Thursday, May 30, 2013

Dilema Artis Terjawab !

Salam 1 Aw Aw Aw *sambil lap habuk sikit, sapu lantai sikit*
berhabuk jugak blog ni. hahaha
bila ada mood nak menulis tapi tak ada cerita, bila tak ada mood, ceritanya macam macam nak ditulis. hahaha
apa macam tajuk hari ni? macam headline dalam surat khabar kan? hahaha
sebenarnya aku nak cerita dilema aku. kalau nak baca boleh baca, kalau tak nak baca, cubalah baca sikit. hahaha
aku tak paksa. *kenyit mata sebelah*

ok. adalah hari dulu dulu, aku ada hantar resume dekat media prima, sebab senior aku kata ada kerja kosong. aku pun bersungguh jelah hantar. hahaha
aku ingatkan dalam masa terdekat akan dipanggil interview tapi hampeh sebenarnya. hahaha
lepas tu setelah macam hilang khabar berita, minggu lepas kalau tak silap aku dapat call interview, aku punya suka memang tak tertahan dah ni. masa dapat call ni, aku tidur rumah sewa lama sebab roommate kerja dekat UiTM, dan aku pulak nak ambil transkrip.
mula mula macam menang loteri wey, tetiba sedih. kenapa?

sebab aku ada kursus dan latihan untuk menguruskan perniagaan keluarga yang baru mula nak bertapak. cewah. ayat aku ni ikut skema jawapan SPM. hahaha
aku pon dah tak tahu nak buat entri yang buat korang selesa macam mana. aku dah lupa. hahaha
dan kursus tu adalah esok dan interview adalah isnin lepas.
dan disinilah dilema aku. hahaha. jadi aku nak korang hantarkan undian. mana yang aku akan pilih. hahaha
aku mintak pendapat mak aku dan of kos, dia suruh aku pilih kursus tu.
sebab mak aku kata, kursus ni sekali je dan interview tu akan ada lagi nanti sama ada cepat atau lambat je. hurmmm. sentaplah macam ni. hahaha

bila kau fikir balik. logik jugak tapi jeles jugak sebab ada batchmate yang pergi interview tu. huarggggghhhhhh *hempas segala makeup simplysiti* hahaha
dan aku pon buat keputusan pergi kursus tu dengan kakak ipar aku dekat Langkawi.
over kan jauh dia? hahaha
jadi aku tak tahu dapat update blog ke tidak sebab broadband aku dah terminate dan dekat rumah tu ada wifi ke aku pon tak tahu. hahaha. tapi macam over je kan ada wifi? jadi aku rasa peluang nak update sangat tipis. hahaha. jadi kalau aku jumpa mana mana wifi port yang hado, aku akan update.
sedih nak tinggalkan blog sendu ni hah. hahaha
minimum 2 minggu maximum sebulan. tapi aku rasa aku sebulan dekat sana.
lepas tu nak shopping lagi, nak beli coklat lagi. dalam kepala otak aku sekarang ni fikir coklat Daim je. hahaha. feveret tu wey ! coklat lain aku tak fikir sangat. hahaha

dan aku bertolak esok. Jadi warga Langkawi, tunggu kehadiran saya saya saya saya *bergema* hahaha
kalau nampak aku tu tolong lah tegur dan belanja makan.
elaun kena jimat cermat. sedih gila kan? hahaha
so, sesiapa yang rindu aku tu boleh follow twitter aku, aku tak galakkan keluarga aku untuk follow, kalau follow aku block. hahaha *kejam*
jadi sampai di sini sahaja. jumpa lagi uollss !
Pip pip ! :)

