Berkursus sambil Bercuti Artis Di Langkawi dan Pulau Pinang !

Salam 1 Aw Aw Aw !
Assalamualaikum dan Hello semua ! setelah 2 minggu pergi meninggalkan dunia internet, aku kembali semula ke dalam dunia blog ini. ada yang inbox dekat fb kata bila nak update.
amboi, suka nya korang baca cerita dalam kain pelikat aku ek? hahaha
macam biasa, sibuk latihan dan tiada masa dan TIADA INTERNET !
dua tiga hari tu cacing kepanasan dan seperti orang hisap dadah, tak selesa nak hidup.
hahaha. orang dah biasa internet kan. Bayangkanlah, line pon GPRS, kau nak bukak apa je? twitter yang aku bukak tu pon macam siput sedut masak lemak je.
sakit pulak hati kitewwww !

ok, jadi aku nak ceritakanlah sikit pengalaman aku sepanjang 2 minggu di negeri orang,
bukan details sangat, mana yang aku nak share jelah, ni pon untuk cover 2 minggu punya entri. hahaha
kalau aku rajin aku letak gambar, kalau tak rajin, kau baca jelah karangan SPM aku ni. hahaha.

okey, sampai hari jumaat malam di airport langkawi, lepas tu bini boss kilang datang jemput dan hantar ke Hotel Riverra Inn. Ni bukan biasa bangunan tinggi macam biasa tu. Tapi korang akan nampak macam rumah banglo orang kaya. Aku ingat nak ajak tidur rumah dia. hahaha. time tu cuti sekolah kan, jadi bilik murah harga RM 119 dah penuh, jadi tinggal RM 139 yang kedua murah. Hotel dia setaraf hotel biasa, lengkap semua tapi yang aku paling suka shower dia ! sangat best okey ! rasa macam air terjun. hahaha.
kiteorang satu malam je dekat situ, sabtu petang dah masuk kondo sewa,

Kondo Safa Idaman, Kuah, ada 4 bangunan tapi yang nampak berfungsi 2 bangunan je kalau tak silap aku, yang lain gelap gelita, ok tu seram ! hahaha. tengah tengah ada swimming pool !
ooo yeahhhh ! tapi dari 1st day sampai last day aku dekat situ, tak mandi swimming pool pon.
aku kurang minat dengan swimming pool ni tapi kalau laut, jomlah wey !
tapi aku tak pandai berenang pon. serius. tak tipu. hahaha. jadi kalau aku lemas tolong buat nafas buatan untuk aku. hahaha.
aku tak minat mandi dekat swimming pool sebab kau akan bercampur dengan ramaiiiiiii orang,
ada yang terkencing, ada yang terkentut, ada kaki cagu, ada ketiak tak basuh, ada celah kangkang tak pernah shave, pelbagai bangsa di dalam 1 kolam tu. sumpah scaryyyyyyy ok ! hahaha.
eeeee.tak sukalah aku. korang tak pernah terfikir ke? hahaha. kadang kadang air masuk dalam mulut kita sikit lepas tu kita ludah balik dalam kolam tu, lepas tu mandi lagi dalam tu. OMGEEEEEEEEEE ! hahaha
tapi apa yang aku suka pasal swimming pool ni adalah dapat cuci mata ! hahaha. kalau iman tak kuat, jangan tengok. hahaha. bangun pagi selak langsir, cuci mata sambil minum tepi balkoni, balik kerja cuci mata lagi, hilang stress mak tau ! hahaha

kalau bab makanan pulak, kau jangan risau ! murah gilaaaa ok dekat langkawi tu ! seriusly tak tipu !
kalau makan tengahari, air + ayam + sayur + nasi = RM 4 ++ kiranya depends on korang makan apalah,
tapi kalau kau dah makan macam gergasi puasa sebulan, memang harapan menjadi layulah nak murah.
biasanya pukul 1 atau 2, lauk dah nak habis. bapak rakus gila orang langkawi ni. hahaha

cakap pasal makanan ni, aku teringat classmate aku orang kedah, feveret all the time adalah masak kari telur,
hari ni kari telur, esok kari telur, hidup dia kari telur jelah. hahaha. tapi sekali pon tak pernah bagi aku rasa. Sentap disitu. hahaha. So, aku tak terkejut sangat sebab mostly ekat semua kedai nasi campur akan ada jual kari telur. So, no wonder Nurul minat sangat makan kari telur. Lagi 1 lauk yang aku terkejut adalah mostly kedai akan jual lauk Sardin ! Aku ulang Sardin Ikan ! Setakat aku hidup dekat JB ni, tak pernah aku jumpa orang jual sardin ok ! hahaha tapi dekat Langkawi ada. hebat betul !
so, siapa kata dekat Langkawi tak ada makanan? hahaha

kalau kuih muih, macam biasa je, tapi ada 1 hari tu, aku ingat kuih cucur badak, so dengan confidentnya aku beli RM 1, tapi sekali makan, intinya adalah inti karipap ! aku rasa macam tertipu gila, down gila ! over kan? hahaha. Yang ada karipap tu pulak inti kelapa. Aku stress ! tak faham aku. kalau Nasi lemak pulak, murah sesungguh, RM 1 je ok, tak kira nasi lemak ayam, ikan bilis + telur. hebat gila kan? . Tapi paling cool adalah cara bungkus nasi lemak tu. berputar putar. nak tahu? korang datang sendiri ! hahaha. 

