korang baca sejarah hidup dia lagi sedih dan lagi berliku dari Fafau tu untuk jadi host popular dan berkualiti macam sekarang ni. Kita nak jadi host ni kena buat research semua host yang ada dan ambik apa yang positif untuk kita jadi lebih baik

KALAU aku tak dapat jadi host atau deejay, aku akan kejar posisi wartawan atau penerbit as long as cita cita aku untuk keluar TV tu tercapai. aku bukan kejar populariti tapi aku nak puaskan diri aku sendiri dan tunjukkan yang manusia silap pandang rendah dekat aku dan perlu tahu kewujudan aku. Bukan angkuh tapi harapan :)


PLAN B:

kalau betul aku tak ada peluang, habis belajar, aku akan kerja dalam bidang broadcasting ni selama 5 tahun dan balik kampung kerja dalam perniagaan keluarga. 
mesti ramai fikir aku mengalah kan? tapi kita kena ingat 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan.
dah kau tak jadi host yang satu program kau pergi dalam 2 ribu dalam tangan, kau kenalah berniaga kan? tak kan kau nak kerja dibawah teunjuk orang sampai kau mati?harga barang semua makin naik. nak bayar balik pinjamam PTPTN segala tu?


PLAN C:

sambung master dan jadi lecturer sampai bersara lepas tu sambung perniagaan keluarga.
:)

HAH ! itu dia perancangan masa hadapan aku sejak habis diploma dulu.
dah nama pon perancangan kan? semestinya Allah akan berikan lebih baik dan dia lebih tahu segalanya.
aku hanya merancang supaya hidup ni ada tujuan dan perlu dicari bukannya ' follow the flow ' sahaja.

aku nak ucapkan tahniah dekat classmates dan batchmates yang dapat sambung belajar dan dapat course yang diingini.
yang tak dapat pulak, mesti ada hikmah di sebaliknya cuma kita tak tahu ianya datang cepat atau lambat.
rezeki manusia semua beza beza.
korang doakanlah aku berjaya capai apa yang aku inginkan ye?
terima kasih !

akhir kata ! Jumpa di UiTM Shah Alam everyone ! :)
Pip Pip !

Saturday, July 13, 2013

Review Konsert Siti Nurhaliza Bersama Orkestra di Dewan Filharmonik Petronas !

Salam 1 Aw Aw Aw,
aku dah lama sebenarnya nak update pasal review ni tapi sejak bulan puasa ni sibuk luar biasa dari hari biasa tau.
kerja aku lagi teruk kalah bibik seberang yang harga beribu riban tu.
please dato' atau datin lantik saya saya sebagai anak angkat. muahahaha.
okay ! dah mengarut ni !

sabtu lepas, siapa peminat Siti Nurhaliza mesti tahu yang beliau ada buat konsert bersama orkestra dekat Dewan Filharmonik Petronas.
okay. 1st time aku pergi DFP tu. aku bayangkan besar macam Istana Budaya sikit dan besar tapi sebenarnya kecik je. Sebenarnya logik jugak sebab tak kan dekat dalam KLCC tu kau nak letak bangunan sebesar Istana Budaya dalam tu kan? hahaha. maaflah. aku ni orang kampung sikit. muahaha

abang aku sempat tangkap gambar masa para orkestra tengah prepare alat muzik.
sebenarnya kiteorang cuak jugak sama ada boleh ke tidak nak ambil gambar tau tapi dengan rasa konfiden dan perasaan was was , SNAP ! hahaha
lepas tu gelabah bontot kena suluh laser hijau macam Apek kena suluh masa jaga gol dulu tu. !
gila tak cuak? hahaha. Dekat Istana Budaya (IB) pon sama jugak.
ingat dulu masa pergi IB tengok teater, konfiden tau mak aku simpan buah oren dalam beg tangan sponsor dia tu, sebab duduk belakang sekali, mak aku pon keluar kan limau mandarin yang makan dekat hotel, kopek lepas tu share share makan ! hahaha. kena suluh jugak ! gelabah semua nak bijik limau tu. hahahaha.

nah gambar kawasan DFP, aku dan abang aku dapat seat yang oklah. hahaha


aku tak curi dalam google image ok ! pleaselah ! tak ada standard ok ! gitchuuu !
hahaha. yang pissed off pasal DFP ni adalah tak ada skrin mcm skrin kau tengok bola dekat mamak tu !
kalau kau dapat duduk belakang sekali , kau tengoklah semut tengah menyanyi di celah celah rimbunan gula pasir ! hahaha. spec aku dah lah hilang. jadi dengan kudrat yang lemah, aku paksa juga mata ni nak tengok siti nurhaliza. seat aku pon tak jauh sangat, so boleh nampak sikit. 

