Saturday, December 29, 2012

Artis Kembali Ke Melaka !!!

















Salam 1 Aw Aw Aw !
aku tak percaya esok akan kembali ke Melaka.
assignments dah beratur. hahaha
tapi in shaa allah aku akan update blog sekangkang kera ni :)

Friday, December 28, 2012

Happy Birthday Artis Part 2 !!!

Salam 1 Aw Aw Aw !
maaflah mengambil masa yang agak panjang untuk sambung. hahaha
kesibukan di internet membebankan aku untuk mengupdate. hahaha
baiklah. part 2 kali ni adalah pada tarikh sebenar iaitu 24 desember 2012.
tapi sekarang dah 28 desember kan? hahaha.

baiklah. fadh ajak pergi jalan jalan dengan sofia. 
ikut abang ipar dan kakak dia sekali pergi johor tapi aku segan. hahahaha
lepas tu pergi kota je lah tapi macam tak ada apa.
jadi pergi ke JB naik bas jadi masa nak balik pergi nanti naik kakak dia.
pergilah jusco tebrau tu. pusing tak sampai satu minit pergi makan pizza. hahaha
sampai jusco pukul 6 sebab gerak dari kota je dah pukul 5 lebih.
makan punya makan sampai lah dah lepas maghrib.
tak perasan wey !!!. setakat makan pizza baik makan dekat Kota je kan? hahaha
lepas tu kakak fadhlina sampai. dia ajak pergi Bazar Karat. 1st time aku pergi wey.
rasa nak menangis. hahaha
yelaaa sebab aku ni anak dara. dok uma je. hahaha


ni hah muka teruja pergi jusco. pakcik belakang interframe. hahaha
sampai juso aku terus beli panadol activfast. pening wey !!! 
ni muka sebelum bas gerak. tak pening lagi. hahaha


hari tu nak makan dekat jusco melaka tapi dah habis. hahaha. boleh tahan sedap lah. yang ni tak muak sangat tapi udang nya macam kecut sangat dah. hahaha.
tapi boleh lah. lepas ngidam. add on bolognise meatball spagetti. tak habis. amalan syeton semua ni. masalah ngidam. hahaha. sekali bil sampai 80 lebih weyh !. menangis !

lepas tu sesi bergambar laa gamaknya.


yang kiri tu sofia aka pe'ah. hahaha dan yang kanan tu fadhlina


yang ni pulak artis yang persan fofuler tu. hahaha. baru menang beberapa anugerah je pon. hahahaha
nampak tak aku dah makin tembam? hahaha
badan dah naik semula. macam macam cemuhan yang aku terima wey !
naik tahun baru ni, mula diet semula. aku tak kira.
seluar sampai dah tak boleh kancing. nampak sangat aku ni buncit yang seksayyy. jeles lettew. hahaha

sebelum keluar dari jusco, beli psuh pop macaroon
angry bird lagu uollss

dekat kedai apa tak sempat nak tengok. hahaha
tapi ni rm 5 je.
kurang manis !!! aku suka. level bawah jusco tebrau. korang carilah sendiri :)

lepas tu pergi ke bazar karat pulak dekat Jb. 1st time ni

aku tahu aku seksayyy, hahaha
cukuplah tu.

tak beli apa pon. sebab tak ada duit. tapi sekarang ni memang trend baju corak bob marley.
lawa weh. tapi dalam impian jelah. tunggu berat badan aku turun semula. hehehe

tapi setengah hari jalan jalan, diaorang tak ingat dan tak wish pon birthday aku.
bapak sedih wey. tapi semua ingat birthday kita mesti disebabkan facebook kan? cuba bayangkan ta ada facebook? macam mana? hahaha
sofia tu memang tak ada fb, kalau fadh jarang bukak fb.
tapi kalau aku jadi dyeorang pon aku lupa nak wish. tapi its okey.
sebab masa hari jadi aku tu aku dapat keluar.
sambut dengan kawan kawan. happy sangat.


