Tuesday, November 20, 2012

Artis Shopping Online !!!

Salam 1 Aw Aw Aw
baiklah, hari ni aku nak update sikit yang aku kena sampuk beli barang online. hahaha
bukan beli baju sebab aku tak suka beli baju on9 sebab badan aku ni sekejap kecik sekejap besar.
lagipun aku macam takut tak muat badan, koyak sana sini ke kan? hahaha
kalau seluar jangan cakap. hahaha. lagi lah tak pernah.
aku teringin jugak nak beli baju dekat Zalora tu tapi harga. mak aih. macam dekat butik je.
dengan aku yang tak kerja lagi. memang menangis lah kan. hahaha

jadi godeh punya godeh aku aku ternampak aku page yang jual beg.
yelaaa. aku tak suka pakai beg laptop acer tu hah. rasa macam korporat sangat. ditambah beratnya lagi. beg tu pon aku sumbat bawah katil je. hahaha. jadi pergi mana mana, aku pakai beg kitar semula. actually lagi selekeh kan? entah lah. kadang kadang mode selekeh aku tu membuak buak. hahaha.
jadi godeh punya godeh. aku beli satu beg laptop aka nak guna beg pergi jalan jalan pon okey.
beg nya macam seluar jean sikit. aku beli dekat SINI. dia more focus on men bags and shoes also sometimes shirts. hahaha. speaking sikit. kalau nak tengok boleh pergi SINI

ni gambar aku cedok dari page fb dia


okey tak okey, aku dah beli. korang jangan banyak bunyi. hahahaha
simple kan? setakat nak bawak pergi discussion ke apa. boleh laa kan? dari aku bawak recycle bag tu hah. hahaha

lepas tu konon nak guna beg atas ni pergi kelas tapi bila godeh punya godeh jumpa lagi satu page jual bag.
mengalahkan perempuan aku ni. hahaha
aku teringin nak tukar bag slempang aku tu yang dah bertahun tahun tu dari banjir terbesar di kota tinggi dulu tu. kan ada jualan banjir. hahaha. aku beli dekat situ. 
mungkin dah umur 20 tahun ni aku nak nampak macam matang sikit. actually dah nak habis 2o tahun walaupun aku belum cukup umur lagi. hahaha. 
jadi aku nak pakai sesuatu yang matang sikit, nampak classy, dan salh satu aku nak tukar beg tu sebab beg housemate aku cantik. hahaha. iri hati betul aku kan? ahaha
jadi aku beli beg dekat SINI. laki perempuan ada. cantik.  cubalah terjah. beli tak beli lain cerita kan?
ni gambar yang aku cedok dari page FB dia.


gambar atas ni lah yang beli. dah sampai pon.
nampak macam kecik kan? sekali aku cuba, laptop pon boleh masuk dan tiba tiba aku menyesal beli yang mula mula tadi. hahaha. tapi bila aku fikir balik, sayang pulak beg hitam ni aku letak laptop yang berat berat. hahaha. jadi emosi kembali stabil. beg hitam ni buat pergi kelas dan beg biru atas tu buat isi laptop. dan kalau ada presentation, aku guna beg biru je. kualiti beg hitam ni sumpah terbaik. tak menyesal. ada macam macam warna, coklat, biru dan apa entah lagi. hahaha

lepas ngidam aku nak tukar beg baru. nak tunggu orang belikan? hampeh ! birthday aku pon tak ada orang ingat. sambut pon sorang sorang je. setiap tahun macam tu. dah dah. bukak cerita sedih pulak. hahaha
tapi benda yang aku belum beli lagi adalah KASUT yes, KASUT.
kasut aku dah sangat nazak. buruk betul rupanya. dari form 4 atau form 5 kasut tu. tak tukar dan aku ada satu je. aku nak tukar. tapi kalau guna duit dari 2 beg yang beli atas ni dah boleh beli satu kasut dah. hahaha. menyesal lagi aku di situ, hahaha. jadi sekarang ni target aku nak beli kasut pulak. Baju? tak kisah ulang ulang pon. dah memang orang sederhana kan? rilex sudah . 