dan ini tiketnya pulak, atas nama abang aku. 3 bulan lepas dia ada tanya aku, kau nak nak tengok konsert Siti tu? woi ! Gila tak nak? tapi kalau ada orang belanja lah. hahaha.
dan aku tak sangka pulak dia belikan ! mak aku lagi terkejut !
"dik, ijan tu menang loteri ke?" aku pon jawab "adik pon rasa macam tu lah mak, tak kisahlah haram ke tak, yang penting adik dapat tengok Siti ! hahaha" kelakar betul mak aku ni.


abang aku actually nak beli tiket yang murah je.
tapi sekali dah order, tinggal yang mahal je.
banyak jugak duit dia ni ek? hahaha.
tarikh 6 Julai tu birthday dia dan pada aku pulak, tiket ni adalah hadiah graduation aku.
sebak gila okey masa tengok konsert tu chuollss !
thanks abangku ! *laga laga pipi*

ni pulak senarai lagu. aku beli tau pamphlet ni. RM 3 ! kedekutnya. bagi free jelah. hahaha
dalam ni ada biodata perjalanan kerjaya siti, biodata konduktor orkestra, senarai lagu, jadual DFP dll.
tapi aku tunjuk senarai lagu je. ada 20 lagu yang dinyanyikan malam tu.
tapi yang buat aku meremang bulu roma and one of the best performance adalah lagu Lebih Indah full song ! full song okay ! kalau kau perasan, lagu tu soundtrack utk iklan Simplysiti. lagu tu pasal harapan dan kegembiraan dalam kehidupan.


maaflah kalau kualiti tak membanggakan sebab aku guna bb je chuolls ! bukan Samsung ke iphone ke apa + ambil dalam kereta + masa drive thru dekat mcd + sangat lapar ! gigil satu badan. hahaha
kau dapat bayangkan tak air mineral 500 ml dekat DFP tu Rm 6.00 !!!
kencing berdarah tahu tak? hahaha

persembahan paling unik pada aku adalah Cindai ! Cindai wey ! kenapa? kau pernah dengar Cindai versi orkestra? nampak lain sangat walaupu  ciri tradisional tu hilang sikit, sikit je
dan paling kelakar dan paling teruja dan paling tak caya adalh siti pukul darbuka . aku ulang darbuka ! bukan marabbuka ok? hahaha. ala ala macam kompang gitu. kalau tak tahu, kau google jelah !
last siti main drum *atau gendang gendang yang aku nampak dan perasan je ea* adalah masa AJL ! aku lupa tahun bila -__-" . Siti kata dia belajar sebelum masuk tidur dan dia mintak maaf dekat Datok' K. hahaha. comel kan? omel cam ontot ! hahahaha

lagu lagu lain tu kau tak perlu nak di debatkan lagi ! sememangnya Siti sangat hebat kan? *rasa macam terlalu over aku puji ni, maaf kepada bukan peminat siti ye. hehehe*
yang bestnya adalah lagu lagu ni semua dinyanyikan dengan orkestra yang membuatkan lagu tu lebih hidup, bernyawa dan lebih gempak. i dont how to describe. cewahh ! hahaha

kalau korang nak tahu, segala persembahan dalam DFP ni tidak direkod dan dijual seperti konsert yang lain
sebagai menghargai peminat yang sanggup datang menyaksikan konsert tu dan lebih ekslusif. yelahh ! dekat DFP tau ! bukan semua penyanyi boleh nyanyi dekat sini dan bukan mudah nyanyi dengan orkestra. Siti dengan konduktor tu iaitu Kevin Field banyak guna bahasa isyarat. tu yang aku perasan.
ni kali kedua Siti buat konsert dekat DFP dan yang pertama masa dengan Tan Sri Sm Salim.
dan yang paling kelakar siti ada tersasul 'sesuatu' tentang Tan Sri Sm Salim ni. hahaha
aku tak boleh tulis. Siti larang tulis. hahaha. jadi siapa yang pergi malam kedua konsert tu sama macam aku tu, dia tahulah apa yang salah. ahahahaha.