Saturday, May 25, 2013

Artis di Interview Degree

Salam 1 Aw Aw Aw,
dah lama tak update blog kan,
ramai juga stalker yang bertanya, hahaha
rajin betul korang ni nak baca kisah aku ni,
malu tahu !
hahaha

minggu ni tak sempat nak update apa apa tapi actually sempat je kalau ada usaha.
hahahahaha tapi disebabkan aku sibuk prepare dokumen dan hafal segala bagai information 
untuk interview menyebabkan aku malas nak tulis macam macam. hahaha
ceh ! ni aku belum jadi perdana menteri lagi,
kalau jadi perdana menteri, aku suruh PA aku yang tolong updatekan. hahaha
dah merepek ni actually.

hari ni di tempat yang sama seperti 3 tahun yang lalu,
dulu interview diploma dan sekarang interview degree dekat uitm larkin. tapi kalau dapat sambung nanti dekat shah alam.
rasa macam tak percaya, dah besar aku sekarang ni dan sepatutnya makin matang.
cewah ! hahaha tapi macam budak2 lagi. ada ke patut ramai orang kata aku ni baru habis SPM.
aish, payah betul kalau awet muda ni. Rahsia ku hanya Safi Rania Gold. hahaha

dulu masa interview diploma, aku memang kurang konfiden sangat dan gigil nak mampus ok !
tak tipu ! tapi selepas 3 tahun, aku kembali membawa semangat yang baru dan cita cita yang lebih jelas tapi aku harap sinar sampai ke malam tapi hujan di petang hari.
kenapa? sebab aku di bash teruk gila tadi dan aku sangat down sekarang ni.
aku hanya pasghah dan ghedo je sekarang ni, kalau ada rezeki aku sambung degree in broadcasting kalau tak dapat, aku terima je.

sampai rumah, salam mak dan terus masuk dalam bilik,
sedih wey, aku sambung belajar dan nak dapat degree ni untuk mak dan abah aku, 
tak sanggup nak tengok muka mak aku tadi, bapak sensitipnya aku. hahaha
lemah terus aku nak sambung degree ni.

antaranya dia tanya soalan, aku baru jawab satu dari 6 point yang aku sediakan dan kena potong and dia tamatkan interview session. hahaha. apa perasaan kau? hahaha
lepas tu ada jugak dia kutuk aku. untuk pengetahuan awak ye prof, walaupun saya macam ni, saya tahu agama saya yang melarang seorang lelaki bertindak seperti perempuan.
saya tahu saya jadi macam ni kehendak Allah dan itu dugaan saya dari Nya.
tugas awak membuktikan yang saya masih layak diterima bukan di hentam.
tapi nasib dia minta maaf. huhuhu

aku faham, semua orang yang belum pernah kenal aku akan describe aku macam tu,
but i know who i am and u don't have any right to judge me until u are in my shoes !
kadang kadang aku penat dengan semua macam ni, sebab tu aku nak sangat ambil broadcast dan buktikan dan terangkan pada semua orang untuk stop judging people. we are not perfect guys. u have to accept it whether u like it or not. semua kejadian tu adalah ketentuan Allah. korang sendiri pon ada dugaan masing2 kan? 

kadang kadang aku pelik, kenapa orang semua tak pandang seseorang tu dari segi bakat? 
kenapa orang gunakan kelemahan seseorang untuk lihat orang tu jatuh dan bukannya tolong sembunyikan kelemahan seseorang tu? 

hurmmm. aku minta maaf dekat prof tu kalau aku tak cukup bagus untuk course ni dan aku nak tegaskan dekat sini, i'm not practicing feminism ! :)

Saturday, May 11, 2013

Artis dan Ucapan Terima Kasih !

