Tuesday, December 18, 2012

Artis Nak Balik Kampung !!!

Salam 1 Aw Aw Aw !
Tinggal beberapa hari sahaja lagi nak balik rumah
mungkin dekat rumah nanti aku rajin sikit update blog aku yang bosan lagi habuk ni. hahaha
emosi masih tak stabil dekat melaka ni.
tak tahu nak cerita apa.
aku ni bukan Hanis Zalikha, dia cerita bangun tidur je dah ramai orang share. hahaha
kalau aku buat entri aku bangun tidur. mahu nya korang simbah asid laptop korang tu kan? hahaha
btw aku masak nasi goreng tadi. dah berapa hari tak makan nasi tapi perut ni dah lapar sangat.
bayangkan ada biskut je.
manalah boleh menampung perut buncit aku ni. hahaha

hari khamis balik johor. in shaa allah kalau tak ada apa halanganlah ye.
setelah tambah tolak darab bahagi square root segala. lebih kurang 6 hari lagi birthday aku.
aku memang tak suka disember dan tak pernah suka ingat tarikh birthday sendiri.
aku nak macam dalam drama dalam tv tu yang lupa tarikh birthday sendiri. hahaha
kanak kanak sunkist sangat aku kan? hahaha

zaman sekolah menengah tak pernah sambut.
zaman universiti tak pernah sambut.
tak sabar nak tunggu zaman kematian aku nanti. masa tu mesti ramai sambut aku. mesti ramai yang datang baca yassin nanti. sekurang kurangnya mati aku ada orang ingat nak sambut dan datang ucap takziah.
hurmmm...

hari tu azwan selalu ingatkan orang lain termasuk aku tentang tarikh lahir dia bulan januari nanti
banyak kali pulak tu. rasa macam korang snooze fon korang ak habis habis tu. hahaha. kadang kadang nak penampar je. hahaha
lepas tu dia tanya birthday aku bila? aku cakaplah. then. the epic moment bila dia cakap. 'alamak, kita tak dapat sambutlah ek? kan dah cuti masa tu. tapi kau jangan lupa birtday aku pulak.' aku pon dengan selamba jawab 'birthday kau, aku kena sambut, birthday aku?' dia gelak je. jangan risau azwan. aku dah fikir nak beli hadiah apa. kau jangan harap lebih pulak. aku ni guna duit PTPTN je nak beli hadiah kau. hahaha
hadiah aku? kau wish nanti pon dah cukup walaupun reminder dari facebook. hahaha
teringat macam mana dia bersungguh tentang birthday akmal, birthday classmate dia. yup. aku cuma housemate dia je. :)

aku pon tak harap apa apa dari masliya dan atiqah.
diaorang wish pon dah cukup nanti walaupun mas selalu salah tarikh birthday aku. kalut betul minah ni. hahaha
kawan sekolah aku pon tak pernah sambut birhday aku. cuma ada sorang kawan sekolah aku ni. sentiasa ingat birthday aku. yes. dia sorang sahaja. tak perlu reminder dari facebook. thankss e'ah :)

errmmm...aku dah cadang nak pergi secret recipe nak beli kek tiramisu untuk diri sendiri.
tiup lilin sendiri dalam bilik. nyanyi lagu sendiri. aku makan separuh then lagi separuh bagi semut makan.
barulah ada geng nak sambut birthday. hahaha. bapak saiko aku kan? hahaha. jangan takut. otak aku belum senget lagi. hahaha
lepas tu nanti aku update entri okay?
tahun ni aku tak beli hadiah untuk diri sendiri. nak beli hadiah diri sendiri samsung galaxy note tak mampu. hahaha.

tapi aku ingat lagi presentation journalism masa part 4.
slide show guna laptop aisyah.
aku tak tahu diaorang buat surprise dengan letak Happy Birthday Hafiz Jauhari ! dekat last slide.
bapak terkejut. rasa nak menangis. badan dah menggigil masa tu. hahaha
tu perkara paling bermakna selama 19 tahun yang dah nak habis beberapa hari lagi.
:)

esok last class. hari khamis balik rumah.
apa yang jadi ye esok? hurmm
*lapairmata*

XOXO...MHJI :) 


PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...