sebenarnya, aku dah lama tak jumpa pe'ah ni.
dah 3 tahun tak jumpa tau. lama gila kan?
berhubung pon kalau si pe'ah ni call. kalau tak, harommm nak bertegur sapa. raya aidfitri pon sekejap je cuti.
bapak rindu weyh !

kali ni adalah birthday aku yang menarik dalam hidup.
dapat cake :)
dapat jumpa kawan yang dah 3 tahun tak bersua :)

sebelum tu aku nak ucapkan terima kasih diatas segala doa dan wish dari semua orang tak kiralah dari twitter, whatsapp, bbm, fb, call, sms dan banyak lagi.
semoga doa korang semua makbul
dan terima kasih sekali lagi.

Happy Birthday Mohd Hafiz Jauhari Bin Ihsan
dah 20 tahun :)
matang bukan dari umur tapi dari persekitaran dan situasi :)

kalau ada umur yang panjang, jumpa lagi di 24 desember 2013 :)



Thursday, December 27, 2012

Happy Birthday Artis Part 1 !!!

Salam 1 Aw Aw Aw !
Selamat Hari Lahir Artis !!!
iaitu aku. hahahaha. jangan jeles sebab aku puji diri sendiri. hahaha
actually dah 3 hari lepas birthday aku. tapi baru sempat update hari ini.
tapi ada aku kisah? ni blog aku bukan blog korang.
tapi seronok kalau jadi blogger fofuler sebab walaupun seminggu tak update, viewers tetap tinggi tapi kalau aku tak update seminggu. nah kau. macam saham jatuh dah. hahaha
tu bezanya blog fakir dengan popular. tunggu aku jadi artis bebetullah nanti. hahaha

tahun ni beberza dan aku agak happy.
yeah happy kid ! sebab tahun ni ada kek.
mak aku beli kek dan sambut birthday dia sekali. actually duit abah lah. hahaha
aku 24 december dan mak 2 januari. dekat kan? 
hehehe. disebabkan sambut birthday mak aku sekali, ramailah yang balik sekali.
rasa dihargai sangat. hahaha



hah. tu dia muka aku yang asli tanpa make up fotoshoot dan tanpa edit dari yang pakar. hahaha
bukan senang tau korang nak tengok muka aku yang asli ni.
sebab aku malas nak edit. masa ni aku pakai kain pelekat. orang lain sambut birthday pakai cantik dan hensem tapi aku? low profile je. hahaha
masa ni aku baru habis masak rendang ayam tua 5 ekor. malas nak tukar baju segala bagai.
eh. korang perasan tak rambut aku macam taeyang kumpulan korea tu? Big Bang? insiprasi sangat kan? hahahaha

dan tengoklah yang aku makin gemuk tu tapi actually gambar ni diambil beberapa jam sebelum pukul 12 pada tarikh 23 december tapi aku tak kisah. masih sambut hari jadi aku jugak bwerkkk :P
lepas sambut birthday ni, pinjam galaxy note abang aku. aku farah dengan anak sedara yang lain bergambar sakan. hahaha





dah. cukuplah kot aku tayang gambar candid aku yang comel ni. hahaha
ngaku jelah gambar aku semua ni comel kan? hahaha
*fliphair*

dan terserlah muka aku yang penat nak mati masa tu.
lepas tu aku upload gambar aku dalam instagram abang aku.
hahaha. dia tak komen apa apa pulak. hahaha


gambar ni lah yang letak dalam instagram dia. 
macam album kan? hahaha
coming soon.... Pejam Mata Dan Rasakan Hentaman Padu Lagu Ku Di Hadapan Rumah Mu Tanpa Ketukan Yang Bingit Tetapi Memukau Hati Mu...itulah tajuk album pertama aku nanti kalau keluar. hahaha

inilah dia sehari sebelum birthday aku berlaku.
nantikan post yang lain pulak untuk tarikh 24 december :)



Saturday, December 22, 2012

Artis Minta Maaf !!!