Salam 1 Aw Aw Aw,
hari ini aku kembali lagi di persada blogger,
aku baru tahu izwan pon buat blog tapi pasal politik, aku cuba google, tak jumpa pulak, teringin jugak nak baca, hahaha, tak kisahlah pasal apa pon orang nak buat, tu blog dia,
dan semua ada hak untuk cakap apa yang dia tulis dan blog aku pulak pasal hal peribadi,
yang tulus dari hati, apa yang aku tak mampu nak cakap depan depan, aku cakap dalam blog walaupun kadang kadang aku tujukan dekat seseorang, bukan tahu pon kewujudan blog aku ni,
dari dulu teringin nak jadi blogger femes tapi sekarang dah 21 tahun, aku fikir balik,
aku buat blog nak tulis apa yang aku tak mampu nak cerita dengan orang,
kalau femes nanti, kena stalk pulak blog aku ni. hahaha
jadi, apa yang ada sekarang ni cukup buat aku :)

ceh, pendahuluan tak ada kena mengena dengan apa yang aku nak cerita sekarang ni,
kalau semalam aku cerita pasal result,
hari ni aku nak buat entri untuk berterima kasih,
tak adalah nanti kata aku ni lupa daratan, hahaha
aku nak ucap dekat semua orang memang tak mampu lah,
mahu aku kena buat list seminggu dulu,
tapi aku nak wish yang major dalam hidup aku,
dulu masa lepas SPM aku tak ada blog, jadi tak boleh nak buat macam ni,
sekarang aku buatlah :)

jadi sebelum aku nak buat ucapan dan sedikit kenangan terselit, cewah, aku letak lagu ni, korang ulang ulang dengar sampai habis baca entri ni. hahaha


aku nak nyanyi sendiri tapi nak setting camera lagi nak itu ini payah.
lagi pon aku bukan menang Oscar ke menang ABPBH kan? hahaha
jadi guna penyanyi asal sajoh !

1. Orang yang aku nak ucap penghargaan adalah mak dengan abah. Aku ingat lagi, tiap kali midterm aku jawab dengan teruk atau tak boleh jawab, aku mesti call, konon tak nak nangis, saje nak luah kan kesedihan tapi terluah jugak air mata, aku ni jiwa sensitip sikit, tengok hindustan pon nangis, hahaha. rahsia ni wey ! hahaha. Bila aku ingat balik, masa sekolah menengah kalau aku jawab exam teruk mana pon, lagi aku simpan dalam peti besi adalah. hahaha. zaman dah berubah wey. hahaha

lagi satu yang buat semangat aku semakin pekat ibarat susu kental F&N adalah gambar mereka. nampak tak ayat aku formal sikit, rasa macam buat artikel majalah pulekss. hahahaha


hah nampak tak? sebelum ni, tak muka aku, muka siti nurhaliza, tak muka siti nurhaliza, mesti muka aku,
hahaha. tetiba aku terfikir, kadang kadang bosan wey tengok muka sendiri je dekat dekstop laptop ni jadi
aku letak muka mak abah. jadi tiap kali malas nak buat esaimen ke malas study tu, takut sikit. hahaha
tapi disebabkan malas tu bestfriend aku, aku pon kekadang lupa daratan jugak. muahahahaha :P

2. Sahabat aku. Groupmates. Dari sem 1 sampai sem 6 iaitu Obama, Acap, Masliya, Atiqah, Comel dan E'ah. Obama tu dari sem 1 sampai sem 2 then dia pindah kelas dengan alasan kelas aku ni tak mencabar, tak kisahlah, tu hak dia. Acap pulak dari sem 1 sampai sem 3 je sebab lepas tu dia sambung ke fast track. Comel dan E'ah pulak dari sem 4 ke 6. Eh, ada satu esaimen tu group dengan Aisyah, Suhada untuk subjek INC dan Atie kalau aku tak silap. Ni aku sebut untuk esaimen yang besar besar je aku sebutkan ye.
Bohonglah kalau aku cakap aku tak pernah terasa dengan korang. Bohonglah aku tak ada teringin nak marah korang tapi aku fikir balik, aku tak suka orang marah aku, jadi aku buat macam tu untuk groupmates aku. Sayang korang semua tapi korang tak tahulah. 

