Friday, June 28, 2013

Artikel Pertama Artis di dalam Majalah !

Salam 1 Aw Aw Aw,
hari ni nak cerita sedih dan gembira.
hahaha. sedih banyak dari gembira. hahaha
hari ni aku nak tunjuk artikel yang dibuat oleh aku sebanyak 1% sahaja. hahahahaha
pelik kan?
tak pe, aku huraikan nanti. hahaha.
aku nak tulis pon tak sampai hati. rasa nak bunuh diri je. hahaha



nampak tak nama penulis tu siapa ? hahahahaha
kalau nama saintifiknya adalah byline iaitu nama penulis.
artikel ni di muatkan dalam Student Leader Magazine dan temanya adalah Sukarelawan,
so pensyarah aku suruh buat satu artikel. 
dan atas tu hasilnya.
aku dah mintak tolong akmal untuk poskan magazine tu untuk aku. hehehe

dan yang sedihnya adalah, sebenarnya editor cuma ambil TAJUK SAHAJA dari artikel yang aku hantar untuk di edit. sumpah aku terkejut gila masa baca. hahaha
99% bukan karangan yang aku buat cuma tajuk sahaja yang di ambil.
yelaaa. kalau betul di ambil artikel lama aku tu, bolehlah aku berbangga dengan jayanya tapi cuma ambil tajuk sahaja, nak bangga apa kan? hahaha

lepas tu aku meroyan dekat twitter, gila tak sedih? it should be my 1st article that i wrote and published in magazine even its university magazine. 
lepas tu pulak ada orang tweet random tapi kutuk aku drama quuen lah apa,
kesah pulak aku, kau tak tahu apa yang berlaku dan apa yang aku rasa. you are not in my shoes.
dan aku dapat tahu artikel ni pon sebab aku mintak azwan tolong scan dekat office uitm tu,
dan konon aku nak baca sebelum masak untuk lunch dan sumber inspirasi lah ceghitanyewww.
tapi bila dapat tahu tu bukan artikel aku, habis aku masak dalam keadaan marah.
aku paling tak suka masak dalam bad mood dan itu buatkan aku asal campak je dan asal siap. kesian pulak family aku makan. hahaha. aku tahu kena professional tapi nak buat macam mana kan? emosi dah bestfrend forever dengan aku. hahaha.

lepas tu tadi aku bbm dengan lecturer yang suruh aku buat artikel tu,
nah perbualan aku dan madam najah.


actually aku apply broadcasting for the 1st place dan journ 2nd dan korang perasan tak madam kata aku keji. KEJI wey? hahaha. sentaplah macam ni madam. hahaha







kau nampak tak berapa panjangnya leteran seorang pensyarah. tapi memang betul, aku mula mula tu dah give up. nangis sesorang macam mati bini. hahaha
rasa terhina pon ada tapi bila baca balik kata kata lecturer aku tu,
aku mula sedar. cewahhhh. macam drama Sebenarnya Saya Isteri Dia pulak. hahahaha

kita tak boleh selalunya di takuk yang selesa. kita harus terima kritikan. dari kritikan tu kita akan membuat sesuatu yang lebih baik dan dapat belajar dari pengalaman. wahhh. ! aku dah boleh buat satu buku motivasi . muahahahaha.

aku sebenarnya tak tahu nak berbangga dengan artikel dekat atas tu ke tak. hahaha.
korang rasa? : D

Wednesday, June 26, 2013

Anniversary 3 Tahun Artis di UiTM Melaka !












