Resepi Pancake yang Di Olah Oleh Artis !

Salam 1 Aw Aw Aw !
malam ni aku buat olahan resepi sikit.
hari tu masak bubur merah dan bubur putih, siapa orang johor mesti tahu kan? hahaha
bubur ni biasa dibuat masa kenduri kesyukuran atau kenduri apa apa lah.
senang je buatnya, campak campak sahaja ! hahaha
kalau korang nak resepi boleh google je makanan tu,
tapi tak tahu lah resepinya sama ke tak dengan mak aku punya resepi.
hahaha

jadi bahan utama bubur merah tu adalah Gula Merah/Gula Melaka. mana mana pon boleh guna
tapi mak aku suka campur sebab kalau korang perasan, rasanya lain sikit antara Gula Melaka dengan Gula Merah. Apa? korang tak reti bezakan? Gula Melaka tu yang buku yang macam bentuk silinder tu tapi gula merah adalah yang hancur tu.

jadi korang kena rebus dulu dengan daun pandan dan letak secawan atau dua cawan air bergantung jumlah gula korang tu. *TIPS: nak rebus gula melaka tu kena ketuk biar pecah dalam bentuk kecik kecik sikit, jadi cepat sikit cair, dapat bayangkan tak kalau korang masuk sebijk gedabak tu ke dalam periuk? 5 tahun kemudian baru larut. hahahaha* Jadi lepas cair semua tu, TOLONG TAPIS air gula tu, macam macam khazanah ye dalam air gula tu. percayalah. hahaha

Ok back to the recipe, malam ni mak aku suruh buat makanan untuk minum malam, jadi aku godeklah peti ais tu apa yang ada, hahaha, sekali terjumpa gula merah yang baki tu, fikir punya fikir, tertonggeng sana sini, aku dapat idea, dalam English kita namakannya Pancake dan Melayu adalah Lempeng. hahaha

jangan terkejut. nak buat senang je pancake aku ni, aku namakan 'PANCAKE GULA MERAH JEREBU SELATAN' ! hah ! vogue tak nama pancake aku tu? hahaha. ni lah namanya Inspirasi dari jerebu yang melanda Kota Tinggi. hahaha

Ok aku tak sukat tau jumlahnya, dalam masakan aku, aku agak agak je, ikut naluri hati seorang lelaki, sebab tu kalau orang mintak resepi dekat aku, aku cakap korang campak campak je tapi biarlah logik, tak kan tu pon nak ajar kan? tak kan nak letak garam sebaldi pulak kan? sebab lain orang lain cara masak.

Bahan Bahan:

Gula Merah / Gula Melaka
Daun Pandan
Gula Pasir
Susu Pekat Kental Manis
Garam
Air
Serbuk Penaik
Tepung Gandum
Telur Ayam

Hiasan:

Suka hati korang nak letak apa. hahaha

OK. Cara nak buat senang je chuollsss !

Campurkan Tepung gandum, air gula merah & gula melaka, gula pasir, garam secukup rasa, susu pekat. serbuk penaik, telur ayam, dan lempengkanlah ia. hahaha
siap !

untuk sukatan aku, aku guna tepung gandum tu suku bag 1kg tu, tak sampai setengah bag pon, gula pasir 2 sudu, garam setengah sudu teh, 2 sudu susu pekat, gula merah tu dalam 7 sudu makan ke, sesedap kut hati korang, hahaha, tak sampai setengah sudu makan serbuk penaik, sebiji telur, dan letak air, jangan pekat sangat dan jangan cair sangat, kalau korang selalu buat pancake, tahulah macam mana nak tengok adunan tu.

mesti korang akan fikir kenapa banyak sangat gulaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kan? hahaha
ni aku terangkan sikit :

 Dah namanya pancake gula merah & gula melaka, so memanglah kena guna gula ni kan? hahaha, kalau korang rasa gula ni, dia manis tapi akan ada rasa pahit sikit, betul tak? kalau korang letak banyak sangat, dia  akan jadi pahit pahit manis nanti korang punya pancake tu jadi untuk stabilkan pahit dan manis tu , letaklah gula pasir, boleh letak 1 sudu je, ikut kemanisan korang. kalau susu pulak, nak letak 1 sudu pon boleh dan kegunaan susu ni pulak untuk dia lebih lemak dan halus adunannya. Kalau takut sangat manis

kalau telur pulak untuk lebih gebu macam kak ton, hahaha dan garam pulak untuk stabilkan adunan . bukan sesaja nak letak garam ni tau. hahaha. kalau letak lebih, baik kau masak kari je. hahaha