Aku ingat lagi ramai yang cakap, takut nak masuk group esaimen aku, tikah dengan mas. Nak tahu alasan nya apa? Alasannya adalah aku nak semua esaimen must be perfect ! jadi diaorang takut. Masa tu, aku memang down gila. Korang tak fikir ke waktu kerja nanti macam mana? semua benda nak perfect tau. Aku bukan nak perfect tapi mencuba yang terbaik untuk result. bukan result aku je tapi result korang jugak. korang tak pernah fikir ke? Aku tak pernah buat kerja syok sendiri. Tiap kali aku buat kerja, aku cuba yang terbaik untuk jaga nama korang untuk result korang. 

Aku minta maaf kepada semua kawan aku yang pernah menjadi groupmates aku. Kalau aku ada guris hati korang aku minta maaf. Aku tak pernah niat nak buat korang terguris. Maaf aku selalu push korang buat esaimen. Maaf aku tak pernah jadi kawan yang baik untuk korang. Wah ! tetiba sebak ! hahaha. ni yang lemah ni. hahaha. Aku tetap sayang semua walau korang tak pernah tahu. Lelaki ego nak tunjuk apa apa. hahaha


dari kiri: Masliya, E'ah, Miss Iko (lecturer Advert), Kasut McDonald (Artis), Tikah dan Comel

3. Roommates dan Housemates. Kalau tak ada korang aku tak tahu nak buat macam mana lagi. Dari sem 1 hingga sem 6, orang yang aku paling sayang adalah Azwan Kimori. weh. aku letak nama kau ni. hahaha. Sem 5 dan 6 sangat mencabar weh ! Dia lah tempat aku mengadu, dia lah pengkritik aku, semuanya dialah. Eh, aku bukan tak sayang roommates yang lain, semua aku sayang macam Pok We, Andy, Kecik, Apai, Kuti, Akmal, Suhail, Naim, Fahmi, Mok, Gipang, Matte n ada lagi sorang budak sabah tu, aku lupa nama kau wey ! hahaha. sebab aku jarang jarang jarang jarang berbual dengan dia. Pendiam habis ! hahaha. 

cakap pasal Naim ni. Aku masih was was nak maafkan kau. hahaha. Aku tak pernah kutuk 'kejadian' dan 'kelahiran' kau ke dunia ni. Aku cuma cakap perangai kau tu je. Aku tegur tapi mungkin cara aku tegur tu salah yang buatkan kau bertindak macam tu. Aku sayang kau doe tapi bila kau kutuk aku teruk dekat fb kau tu, aku macam hilang respect sikit dekat kau. Kau ingat aku nak sangat ke lahir macam ni? kau ingat aku suka jadi macam ni? hurmmm. tak pelah. kejadian dah lepas kan. Semoga kau bahagia bersama tunang tersayang :)


dari kiri: Akmal, Artis, Azwan 

4. Kawan kawan sekutu dengannya, nak cakap ramai tapi ni apa yang terlintas je ye, yang tak tersebut tu tetap ada dalam hati. cewah ! ayat nak cover, maaflah aku ni pelupa sikit. muahahahaa.
love u dan Thanks kepada Izwan, Faiq, Amir, Nua, Ipin, Keluarga K dan ramai lagilah.
actually aku dah penat nak taip. hahahaha.

5. Terima kasih juga kepada semua pensyarah dari sem 1 sampai sem 6. Aku sangat sanjung dan terima kasih tak terhingga sebab sanggup layan kerenah aku ni. hahaha. maaflah, aku ni memang banyak tanya, yelaa orang otak slow katakan. hahaha. kadang kadang sampai semua orang rasa anoy dengan aku. hahaha.
Aku harap ilmu ni akan kekal. Bila ingat balik keletah pensyarah aku dari sem 1 sampai sem 6 ni, kelakar pon ada sedih pon ada. hahaha.

jadi itulah penyumbang kekuatan aku mampu bertahan sampai ke penghujung diploma.
rasa lega sangat dah habis. secara jujurnya aku memang tak tahan dengan kehidupan diploma ni.
ingat lagi Azwan kata, sekejapnya masa berlalu. aku rasa macam 10 tahun tahu tak? hahaha

dan ramai lagi aku nak ucap terima kasih sampai ke pemandu bas yang selalu hantar aku ke uitm tu
tapi nak buat macam mana. aku sendiri pon tak larat.
sekian dan XOXO :)

Friday, May 10, 2013

Artis dan Result Akhir Diploma !