apa yang aku bingung adalah nak beli kasut jenis apa ye? kasut aku sekarang adalah kasut converse. nasib beli ori, jadi tahan beberapa tahun. kalau tak. dah tertanggal semua. hahaha. kalau nak pakai loafer, tak sesuai semua tempat kan? terasa bosan pulak nak beli kasut yang sama. hahaha.
korang belikan aku kasut boleh? saiz 11 atau 12. 12 tu untuk lebih selesa. aku tahu. kaki aku kaki gajah yang comel. hahaha. tolonglah hadiahkan aku masa birthday 24/12 nanti. pleaseeee :)

okeylah. sampai disini sajoh !
XOXO... H... Published ! ahahaha :)

Monday, November 19, 2012

Komen, Kritikan dan Pujian Anugerah Industri Muzik (AIM 19) 2012

Salam 1 Aw Aw Aw,
bulan ni masih sibuk dengan acara anugerah si sana sini. hahaha
ceh, macam aku di jemput je kan?
aku kalau jemput pun, aku lebih suka tengok dekat rumah sebab lebih nampak. hahaha
kalau dapat tiket, tiket tu bukannnya duduk dekat kerusi depan. lagi pon aku ni dah laa rabun. ish ish.

jadi seperti biasa, aku akan update selepas satu hari majlis. tak kisahlaa bila. hahaha. yelaaa.
semua orang busy nak update jugak.
dah laa blog aku ni suam suam milo suam. hahaha
jadi baru sempat hari ni update.

baiklah. tema AIM 19 kali ni adalah Black & White Glam Glitz.
ni tema selamat semua. hahaha. tapi ramai jugak artis yang tak ikut tema, hahaha
yelaa. sarung je laa kan? Macam baju Faizal Tahir tu, dah banyak kali sepesen je :)

ramai yang bandingkan tema ASK 2012 dengan AIM 19. Tema ASK teater tu sebab ASK ni pasal drama dan filem, so tak ada masalah kan? cuma cara pembawakan acara tu yang silap. itu yang patut di kritik, bukannya tema. 

baiklah kali ni komen akan dilaksanakan :)
kalau ada yang tak sebulu tak sebaju dengan korang, harap maaf laa ye?
:)

- seperti biasa, kalau nak tahu astro buat rancangan anugerah, lepas persembahan opening mesti terus iklan.hilang momentum yawww.

- masa lagu opening, aznil ada nyanyi kan? boleh ke dia lompat ke atas Jimmy Palikat tu. JP tak larat lepas tu terjatuh aznil atas pentas. hahaha.

- seperyi biasa juga, sistem audio astro mesti tak sedap dan kurang jelas dan kurang kuat. perasan tak semua artis macam tertekan masa menyanyi? sedih laa astro ni 

- aku jugak tak faham, kenapa semua band bila nak menyanyi mesti ikat kain dekat microfon stand tu? yang ikat lelaki pulak tu. tak pe lah, nanti aku jadi penyanyi aku ikat kain langsir rumah aku ni. baru meleret sikit. hahaha. kalau dekat indonesia, group band diaorang lebih suka letak logo band diaorang. tu much better kan? tak rimas.

- penyanyi band malam tu semua kelaut dengan klangit sekali. hahaha. yang aku rasa okey cuma drama band dengan hyperact je. kata buat rehearsal? siapa floor manager nya ni? cewahhh :)

- persembahan penyanyi wanita walaupun sikit sikit je tetap menimbulkan impak. tu yang kita nak. biar sikit tapi impact. ni nyanyi lagu penuh tapi kelaut semua. buat maluuu je.

- WOW kak dibah, kerja tukar baju je. mak aku pon bising. hahaha. ada satu baju dia tu stripe hitam putih macam batu tepi jalan aka line hitam putih dekat jalan. hahaha. sorry. baju biar tukar sikit tapi bagi impact. baju yang ditukar tu semua biasa ja. baju putih bunga hitam then tukar design yang sama tapi baju hitam bunga putih. what for? kan dah speaking london. hahaha

- baju Siti Nurhaliza masa red carpet lawa tapi masa nyanyi duet atas pentas baju Siti jadi lain pulak. klepet klepet baju tu aku rasa tak payah kot sebab overshadow daun lip lap lip lap dekat bawah tu.

