Tuesday, January 8, 2013

Komen, Kritikan dan Pujian Anugerah Juara Lagu Ke-27 aka AJL27 !!!

Salam 1 Aw Aw Aw !
patutnya semalam update ni tapi semalam bad mood sikit. hahaha
aku ni pantang tercuit sikit je terus bad mood. al maklumlah. remajalah katakan. hahaha
baiklah. lain aku nak cerita ni.
setelah mendapat 6 Juta rating penonton, #AJL27 tetap trending pada esok harinya walaupun dah habis tau.
hebat betul penangan AJL27 ni hahaha

baiklah, seperti biasa aku akan membuat sedikit ulasan di acara gilang gemilang kali ini.
yelah, pembuka tahun 2013 kot AJL ni.
sebelum aku meluahkan kata kata, cek nak habaq mai sikit.
ni cuma pendapat aku. kalau ada yang tak menyenangi kata kata pelat aku ni. harap ampun di pinta.
Selamat Hari Raya. hahaha
baiklah. tanpa membuang masa. siap sedia semua !!!

- Pada mulanya aku tengok pentas kali ni nampak simple tapi bila angle camera tu tukar baru aku nampak yang pentas macam lain sikit.. tangga pon dekat tepi. antara pentas yang cantik setakat ini dalam semua anugerah di Malaysia.

- cakap pasal skrin LED atas pentas tu macam awkward sikit sebab bila pentas rendah dan skrin tu besar dan tinggi membuatkan pentasnya nampak tenggelam. its okey. dan kalau korang perasan, overall pentas nampak kecik sikit kan tahun ni? ke aku je over perasan? hahaha

- sound teknikal memang tak dapat disangkal. dengar dengan jelas dan tak ada sangkut sangkut. itu yang kita nak. Astro should learn from TV3. acara gilang macam mana pon kalau sound teknikal hancus, tak kemana tau anugerah kau.

- masa opening, pada aku, Misha Omar punya persembahan cukup perfect. even tak nampak dia angkat kaki tu sebab dress tu besar sangat. hahaha. 

- part Ziana Zain pulak, kenapa menari laju sangat sampai tak sama dengan Ziana Zain 'tipu' dekat skrin tu? Ziana Zain pon jalan laju sangat. followlah lampu sorot tu. ke tak sempat buat rhearsal banyak kali? nerbes mungkin?. Aku bukan nak cakap apa. cuba korang cari dekat you tube, Beyonce nyanyi lagu Who Run The World secara LIVE. kalau tak silap aku, dekat anugerah Billboard award. SUMPAH SEJIBIK. adakah TV3 mengambil inspirasi yang sama? ramai jugak yang kata ada iluminati sebab masa ziana zain menyanyi tu ada kotak kotak hitam putih macam nak main dam tu. itu orang kata. aku pon tak terfikir sampai situ. jangan lupa korang search lepas tu tanya dekat TV3. hehehe

- part Faizal Tahir yang terkejutnya cuma rambut dia tu je. fresh dan nampak muda. kadang kadang rimas jugak dengan rambut paras bahu dia tu. hahaha

- baiklah persembahan pertama. Aaron Aziz buat kejutan.aku follow Aron Aziz dekat twitter tau, dia cakap petang AJL tu, adakah dia nak datang support atau tak? tup tap tup tap, dia terus muncul atas pentas dukung Adira. menyampah tau abang Aaron ni. hahaha. sempat cetuskan kontorversi dari twitter. lepas persembahan tu, bini dia pulak tweet tak kisah. mananya tak kisah. lebih daari dukung Aaron Aziz pernah buat tau dalam drama ke filem. hahaha. tapi yang aku agak kecewa adalah persembahan tu tiru Alyah sikit sebab bawak watak hero dalam filem tu :(

- next is Lagu by Bedroom Sanctuary. aku tak tahu kenapa aku lebih suka part akustik masa separuh akhir dekat muzik muzik. macam lebih ikhlas dan tak mungkin dia nak buat benda yang sama kan dekat AJL? tapi aku tak suka part yang tetiba diam aka freesze sekejap tu. PELIK !

