Monday, October 8, 2012

Komen, Kritikan dan Pujian Anugerah Blokbuster 2012 !

Salam 1 Letup !
semalam mesti masing masing update pasal Anugerah Blokbuster dekat Astro Ria kan?
tapi aku baru nak update hari ini.
jadi tak ada persaingan orang nak baca. muahahaha
tapi ada ke orang nak baca? tu persoalan dalam KOMSAS kita pada kali ini.

jadi tiap kali anugerah, aku akan buat sikit ulasan.
ceh ! macam aku ni dah kerja dekat industri 45 tahun kan?
hahahaha. ni cuma pandangan dari sudut seorang peminat yang berada di sudut dunia.
hah ! nampak tak ayat rendah diri tu? muahahaha
kalau ada orang yang tak suka atau berkecil hati tu anggap je laaa entri aku ni sebagai entr penambah perisa industri hiburan.
nampak tak sekali lagi ayat aku ni dah macam ada 35 buah filem dan 34 album di pasaran? muahahaha

tanpa membuang masa korang nak baca berela ela kain murah dekat Tangkak Muar Johor,
aku tegak pada poin terus ye?


- Pentas? nampak macam bukan pentas anugerah laa. terlalu simple, adakah kurang budget atau kekangan idea? memang laa buat dekat Stadium Melawati je tapi jika kita boleh buat pentas gempak dalam ruang yang kecik maksudnya kita mempunyai individu kreatif dekat Malaysia ni kan? Kenapa kotak kotak je yang ada atas pentas tu, nampak macam zaman dulu punya anugerah. masa promosi tu nampak korang banyak main dengan bentuk bentuk lain macam segi tiga tu. takut orang cakap Iluminati? spender pon iluminati jugak sekarang ni. Eh ! no wonder sekrang ni ramai orang pakai boxer kan? hahahaha

- Aku rasa patut ada beberapa anugerah yang patut bagi peluang dekat pemenang untuk bagi ucapan baru laa nampak gah sikit. Anugerah Khas(symsul yusof menang) dan Anugerah Astro First tu. ok pe kalau bagi ucapan?

- Eh, aku suka dengan tema Color Blocking untuk anugerah kali ni. Nampak unik dan segar. sekarang pon trend kan? kena dengan warna warna Anugerah Blockbuster tu sendiri. Tapi perasan tak, yang Anugerah Blokbuster ni ada sikit SHOUT! Award? dari segi design dan warna warna tu? dah macam tak eksklusif laa :(

- Opening, dah nak gempak tapi ada terseliuh sikit dekat Microfon mimi one nation emcees yang tak berapa jelas, mak aku pon payah nak menangkap butir butir apa yang keluar dekat lagu tu. mak aku pon cuma dengar 'apa aku kisah' lepas tu mak aku tanya 'lagu apa ni dik? apa aku kisah ada aku kisah ni?' muahahaha comel tak orang tua ni?

- Kata nak buat Oppa Gangnam Style? Lisa cuma sebut 3 perkataan je dan tak menari langsung? apa ni? Afdlin dengan Zizan pon nyanyi sebaris kata je. Baik tak payah buat. muahaha. membazir masa. Lepas tu tiba tiba terus iklan. Sepatutnya cakap dulu selamat datang ke anugerah blokbuster tu baru iklan sebab mood penonton tengah bersemangat. ni tak. dah laa oppa gangnam style tu macam tak sampai 1 minit lepas tu iklan. bunuh mood penonton wahai produser. :(

- Masa penyampaian anugerah. Pihak astro tak briefing ke yang penyampai anugerah tu kena bagi anugerah dekat pemenang? ada ke patut usher yang bagi anugerah tu? penyampai cuma tengok je? serupa macam orang bagi kau makan kuih tapi kau tolak nak makan kuih koci. macam tak ada kena mengena kan? muahahaha

- Nampak tak yang pengacaranya macam tak bersedia kan? nampak macam kelam kabut. bercakap pon merapu ikan kerapu masak 3 taste. Kurang nampak kimia dekat situ. Tak habis habs pasal nak kenakan si Lisa tu isteri Yusry. LAME dan jemu !

- Tapi aku puji yang pengacara cuba bagi yang terbaik. dan penyampai anugerah pon ada yang buat okey dan ada yang over macam Ezlyn. amboi. macam anugerah kau pulak? muahahaha.

- Persembahan okey okey je untuk aku. penutup pon okey. lain dari yang lain. 3 artis membawa lagu orang lain dan difabungkan akhir sekali. unik !

- Yang projek pistol tu cliff umar tu, macam tak sesuai nak bawak lagu tu, kadang persembahan yang stampilkan kenalah tempat lagu dan artis. kesin kena jadi bahan cemuh. mak aku cakap da macam shah ruk khan. tapi bedak tebal sangat sayangku.

- Ziana Zain, mula mula pakai gaun kembang nampak cantik dan classy tapi tiba tiba da tergaru garu dekat belakang ingatkan sebab apa, rupanya nak tanggalkan, POM ! terjojol peha akak ziana, nyany sampai terkangkang kangkang. macam tak best laa. Alyah pon very the girl je. mak aku kata cantik lagi dia pakai kain kembang kembang tu.

- baju siti? ramai kata macam siti nak rap ! sekali pandang pon memang macam tu. macam agak kelakar. nampak dia lagi gemuk. tiap kali nyany sbiuk betulkan baju. kalau dah tak selesa pakai laa lain.

- Plak kemenangan pon comel, aku suka. lain dari lain. sesebuah anugerah tu nampak gah dari segi plak yang di bagi dan identiti untuk anugerah tu.

- Anugerah ni pon aku skong sebab anugerah yang santai dan lain dari yang lain tapi aku pasti kategori nya mesti ada yang berubah ubah nanti. Ikut musim filem sepanjang tahun kan?

- Masa? sangat menepati masa dan habis awal beberapa minit dari masa yang ditetapkan. syabas ! jarang ada anugerah yang habis tepat pada waktunya sebab biasanya akan lari kuda ku gagah berani sikit.

- ada lagi ke yang aku tak nampak?
Cukup cukup lah kot?
aku tak menjatuhkan anugerah ni tapi aku lihat dari sisi lain.
anugerah yang unik tapi kena polish sikit.
nampak macam tegesa gesa dan asal siap punya anugerah
untuk kali pertama kan? tak boleh nak expect lebih kan?
kan? berapa banyak 'kan' kan?
hahahaha.
tapi aku tak boleh lupa sampai sekarang yang Pak Nil salah cakap filem dari Kongs jadi Songlap
konfiden je Pak Nil. curlasss !
hahahaha

saya tetap sokong industri hiburan Malaysia. :)

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...