Salam 1 Aw Aw Aw.
hari ni, genap 3 tahun kisah perjalanan di Lendu.
Masa mula masuk 26 / 6 / 2010
dan hari ni 26 / 6 / 2013

mula masuk kepala botak tahap 2, kiranya ada rambut sikit lah. hahaha
aku tak nak tunjuk gambar dekat matrik kad.
hahahaha. hodoh sungguh !

dan akhir diploma dengan rambut lebat. hahaha.
jadi aku tunjuk sikitlah gambar masa sem 1, ni rambut dah lebat sikit lah


ni masa explorace untuk kelas BEL (English Subject)

dan ini pulak masa sem 6


cari aku kalau jumpa. hahahaha
saje je nak tunjuk gambar ni. unik sikit. hahaha

sepanjang 3 tahun ni. macam macam aku belajar, persahabatan, tikam belakang, platik, talam dua muka, menangis, siapkan assigment yang nak kena hantar 1 jam sebelum tu, duduk rumah sewa, duduk koleh, kawan baru, pernah bergaduh kena terajang bagai suma tak jadi pelakon KL Gangster 5 je lagi hahaha, keluarga, putus kawan, emcee, jumpa artis, kena marah dengan lecturer even sampai dah habis belajar ni tau -__-' dan macam macam lagi lah kan

Terima Kasih UiTM Melaka :)

Happy Anniversary to all my batch mates year 2010/2013 and Happy 3rd Years of friendship :)

See you guys soon at Shah Alam in September. Lots of love. Muahhh ! :D

Thursday, June 20, 2013

Resepi Pancake yang Di Olah Oleh Artis !

Salam 1 Aw Aw Aw !
malam ni aku buat olahan resepi sikit.
hari tu masak bubur merah dan bubur putih, siapa orang johor mesti tahu kan? hahaha
bubur ni biasa dibuat masa kenduri kesyukuran atau kenduri apa apa lah.
senang je buatnya, campak campak sahaja ! hahaha
kalau korang nak resepi boleh google je makanan tu,
tapi tak tahu lah resepinya sama ke tak dengan mak aku punya resepi.
hahaha

jadi bahan utama bubur merah tu adalah Gula Merah/Gula Melaka. mana mana pon boleh guna
tapi mak aku suka campur sebab kalau korang perasan, rasanya lain sikit antara Gula Melaka dengan Gula Merah. Apa? korang tak reti bezakan? Gula Melaka tu yang buku yang macam bentuk silinder tu tapi gula merah adalah yang hancur tu.

jadi korang kena rebus dulu dengan daun pandan dan letak secawan atau dua cawan air bergantung jumlah gula korang tu. *TIPS: nak rebus gula melaka tu kena ketuk biar pecah dalam bentuk kecik kecik sikit, jadi cepat sikit cair, dapat bayangkan tak kalau korang masuk sebijk gedabak tu ke dalam periuk? 5 tahun kemudian baru larut. hahahaha* Jadi lepas cair semua tu, TOLONG TAPIS air gula tu, macam macam khazanah ye dalam air gula tu. percayalah. hahaha

Ok back to the recipe, malam ni mak aku suruh buat makanan untuk minum malam, jadi aku godeklah peti ais tu apa yang ada, hahaha, sekali terjumpa gula merah yang baki tu, fikir punya fikir, tertonggeng sana sini, aku dapat idea, dalam English kita namakannya Pancake dan Melayu adalah Lempeng. hahaha

jangan terkejut. nak buat senang je pancake aku ni, aku namakan 'PANCAKE GULA MERAH JEREBU SELATAN' ! hah ! vogue tak nama pancake aku tu? hahaha. ni lah namanya Inspirasi dari jerebu yang melanda Kota Tinggi. hahaha

Ok aku tak sukat tau jumlahnya, dalam masakan aku, aku agak agak je, ikut naluri hati seorang lelaki, sebab tu kalau orang mintak resepi dekat aku, aku cakap korang campak campak je tapi biarlah logik, tak kan tu pon nak ajar kan? tak kan nak letak garam sebaldi pulak kan? sebab lain orang lain cara masak.

Bahan Bahan:

Gula Merah / Gula Melaka
Daun Pandan
Gula Pasir
Susu Pekat Kental Manis
Garam
Air
Serbuk Penaik
Tepung Gandum
Telur Ayam

Hiasan:

Suka hati korang nak letak apa. hahaha

OK. Cara nak buat senang je chuollsss !