- lagi satu. masa mengacara tu, pengacara lebih suka pakai perkataan hashtag (#) segala bagai. ada baik dan ada buruk. tak semua ada twitter dan anugerah ditonton semua lapisan. tak pasal pasal aku kena terangkan apa benda hastag tu dekat mak bapak aku. kalau ye pon terangkan lah dulu. tak salah kan?

- okey, pendekatan pak nil dengan adibah noor mencelah ketika penyampaian anugerah adalah sesuatu yang baru. wajar diteruskan. tak de lah. sibuk bertanya khabar je. menyampah tapi ada sesetangah tu kelihatan annoying sikit. sorry my idolssss :)

- ni yang paling aku tak suka masa yantzen jadi penyampai anugerah, pak nil ada cakap yang penyampai anugerah ni adalah orang tua segala kan? dan mak aku cakap lain kali jangan ajak orang tua jadi penyampai anugerah. ada ke patut mengunyah maksud aku makan masa sampai anugerah? HELLO, tak ada protokol langsung. mana boleh macam tu. hormat lah majlis sikit. tu majlis formal, bukan majlis piknik dekat tasik titiwangsa. The Malayan aka Andy yang nyanyi tu pon sempat mengunyah. tapi dia dah telan habis agaknya masa nyanyi tu. pleaselah.

- Lagu sudah sukup sudah sperti biasa, mendapat sambutan hangat, satu dewan tu menyanyi. curlass. ! mak aku dekat rumah pon ikut nyanyi. kecoh jugak masa lagu tu ramai tweet pasal drama Julia di TV3.

- ada beberapa juga yang aku tak puas hati iaitu masa untuk Anugerah Wirama dan Kembara. sikit sangat masanya. bagi lah masa 1 minit kalau anugerah biasa 30 saat. kata menghargai? eh, macam mana nak bagi masa lebih kalau masa yang lebih tu dekat benda lain kan?

- Kumpulan GX4 mendapat sambutan hangat. ramai artis artis  senior tweet yang mengimbau kenangan mereka. masa tu tak ada K-POP cuma ICE POP yang seposen satu tu je. hahaha.

- masa sepatutnya 2 jam 30 minit tapi tetap over run, iklan pendek je. aku suka. nak kentut pon tak sempat. kalau lagi satu tu. masak nasi goreng cina pon sempat siap. hahaha

- persembahan Siti masa lagu duet tu pon dikecam sebab katanya minus one dan siti pon tak sihat. nampak Siti tak bagi all out masa tu. tapi korang perasan tak cincin siti? tu kalau kena penumbuk sebiji, koma setahun wey. hahaha

-  ada masa penyampaian anugerah apa ntah yang ada Siti Sarah tu, adibah noor siap bawak anak siti sarrah atas pentas. sangat comel. aku tak percaya tu anak diaorang. hahaha :)

- masa Shila Amzah menang lagu terbaik, dia siap cium tangan lagi kau dengan boyfren aka future husband. kecoh. yelaa. mereka belum kahwin. benda tu memang dah haram kan? ditambah pulak dia yang dah bertudung tu. teringat kes Nabil peluk Irma tu. hehehehe. kes yang sama. tapi apa yang aku dapat simpulkan adalah, tu reaksi spontan. tindakan seseorang masa gemuruh, gelabah dan terkejut. ada sebab kenapa lelaki dan perempuan diasingkan tempat duduk dalam sesebuah acara.  nak kata lebih pon tak boleh. semua silap kan? kita kena cermin diri kita jugak. tengok anak atau adik anda. budak sekarang ni dah advance :)

- semua kecoh pasal kenapa semua pencalonan adalah Noraniza Idris. korang tanya balik diri korang. kalau ada artis buat lagu pop etnik, korang ada sokong? korang ada buat permintaan dekat radio? tak ada kan? tapi kak Noraniza idris ni masih dengan niat dia. kalau korang still sokong irama ni, ramai artis yang tampil buat lagu baru. ramai jugak yang mengaharapkan siti keluar dengan album konsep pop etnik.

- ada lagi yang terlepas tak? aku pon dah tak ingat sangat. dah dua hari berlalu. otak ni banyak sangat tengok cerita cerita biru dan warna warna pelangi. muahahahha. 

Aku memohon ampun dan maaf kalau ada yang tak berkenan di hati korang.
ni pendapat aku je insan yang hina terbentuk dari tanah. cewaahh !
okey. itulah sajoh dari saya.

