Friday, September 21, 2012

Artis Sudah Selesai Presentation !!!

Salam 1 Letup !
selamat petang semua !!!
segala presentation dan segala report dah siap di hantar.
semester 5 sangat laa lengang di permulaan semester dan kelam kabut di hujung semester, sampai nak kentut pun tak sempat, kadang kadang lupa nak kentut. hahahaha
nampak tak betapa busynya.
segala penat lelah last minute ni di harapnya dapat dilihat dari segi carry marks yang bakal dapat nanti.
takut pulak di buatnya.

tiap semester kononnya nak buat pada awal semester tapi hampeh.
otak ni mengada sangat. idea tak nak keluar. tapi bila dah saat saat genting.
beratur idea nak di keluarkan. hahahaha
nak didik pon dah terlambat otak ini. hahahaha

jadi aku sertakan beberapa gambar sepanjang presentation
ada jugak gambar yang tak ada.
ni pon mengharapkan telefon orang lain.
rasa macam hina sangat wey.
nak telefon baru. at least yang ada camera punya. hahahaha
aku macam nak bunuh diri bila fon ni tak ada camera. hahahaha


gambar atas ni gambar first presentation iaitu presentation Advertising. kitaorang present Advertising Proposal pasal produk Aik Cheong. Group pertama okey. hahaha. Lecturer aku yang pakai baju kurung tu. Panggil je miss Iko. Mendapat hentaman yang boleh tahan. nanti aku buat entri khas untuk tunjukkan hasil kitaorang. Aku rasa aku macam gergasi dekat situ. hahahaha.
dahi dah bershining macam pakai minyak masak sapu dekat situ.
hampeh.


ni pulak second presentation untuk subjek Event Management. Kitaorang buat proposal event Festival Orang Asli. Tema Coklat, Putih dan Kuning sebab tu kitaorang lebih kurang sepesen je. hahahaha
lecturer aku yang tengah tengah tu yang pakai kad matrik lecturer. panggil je madam Najah.
nanti aku buat entri khas pasal ni okey.

pesentation ke tiga tak sempat nak ambil
sebab dah berdebar sangat. sebab masa tu kena present depan lecturer lain
yang tak kenal pulak tu dari fakulti lain.
mana tak kecut perut.
masa ni buat presentation Business Plan tok subjek ETR 300
seram sejuk gila...hahahahahaha


ni last group presentation untuk subjek comm research.
memang rasa nak mati buat report yang ni. hahahaha
kena kerah tenaga sampai pukul 4 pagi tiap hari.
ni kalau tak dapat markah tinggi tak tahu laa...hahahaha 
kali ni tema warna ungu walaupun tak ada kena mengena dengan kitaorang punya tajuk research iaitu The Impact of You Tube towards Youngster. Patutnya warna merah kan? hahahahaha
whatever like daaaa la..hahahaha
lecturer yg pakai selendang ala - ala datin tu. hahaha
iaitu miss wan

ni ada lagi satu presentation solo untuk broadcasting iaitu baca berita
aku mewakili berita tv9.hahahaha
tapi video nya nanti sir shahril akan bagi untuk kenangan


hah yg edit gambar ni adalah sebelah aku tu Dsuhada Ahmad, awek YDP Komed tau. 
jangan main2.hahaha
dalam kelas aku tu ada dua orang je orang johor
dia batu pahat aku kota tinggi
jadi jangan terkejut kalau aku pembaca berita seterusnya. hahahaha


jadi itulah dia presentation yang ada di semester 5
tapi sebenarnya ada lagi satu presentation yang belum selesai iaitu short film kitaorang untuk subjek broadcasting
ni dalam proses editing.

aku pon dah penat nak taip ni
nanti aku akan update yang seterusnya okey?
jadi menghargai kepenatan korang baca,
aku hadiahkan sekeping gambar seorang manusia yang bakal menggegarkan persada dunia hiburan satu hari nanti. InsyaAllahb :)


nak kata kacak tu tak tapi untuk keluar di kaca tv tu lepas laa kot?
hahahaha. yang penting bakat kan?
eh eh eh, cantik tak tie aku?
rm 10 je dekat pasaraya KINI kota tinggi aku beli ni
khas untuk presentation Advert. hahahaha
eh eh eh, perasan tak aku pakai jam baru? hahahahaha

dah dah, riak nanti. hahahaha
bye bye 
pap pap oley !

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...