Campurkan Tepung gandum, air gula merah & gula melaka, gula pasir, garam secukup rasa, susu pekat. serbuk penaik, telur ayam, dan lempengkanlah ia. hahaha
siap !

untuk sukatan aku, aku guna tepung gandum tu suku bag 1kg tu, tak sampai setengah bag pon, gula pasir 2 sudu, garam setengah sudu teh, 2 sudu susu pekat, gula merah tu dalam 7 sudu makan ke, sesedap kut hati korang, hahaha, tak sampai setengah sudu makan serbuk penaik, sebiji telur, dan letak air, jangan pekat sangat dan jangan cair sangat, kalau korang selalu buat pancake, tahulah macam mana nak tengok adunan tu.

mesti korang akan fikir kenapa banyak sangat gulaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kan? hahaha
ni aku terangkan sikit :

 Dah namanya pancake gula merah & gula melaka, so memanglah kena guna gula ni kan? hahaha, kalau korang rasa gula ni, dia manis tapi akan ada rasa pahit sikit, betul tak? kalau korang letak banyak sangat, dia  akan jadi pahit pahit manis nanti korang punya pancake tu jadi untuk stabilkan pahit dan manis tu , letaklah gula pasir, boleh letak 1 sudu je, ikut kemanisan korang. kalau susu pulak, nak letak 1 sudu pon boleh dan kegunaan susu ni pulak untuk dia lebih lemak dan halus adunannya. Kalau takut sangat manis

kalau telur pulak untuk lebih gebu macam kak ton, hahaha dan garam pulak untuk stabilkan adunan . bukan sesaja nak letak garam ni tau. hahaha. kalau letak lebih, baik kau masak kari je. hahaha

Cara nak masak:

guna kuali leper, letak dalam 4 sudu besar dekat tengah tengah kuali dan biar dia merebak sendiri, korang jangan gatal nak meleperkan adunan dalam kuali tu guna senduk, kalau korang kacau, tak gebu dah lah pancake korang tu. api biar kecik je, bakar dalam kuali tu lebih kurang 2 minit each side, masa ni pon depends on tahap kebesaran api dapur yang korang guna tu dan akhirnya siap !. Bila dah siap tu, korang rasa tahap kemanisan pancake tu, sebab memang kita rasa manis dekat adunan tapi bila dah siap bakar dalam kuali tu, dia jadi tawar, sebab tu aku letak 2 sudu gula pasir, 2 sudu susu. kau ingat aku sesuka hati je letak? hahaha.

Cara hiasan:

ni ikut kreativiti korang, kalau aku suka tunggu pancake ni suam sikit dan aku makan dengan aiskrim vanilla dan renjis dengan taburan coklat rice ! sumpah sedap sampai aku tak sempat nak  tangkap gambar. hahaha
dah habis baru aku teringat nak tangkap gambar, apakan daya, tak dapat nak tunjuk dekat korang, lain kali kalau aku buat aku tunjuk ok? hahaha

di sebabkan tu, aku letak gambar orang lain punya sebagai inspirasi korang nak hias.






Amacam? meleleh tak? Pancake atas ni semua warna kuning keemasan kan? dan korang jangan terkejut pulak kalau PANCAKE GULA MERAH JEREBU SELATAN korang punya tu warna coklat keemasan, memanglah warna tak seksi tapi rasa yang penting ! hahaha

Aku ada cadangan idea untuk korang ! Apa kata dari korang susun strawberry yang di potong macam tu je, korang buat Berry Compote ! aku rasa ejaannya macam tu kot, aku pon tak ingat sangat, asal bunyinya sama je pon bolehlah ! hahaha. Banyak tau boleh buat, Peach Compote, Banana Compote dll tapi hari ni aku ajar cara buat Berry Compote je. Belajar sikit sikit. hahaha

Ni cara nak buat:

Ambil periuk, letak Satu paket strawberi yang dalam bekas plastik yang berbentuk segi empat tu, letak 3 sudu gula pasir, secawan air, perahan setengah biji lemon, nak letak parutan kulit lemon pon boleh (jangan sampai kena yang warna putih lemon tu sebab yang putih tu pahit tau), dan tunggu sampai strawberry tu lembek dan hancur sikit akibat di tekan guna senduk korang tu, dan tuang atas pancake ! korang nak tuang atas pavlova pon boleh. jadi korang tak bosan nak makan dan korang jugak boleh letak dekat cupcake tau ! sebelum letak cream topping tu, korek sikit dekat tengah tengah dan letak dalam tu, jadi rasa cupcake tu lagi sedap ! trust me !