Salam 1 Aw Aw Aw !
hari ni aku nak minta maaf kepada semua
yang pernah inbox aku.
hahahaha. rupanya banyak yang aku tak baca, hahaha
bila bukak inbox dekat fb. ada lagi satu button iaitu 'Other'
dengan tertanya tanya. aku pon bukak. hah kau.
83 inbox tak dibaca. dalam Other tu adalah inbox dari Group aau pages yang aku LIKE.
orang luar yang tak add tapi inbox tapi tak masuk dalam inbox yang biasa tu.

jadi aku terpaksalah baca satu persatu.
balas satu persatu. dari awal tahun lepas iaitu 2011 sampailah dah nak hujung 2012. hahaha
ramai juga yang komen blog aku yang cikai ni.hahaha
ada yang aku print screen ni.

tengok tu, 28 julai tu tau. hahaha.
ramai yang komen pasal cara aku review novel.
kalau korang nak aku review novel . bagi tahulah novel apa.
tapi kalau aku ada duit aku beli. hahaha. kalau tak ada. korang bagi pinjamlah novel tu. pos dekat aku. nanti aku pulang balik. gigih tak aku? hahaha

banyak lagi yang orang komen.
ada jugak esaimen yang aku post dekat blog bermanfaat untuk orang lain.
ni lah kegunaan blog. membantu orang lain.
aku pon kalau buat esaimen banyak tahu dan research dari blog.


'bdy' tu maksidnya budaya ye? bukan body. hahaha.
jadi segala komen dan cadangan boleh lah bagi tahu dekat fb.
terima kasih korang walaupun silent reader.
ada jugak yang tegur dekat U guna trademark aku tu.
malulah aku.
hahaha

ada jugak yang tanya pasal macam mana nak dapatkan CD Siti Nurhaliza.
kalau payah sangat. akak beli dekat iTunes je.
kalau CD yang lama lama tu. akak cari dekat kedai DVD ke VCD ke.
mesti ada.

tapi ada juga yang memaki hamun aku.
hahaha. terima kasih. maksudnya. tak semua orang dekat dunia ni suka dengan kita kan?
kalau orang tegur kita maksudnya dia masih sayang dekat kita.
cewahhh..hahaha.

apa apa pon terus menyokong blog yang sedih ni.
hahaha :)
bye bye :)


Tuesday, December 18, 2012

Artis Nak Balik Kampung !!!

Salam 1 Aw Aw Aw !
Tinggal beberapa hari sahaja lagi nak balik rumah
mungkin dekat rumah nanti aku rajin sikit update blog aku yang bosan lagi habuk ni. hahaha
emosi masih tak stabil dekat melaka ni.
tak tahu nak cerita apa.
aku ni bukan Hanis Zalikha, dia cerita bangun tidur je dah ramai orang share. hahaha
kalau aku buat entri aku bangun tidur. mahu nya korang simbah asid laptop korang tu kan? hahaha
btw aku masak nasi goreng tadi. dah berapa hari tak makan nasi tapi perut ni dah lapar sangat.
bayangkan ada biskut je.
manalah boleh menampung perut buncit aku ni. hahaha

hari khamis balik johor. in shaa allah kalau tak ada apa halanganlah ye.
setelah tambah tolak darab bahagi square root segala. lebih kurang 6 hari lagi birthday aku.
aku memang tak suka disember dan tak pernah suka ingat tarikh birthday sendiri.
aku nak macam dalam drama dalam tv tu yang lupa tarikh birthday sendiri. hahaha
kanak kanak sunkist sangat aku kan? hahaha

zaman sekolah menengah tak pernah sambut.
zaman universiti tak pernah sambut.
tak sabar nak tunggu zaman kematian aku nanti. masa tu mesti ramai sambut aku. mesti ramai yang datang baca yassin nanti. sekurang kurangnya mati aku ada orang ingat nak sambut dan datang ucap takziah.
hurmmm...

