Monday, November 19, 2012

Komen, Kritikan dan Pujian Anugerah Industri Muzik (AIM 19) 2012

Salam 1 Aw Aw Aw,
bulan ni masih sibuk dengan acara anugerah si sana sini. hahaha
ceh, macam aku di jemput je kan?
aku kalau jemput pun, aku lebih suka tengok dekat rumah sebab lebih nampak. hahaha
kalau dapat tiket, tiket tu bukannnya duduk dekat kerusi depan. lagi pon aku ni dah laa rabun. ish ish.

jadi seperti biasa, aku akan update selepas satu hari majlis. tak kisahlaa bila. hahaha. yelaaa.
semua orang busy nak update jugak.
dah laa blog aku ni suam suam milo suam. hahaha
jadi baru sempat hari ni update.

baiklah. tema AIM 19 kali ni adalah Black & White Glam Glitz.
ni tema selamat semua. hahaha. tapi ramai jugak artis yang tak ikut tema, hahaha
yelaa. sarung je laa kan? Macam baju Faizal Tahir tu, dah banyak kali sepesen je :)

ramai yang bandingkan tema ASK 2012 dengan AIM 19. Tema ASK teater tu sebab ASK ni pasal drama dan filem, so tak ada masalah kan? cuma cara pembawakan acara tu yang silap. itu yang patut di kritik, bukannya tema. 

baiklah kali ni komen akan dilaksanakan :)
kalau ada yang tak sebulu tak sebaju dengan korang, harap maaf laa ye?
:)

- seperti biasa, kalau nak tahu astro buat rancangan anugerah, lepas persembahan opening mesti terus iklan.hilang momentum yawww.

- masa lagu opening, aznil ada nyanyi kan? boleh ke dia lompat ke atas Jimmy Palikat tu. JP tak larat lepas tu terjatuh aznil atas pentas. hahaha.

- seperyi biasa juga, sistem audio astro mesti tak sedap dan kurang jelas dan kurang kuat. perasan tak semua artis macam tertekan masa menyanyi? sedih laa astro ni 

- aku jugak tak faham, kenapa semua band bila nak menyanyi mesti ikat kain dekat microfon stand tu? yang ikat lelaki pulak tu. tak pe lah, nanti aku jadi penyanyi aku ikat kain langsir rumah aku ni. baru meleret sikit. hahaha. kalau dekat indonesia, group band diaorang lebih suka letak logo band diaorang. tu much better kan? tak rimas.

- penyanyi band malam tu semua kelaut dengan klangit sekali. hahaha. yang aku rasa okey cuma drama band dengan hyperact je. kata buat rehearsal? siapa floor manager nya ni? cewahhh :)

- persembahan penyanyi wanita walaupun sikit sikit je tetap menimbulkan impak. tu yang kita nak. biar sikit tapi impact. ni nyanyi lagu penuh tapi kelaut semua. buat maluuu je.

- WOW kak dibah, kerja tukar baju je. mak aku pon bising. hahaha. ada satu baju dia tu stripe hitam putih macam batu tepi jalan aka line hitam putih dekat jalan. hahaha. sorry. baju biar tukar sikit tapi bagi impact. baju yang ditukar tu semua biasa ja. baju putih bunga hitam then tukar design yang sama tapi baju hitam bunga putih. what for? kan dah speaking london. hahaha

- baju Siti Nurhaliza masa red carpet lawa tapi masa nyanyi duet atas pentas baju Siti jadi lain pulak. klepet klepet baju tu aku rasa tak payah kot sebab overshadow daun lip lap lip lap dekat bawah tu.

- lagi satu. masa mengacara tu, pengacara lebih suka pakai perkataan hashtag (#) segala bagai. ada baik dan ada buruk. tak semua ada twitter dan anugerah ditonton semua lapisan. tak pasal pasal aku kena terangkan apa benda hastag tu dekat mak bapak aku. kalau ye pon terangkan lah dulu. tak salah kan?