* Boleh letak jem strawberri sekali, jadi Berrys Compote korang ni akan lebih pekat dan manis dan seksi*
* Kalau nak variasi sikit, Boleh campur sekali Blueberry, namanya pon Berry Compote kan?*
* kalau tak nak guna gula pasir, boleh ganti dengan brwon sugar, jadi compote tu lebih gelap sikit, pon seksi juga*
*jumlah gula juga bergantung pada korang*

Dah dah ! itu je pelajaran untuk hari ni. aku kalau boleh nak letak macam macam dekat sini tapi macam over pulak kan? hahaha
jadi apa tunggu lagi, korang cubalah, sedap ke tak sedap,
nanti bagilah tahu kalau korang cuba. jadi ke tak.
so, selamat mencuba dan selamat sepahkan dapur !
Pip Pip !
:)

Monday, June 17, 2013

Komen, Kritikan dan Pujian Anugerah Blokbuster 2 (2013) !

Salam 1 Aw Aw Aw !
hari ni kembali lagi untuk update pasal anugerah blokbuster semalam
ramai pulak yang tengok dekat yang aku update tahun lepas punya.
jadi malam ni, aku dengan rasa terujanya kembali update.

katanya ramai yang tak tengok award ni sebab macam terlalu urban but pada aku masih ok dari shout award yang terlalu urban untuk aku. yelaaa. aku ni orang kampung. hahaha
ada orang cakap, award ni macam syok sendiri.
It depends on individulah. peminat yang undi, kenapa tak puas hati kan?
kalau orang belakang salah kira ke tu dosa diaorang lah. yang korang sibuk pasal dosa orang kenapa?
yang aku tetiba nak mengamuk ni apahal? hahaha

jadi sebelum aku nak cakap apa apa,
ni hanya pendapat aku yang buta dalam industri hiburan ni,
so kalau sentap harap maap ye :)


1. Masa opening, Scha dan Ac nyanyi dan camera pulak terzoom dan secara eksklusifnya ternampak Scha miming, mulut lain lagu dah lain. hahaha. masa mula mula tu aku kecewa jugak tapi cuba korang fikir balik, sebenarnya ianya idea yang bernas tau sebab untuk opening award biasanya artis akan lari tempo yang boleh rosakkan mood penonton dan aku cukup bangga dengan idea ni.

2. Lepas tu Stacy pulak buat persembahan, ramai jugak yang kecam pakaian Stacy tu, skirt tu terlalu pendek sambil tertonggang tonggek menari, aku tahu dia non muslim tapi hormat sikitlah dengan penonton yang mostly Islam. Tapi persembahan dia cukup gempak sebab sempat remix dengan lagu Gentlemen by Psy. No wonder menang anugerah apa benda ntah dari WeChat tu. hahaha

3. Lepas tu adam pulak buat show, ni aku rasa miming, ke betul betul LIVE? hahaha. tapi aku rasa macam miming, tak boleh nak tuduh, nanti aku dah dikira fitnah pulak. hahaha.

4. Aku paling tak suka kalau penyampai anugerah berbual merepek sebelum sampaikan anugerah, saja nak lengahkan masa lepas tu pemenang tak bagi ucapan. Hello ! Peminat dah undi bagai nak rak, kenapa tak bagi pemenang buat ucapan? Ni aku tak terima. Sorry.

5. Ramai juga orang kutuk yang baru je habis tilawah al quran, esoknya pula ada Anugerah Blokbuster ni, ditambah pula dengan bulan Syaaban ni. Ni aku tak boleh nak cakap apa sebab biasanya tetapan tarikh ni dah lama, bukannya seminggu lagi anugerah baru letak tarikh kan? tak boleh nak salahkan pihak yang berkaitan, tarikh dah tetapkan lama, dan mungkin organizer tak perasan bertembung dengan event lain.