Salam 1 Aw Aw Aw !
patutnya entri ni semalam tapi busy sikit,
jaga ibunda yang sakit sakit. sebak pulak nak update entri ni.
huhuhu.
siapa yang pelajar diploma atau student UiTM sendiri mesti tahu semalam adalah big day iaitu result exam keluar. 
tiap kali result nak keluar mesti aku sakit kepala dan macam nak demam dan ada yang demam pon sebelum ni, disebabkan takut makin teruk, aku terpaksa makan dua biji Panadol Activ Fast. aku memang ada siapkan sepapan dalam bilik. Aku rasa Panadol dah boleh bagi komisyen sikit sebab aku promote produk korang wey !
meningkat salaes korang bulan ni, siap ! hahaha

nak tunggu student portal kena tunggu pukul 9 pagi hari khamis jadi tunggu emel masuk, refresh bagai nak rak ni wey ! Yahoo mesti busy malam tu. hahaha. kalau tak tak ada orang nak singgah Yahoo tu. hahaha.
tunggu punya tunggu, sorang demi sorang batchmate, dah tahu result, aku dah gelabah macam isteri nak beranak dekat hospital swasta macam drama drama melayu tu. hahaha
akhirnya, emel masuk tapi sebelum tu dah macam macam emel merepek dah masuk dulu, buat jantung aku gugur je tiap kali masuk emel entah apa apa tu. hahaha

akhirnya, result keluar, gigil mak jah wey di buatnya !
alhamdulillah, result aku masih maintain seperti semester sebelumnya.
dan secara officialnya aku adalah seorang pemegang Diploma Komunikasi dan Pengajian Media dari UiTM Melaka. aku tak kisah korang nak cakap apa pasal course yang aku ambil ni.
banyak jugak yang hentam course ni, tapi aku dah kebal. cewahhh ! ayat artis sangat ni. hahaha

aku dah berjaya buktikan kepada semua orang yang pandang rendah terhadap aku dari sekolah rendah, sekolah menengah, rakan sekeliling, keluarga dan ramai lagi yang aku mampu berjaya.
cewah ! gaya macam menang Miss Universe je kan. padahal diploma je pon wey ! tak payah nak berlagak sangatlah. hahaha.

aku nak ucapkan terima kasih dekat semua orang yang terlibat secara langsung atau tidak sepanjang pengajian aku di Melaka ni.
nak cerita dalam satu entri tak cukup jadi akan ada entri menyusul lepas ni.
kiranya macam throwback selama aku berada di UiTM Melaka ni.

mesti ramai yang nak tahu result aku ni.
tapi aku segan nak bagi tahu. tapi apa yang mampu aku cakap,
Selempang Merah Jambu dapat aku sarungkan kelak di konvo bulan 11 nanti.
Selempang tu untuk mak dan abah aku yang kecewa dengan result SPM aku dulu.
terubat sikit hati aku yang sedih ni. huhuhu

dah dah, aku tak nak cakap lebih lebih,
nanti korang kutuk aku pulak.
hahaha

itu sahaja untuk malam ni. XOXO :)

Tuesday, May 7, 2013

Artis Makan Buah Epal Bersalut Lilin !