XOXO . . . H  . . . Published ! *IstanbulAkuDatang...hahahaha*

Friday, November 16, 2012

Jadi Penulis Skrip di Filem Pendek Racun Palsu !!!

Salam 1 Aw Aw Aw.
salam maal hijrah buat semua.
apa azam tahun baru kali ni? hew hew hew
kali ni aku nak tunjuk group assignment yang aku buat untuk subjek broadcasting masa sem 5 hari tu
patutnya dua hari shoot tapi jadi 3 hari sebab lighting bulb meletop.
terus tukar scene scene yang tak memerlukan lampu soptlight tu. hahaha
masa shooting ni dalam bulan puasa tau.
jadi kiteorang kena fikir satu jalan cerita yang shoot dalam 1 tempat je dan of course SEJUK !!! hahaha
jadi di atas you tube-ing idea. terhasilah sebuah cerita baru iaitu Racun Palsu.
tajuk tu aku pilih dan semua setuju. sebab semua dah tak tahu nak pilih tajuk apa yang sesuai dalam pada masa yang sama, orang tak tahu tentang jalan cerita tu.
filem pendek ni susah sikit tau. jangan main main.
nak rungkaikan dan simpulkan satu cerita dalam masa 15 minit.

ni di sebalik tabir masa shooting




hahaha. tu dia. semua posisi aku jadi, cameraman, lighting man, runner man, shouting man. cuma tak jadi batman je. hahaha
cuba semua sekali. baru lah ada pengalaman sikit.
ni shooting dekat rumah penerbit sendiri. nama samaran dia comel. cuba korang teka yang mana orangnya.
hahaha.
pelakon pon kitaorang amik 4 orang je. lecturer kasi crew sendiri yang berlakon. tapi macam tak ada watak yang sesuai. hahaha. baik bagi orang lain je. yang jadi mak tu adalah kawan kepada mak penerbit. kerja apa? biarlah rahsia. hahaha. filem kitaorang ni cuma tak tercalon dalam anugerah skrin je. hahaha
korang kalau nak diaorang jadi pelakon korang punya filem ke drama, jumpa aku dulu.
bagi aku duit deposit dulu. muahaha

ni aku tunjuk sikit di sebalik tabir kitaorang punya filem


dah siap shooting, tiba masanya untuk di edit !
lima hari wooo edit. penerbit kitaorang yang edit.
kami bagi sokongan moral dari belakang. mana muat satu komputer tu ramai tangan an? hahaha
dan dah siap.
tiba masanya untuk di preview dekat lecturer.
berderau wey. hahaha

nah aku tunjuk teaser dulu


hah? amacam? teruja tak? hahaha
tak teruja? korang memang nak kena dengan aku. hahaha

okey ni dia full filem pendek.
aku bagi dia punya sinopsis dulu. baru lah korang faham ye dok?

Malik merupakan anak emak dan pada suatu hari beliau telah menyuarakan perasaannya yang ingin berkahwin tetapi ditentnag keras oleh emaknya iaitu Puan Ainur, seorang yang bengis tetapi penyanyang terhadap anaknya. Perkahwinan Malik berjaya dilaksanakan dengan gadis bernama Maya, seorang wanita yang cantik dan bersopan santun. Perkwahwinan Maya tidak panas sehingga ke petang apabila di timpa segala musibah dari orang sekelilingnya. Masih adakah kebahagiaan untuk mereka?

hah? amacam? setanding filem Ombak Rindu tak?
muahahaha :P


apa komen korang?
janganlah kutuk kaw kaw punya, ni amatur punya hasil kerja tangan tau?
kira okey ape? ceh ! angkut bakul sendiri aku ni. hahaha
terima kasih sebab tengok filem pendek yang tak seberapa ni hah. hahaha

ni lah muka muka orang badang disebalik cerita ini
seksinya aku. muahaha :)

then, aku nak tunjuk sesuatu yang mengancam, seksi, yang menggairahkan,
jeng jeng jeng,
hahahahaha....taraaaaaaaaaa



tolong abaikan jerawat penaik seri muka aku tu. hahaha
eh, kalau sesiapa nak hired aku jadi penulis skrip boleh jugak.
amacam? boleh tak ? hew hew hew.
*goyangmontot*