hari tu azwan selalu ingatkan orang lain termasuk aku tentang tarikh lahir dia bulan januari nanti
banyak kali pulak tu. rasa macam korang snooze fon korang ak habis habis tu. hahaha. kadang kadang nak penampar je. hahaha
lepas tu dia tanya birthday aku bila? aku cakaplah. then. the epic moment bila dia cakap. 'alamak, kita tak dapat sambutlah ek? kan dah cuti masa tu. tapi kau jangan lupa birtday aku pulak.' aku pon dengan selamba jawab 'birthday kau, aku kena sambut, birthday aku?' dia gelak je. jangan risau azwan. aku dah fikir nak beli hadiah apa. kau jangan harap lebih pulak. aku ni guna duit PTPTN je nak beli hadiah kau. hahaha
hadiah aku? kau wish nanti pon dah cukup walaupun reminder dari facebook. hahaha
teringat macam mana dia bersungguh tentang birthday akmal, birthday classmate dia. yup. aku cuma housemate dia je. :)

aku pon tak harap apa apa dari masliya dan atiqah.
diaorang wish pon dah cukup nanti walaupun mas selalu salah tarikh birthday aku. kalut betul minah ni. hahaha
kawan sekolah aku pon tak pernah sambut birhday aku. cuma ada sorang kawan sekolah aku ni. sentiasa ingat birthday aku. yes. dia sorang sahaja. tak perlu reminder dari facebook. thankss e'ah :)

errmmm...aku dah cadang nak pergi secret recipe nak beli kek tiramisu untuk diri sendiri.
tiup lilin sendiri dalam bilik. nyanyi lagu sendiri. aku makan separuh then lagi separuh bagi semut makan.
barulah ada geng nak sambut birthday. hahaha. bapak saiko aku kan? hahaha. jangan takut. otak aku belum senget lagi. hahaha
lepas tu nanti aku update entri okay?
tahun ni aku tak beli hadiah untuk diri sendiri. nak beli hadiah diri sendiri samsung galaxy note tak mampu. hahaha.

tapi aku ingat lagi presentation journalism masa part 4.
slide show guna laptop aisyah.
aku tak tahu diaorang buat surprise dengan letak Happy Birthday Hafiz Jauhari ! dekat last slide.
bapak terkejut. rasa nak menangis. badan dah menggigil masa tu. hahaha
tu perkara paling bermakna selama 19 tahun yang dah nak habis beberapa hari lagi.
:)

esok last class. hari khamis balik rumah.
apa yang jadi ye esok? hurmm
*lapairmata*

XOXO...MHJI :) 


Monday, December 17, 2012

Artis Makan di Deen Burger Bakar !!!

Salam 1 Aw Aw Aw !!!
hari ni update lagi setelah hampir seminggu hilangkan diri.
actually ada je mengangkang dekat rumah ni tapi tetap malas nak update. yeah ! student life. semua perkara malas. hahaha
hari ni tak tahu kenapa aku nak update. gembira tak? hoyeah hoyeah !
baiklah. hari ni aku nak cerita pasal Burger Bakar AGAIN !!! siapa yang follow blog chipsmore tajaan Nestle ni, korang mesti tahu yang aku ni hantu buger bakar sikit.

baiklah, seminggu baru masuk UiTM, ada sebuah stall baru bukak.
burger bakar ni famos amos dekat Tampin. sekarang beranak pinak dekat Alor Gajah pulak.
tapi masa tu PTPTN belu masuk lagi. menangis wey tak dapat nak pergi.
bila PTPTN dah masuk. benda pertama yang aku fikir adalah Burger Bakar.
cepat tarik Azwan terus naik motor ke bandar.