tapi ada yang ambil kesempatan rekod jugak persembahan siti tu. kecewa betul aku. Tapi aku kalau tak pergi pon akan harapkan ada orang yang rakam supaya dapat jugak dengar kan.
hurmmm. no komen lah. 
maaf kak siti, saya post je tau. saya tak salah :(




dalam konsert ni, aku nampak kematangan siti dalam berinteraksi dengan audiens. Congrats sis !
dah pandai buat lawak walaupun ada yang hambar. hahaha
tapi its effort tau !. kalau yang kelakar tu memang kelakar lah. hahaha

aku kan datang masa hari kedua so, dress untuk 2nd session Siti tu ada yang tak kena. Siti ada pakai macam skirting meja sekolah warna biru ! kalau tak caya tengok dekat Instagram Siti,
aku sangat terganggu masa tengok tu. aku rasa macam nak lari atas pentas tu dan cabut kain skirting tu dan duduk semula. hahaha. Sorry Cosry, i tak kutuk design baju u tu tapi kalau tak ada kalin biru lagi cantik. less is more right?

lepas habis 20 buah lagu, siti fefeeling dah habis dan nak masuk ke dalam dah.
tup tap siti keluar balik sebab ramai yang tak puas hati dah habis dah konsert tu
dan siti cakap, dia nyanyikan last lagu untuk kiteorang, konon konon tak prepare. hahaha
menyampah tau siti ni ! hahaha. dia nyanyi lagu Muara Hati solo version.

paling aku tak puas hati adalah tak ada Meet and Greet session ! kau boleh faham tak yang kau dah bayar tiket mahal mahal lepas tu tak ada jumpa siti luar DFP tu untuk take picture ke autograph session ke apa.
aku memang pissed off gile ok ! sangat !
aku punya lah jauh datang dari JB semata mata nak jumpa tepuk tampar sepak teranjang dengan Siti tapi harapan menjadi layu dipusara~~~ huh ! sakit pulak hati kitewwwwww !

hurmmmm. apa lagi ek aku nak cakap?
tu jelah aku nak cakap, lepas ni Siti akan ada lagi 2 konsert dekat IB dan untuk yayasan Nur Jiwa.
aku kalau free, aku go on je ! hahaha

Love u Siti !
XOXO :)






Wednesday, July 10, 2013

Kenangan Artis Berpuasa Di Perantauan !

Salam 1 Aw Aw Aw !
hari ni aku kembali lagi. 
maaflah dah lama tak update blog ni. kesian dekat stalker tak ada bahan cerita nak di baca. hahaha
aku ada masalah sikit beberapa hari ni, kalau ada masa, aku update *padahal aku duduk rumah je, kerja pon tidak. hahaha*
dan aku tahu ada yang guna cerita dalam blog aku ni untuk di kutuk di twitter.
hahaha.
aku sebagai bakal artis kena biasa dengan semua ni. hahaha. 
kalau kita sibuk dengar apa yang orang cakap, kita tak akan kemana.
kalau kita sibuk jaga hati orang tapi orang sibuk kutuk kita, kita pon tak akan kemana.
senang cakap, perhati sekeliling, fikir dulu tindak tanduk kita, cermin diri kita, dan be yourself. 
wahh ! dah jadi pakar motivasi dah aku ni.
aku teringin weyh nak jadi pakar motivasi tapi kadang kadang diri sendiri tak bermotivasi, achaner? hahaha

btw, hari ni dah hari pertama puasa kan?
macam mana semua? ok tak?
hari pertama, tu memanglah bisa sikit. aku pon macam tak larat sangat, dengan haus bukan kemain, lapar tak kira rentak lagu. semua bendalah.
tapi nanti dah sebulan, perut kita jadi biasa.
so, goodluck !hahaha

tapi hari ni aku nak cerita sikit kenangan berpuasa di perantauan.
ekceli, dekat Lendu Melaka tulah. Hello ! Melaka tu pon kira perantauan tau sebab aku duduk JB ! hahahaha.

3 Kali puasa aku dapat merasa dekat Lendu tu tau.
Masa Sem 1, Sem 3 dan Sem 5.

Ingat lagi masa sem 1, kebanyakan buka puasa seorang diri di dalam bilik sambil melayan movie atau lagu Siti Nurhaliza. ada banyak sebab kenapa kebanyakan aku buka puasa sendiri macam Atiqah dan Masliya dia nak buka puasa dengan roommates atau dengan kawan diaorang dan Roommates aku buat hal masing masing. Roommates aku tu budak Asasi, hidup dalam dunia sendiri. hahaha.
Dan masa ni, sumpah syahdu dan sangat kekok sebab dah bertahun tahun kau puasa dengan family tetiba kau buka puasa sendiri. hahahaha.
ni lah roommates aku iaitu Andy (kristian + sabah, dia puasa makan tapi dia minum air, kau tak sakit hati ke? hahaha)  Pok We (orang kelantan ni, peramah orangnya, aku banyak bercakap dengan dia jelah.) lagi sorang aku tak ingat. Pendiam gila nak mampus sampai aku lupa dah nama dia sekarang ni. Sorry wey kalau kau baca bah. (orang sabah bah)