- seterusnya Teman Pengganti. Ramai yang kata baju Black sama dengan 2 tahun lepas dia masuk AJL dengan lagu Aku Rindu Sayang Kamu tu kalau tak silap aku. kalau salah jangan salah kan aku. aku teka je. muahaha. dekat twitter, sedih gila kot designer baju dia kali ini. tapi memang macam sama. sorryyyyyyyy :)
part yang pusing pusing tu kalau boleh lajukan sikit. rasa rimas sebab lambat sangat berpusing. hahaha. kalau RJ tu pakai topi lagi smart sebab nampak rambut dia macam penyek sikit. tak salah kalau pakai suit formal tu tapi pakai topi sebab kau rapper. orang don't mind pon.

- Shila Amzah ! too simple performance for me. mula dengan puisi. dah lapuklah dek non. tak suka. aku pon salah seorang peminat dia tapi kalau cut bahagian puisi tu lagi bagus. kenapa Shila Amzah berdiri tegak dan no props at all? aku bagi idea sikit. lagu patah seribu tu, akak boleh buat akak macam dikelilingi akar kayu yang banyak ada pendek dan tinggi. baru nampak seram + sedih tu. aku tahu korang tak dapat bayangkan. hahaha. lagi satu boleh buat. susun botol botol or lampu lampu pecah dekat atas pentas tu. barulah lebih feel 'seribu' tu. lagu sedih ni bestnya kalau pakai dress leret atau labuh atau kembang. tu baju macam nak sampaikan anugerah je + nampak gemuk. sorry sangat btw best ! :)

- Lagu Idola pulak, ramai yang kata gitaris perempuan tu macam Lisa Surihani, aku tengok Lisa sibuk je bertweet dekat twitter tu? hahaha. Azlan masih conteng conteng muka. next idea please. lebih kurang sama je. mamat yang pakai baju bendera tu yang asyik ikut je Lan kemana sahaja tu sangat annoying. pening tau. kita nak tengok Lan nyanyi bukan kau yang berbaju bendera. Lan boleh buat macam satu tugu yang mamat tu boleh berdiri dan buat ala ala aksi robot pon okey. btw vokal tetap mantap !

- Pelangi Senja. aku tak dapat bayangkan yang Stacy akan bawak jeti sebiji macam dalam video klip dia. sama ada betul atau salah. korang perasan tak lelaki yang dalam sampan masa atas pentas tu? adakah lelaki yang sama macam dalam video klip tu? kain kainterbang tu mengingatkan aku dengan persembahan Adira dengan lagu Aku Ada Kamu dan Siti Nurhaliza - Percayalah masa AJL dulu. cuba korang revise balik. kesian Stacy tak menang apa apa setelah 4 kali berturut masuk final. hurmmm. tapi aku cukup terpesona masa dia nyanyi. pada aku perfect ! 

- Tanpamu Amir Jahari pulak. tiba tiba aku teringat persembahan Siti Nurhaliza masa ABPH yang ada orang main tong drum tu. ABPBH macam tong sampah dan AJL macam tong drum biru yang isi air tu. hehehe. ramai yang puji dia sebab bawak balik artis AF ke atas pentas. tak kempunan diaorang tu nak naik bertanding atas pentas AJL. hahaha. tapi aku rasa macam semak sangat. hahaha. dan perasan tak idea yang Amir jahari conteng muka dia dan tetiba macam 'keluar' lukisan tu macam cerita Step Up Revolution? siapa tengok filem tu mesti tahu. btw best jugak :)

- Ku Akui. kalau Hafiz nyanyi mesti tak banyak prop. aku sampai lupa dia ada pakai props ke tak masa tu. hahaha. khusyuk dengar dia nyanyi. hahaha. aku dapat bayangkan kalau doa letak tiang tiang macam zaman Athens dulu tu dan penuh asap mesti lebih gempak. aku sampai nak nangis dia nyanyi LIVE hari tu. tabik bro !

