Sunday, December 9, 2012

Artis Menghadiri Modul Finishing School yang Hazab !!!

Salam 1 Aw Aw Aw !
hahahaha. aku sebenarnya tak tahu nak letak tajuk entri apa.
tu je yang terlintas dekat hotak yang lemah longlai ni.
semalam nak update tak larat dek non.
dari pukul 8 pagi sampai 6.30 petang. bulu mata palsu pon tanggal tahu tak? hahaha

aku punya lah bersemangat nak tengok Finishing School ni.
eh, ni bukan filem ye adik adik, dan warga emas semua. ni modul. bahasa pasar nya ceramah lah.
pagi pagi dah ceramah macam mana nak buat resume. do's and don'ts masa interview.
tu je yang quite interesting pada aku. lepas tu dah mula melalut modul ni.
setengah hari pon dah okey aku rasa. hahaha

Finishing School ni more focus on Seminar Kerjaya.
ada mock interview. booth yang buat pameran adalah Berita Harian dan Tabung Haji.
ada ceramah dari Berita Harian yang more focus on career opportunities.
Tabung Haji promote club TaHa @ U. kalau korang agak blur blur ayam kena lenyek lori, korang google je lah. hahaha

ada 5 kali makan okay.
free of course tapi masa lunch, ramai gila beratur dan berebut rebut.
jadi aku and the gang makan dekat luar.
ni lah padahnya kawan dengan orang kaya. hahaha
tak actually, aku yang nak makan jugak.
mulai esok dah nak start diet pelik aku.
badan dah naik sangat ni.
dah keluar topic ni actually. hahaha

lepas solat zohor and everything,
ada sesi slot bersama Ally Iskandar. teruja tak?
dah tak pon. hahaha. even he is one of my favorite host that inspired me a lot.
budak perempuan dah meroyan masing masing.
hahaha. aku patut rakam masa tu. 
aku cover biasa je. sebab dulu masscomm ada buat talk dengan Ally Iskandar. masa tu aku dah cukup meroyan. haha 

ni aku curi gambar dari wall fb kawan aku.


hah cair tak? gila tak meleleh kan?
masa awal awal tu, dia guna iphone tunjuk gambar kenangan masa jadi host.
cerita pengalaman and everythinglah.
letak gambar bini wallpaper weh ! 
time seronok seronok si Ally ni bercakap atas pentas, tetiba ada text masuk, terpampang, satu dewan baca. haha. di Farah Lee ni cakap ' Is everything okay love?'
wow ! sweetnya..comel cam ontot. hahaha
risau bebenor si bini ni hah. kelam kabut si Ally ni cover dan terus tak guna iphone dia nak tunjuk gambar.
dan tak tahu angin beliung mana, tetiba talk dia agak menyimpang sikit.
dah tak Seminar Kerjaya di situ ye? tapi mak tak kisah ! :)

lepas tu minum petang,
petang tu ada forum media baru.
yang totally out dengan finishing school ni.
lepas tu moderator sindir. tak ada orang layan. sedih okay time tu ! hahaha

balik balik, aku mandi lepas mandi terus nak demam.
badan puteri lilin import dari pakistan lah katakan. muahaha
dalam 40 minit kot aku tidur kejap lepas tu bangun tengok cerekarama.
aku tak suka hero dia. hahaha.

okey. cukuplah sampai di sini sajoh !
bye bye ...
XOXO...MHJI...Published ! :)

No comments:

Post a Comment

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...