okey. apa yang aku order?
korang mesti cakap aku tamak kan? hahaha tapi mak kalis sentap !
hahaha. ada sebab aku order macam ni tapi biarlah rahsia. hahaha

aku order Double Kahwin Combo with Cheese + Bacon. Combo tu termasuk Air sekali lah ye.
jadi harganya RM 17 sorang.
kalau yang basic tu. harga RM 7.00
paling mahal RM 20.00. kalau korang yang dah bekerja ni boleh lah bayar. aku yang menagih hidup dari PTPTN ni, mampus tak makan seminggu. hahaha

kalau double kahwin maksudnya ayam dan daging lah.
biasanya burger bakar yang aku dah makan sebelum ni, ayamnya bila dah digoreng dia tak bakar tau.
tapi sebaliknya, dia dah goreng dia bakar sekejap untuk rasa 'smoke' arang tu.
dan specialnya. siap ada hirisan bawang macam burger Malaysia yang biasa tu. hahaha
tapi yang tak best tak ada salad macam dalam gambar
dan daging tu kurang masin which is good for healthy but for me, agak kurengggg sikit.
but overall nice try and sedap baybeyh !!!
korang rasa lah.

tiap orang ada pendapat masing masing kan?
itu pendapat aku
kalau ada rasa yang tersinggung tu. jumpa hari raya nanti. hahaha

gambar bawah ni aku amik
sila meranakan diri anda. hahaha
:)


Thursday, December 13, 2012

Adik Nak Balik Rumah !!!






Hari Ini.

Mak : Assalamualikum
Aku: Waalaikumsalam, ada apa mak?
Mak: tak de kelas hari ni
Aku: kelas cancel. kenapa mak?
 Mak: Kek kau dah siap. dah sampai rumah ni.
Aku: yeker?
Mak: iya. balik bila?
Aku: minggu depan. mak simpan lah dulu dalam peti ais ea?
Mak: okey. Duit ada lagi?
Aku: In shaa Alla ada lagi. 
Mak: Okey. Assalamualaikum
Aku: Waalaikumsalam.

Sumpah aku sedih. akhirnya mak aku ingat birthday dan belikan aku hadiah.
anak mana yang tak sedih dan gembira kan?
sebelum ni? hurmmm.
tak pelah. adik balik minggu depan ea mak?
menangis aku taip entri ni.
hurmmmm


Sunday, December 9, 2012

Artis Menghadiri Modul Finishing School yang Hazab !!!

Salam 1 Aw Aw Aw !
hahahaha. aku sebenarnya tak tahu nak letak tajuk entri apa.
tu je yang terlintas dekat hotak yang lemah longlai ni.
semalam nak update tak larat dek non.
dari pukul 8 pagi sampai 6.30 petang. bulu mata palsu pon tanggal tahu tak? hahaha

aku punya lah bersemangat nak tengok Finishing School ni.
eh, ni bukan filem ye adik adik, dan warga emas semua. ni modul. bahasa pasar nya ceramah lah.
pagi pagi dah ceramah macam mana nak buat resume. do's and don'ts masa interview.
tu je yang quite interesting pada aku. lepas tu dah mula melalut modul ni.
setengah hari pon dah okey aku rasa. hahaha

Finishing School ni more focus on Seminar Kerjaya.
ada mock interview. booth yang buat pameran adalah Berita Harian dan Tabung Haji.
ada ceramah dari Berita Harian yang more focus on career opportunities.
Tabung Haji promote club TaHa @ U. kalau korang agak blur blur ayam kena lenyek lori, korang google je lah. hahaha

ada 5 kali makan okay.
free of course tapi masa lunch, ramai gila beratur dan berebut rebut.
jadi aku and the gang makan dekat luar.
ni lah padahnya kawan dengan orang kaya. hahaha
tak actually, aku yang nak makan jugak.
mulai esok dah nak start diet pelik aku.
badan dah naik sangat ni.
dah keluar topic ni actually. hahaha

lepas solat zohor and everything,
ada sesi slot bersama Ally Iskandar. teruja tak?
dah tak pon. hahaha. even he is one of my favorite host that inspired me a lot.
budak perempuan dah meroyan masing masing.
hahaha. aku patut rakam masa tu. 
aku cover biasa je. sebab dulu masscomm ada buat talk dengan Ally Iskandar. masa tu aku dah cukup meroyan. haha 

ni aku curi gambar dari wall fb kawan aku.