6. Sekali pandang macam reunion AF pulak dan orang yang pernah terliba dengan Astro dan artis KRU. hahaha. Stacy, Adam, Isma, Saiful Apek, Jac (KRU), Dayang (Ost Drama Dahlia) and so on. hahaha. apa salah sekali sekala panggil Juara Bintang RTM ke? racist tau dunia entertainment ni. hahaha

7. Ramai yang kecam Pakaian Didie Alias tu, kita sebagai orang yang beragama Islam ada tanggungjawab menegur tapi biarlah jangan sampai menyinggung perasaan orang tersebut, tanggungjawab kita pon dah habis, tinggal tuan punya badan dan urusan dia dengan Pencipta, kita tak berhak tentukan dosa pahala syurga neraka orang lain. Kita pon ada dosa cuma bezanya kita bukan public figure.

8. Ramai jugak pakain artis yang tak ikut tema, tema Hipster ! senang je chuolls ! yang kau pakai dress meleret macam anugerah Oscar kenapa? hahaha. Kalau korang perasan, dress Yana samsudin masa red carpet sebijik macam dress Yuna masa AIM kalau aku tak silap bezanya cuma warna. New Idea pleaseeee.

9. Ramai yang tak sabar nak tunggu show Shae feat Bobo kan? hahaha. aku pon teruja tapi bila dah tengok, Bobo macam terlalu over and dramatic sangat. Lepas tu penuh TL twitter orang kutuk dia, kesian. Tapi dengar khabar dia pakai baju dari couture dia sendiri tau. hebat. hahaha. Aku rasa tak sesuai pulak tetiba ditayangkan dekat TV. sorry.

10. Aku rasa cukup kecewa sikit sebab penonton Malaysia ni malas nak buat standing ovation dekat pemenang mcm dekat luar negara tu, terutamanya untuk anugerah khas. come on.

11. Dari segi pentas aku suka ketinggiannya tapi tak cukup lebar dan besar, aku rasa macam konsert mingguan AF je. hahaha tapi dari segi sound sistem aku tabik !

12. Gandingan Scha dan Ac, aku rasa ok dan menjadi, tak adalah teruk sangat, just nice dan tak bosan sangat :)

13. Ramai juga yang tanya lagu apa masa penyampaian anugerah tu, kalau tak silap aku lagu Justin Bieber feat Nicki Minaj - Beauty and a beat.

14. Pada aku overall ok, cuma award ni macam kurang aura sikit dan idea untuk pindah venue untuk award tu 1 idea yang menarik sebab tiap kali buat dekat KL, bukan semua orang mampu nak kesana kan? great job guys :)

aku rasa itu jelah kot aku nak cakap,
ni hanya pendapat aku sahaja, yang jernih di ambil, yang keruh dijadikan panduan,
cewahh. gaya aku macam apa je kan.
hahaha

maaf kalau ada yang terasa. Lots of love from me.
Pip Pip ! :)

Friday, June 14, 2013

Berkursus sambil Bercuti Artis Di Langkawi dan Pulau Pinang !

Salam 1 Aw Aw Aw !
Assalamualaikum dan Hello semua ! setelah 2 minggu pergi meninggalkan dunia internet, aku kembali semula ke dalam dunia blog ini. ada yang inbox dekat fb kata bila nak update.
amboi, suka nya korang baca cerita dalam kain pelikat aku ek? hahaha
macam biasa, sibuk latihan dan tiada masa dan TIADA INTERNET !
dua tiga hari tu cacing kepanasan dan seperti orang hisap dadah, tak selesa nak hidup.
hahaha. orang dah biasa internet kan. Bayangkanlah, line pon GPRS, kau nak bukak apa je? twitter yang aku bukak tu pon macam siput sedut masak lemak je.
sakit pulak hati kitewwww !

ok, jadi aku nak ceritakanlah sikit pengalaman aku sepanjang 2 minggu di negeri orang,
bukan details sangat, mana yang aku nak share jelah, ni pon untuk cover 2 minggu punya entri. hahaha
kalau aku rajin aku letak gambar, kalau tak rajin, kau baca jelah karangan SPM aku ni. hahaha.