Monday, November 12, 2012

Lagu Baru Azlan & The Typewriter 2012 - Tanda Tanya

Salam 1 Aw Aw Aw
dah beberapa hari aku nak dengar lagu ni dekat radio tapi half je
sebab ada je gangguan. hahaha
jadi aku cari sendiri dekat you tube.
hahaha
dan terus download lagu ni yang siap lirik sekali

lagu ni boleh tahan.
1st time aku dengar pon dah boleh tangkap muzik dia.
tapi aku confuse sikit makna lagu ni
payah nak faham. hahaha
yelaa. kadang kadang sms sms dari lagu yang nak disampaikan tak sampai sebab pending.
pending sebab aku tak faham.hahaha

nak cekitdot untuk korang yang belum tahu
yang dah tahu.
apa komen? okey tak? :)



bestkan? ke aku sorang je yang rasa macam tu? hahaha
:)

Sunday, November 11, 2012

Apa Result Artis ???

Salam 1 Aw Aw Aw
hari jumaat tu kecoh tentang 2 benda iaitu result uitm dengan anugerah skrin
tapi apa yang aku nak push push push di sini adalah pasal result hari tu.
maksud aku result exam sem lepas.
sumpah berdebar. nak berak tu sembelit je wey. hai. punya la takut.
sem yang aku banyak nangis adalah sem 2 dengan sem 5.
mananya tak berderau? ditambah pulak lepas exam cek jawapan. sah terang lagi lampu picit yang jawapan aku salah. hahaha. aku rasa macam nak makan ais krim satu tong je. tapi apakan daya, badan pon dah macam tong. hahaha

aku tak suka bila result keluar sebab tiba tiba aku akan ingat kisah lusoh apa yang terjadi masa sem sebelumnya. ingatkan dulu zaman sekolah dah cukup adventure tapi...
zaman u ni, boleh buat orang bunuh diri.

tapi akhirnya aku dah tengok result lebih kurang 1 lebih pagi guna emel.
kalau bukak student portal, pukul 9 pagi. tak boleh tido malam aku dibuatnya,
hahaha
jadi aku dah menggigil tahap cacing nak dijadikan umpan. hahaha
tapi alhamdulillah. akhirnya result okey.
tak ada repeat dan semuanya lulus.

di kesempatan dalam kesempitan ini,
aku nak ucapkan terima kasih dari hujung kaki sampai hujung rambut kepada semua lecturer yang membantu dan mengajar aku selama ini. cewahh ! macam menang ABPBH je aku ni.hahaha
terima kasih kepada lecturer dan terimakasih kepada semua lah senang cerita.
tak terkata :)




Saturday, November 10, 2012

Komen, Kritikan dan Pujian Anugerah Skrin 2012 TV3

Salam 1 Aw Aw Aw.
selesai lagi satu anugerah yang melanda di Malaysia. banyak jugak awards dekat Malaysia ni ek?
anugerah yang masih tak habis trending lagi sampai laa aku taip benda ni
anugerah skrin 2012 laa jawabnya.
sebelum nak tengok tu sempat laa aku buat cempedak goerang snowhite, pisang nangka goreng peterpan, french fries aladdin. kelasss tak? hahaha

nak elakkan mata mengantuk, terpaksa laa buat macam macam.
nasib tak buat push up je. muahaha
takut one pack aku ni hilang je. hahaha

jadi apa pendapat korang tentang anugerah semalam?
jadi malam ni aku nak bagi pendapat aku.
pada siapa yang setuju atau tak tu tertakluk pada pendapat masing masing kan?
kalau ada pihak ketiga keempat ke lima keenam dan ke seratus pon. maap kan cek noh?
:)

- aku sangat puji tentang idea kali ni. kali pertama dekat Malaysia. idea untuk membuatkan penonton terus melekat setepek depan tv untuk tahu cerita dari awal sampai habis. tapi idea yang baik kalau tak di buat dengan betul, orang akan cemuh jugak tanpa lihat dari segi idea yang cuba ditampilkan. 

- terlalu meleret. sampai 3 jam lebih tau. tv3 terlalu fokus on teater tu. aku ingatkan teater tu cuma selingan sikit sikit je.  teater tu membuatkan waktu penyampaian nampak kelam kabut, simple dan orang macam tak puas. masa skrin tunjuk calon calon. penonton tak sempat nak kentot. cepat sangat. hahaha. ramai artis yang tweet tak puas hati. kemahalan dan classy of award tu dah hilang. award tu dah nampak macam acara selingan. 