hah cair tak? gila tak meleleh kan?
masa awal awal tu, dia guna iphone tunjuk gambar kenangan masa jadi host.
cerita pengalaman and everythinglah.
letak gambar bini wallpaper weh ! 
time seronok seronok si Ally ni bercakap atas pentas, tetiba ada text masuk, terpampang, satu dewan baca. haha. di Farah Lee ni cakap ' Is everything okay love?'
wow ! sweetnya..comel cam ontot. hahaha
risau bebenor si bini ni hah. kelam kabut si Ally ni cover dan terus tak guna iphone dia nak tunjuk gambar.
dan tak tahu angin beliung mana, tetiba talk dia agak menyimpang sikit.
dah tak Seminar Kerjaya di situ ye? tapi mak tak kisah ! :)

lepas tu minum petang,
petang tu ada forum media baru.
yang totally out dengan finishing school ni.
lepas tu moderator sindir. tak ada orang layan. sedih okay time tu ! hahaha

balik balik, aku mandi lepas mandi terus nak demam.
badan puteri lilin import dari pakistan lah katakan. muahaha
dalam 40 minit kot aku tidur kejap lepas tu bangun tengok cerekarama.
aku tak suka hero dia. hahaha.

okey. cukuplah sampai di sini sajoh !
bye bye ...
XOXO...MHJI...Published ! :)

Friday, December 7, 2012

Artis di Publishing Talk !

Salam 1 Aw Aw Aw !
dah lama tak update blog. aku memerlukan semangat untuk terus update. hahaha
terima kasih kepada yang masih suruh update. sanggup bagi tahu dekat fb tau.
siapa yang add BBM contact pon terima kasih.
selagi mampu jawab saya akan terus menjawab segala persoalan korang.
tapi janganlah tanya yang pelik pelik, aku baling selipar je nanti. hahaha
soalan rumah tangga dialu alukan. hahaha. 

eh, cakap pasal add ni. kau tak tahu kenapa semakin ramai adik adik sekolah rendah add aku dekat fb.
adik ada baca blog abang ke? atau apa? hahaha
risau aku. apa pulak nanti kata kata family mereka? cewahh !
tapi aku tak approve pon. serba salah. SPM pn teruk, jangan jadikan abang ni idola cilik anda. hahaha
adakah aku ada aura macam paknil sebagai pengacara tom tom bak? hahaha
one day. in shaa Allah.

okay. berbalik kepada pokok durian kita pada kali ni. *tetiba teringat duiran crepe. macam sedap je. area melaka mana ada ek?hahaha*
hari ni ada talk aka bual bicara. bukan macam Wanita Hari Ini tu. eh, tajuk WHI hari ni hangat wey, 'Pura - Pura Puas' hahaha. puas apakah? hahaha. aku pon tak puas tapi malas nak mengaku demi menjaga hubungan rumah tangga. cewahh !
aku dah melalut ni sebenarnya. hahaha

disebabkan aku akn habiskan hidup aku sebagai nelayan diploma ni, in shaa Allah, of course akan sambung degree kan? jadi aku dah pernah dengar promotion about Advertising masa sem 2 tak silap aku, Instructional Communication dan Corporate Management apa ntah. aku pon dah lupa. sem lepas dengar.
dan kali ni adalah Publishing atau melayunya penerbitan. ni penerbitan percetakan tau, bukan tv yang korang selalu hadap tu. 

