Tuesday, November 20, 2012

Artis Shopping Online !!!

Salam 1 Aw Aw Aw
baiklah, hari ni aku nak update sikit yang aku kena sampuk beli barang online. hahaha
bukan beli baju sebab aku tak suka beli baju on9 sebab badan aku ni sekejap kecik sekejap besar.
lagipun aku macam takut tak muat badan, koyak sana sini ke kan? hahaha
kalau seluar jangan cakap. hahaha. lagi lah tak pernah.
aku teringin jugak nak beli baju dekat Zalora tu tapi harga. mak aih. macam dekat butik je.
dengan aku yang tak kerja lagi. memang menangis lah kan. hahaha

jadi godeh punya godeh aku aku ternampak aku page yang jual beg.
yelaaa. aku tak suka pakai beg laptop acer tu hah. rasa macam korporat sangat. ditambah beratnya lagi. beg tu pon aku sumbat bawah katil je. hahaha. jadi pergi mana mana, aku pakai beg kitar semula. actually lagi selekeh kan? entah lah. kadang kadang mode selekeh aku tu membuak buak. hahaha.
jadi godeh punya godeh. aku beli satu beg laptop aka nak guna beg pergi jalan jalan pon okey.
beg nya macam seluar jean sikit. aku beli dekat SINI. dia more focus on men bags and shoes also sometimes shirts. hahaha. speaking sikit. kalau nak tengok boleh pergi SINI

ni gambar aku cedok dari page fb dia


okey tak okey, aku dah beli. korang jangan banyak bunyi. hahahaha
simple kan? setakat nak bawak pergi discussion ke apa. boleh laa kan? dari aku bawak recycle bag tu hah. hahaha

lepas tu konon nak guna beg atas ni pergi kelas tapi bila godeh punya godeh jumpa lagi satu page jual bag.
mengalahkan perempuan aku ni. hahaha
aku teringin nak tukar bag slempang aku tu yang dah bertahun tahun tu dari banjir terbesar di kota tinggi dulu tu. kan ada jualan banjir. hahaha. aku beli dekat situ. 
mungkin dah umur 20 tahun ni aku nak nampak macam matang sikit. actually dah nak habis 2o tahun walaupun aku belum cukup umur lagi. hahaha. 
jadi aku nak pakai sesuatu yang matang sikit, nampak classy, dan salh satu aku nak tukar beg tu sebab beg housemate aku cantik. hahaha. iri hati betul aku kan? ahaha
jadi aku beli beg dekat SINI. laki perempuan ada. cantik.  cubalah terjah. beli tak beli lain cerita kan?
ni gambar yang aku cedok dari page FB dia.


gambar atas ni lah yang beli. dah sampai pon.
nampak macam kecik kan? sekali aku cuba, laptop pon boleh masuk dan tiba tiba aku menyesal beli yang mula mula tadi. hahaha. tapi bila aku fikir balik, sayang pulak beg hitam ni aku letak laptop yang berat berat. hahaha. jadi emosi kembali stabil. beg hitam ni buat pergi kelas dan beg biru atas tu buat isi laptop. dan kalau ada presentation, aku guna beg biru je. kualiti beg hitam ni sumpah terbaik. tak menyesal. ada macam macam warna, coklat, biru dan apa entah lagi. hahaha

lepas ngidam aku nak tukar beg baru. nak tunggu orang belikan? hampeh ! birthday aku pon tak ada orang ingat. sambut pon sorang sorang je. setiap tahun macam tu. dah dah. bukak cerita sedih pulak. hahaha
tapi benda yang aku belum beli lagi adalah KASUT yes, KASUT.
kasut aku dah sangat nazak. buruk betul rupanya. dari form 4 atau form 5 kasut tu. tak tukar dan aku ada satu je. aku nak tukar. tapi kalau guna duit dari 2 beg yang beli atas ni dah boleh beli satu kasut dah. hahaha. menyesal lagi aku di situ, hahaha. jadi sekarang ni target aku nak beli kasut pulak. Baju? tak kisah ulang ulang pon. dah memang orang sederhana kan? rilex sudah . 

apa yang aku bingung adalah nak beli kasut jenis apa ye? kasut aku sekarang adalah kasut converse. nasib beli ori, jadi tahan beberapa tahun. kalau tak. dah tertanggal semua. hahaha. kalau nak pakai loafer, tak sesuai semua tempat kan? terasa bosan pulak nak beli kasut yang sama. hahaha.
korang belikan aku kasut boleh? saiz 11 atau 12. 12 tu untuk lebih selesa. aku tahu. kaki aku kaki gajah yang comel. hahaha. tolonglah hadiahkan aku masa birthday 24/12 nanti. pleaseeee :)

okeylah. sampai disini sajoh !
XOXO... H... Published ! ahahaha :)

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...