- aku tabik jugak dialog antara penyampai anugerah yang tak ada kaitan dengan dialog anugerah yang cliche. kalau tak masing masing sibuk tanya perkembangan laa. nak tanya kabo laa. nak tanya anak baru lahir macam mana laa. hello. orang tak nak tahu pon.

- pentas? yes ! nampak macam pentas teater yang macam diinginkan. tapi macam terlalu kekok. cuba hias sikit dengan tema yang dekat bawah tu. memang betul biasanya pentas teater bawah tu akan kosong tapi kerusi rapat dengan pentas. kalau anugerah kan kerusi jarak jauh. nampak macam kelakar. kelakar ke? hahaha

- host ? aku rasa host nya cuma harun salim bachik tu je. hahaha. pada hujung hujung tu baru neelofa dengan awal baru bertindak sebagai host. walaupun aku tak minat neelofa. untuk malam tu okey dengan awal. bila kita nak komen, kita kena neutralkan diri tanpa memihak pada sesiapa okey ? :)

- pakaian artis? kali ni tak ada yang banyak kontroversi sangat. cuma ada laa yang tak kena. seperti biasa fieda ibrahim macam mangsa fesyen. fesyen muslimah ni, lagi simple lagi nampak cantik dan eksklusif. tu yang aku tahu laa. didie alias seperti biasa laaa. tak boleh nak kata apa. menepati tema sangat,. hahaha. aku rasa fesyen kali ni semua ambil jalan selamat even tak menepati syariat islam. tu biasalaa kan dalam industri hiburan? hahaha

- PA system. yup. antara yang terbaik dalam sejarah :)

- banyak jugak dialog yang kenakan sesama artis. adakah ini gimik artis tu sendiri atau dari tv3? pada aku okey je. meriah laa sikit. ada jugak dialog yang mengganggu sensitiviti masyarakat semalam. kecoh laa jugak kan. korang mesti tahu kan? dialog rosyam nor, zizan, fauziah gous dan ramai lagi laa :)

- aku agak kecewa masa anugerah utama, pemenang cakap sekejap je. tak sampai 1 mint agaknya. ni sebab dah over run sangat. kalau teater tu dipendekkan dan make it simple. okey aku rasa. kesian dekat penerima anugerah tu semua. makin lama makin kuat musik latar suruh berhenti. diaorang dah dapat antara anugerah yg besat tau. kalau aku dah terkilan, baik tak payah suruh bagi ucapan kan?

- pada keseluruhan untuk aku. aku hargai sangat idea yang baru ni. ada kelemahan dan kelebihan. bukan mudah untuk puaskan hati semua orang kan? kita dah cuba yang terbaik. kita tunggu tahun depan dengan idea yang berbeza dari tv3. good job guys :)

Salah dan silap harap ampun !
*larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk*
:)

Thursday, November 8, 2012

Cutenya Ex-Roommate !!!

Salam 1 Aw Aw Aw !
hari ni aku rasa begitu terharu.
sampai terjelopok aku di bawah kerusi yang di alas karpet bangla. lembuuutttt ! hahaha
okey, ceritanya macam ni. esok result exam uitm dah keluar.
masing masing sibuk mintak maap.
actually sempat lagi ke nak mintak maap sekarang ni?
hahaha.
mintak laa maap tu seminggu sebelum ke kan? 

mak aku cakap tadi.
"dah nak buat macam mana lagi kan? esok dah nak keluar. kalau lagi seminggu tu boleh laa nak buat solat hajat, baca yassin ke apa.
kau pon baru bagi tahu mak kan? kalau teruk ye sudah"
WAH ! mak, tak bagi aku kata kata semangat pon untuk terus hidup di muka bumi ini. hahaha

eh, balik semula ke maap maap tu tadi.
tadi ex roommate aku masa sem 3 inbox aku dekat fb.
nak tahu apa yang dia cakap?