talk ni dikenali sebagai Siri Kembara Akademik Penerbitan 2012.
bukan diploma masscomm je boleh mohon tapi fakulti lain pon boleh, kalau korang nak mereka datang ke tempat korang, boleh ke fb diaorang ni. klik SINI
dan kalau korang nak twitter boleh ke SINI

siapa nak tahu pasal Publishing UiTM ni, korang google atau tanyalah mereka sendiri.
pada aku okeylah. majlis dimulakan dengan sogokan goodies bag. hahaha
dapat lah beberapa merchandise, buku dan sebagainya.
terutamnya button aka badge dari diaorang.
aku curik gambar instagram Aisyah ni. hahaha. adik adik jangan tiru okey? berdosa ni. hahaha


aku agak bosan masa penceritaan dari senior kitaorang. agak meleweh ye di situ.
cerita main point je pon dah okay.
bukan tak suka tapi buat students macam malas nak dengar.
apa kata korang tunjuk apa yang korang belajar setiap semester.
that will make students eager to pursue that course. am i right?

okay korang. esok aku ada activity Finishing School.
seminar kejayaan macam tu lah.
esok aku update okay? 
bye bye :)
XOXO... MHJI... Published ! hahaha  

Sunday, December 2, 2012

Artis Kembali Teruskan Perjuangan !!!

Salam 1 Aw Aw Aw,
hai hai hai semua disana. hari ni aku update blog semula. ceih, macam ada orang baca je. muahaha
hari 4 hari tak update sebab balik ke rumah keluarga angkat aku. broadband aku ni memang tak boleh pakai. yang peliknya boleh pakai dekat Melaka je. WTF? hahaha
lepas tu beberapa hari tak ada idea nak update apa. yelahh, kalau dah 24 jam duduk dekat rumah je, cerita apa yang menarik nak dikongsi kan? hahaha
lepas tu seminggu modem rosak sebab disambar petir yang garang lagi hot.
malas aku dah nak betulkan. maksud aku guna duit abahlah. hahaha.
lepas tu terus balik Melaka. :)

sekarang dah hari kedua di Melaka.
dah macam rumah kedua tau Melaka ni.
aku sekarang dah masuk semester 6. yeah ! semester akhir. orang lain semua kata sekejap je tapi pada aku, ianya adalah masa yang panjang. hurmm.
esok dah mula kelas. orang lain 2 hari je kelas. kelas aku ada 4 hari. melampau tau :(
tak kisahlah. datang sini nak belajar kan? fokus fokus :)

subjek yang aku belajar aku akan update nanti okey. ada subjek yang belum boleh daftar, biarlah sepriseeee sikit. hehehe.
jadi aku pon tak tahu nak update apa.
tapi seperti biasa, birthday aku tak kan ada orang sambut lagi.
pity me pity me.
22/12 dah mula cuti pertengahan sem sampai 30/12.
sedihnyaaa. tapi aku dah biasa.
Azwan pon dah cakap awal awal yang dia tak dapat nak sambut.
huh, biarlah. nak tunggu ada makwa ke pakwa tak ada pulak. boleh dating sama sama. hahaha

eh, sebelum balik Melaka, ada dugaan yang paling besar, duit gaji aku hilang, hilang wey, dah lah duit tu nak bayar rumah sewa. pagi pagi buta sebelum balik melaka, baru cek duit tu tak ada tempat yang aku selalu simpan. duit tuh dah lah aku balut dengan resit gaji. resit tu pon hilang sekali. tamak betul. hahaha
dah menangis sorang sorang dalam bilik. sekarang tunggu duit PTPTN lah jawabnya nak bayar duit rumah sewa. PTPTN ni pon satu hal sebab tak masuk lagi. orang lain dah masuk. lain macam je ni. 
jangan buat kelakar. hahaha. Niat tak nak susahkan mak dengan abah, tapi terpaksa juga, serba salah tapi nak buek cam mano kalau dah tak ada duit kan? Bank Keluarga jelah yang ada. nak pinjam along takut pulak. hahaha.

jadi itulah saja untuk hari ni. chow chin chau babeyh ! :)

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...