Cara nak masak:

guna kuali leper, letak dalam 4 sudu besar dekat tengah tengah kuali dan biar dia merebak sendiri, korang jangan gatal nak meleperkan adunan dalam kuali tu guna senduk, kalau korang kacau, tak gebu dah lah pancake korang tu. api biar kecik je, bakar dalam kuali tu lebih kurang 2 minit each side, masa ni pon depends on tahap kebesaran api dapur yang korang guna tu dan akhirnya siap !. Bila dah siap tu, korang rasa tahap kemanisan pancake tu, sebab memang kita rasa manis dekat adunan tapi bila dah siap bakar dalam kuali tu, dia jadi tawar, sebab tu aku letak 2 sudu gula pasir, 2 sudu susu. kau ingat aku sesuka hati je letak? hahaha.

Cara hiasan:

ni ikut kreativiti korang, kalau aku suka tunggu pancake ni suam sikit dan aku makan dengan aiskrim vanilla dan renjis dengan taburan coklat rice ! sumpah sedap sampai aku tak sempat nak  tangkap gambar. hahaha
dah habis baru aku teringat nak tangkap gambar, apakan daya, tak dapat nak tunjuk dekat korang, lain kali kalau aku buat aku tunjuk ok? hahaha

di sebabkan tu, aku letak gambar orang lain punya sebagai inspirasi korang nak hias.






Amacam? meleleh tak? Pancake atas ni semua warna kuning keemasan kan? dan korang jangan terkejut pulak kalau PANCAKE GULA MERAH JEREBU SELATAN korang punya tu warna coklat keemasan, memanglah warna tak seksi tapi rasa yang penting ! hahaha

Aku ada cadangan idea untuk korang ! Apa kata dari korang susun strawberry yang di potong macam tu je, korang buat Berry Compote ! aku rasa ejaannya macam tu kot, aku pon tak ingat sangat, asal bunyinya sama je pon bolehlah ! hahaha. Banyak tau boleh buat, Peach Compote, Banana Compote dll tapi hari ni aku ajar cara buat Berry Compote je. Belajar sikit sikit. hahaha

Ni cara nak buat:

Ambil periuk, letak Satu paket strawberi yang dalam bekas plastik yang berbentuk segi empat tu, letak 3 sudu gula pasir, secawan air, perahan setengah biji lemon, nak letak parutan kulit lemon pon boleh (jangan sampai kena yang warna putih lemon tu sebab yang putih tu pahit tau), dan tunggu sampai strawberry tu lembek dan hancur sikit akibat di tekan guna senduk korang tu, dan tuang atas pancake ! korang nak tuang atas pavlova pon boleh. jadi korang tak bosan nak makan dan korang jugak boleh letak dekat cupcake tau ! sebelum letak cream topping tu, korek sikit dekat tengah tengah dan letak dalam tu, jadi rasa cupcake tu lagi sedap ! trust me !

* Boleh letak jem strawberri sekali, jadi Berrys Compote korang ni akan lebih pekat dan manis dan seksi*
* Kalau nak variasi sikit, Boleh campur sekali Blueberry, namanya pon Berry Compote kan?*
* kalau tak nak guna gula pasir, boleh ganti dengan brwon sugar, jadi compote tu lebih gelap sikit, pon seksi juga*
*jumlah gula juga bergantung pada korang*

Dah dah ! itu je pelajaran untuk hari ni. aku kalau boleh nak letak macam macam dekat sini tapi macam over pulak kan? hahaha
jadi apa tunggu lagi, korang cubalah, sedap ke tak sedap,
nanti bagilah tahu kalau korang cuba. jadi ke tak.
so, selamat mencuba dan selamat sepahkan dapur !
Pip Pip !
:)

No comments:

Blog Copyright : Hafiz Jauhari. Blog Design by Sabrina Tajudin. Powered by Blogger.