hah ! korang boleh baca tak? kalau tak cukup besar ni aku tak tahu lah. hahaha

sweet kan aku punya bekas roommate.
dia ni pelik sikit tapi baik orangnya. hahaha
nak tahu kenapa orang panggil dia kecik? sebab dia pendek. kesian dia. orang selalu ingat dia budak menengah rendah.
hah ! boleh ke dia kata aku cute? muka punya ganas aku ni hah.
aku harap harap dia tak pernah tergoda dengan aku. hahaha

rindu gilaaaa yang insane dekat roommate aku sem 3.
perangai gila gila diaorang tu.
selalu je buat aku ketawa. 
aku memang tak ada kongsi aktiviti ke cerita pasal aku ke tapi diaorang tu selalu buat lawak. hahaha
tiba tiba sebak. hahaha :(

eh ! dah ! layan perasaan macam orang pompuan. tulah orang selalu kata dekat aku.
sempit hati aku dibuatnya tau !

okeylah ! semoga berjaya kepada semua pelajar diploma seluruh uitm semalaysia untuk hasil result semester lepas. pasrah je laa dengan result tu ye?
jangan bunuh diri pulak. kalau sedih sangat, bunuh je cicak yang korang bela dekat rumah tu. ada pahala jugak. hahaha.



Tuesday, November 6, 2012

Alyah Membuka Label Pakaian Sendiri - GAYALYAH

Salam 1 Aw Aw Aw,
aku nak promote sikit perniagaan seorang artis yang sedang panas bak pisang goreng rm 1 bungkus ikat tepi. hahahaha
korang perasan tak yang Alyah ni sejak dua menjak dia dia dah pakai turban masa buat show?
kalau korang peminat obses mesti tahu punyalah !
muka alyah sangat klasik dan mahal kalau pakai turban.
dulu aku ingat dia di sponsir untuk pakai tuban tu rupanya dia dah meniaga. 
dalam tahun ni jugak. baru lagi.
yelaa. artis sekarang ni ramai dah bukak perniagaan pakaian.
jaminan masa depan laa katakan. 

jadi aku di sini nak promote laa sikit.
baiklah. Alyah sekarang ni memperkenalkan label dia sendiri iaitu GAYALYAH
nama perniagaan dia nampak simple dan local berbanding dengan nama kedai artis lain kan?
tu tak kisahlaa. 
orang malaysia ni, apa artis yang dia minat pakai yang terbaru semua nak ikut kan.
jadi aku rasa Alyah ambil pendekatan tu.

dalam rancangan MeleTOP dekat Astro Ria dia ada cakap yang untuk lemunculan pertama ni dia focus on pakaian muslimah dulu. yelah sekrang trend kan? habis trend tukar laa pakaian. jadi alyah ni tak stick pada satu tema pakaian sajoh. ni kiranya langkah selamat lah.
dia ada jugak cakap trend yang orang kata dia tiru Lady Gaga tu dah tak menjadi ikutan dia sangat.
yelaaa. maybe dia nak ada indentiti sendiri kan?

ni antara gambar yang aku cedok dari page GAYALYAH
nak promote sikit

turban dia yang tengah tengoh ni aku tak suka sangat, dah macam nak menanduk bola. nak ganti piring astro pon boleh ni? hahahaha.

ni turban yang alyah selalu pakai tu. jadi kalau korang teringin nak pakai tu boleh laa,
turban ni elok kalau orang muka oval. kalau muka bulat. jadi macam kuih donat. hehehe

hah ! ni alyah pakai kaftan. dulu datin datin je pakai kaftan ni. sebab dulu belum popular sangat.
sekarang ni tak kira tua dan muda pakai kaftan. korang kena pandai pilih laa kaftan ni. kalau korang ada payudara yang agak besar dan seksi lagi meletup. jangan pakai perincian leher yang banyak sangat. akan menyebabkan nampak korang gemuk dan pendek. dan kalau nak pakai kaftan yang plain macam atas ni. pakai kasut tumit tinggi yang color lain dari pakaian untuk buat korang menonjol dari atas sampai ke bawah. kalau tak nampak suram. WAH ! kalah fashion designer aku bercakap. muahaha

dah dah. kalau korang nak maklumat lanjut pasal clothing label dari Alyah ni
korang boleh reach dekat dia punya fb okey?
katanya alyah nak buat men clothing jugak. style apa ek?
dan kalau nak cari pakain lain boleh terjah ke fb tu jugak.

pergi ke fb GAYALYAH


adakah alyah bukak sebuah kedai?
tapi tak bagi alamat penuh. achaner?

semoga berjaya okey Alyah?
berniaga betul betul dan jangan ikut trend sahaja :)


Saturday, November 3, 2012

Artis Sudah Ada Twitter !!!