Tapi kalau korang cakap nak makan Tom Yam untuk waktu malam pulak, datang dekat Veena Restoran, tu kedai popular dekat Langkawi tu. Ada satu malam tu makan dekat Telaga Seefood area Pantai Cenang. Bukan nak kata apalah, mostly makanan dekat situ tak sedap. Especially Chicken Chop ! Jangan order. hahaha. tapi ada jugak yang sedap, depends on food yg korang orderlah.

perghhh ! aku review pasal makanan dah 4 perenggan ! hahaha. kalau larat aku habiskan semua, kalau tak, terpaksa buat 2 bahagian. hahaha. Ok. Kalau bab shopping, dekat pekan kuah tu, banyak kedai duty free, korang datang je, pilih je. Macam aku peminat coklat kan, so beli coklat dan 4 helai tshirt langkawi. tu je.
still under budget iaitu RM 100. nak lagi jimat, beli keychain je buat ole ole. hahaha.

kalau cakap pasal jalan jalan, aku cuma pergi pantai cenang dan pantai tanjung rhu je, tempat menarik tu semua aku tak pergi, macam aku cakap dekat entri sebelum ni, aku datang Langkawi ni ada kursus, bukan nak berjalan jalan, nak honeymoon segala bagai. hahaha. Masuk kerja pukul 8.30 pagi smpai 5.30 petang. sebab tu aku kata tak ada life. Cuti pon hari Jumaat je tau. Cakap pasal Jumaat ni, for sure untuk lelaki, kena solat Jumaat kan? Hari tu aku solat dekat Masjid Aishah . Sangat lawa ok. Mostly Masjid dekat Langkawi cantik. The best part of  masjid aishah ni, air cond wey ! tak tipu ! rasa tak nak keluar, time solat khusyuk gila tapi time dengar khutbah, ngantuk gila, rasa macam nak baring dan lelap sebentar bersama tilam Vono. hahaha

Apa lagi ye nak cerita pasal Langkawi ni. itu jelah kot. Ok. Hari khamis (13 Jun) bertolak ke Kuala Kedah naik Feri. 1st time ok !. Belum gerak lagi, otak aku dah pening. hahaha. aku ni jenis mabuk laut sikit.
mula mula gerak tu pening kepala sikit tapi dah lama lama, aku dapat control sikit. hah ! hebat tak aku? tapi perkara yang aku tak dapat control adalah sejuk gila nak mampus ! sumpah tak tipu. menggigil wey ! hahaha. dah pasang aircond, pasang lagi kipas, nak kemana lah weyhhh? hahaha. 

then pergi ke Bertam, tidur semalaman dekat rumah abang sebab pukul 5 pagi (14 Jun) dah bertolak pergi ke bayan lepas. Nak balik JB !. tapi sempat makan nasi kandar yang close enough mcm dalam pulau. dalam banyak banyak kedai nasi kandar, kedai dia je yang paling ramai beratur panjangggggggggggggggggggggggggggggggggggg gila ok. tak tipu. Ayam madu dia sedap sumpah tak tipu. tapi aku lebih teringin nak makan pasemboq. Tak pelah. lain kali. hahaha.
tapi dah nak pukul 4 macam tu, perut buat hal, yelaaa, bayangkan 4 kuah dicampur sekali, perut aku ni manja sikit, hahaha. dan paling best dapat lalu atas Jambatan pulau pinang tapi sayangnya waktu tu pukul 5 lebih pagi, kau nak nampak apa? hahaha.

masa tunggu gate bukak untuk naik kapal tu, tetiba aku terfikir, bayangkan bertemu jodoh dekat airport. terlanggar masa bawak barang ke. hahaha. ni lah kesan banyak sangat tengok tv.
btw, Jumpa lagi Langkawi dan Pulau Pinang ! :)
Pip Pip !

3 comments:

  1. weyh weyh weyh..
    kau letak ah gambarrrr
    juling biji mate nak bace je memanjang.
    >_<

    Btw, rindu kat retis ni ! hahahahhaa
    Mai penang yee... my study place lorh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aish, malaslah nak edit semula. hahaha.
      terima kasih merindui saya *lap air mata terharu guna tisu yg beli watson*
      yeker study penang? x terserempak pulak hari tu. hahaha

      Delete
  2. I pay a quick visit daily a few web sites and blogs to read articles,
    except this website offers quality based writing.


    My web blog ... voyance gratuite

    ReplyDelete

Blog Copyright : Hafiz Jauhari. Blog Design by Sabrina Tajudin. Powered by Blogger.