kalau bab sahur pulak, pergi cafe aje. hahaha. Biasalah aku akan pergi sahur dengan Nuo Kewepek Ubi, Faiq, dan kadang kadang dengan Izwan dan Amir kalau tak silap aku.
seronok sahur dengan kawan kawan. Rasa macam berada di Jordan. hahaha
tetiba kan?

Sem 3 pulak, dah tukar roommates, budak asasi tu semua dua sem je. tapi ekceli sangat seronok jugak kawan dengan budak budak asasi ni tapi sometimes quite annoying sebab mereka bajet bagus sebab mereka ni Asasi TESL. gila tak gempak? *mata ke atas tangan ke bahu* 
sem 3 ni aku kenal, kutiey, apai, kecik. Diaorang ni semua budak DPA.
sem ni lah baru aku merasa ada roommates. seronok. Mostly aku buka puasa dengan diaorang dalam bilik je 
sampai kadang kadang aku lupa nak buka puasa dengan Izwan, Nuo dan Faiq. tapi kadang kadang diaorang pon buka puasa dengan BFF masing masing kan? hahaha.
kalau bab sahur masih sama pergi cafe dengan orang yang sama.

Sem 5 pulak dah duduk rumah sewa.
perkara yang aku tak sangka, duduk rumah sewa rasa macam dah orang bekerja.
satu rumah dengan Azwan, Akmal, Naim dan Suhail.
mesti ramai yang sangka aku akan satu rumah dengan Izwan, Faiq, Amir. yup, tu cita cita masa Sem 2.
semu berubah di atas sebab sebab yang tak dapat di elakkan.
buka puasa pon dengan housemate. 
kadang kadang aku rindu kadang kadang aku tak. entahlah.
tapi bagi aku semua sem yang aku sambut puasa dekat melaka ada cerita tersendiri.


Jadi aku ucapkan Selamat menyambut bulan puasa tahun ini !
Puasa betul betul semoga kita peroleh rahmat dari Nya.
:)


*lupakan nampak orang yang tukang ambil gambar aku yang macho tu. muahaha*

Monday, July 1, 2013

Artis Hilang Sabar !

Salam 1 Aw Aw Aw.
hari ni aku tak tahu nak update apa sebenarnya tapi bila ingatkan apa yang terjadi tadi,
hilang sabar aku dibuatnya,
hahaha. tak pasal pasal aku tweet situasi tu.

mana taknya, lama betul orang tu gunting rambut orang tu nak dekat 45 min,
melampau tau,
bila sampai giliran aku, tak sampai 15 min pon. hahaha

aku boleh bersabar kalau orang caci maki aku ke, kutuk aku ke, cari pasal dengan aku ke,
tapi aku paling hilang sabar sampai nak tercabut jantung kalau MENUNGGU !

aku pantang betul tunggu kalau lebih 10 minit !
di tambah pulak kalau tempat tu panas ! memang nak tampar je. hahaha.
aku tak suka menunggu giliran nak beli makanan ke, tunggu giliran apa sahajalah ! dan kadang kadang bila buat esaimen tu nak kumpul semua orang dan aku terpaksa tunggu, itu memang menguji kesabaran seorang insan bernama Hafiz. So, aku akan selalu buat fake smile, fake everythings okay. Dalam hati? dah kena terajang dengan aku banyak kali. hahahahha. Tunggu cinta sampai aku boleh bersabar :D


teringat game Ibu ayam, best gila main ni masa dulu dulu.


kelakar wey atas ni,
bila aku fikir balik, memang mind set kita selalu macam tu.
hahahaha. 

dan aku tak pernah fefeeling bahagia menunggu macam Rossa. hahaha


jadi kalau berjanji ke apa dengan aku, tolong jangan buat aku tertunggu macam kucing nak bertanduk.
dan jangan ajak aku ke tempat yang memaksa aku kena beratur panjang gila nak mampus.
dan kalau aku buat orang tertunggu tak apa.
hahahahaha


PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...