Salam 1 Aw Aw Aw !
hari ni dalam sejarah. patut letak dalam soalan sejarah spm 2012 nanti. hahaha
yelaa. aku dah buktikan yang aku dah ada twitter.
okay. aku tahu aku lame. So? *fliphair*
aku tahu korang mesti dah beribu riban follower kan?
dah berjuta tweet korang
ada yang tweet famous lah segala bagai.
ada aku kisah.

aku ada sebab kenapa lambat buat twitter ni.
segan aku nak bagi tahu. sebab yang agak bangang sebenarnya. hahaha
tak perlu lah aku bagi tahu. rasa macam nak bunuh diri kalau korang tahu.
hahaha.

aku tak paksa korang nak follow ke tak.
saja nak bagi tahu.
ramai yang tanya aku kenapa tak ada twitter. so, korang yang banyak tanya tu dah boleh follow. kalau aku tak nampak muka yang bising aku tak ada twitter tu siap ! aku simbah asid nanti. hahaha
untuk permulaan ni aku tak follow kawan kawan yang aku kenal dan terdekat. dan kalau boleh, aku tak nak family aku follow aku. kalau tak aku block. hahaha
nanti payah laa nak sesi gosip pasal keluarga dengan korang. muahahaha

siapa yang nak follow aku boleh ke SINI
nanti aku akan tambah widget twitter dekat blog ni.
senang sikit kita nak bercumbu cumbu. cewah !
dag ghairah laaa tu semua. muahaha

okie dokie !
*goyangbontot*

Friday, November 2, 2012

Forever Alone Di Universiti !

Salam 1 Aw Aw Aw !
nak update pasal diri sendiri sikit laa.
entri sedih ni. hahaha
jangan lah ketawa. aku nak buat cerita sedih ni. hahaha
dah dah, makin melalut aku ni.
aku pon tak tahu nak mula dari mana. hahaha

aku dah mula takut nak ada twitter, kan aku cakap yang bila abang aku dah bagi fon bb dia tu, aku akan ada twitter dan beberapa hari lagi, aku akan ada twitter.
takut sebab dunia yang kita tak nampak dekat facebook akan terserlah dekat twitter.
nanti dapat jumpa topeng topeng yang berselindung selama ini.
yelaaa. orang yang aku anggap bff rupanya bukan,
orang yang aku anggap baik rupanya kutuk aku dekat belakang,
orang yang aku anggap roommate terbaik aku pernah ada pon cakap aku bangang dekat twitter dia,
So? nampak tak kenapa aku tak suka ada twitter?
tapi nak buat macam mana. dunia tetap diteruskan. cewahhh !

dulu aku suka tengok cerita Duni Baru dekat TV3 tu, yang Elyana berlakon.
sebab aku teringin nak masuk U dan ada bff macam diaorang semua tu.
sekarang ni pun aku dah masuk U. tapi bff tu tak ada lagi.
orang yang aku anggap bff dah berpecah masa awal part 4 sebab sorang tu bawa haluan bersama classmate lain.tinggal berdua je. jumpa classmate lain.
kitaorang berdua jadi kawan baik dengan lagi dua orang classmate.
tup tap tup tap diaorang dah jadi bff.
aku? terkontang kanting dan forever alone.
wahhh !! sedihnya.
kawan baik? ramai. bff? zero.
tinggal lagi satu sem je. aku dah penat dengan semua drama ni.
aku nak sambung degree, dan terus kerja.

tiba tiba aku terindu dengan kawan baik aku dekat sekolah.
sangat rindu. rindu kaya, jea, fadh, fatin, cik leho.
patut laa ramai orang rindu waktu sekolah kan.
baru aku faham perasaan tu sekarang. cewah ! gaya macam dah 10 tahun tinggalkan sekolah je. hahaha

so, dunia diploma ni aku habiskan tanpa bff.
tak seronoknya. tapi nak buat macam mana kan?
hidup perlu diteruskan. *sambillapairmata*
hurmmmmm.



PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...