Sunday, October 21, 2012

WAH ! Artis menangis menonton drama Korea !

Salam 1 Letup !
Akhirnya !!! habis jugak cerita korea ni. lega rasanya ! aku ingat 19 episod rupanya 16 episod je. muahahaha. aku baru tahu sebab keluar paper tadi.
sebelum ni aku dah musykil sebab penat aku godeh godeh cari sampai 19 episod tapi tak jumpa
dah pukul 12 lebih sikit tadi ceritanya dah habis. leganya bukan main. muahaha
yelaaa. hari hari aku fokus dekat cerita tu. nasib abah dengan mak tak mengamuk.
tapi aku pandai cover dengan buat apa yang disuruh. jadi mereka meraka tidak mempunyai point untuk marah. cewah ! macam buat karangan sekolah rendah aku ni. muahahaha.

drama yang aku tengok adalah 'To The Beautiful You'
aku tak tahu sangat nama pelakon nya tapi apa yang aku tahu hero dia nama Minho dan heroin dia Sulli.
rupanya diaorang ni asalnya penyanyi. tu pon aku baca paper tadi. hahahaha
sangat sweet cerita ni.
aku bukan laa peminat tegar korea. tapi kalau aku dah berkenan, macam ni lah jadinya. melekat dekat laptop tak habis habis. :)

ni laa posternya. :)

Minho tu hensem gila memang gila laaa. cair betul aku. muahaha
dah mals nak cakap lebih pasal Minho tu takut aku kena simbah asid dengan korang pulak nanti. muahaha
aku suka cerita ni sebab dekat di hati. aku tak nak cakap laa kenapa. sebab privasi. ada benda kita boleh share dan ada benda kita tak boleh share kan? even di dunia social network. WAH ! gaya aku cakap macam ketua pengawas sekolah sudah !

aku suka cerita ni jugak sebab ajar aku erti persahabatan. yelah aku ni dah laa forever alone, home alone, everything alone. jadi aku belajar macam macam dalam cerita ni. ditambah pulak Minho yang berlakon. muahaha. tapi kejap. aku ada baca komen dari sape ntah dekat you tube yang kata 'KOREAN KISSING IS LAME' wah ! cari gaduh ni. dah tentu ni cerita budak budaj, tak kan nak tunjuk ciuman yang bernafsu bergejolak semua tu. mahu tak keluar dekat tv Malaysia ni hah. cetek cetek.

lagi satu aku suka sebab dia ajar aku untuk terus semangat dalam apa yang kita buat. tapi kalau aku ni semangat je untuk hari ni. esok lusa dah jadi tukang cepat give up semula. muahaha.
sehari dua je aku semangat lepas tu haremmmmmmmmmmmm..
tapi aku usahakan laa. lagi pon aku tinggal lagi satu sem untuk diploma next sem. lagi ujian yang berat.
hurmmm.
aku suka lagu ost dia. lagu ni laa yang buat aku semangat.
nah. korang dengar n download tau?
jangan risau siap ada subtitle.!


best kan? cuba la dengar.
banyak lagi ost dia yang best tapi aku minat ni je. muahaha

dah laa. penat aku menangis untuk last episode dia. dari awal sampai habis asyik menangis je.
yelaa aku ni sensitippp sikit. hehehehe
kalau korang nak tengok aku syorkan.
tengk dekat you tube sudah ! :)

nah sebelum tamatkan entri.
aku tunjukkan hero aku. muahaha


dia lah Minho tu. kacak kan? bye ! :p


PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...