Salam 1 Aw Aw Aw,
lebih seminggu jugak aku tak jenguk blog ni. hahaha
minggu lepas jaga mak aku masuk hospital dan lepas tu aku pulak demam lepas tu PRU pulak kan
jadi stop lah sekejap hormati PRU. hahaha
nak buat entri pasal PRU, umur pon tak cukup untuk mengundi dan tak kan nak kecoh lebih lebih kan?
terasa ke? hahaha. kau sendiri tak boleh mengundi tapi pung pang pung pang cerita pasal parti yang korang sokong tu macam korang ni layak sangat mengundi. Apa? 5 tahun sekali je. Apa? Kena ambil tahu jugak. Apa? nanti kita kena mengundi jugak. Apa? Beri sokongan. Satu je jawapan untuk korang yang berlagak boleh mengundi ni. JANGAN OVER ! BERPADA PADA! thats all. 
cehh. PRU dah habis baru aku nak update pasal politik. Sooo last yearrr ! hahaha

eh. bukan pasal tu aku nak cerita,
hari tu aku ada jumpa pasal gambar bawah ni.


apa yang korang faham pasal gambar ni? ceh, aku dulu nak jadi cikgu, tapi math SPM pon dapat C je,
jadi berangan sekejap boleh? hahaha.

gambar ni tunjukkan kan ada seorang akak ni, nak kopek* kulit epal ni tapi secara tak sengaja dia macam 'garuk' epal tu dengan pisau dan paling mengejutkan adalah yang serbuk putih yang korang nampak dekat pisau tu adalah LILIN. ye saya ulang guna microfon Siti Nurhaliza, ianya adalah LILIN.
lilin adalah sejenis wax, kalau wax kena air, tak hilang jadi sama je dekat situasi ni, korang basuh bagai nak rak sekali pon, lilin tu tak akan tanggal dan secara tak langsung, korang makan lilin. 
ok berbalik pada akak yang kopek epal tu tadi, luar nampak cantik tapi bila lepas kopek, epalnya lebam lebam.

kita dengar kulit epal kalau di makan bagus untuk kesihatan kan? tapi kalau dah macam ni macam mana?
ada pepatah 'one apple a day keeps u away from doctor' tapi kalau dah macam ni, tak ke hari hari nanti jumpa doktor? hahaha.
buat feveret aku adalah tembikai dan apple, nasiblah tembikai tu tak boleh dimakan dengan kulit kulitnya sekali, kalau tak, sama jugak jadi nya. hahaha.
aku pon suka makan epal tanpa buang kulitnya, jadi dapat bayangkan tak berapa batang lilin yang dah kita makan? especially aku ni? kalau tak lilin tu dah boleh pakai masa blackout. hahahaha

jadi tadi aku pon buat experiment, dekat rumah ni peti ais sentiasa penuh dengan epal,
jadi hantaran aku nanti, aku nak epal boleh? hahahaha
eh, berbalik semula, aku pon try lah apa yang gambar atas tu buat, dan iyanya tepat sekali !
epal aku pon di sapu dengan lilin, aku macam nak pengsan atas tilam king koil je tadi sambil bakground music bercorak seram. hahaha.
tapi lilin yang dekat epal aku ni tak melampau macam dalam gambar atas ni. hahaha
luar nampak segar dan fresh yang membuat kau terangsang dan ghairah nak makan,
tapi selepas aku kopek, ada bahagian yang busuk. hahaha
tipah tertipu bang, tipah tertipu selama ni, tipah tak sangka. *sambil peluk pintu peti ais dan biarkan epal bergolek sendu di lantai. hahaha*

jadi untuk kesalamatan buat sekarang ni, kalau korang nak makan dengan kulitnya, korang garuk epal tu dengan pisau dulu atau korang was was, korang kopek jelah kulitnya.
penjual ni letak lilin supaya buah dia nampak segar.
bukan buah tukang penjual tu punya -___-"
tapi buah jualan dia laa sengal. korang ni otak pelangi kan? hahaha

aku minat makan buah epal jadi aku kongsi sikit benda ni.
kalau korang rasa nak share dengan kawan, boleh je.
share sahajoh. ni pasal makanan bukan porno nak takut takut.
hahahaha

jadi adakah blog femes iaitu blog cikepal juga disaluti lilin?
hahahaha

:)


*kopek tu adalah kupas ye, rakyat selatan guna kopek, bukan kemaluan wanita. harap matang ye. hahaha

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...