Saturday, November 10, 2012

Komen, Kritikan dan Pujian Anugerah Skrin 2012 TV3

Salam 1 Aw Aw Aw.
selesai lagi satu anugerah yang melanda di Malaysia. banyak jugak awards dekat Malaysia ni ek?
anugerah yang masih tak habis trending lagi sampai laa aku taip benda ni
anugerah skrin 2012 laa jawabnya.
sebelum nak tengok tu sempat laa aku buat cempedak goerang snowhite, pisang nangka goreng peterpan, french fries aladdin. kelasss tak? hahaha

nak elakkan mata mengantuk, terpaksa laa buat macam macam.
nasib tak buat push up je. muahaha
takut one pack aku ni hilang je. hahaha

jadi apa pendapat korang tentang anugerah semalam?
jadi malam ni aku nak bagi pendapat aku.
pada siapa yang setuju atau tak tu tertakluk pada pendapat masing masing kan?
kalau ada pihak ketiga keempat ke lima keenam dan ke seratus pon. maap kan cek noh?
:)

- aku sangat puji tentang idea kali ni. kali pertama dekat Malaysia. idea untuk membuatkan penonton terus melekat setepek depan tv untuk tahu cerita dari awal sampai habis. tapi idea yang baik kalau tak di buat dengan betul, orang akan cemuh jugak tanpa lihat dari segi idea yang cuba ditampilkan. 

- terlalu meleret. sampai 3 jam lebih tau. tv3 terlalu fokus on teater tu. aku ingatkan teater tu cuma selingan sikit sikit je.  teater tu membuatkan waktu penyampaian nampak kelam kabut, simple dan orang macam tak puas. masa skrin tunjuk calon calon. penonton tak sempat nak kentot. cepat sangat. hahaha. ramai artis yang tweet tak puas hati. kemahalan dan classy of award tu dah hilang. award tu dah nampak macam acara selingan. 

- aku tabik jugak dialog antara penyampai anugerah yang tak ada kaitan dengan dialog anugerah yang cliche. kalau tak masing masing sibuk tanya perkembangan laa. nak tanya kabo laa. nak tanya anak baru lahir macam mana laa. hello. orang tak nak tahu pon.

- pentas? yes ! nampak macam pentas teater yang macam diinginkan. tapi macam terlalu kekok. cuba hias sikit dengan tema yang dekat bawah tu. memang betul biasanya pentas teater bawah tu akan kosong tapi kerusi rapat dengan pentas. kalau anugerah kan kerusi jarak jauh. nampak macam kelakar. kelakar ke? hahaha

- host ? aku rasa host nya cuma harun salim bachik tu je. hahaha. pada hujung hujung tu baru neelofa dengan awal baru bertindak sebagai host. walaupun aku tak minat neelofa. untuk malam tu okey dengan awal. bila kita nak komen, kita kena neutralkan diri tanpa memihak pada sesiapa okey ? :)

- pakaian artis? kali ni tak ada yang banyak kontroversi sangat. cuma ada laa yang tak kena. seperti biasa fieda ibrahim macam mangsa fesyen. fesyen muslimah ni, lagi simple lagi nampak cantik dan eksklusif. tu yang aku tahu laa. didie alias seperti biasa laaa. tak boleh nak kata apa. menepati tema sangat,. hahaha. aku rasa fesyen kali ni semua ambil jalan selamat even tak menepati syariat islam. tu biasalaa kan dalam industri hiburan? hahaha

- PA system. yup. antara yang terbaik dalam sejarah :)

- banyak jugak dialog yang kenakan sesama artis. adakah ini gimik artis tu sendiri atau dari tv3? pada aku okey je. meriah laa sikit. ada jugak dialog yang mengganggu sensitiviti masyarakat semalam. kecoh laa jugak kan. korang mesti tahu kan? dialog rosyam nor, zizan, fauziah gous dan ramai lagi laa :)

- aku agak kecewa masa anugerah utama, pemenang cakap sekejap je. tak sampai 1 mint agaknya. ni sebab dah over run sangat. kalau teater tu dipendekkan dan make it simple. okey aku rasa. kesian dekat penerima anugerah tu semua. makin lama makin kuat musik latar suruh berhenti. diaorang dah dapat antara anugerah yg besat tau. kalau aku dah terkilan, baik tak payah suruh bagi ucapan kan?

- pada keseluruhan untuk aku. aku hargai sangat idea yang baru ni. ada kelemahan dan kelebihan. bukan mudah untuk puaskan hati semua orang kan? kita dah cuba yang terbaik. kita tunggu tahun depan dengan idea yang berbeza dari tv3. good job guys :)

Salah dan silap harap ampun !
*larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk*
:)

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...