Komen, Kritikan dan Pujian Anugerah Bintang Popular ABPBH 2012

Salam 1 Aw Aw Aw !
hari ni baru sempat update blog untuk bercerita pasal ABPBH 2012.
mesti ramai yang dah cakap pasal ni kan?
tapi aku nak cakap jugak. hahaha
walaupun orang lain kata dah basi,
tapi ada aku kisah? hahaha.

sebelum aku berkata kata, aku nak ulang kata seperti biasa iaitu ini hanya pendapat aku sahaja,
pendapat ye. setiap orang ada pendapat masing masing. 
jangan ada yang melenting sudah lah ye? :)

1. Pentas yang digunakan pada aku nampak designnya yang ikut Ledakan Geometri tapi pentas tu rendah sangat. cuma paras pinggang penonton yang ada berdiri dekat tengah tengah pentas tu. Pada aku, tinggi pentas tu tinggi prestij anugerah tu. Korang perasan tak, piala ABPBH yang besar tu yang arca tu yang selalu letak dekat tepi pentas tu dah tak ada? hahaha. tu trademark kot. Hilang seri tau.

2. Bila pentas rendah sangat, masa penyanyi atau penyampai anugerah laksana tanggungjawab, aku rasa terganggu dengan penonton yang dekat tengah tengah tu, menyibuk lah weyy. suara diaorang lagi kuat dari yang guna mic tu. hahaha. aku rasa, dekat Malaysia masih tak sesuai nak ada penonton yang dekat tengah tengah tu. adakah inspirasi dari Nickelodeon Kid's Choice Award ke? 

3. Sesuatu anugerah tu nampak berjaya atau tak biasanya orang akan lihat masa opening dengan penutup. kalau gempak dua dua part tu, mesti orang puji. tapi Siti Nurhaliza sampai komen tau masa opening tu dekat tweet dia iaitu 'Oh, Pening!'. dengan Fida nyanyi lari tempo, CD lagu sangkut sangkut, penari sampai salah menari. Ramai kata mereka tak rehearsal. betul ke? dah mood rosak nak tengok. 

4. Walaupun aku tak berapa minat lagu lama tapi aku nampak yang persembahan lagu lagu 90-an menyelamatkan kebosanan anugerah. tapi lirik dekat skrin tu kadang kadang slow kadang kadang laju. hahaha. tapi yang mendapat lebih perhatian adalah penyanyi Zarul Umbrella. kacak dan segak lagi weyyy :)

5. Cameraman pon satu hal, entah apa apa je diaorang shoot. hahaha. lebih banyak shoot  penonton yang ntah apa apa. hahaha

6. Pengacara - masa sidang media tu cakap hanya Zizan dengan Farah je pengacara tapi tiba tiba Johan pon ada sekali, cara ni akhirnya dapat selamatkan anugerah tu. Walaupun Farah nampak macam formal sikit tapi aku tetap mengidola dia dan nampak Zizan macam penat sikit masa mengacara tu dan mungkin tu sebab dia punya lawak macam kurengggg sikit malam tu. Part yang paling di ingati adalah Johan buat parady Shae tu. hahaha. gila lawak.

7.  Part paling bosan adalah penyampai anugerah bual bual pasal perkembangan masing masing, korang macamlah tak bercakap langsung dekat backstage tu. stress aku. aku lebih prefer, korang bagi tahu siapa je yang pernah anugerah tu sebelum ni. -__-"

8. Kalau nak cerita bab pakaian, hurmmm. ada yang elok ada yang tak. masa Red Carpet, Fida Ibrahim seperti biasa, baju tak kena langsung, tolonglah someone advise dia, masa atas pentas pon, seluar ketat sendat tapi disebabkan peha dia gemuk, nampak tak elok sangat. hurmm. 1st time jugak aku nampak, Najwa Latiff sesuai dengan pakaian dia. Tahniah Najwa. Paling aku bangga adalah pelakon Normah Damanhuri, sebab dah pakai tudung. baru lah sesuai dan cantik, dress pon okey. kalau Didie Alias, aku speechless. tu je yang aku mampu cakap. hahaha. untuk lelaki pulak, pakaian yang aku paling ternganga adalah Awal Ashaaari. Sangat AWESOME ! :D

9. Aku rasa aura Ledakan Teknologi macam tak ada umphhh. eh salah, Ledakan Geometri. hahaha. mungkin kena tukar tema biasa je semula dan buat dekat genting semula, baru best kot aku rasa.

10. Part yang aku tak suka adalah slot slot pengacara tambahan macam kumpulan forteen, hanez suraya n etc. rasa macam semak. hahaha

11. Persembahan yang tinggalkan impak untuk aku masa malam tu adalah geng geng macam nabila Huda, marsha, kilafariy dan lain lain nyanyi lagu ala ala KPOP. kalau buat projek khas mesti meletop tapi aku agak kecewa dengan asmidar sebab baju yang dia pakai tu. nampak lurah dendam kot. hurmmm. boleh je pakao top biasa kan. hurmmm.

12. Ramai artis wey trending dekat twitter. Macam Ainan Tasneem ada dua sebab dia trending, satu sebab dialah satu satunya yang nampak keluar di TV dengan bertudung labuh dan tutp aurat dan lagu satu kena kutuk sebab make up nya tebal macam opera cina . hahaha. Fizo Omar pon trending, padahal menyampaikan anugerah yang tak samapi berapa minit je pon. hahahaha.

13. Segmen tribute to Amy Search, Best juga tapi aku teringat masa ada 1 anugerah yang Siti Nurhaliza nyanyi lagu Isabella. sedap wooo.

hurmmm. itulah je kot apa yang aku rasa. hahaha
jangan salah anggap ye. ni apa yang aku rasa.
setiap acara ada kekurangan dan kelebihan.
bukan senang tau nak buat sesuatu acara secara LIVE pulak tu.
kita kena ingat balik tujuan asal Anugerah tu adalah untuk hargai penggiat seni.
jangan nak complaint je. hahaha
:)


No comments:

Blog Copyright : Hafiz Jauhari. Blog Design by Sabrina Tajudin. Powered by Blogger.