- okey, pendekatan pak nil dengan adibah noor mencelah ketika penyampaian anugerah adalah sesuatu yang baru. wajar diteruskan. tak de lah. sibuk bertanya khabar je. menyampah tapi ada sesetangah tu kelihatan annoying sikit. sorry my idolssss :)

- ni yang paling aku tak suka masa yantzen jadi penyampai anugerah, pak nil ada cakap yang penyampai anugerah ni adalah orang tua segala kan? dan mak aku cakap lain kali jangan ajak orang tua jadi penyampai anugerah. ada ke patut mengunyah maksud aku makan masa sampai anugerah? HELLO, tak ada protokol langsung. mana boleh macam tu. hormat lah majlis sikit. tu majlis formal, bukan majlis piknik dekat tasik titiwangsa. The Malayan aka Andy yang nyanyi tu pon sempat mengunyah. tapi dia dah telan habis agaknya masa nyanyi tu. pleaselah.

- Lagu sudah sukup sudah sperti biasa, mendapat sambutan hangat, satu dewan tu menyanyi. curlass. ! mak aku dekat rumah pon ikut nyanyi. kecoh jugak masa lagu tu ramai tweet pasal drama Julia di TV3.

- ada beberapa juga yang aku tak puas hati iaitu masa untuk Anugerah Wirama dan Kembara. sikit sangat masanya. bagi lah masa 1 minit kalau anugerah biasa 30 saat. kata menghargai? eh, macam mana nak bagi masa lebih kalau masa yang lebih tu dekat benda lain kan?

- Kumpulan GX4 mendapat sambutan hangat. ramai artis artis  senior tweet yang mengimbau kenangan mereka. masa tu tak ada K-POP cuma ICE POP yang seposen satu tu je. hahaha.

- masa sepatutnya 2 jam 30 minit tapi tetap over run, iklan pendek je. aku suka. nak kentut pon tak sempat. kalau lagi satu tu. masak nasi goreng cina pon sempat siap. hahaha

- persembahan Siti masa lagu duet tu pon dikecam sebab katanya minus one dan siti pon tak sihat. nampak Siti tak bagi all out masa tu. tapi korang perasan tak cincin siti? tu kalau kena penumbuk sebiji, koma setahun wey. hahaha

-  ada masa penyampaian anugerah apa ntah yang ada Siti Sarah tu, adibah noor siap bawak anak siti sarrah atas pentas. sangat comel. aku tak percaya tu anak diaorang. hahaha :)

- masa Shila Amzah menang lagu terbaik, dia siap cium tangan lagi kau dengan boyfren aka future husband. kecoh. yelaa. mereka belum kahwin. benda tu memang dah haram kan? ditambah pulak dia yang dah bertudung tu. teringat kes Nabil peluk Irma tu. hehehehe. kes yang sama. tapi apa yang aku dapat simpulkan adalah, tu reaksi spontan. tindakan seseorang masa gemuruh, gelabah dan terkejut. ada sebab kenapa lelaki dan perempuan diasingkan tempat duduk dalam sesebuah acara.  nak kata lebih pon tak boleh. semua silap kan? kita kena cermin diri kita jugak. tengok anak atau adik anda. budak sekarang ni dah advance :)

- semua kecoh pasal kenapa semua pencalonan adalah Noraniza Idris. korang tanya balik diri korang. kalau ada artis buat lagu pop etnik, korang ada sokong? korang ada buat permintaan dekat radio? tak ada kan? tapi kak Noraniza idris ni masih dengan niat dia. kalau korang still sokong irama ni, ramai artis yang tampil buat lagu baru. ramai jugak yang mengaharapkan siti keluar dengan album konsep pop etnik.

- ada lagi yang terlepas tak? aku pon dah tak ingat sangat. dah dua hari berlalu. otak ni banyak sangat tengok cerita cerita biru dan warna warna pelangi. muahahahha. 

Aku memohon ampun dan maaf kalau ada yang tak berkenan di hati korang.
ni pendapat aku je insan yang hina terbentuk dari tanah. cewaahh !
okey. itulah sajoh dari saya.

XOXO . . . H  . . . Published ! *IstanbulAkuDatang...hahahaha*

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...