okey, sampai hari jumaat malam di airport langkawi, lepas tu bini boss kilang datang jemput dan hantar ke Hotel Riverra Inn. Ni bukan biasa bangunan tinggi macam biasa tu. Tapi korang akan nampak macam rumah banglo orang kaya. Aku ingat nak ajak tidur rumah dia. hahaha. time tu cuti sekolah kan, jadi bilik murah harga RM 119 dah penuh, jadi tinggal RM 139 yang kedua murah. Hotel dia setaraf hotel biasa, lengkap semua tapi yang aku paling suka shower dia ! sangat best okey ! rasa macam air terjun. hahaha.
kiteorang satu malam je dekat situ, sabtu petang dah masuk kondo sewa,

Kondo Safa Idaman, Kuah, ada 4 bangunan tapi yang nampak berfungsi 2 bangunan je kalau tak silap aku, yang lain gelap gelita, ok tu seram ! hahaha. tengah tengah ada swimming pool !
ooo yeahhhh ! tapi dari 1st day sampai last day aku dekat situ, tak mandi swimming pool pon.
aku kurang minat dengan swimming pool ni tapi kalau laut, jomlah wey !
tapi aku tak pandai berenang pon. serius. tak tipu. hahaha. jadi kalau aku lemas tolong buat nafas buatan untuk aku. hahaha.
aku tak minat mandi dekat swimming pool sebab kau akan bercampur dengan ramaiiiiiii orang,
ada yang terkencing, ada yang terkentut, ada kaki cagu, ada ketiak tak basuh, ada celah kangkang tak pernah shave, pelbagai bangsa di dalam 1 kolam tu. sumpah scaryyyyyyy ok ! hahaha.
eeeee.tak sukalah aku. korang tak pernah terfikir ke? hahaha. kadang kadang air masuk dalam mulut kita sikit lepas tu kita ludah balik dalam kolam tu, lepas tu mandi lagi dalam tu. OMGEEEEEEEEEE ! hahaha
tapi apa yang aku suka pasal swimming pool ni adalah dapat cuci mata ! hahaha. kalau iman tak kuat, jangan tengok. hahaha. bangun pagi selak langsir, cuci mata sambil minum tepi balkoni, balik kerja cuci mata lagi, hilang stress mak tau ! hahaha

kalau bab makanan pulak, kau jangan risau ! murah gilaaaa ok dekat langkawi tu ! seriusly tak tipu !
kalau makan tengahari, air + ayam + sayur + nasi = RM 4 ++ kiranya depends on korang makan apalah,
tapi kalau kau dah makan macam gergasi puasa sebulan, memang harapan menjadi layulah nak murah.
biasanya pukul 1 atau 2, lauk dah nak habis. bapak rakus gila orang langkawi ni. hahaha

cakap pasal makanan ni, aku teringat classmate aku orang kedah, feveret all the time adalah masak kari telur,
hari ni kari telur, esok kari telur, hidup dia kari telur jelah. hahaha. tapi sekali pon tak pernah bagi aku rasa. Sentap disitu. hahaha. So, aku tak terkejut sangat sebab mostly ekat semua kedai nasi campur akan ada jual kari telur. So, no wonder Nurul minat sangat makan kari telur. Lagi 1 lauk yang aku terkejut adalah mostly kedai akan jual lauk Sardin ! Aku ulang Sardin Ikan ! Setakat aku hidup dekat JB ni, tak pernah aku jumpa orang jual sardin ok ! hahaha tapi dekat Langkawi ada. hebat betul !
so, siapa kata dekat Langkawi tak ada makanan? hahaha

kalau kuih muih, macam biasa je, tapi ada 1 hari tu, aku ingat kuih cucur badak, so dengan confidentnya aku beli RM 1, tapi sekali makan, intinya adalah inti karipap ! aku rasa macam tertipu gila, down gila ! over kan? hahaha. Yang ada karipap tu pulak inti kelapa. Aku stress ! tak faham aku. kalau Nasi lemak pulak, murah sesungguh, RM 1 je ok, tak kira nasi lemak ayam, ikan bilis + telur. hebat gila kan? . Tapi paling cool adalah cara bungkus nasi lemak tu. berputar putar. nak tahu? korang datang sendiri ! hahaha. 