- Terukit di Bintang by Yuna. macam macam kontroversi melanda kan? tapi bukan tu aku nak cerita. hahaha. ramai tak perasan yang akhir sekali lepas Aizat nyanyi tu, Aizat cheers cawan dengan Yuna sebenarnya dekat skrin tu. tulah motifnya Aizat bawak cawan tu. ramai yang tak faham kan? hahaha. misai dia yang nipis tu sangat seksayyyy ok. hahaha. mula mula aku ingat dia lukis je. hahaha. eh. cuba korang bayangkan, kalau Yuna yang nyanyi LIVE. klip siapa yang akan dia gantikan dalam skrin tu untuk minum sama dengan dia? hahaha

- next adalah lagu Mojo - Andaiku Bercinta lagi. Ramai yang melamarkan marsha akan dapat vokal terbaik. hahaha. jahatlah korang ni. kalau tak silap aku. dalam lagu Mojo tu memang Marsha punya suara yang jerit jerit tu. cuba korang dengar balik. hahaha. baju dia pakai pon sama dengan langsir rumah sewa classmate aku. cuba korang tengok. hahaha. Buat pertama kalinya dia nyanyi LIVE sedap lagu ni. perasan tak dia tak banyak gerak untuk jaga pernafasan masa nyanyi? sebab tu okey dia nyanyi. :)

sama kan? hahaha

- Simetri. pada aku lengkaplah semua. tak ada yang cacat di pandangan mata aku cuma pelik kudis dekat dahi hazama tu. ramai kata benda tu glow in the dark. betul ke? hahaha. Amy Search tetap maintain tau :)

- Anak Kampung. ramai yang kecam Mimi pakai boot masa pakai kebaya siap terkangkang kangkang lagi. hahaha. tu mimi nak buat macam lebih kurang video klip dia tu lah. apelah. hahaha. tapi yang terkangkang tu aku no komen. hahahaha. tapi aku tak faham motif dikir barat tu? buat style sabahan sudah? serabut tau. semua juga tak perasan masa Mimi tukar baju. hahaha. pandai buat silap mata. belajar dengan Mawi ke? hahaha

- Acara karpet merah pon tak menarik sangat. nampak suram. aku tak tahu kenapa. dalam tv nampak macam tu. hahaha. kali ni tak banyak fesyen fesyen pelik. banyak jugak yang cantik cantik. semua ambil pendekatan ikut simple je. macam tu lebih bagus. cuma Fida Ibrahim tu masih aku tak berkenan dengan pakaian dia. hurmmmmm.

- pengacara pada aku pon okey. tak banyak mengarut sangat. sebelum ni mengarut dia menang wey. ntah apa apa je. 

- masa part interlude pulak, macam kotak kotak power rangers dah. hahaha. yang aku paling sebak, penonton buat standing ovation dekat para senior artis. terharu aku wey. hahaha. part interlude dan opening tak perlu over macam AJL sebelum ni. masal lari kadang2 disebabkan benda ni je. orang nak tengok artis yang bertanding bukan reunion artis.

- untuk pengetahuan semua, penjurian dah dibuat sebelum bertanding pada malam tu lagi. cuma berapa peratus sahaja diambil untuk tambah markah itupun tak besar. ramai salah faham ni. jadi dah faham semua? hahaha

ada apa apa part yang aku tertinggal ke?
aku tak kisah lah. penat tau taip panjang panjang ni. hahaha
ni semua cuma pendapat aku sahaja.
lebih kurang tu masuk tong sampah je lah. hahahaha

jadi sampai di sini sahaja.
jumpa di lain anugerah ! :)


No comments:

Post a Comment

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...