Tapi kalau korang cakap nak makan Tom Yam untuk waktu malam pulak, datang dekat Veena Restoran, tu kedai popular dekat Langkawi tu. Ada satu malam tu makan dekat Telaga Seefood area Pantai Cenang. Bukan nak kata apalah, mostly makanan dekat situ tak sedap. Especially Chicken Chop ! Jangan order. hahaha. tapi ada jugak yang sedap, depends on food yg korang orderlah.

perghhh ! aku review pasal makanan dah 4 perenggan ! hahaha. kalau larat aku habiskan semua, kalau tak, terpaksa buat 2 bahagian. hahaha. Ok. Kalau bab shopping, dekat pekan kuah tu, banyak kedai duty free, korang datang je, pilih je. Macam aku peminat coklat kan, so beli coklat dan 4 helai tshirt langkawi. tu je.
still under budget iaitu RM 100. nak lagi jimat, beli keychain je buat ole ole. hahaha.

kalau cakap pasal jalan jalan, aku cuma pergi pantai cenang dan pantai tanjung rhu je, tempat menarik tu semua aku tak pergi, macam aku cakap dekat entri sebelum ni, aku datang Langkawi ni ada kursus, bukan nak berjalan jalan, nak honeymoon segala bagai. hahaha. Masuk kerja pukul 8.30 pagi smpai 5.30 petang. sebab tu aku kata tak ada life. Cuti pon hari Jumaat je tau. Cakap pasal Jumaat ni, for sure untuk lelaki, kena solat Jumaat kan? Hari tu aku solat dekat Masjid Aishah . Sangat lawa ok. Mostly Masjid dekat Langkawi cantik. The best part of  masjid aishah ni, air cond wey ! tak tipu ! rasa tak nak keluar, time solat khusyuk gila tapi time dengar khutbah, ngantuk gila, rasa macam nak baring dan lelap sebentar bersama tilam Vono. hahaha

Apa lagi ye nak cerita pasal Langkawi ni. itu jelah kot. Ok. Hari khamis (13 Jun) bertolak ke Kuala Kedah naik Feri. 1st time ok !. Belum gerak lagi, otak aku dah pening. hahaha. aku ni jenis mabuk laut sikit.
mula mula gerak tu pening kepala sikit tapi dah lama lama, aku dapat control sikit. hah ! hebat tak aku? tapi perkara yang aku tak dapat control adalah sejuk gila nak mampus ! sumpah tak tipu. menggigil wey ! hahaha. dah pasang aircond, pasang lagi kipas, nak kemana lah weyhhh? hahaha. 

then pergi ke Bertam, tidur semalaman dekat rumah abang sebab pukul 5 pagi (14 Jun) dah bertolak pergi ke bayan lepas. Nak balik JB !. tapi sempat makan nasi kandar yang close enough mcm dalam pulau. dalam banyak banyak kedai nasi kandar, kedai dia je yang paling ramai beratur panjangggggggggggggggggggggggggggggggggggg gila ok. tak tipu. Ayam madu dia sedap sumpah tak tipu. tapi aku lebih teringin nak makan pasemboq. Tak pelah. lain kali. hahaha.
tapi dah nak pukul 4 macam tu, perut buat hal, yelaaa, bayangkan 4 kuah dicampur sekali, perut aku ni manja sikit, hahaha. dan paling best dapat lalu atas Jambatan pulau pinang tapi sayangnya waktu tu pukul 5 lebih pagi, kau nak nampak apa? hahaha.

masa tunggu gate bukak untuk naik kapal tu, tetiba aku terfikir, bayangkan bertemu jodoh dekat airport. terlanggar masa bawak barang ke. hahaha. ni lah kesan banyak sangat tengok tv.
btw, Jumpa lagi Langkawi dan Pulau Pinang ! :)
Pip Pip !

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...