Sunday, October 7, 2012

Sejuta Impian Artis !

Salam 1 letup !
setelah hampir seminggu, aku datang lagi update.
minggu yang hectic sebab final exam.
ni sekarang ada dekat kota tinggi sebab ada gap 5 hari tapi hari isnin aku dah balik semula ke melaka. hehehe. esok baru nak start study.
dah dua paper lepas di jawab dan hasilnya pasrah kan aja kepada yang berhak :)

baiklah entri kali ini aku nak buat entri pasal sejuta impian aku.
hahahaha. ingat tak rancangan TV3 yang sejuta impian tu? aku ada baju dia.
jadi semua orang tanya mana aku dapat baju tu. actually aku dapat masa buat kuih raya jullies anjuran TV3 dengan TV9. hahahaha. nampak tak aku pndai buat kuih raya. actually buat hiasan je. habis rosak biskut raya jullies di hias nya. aku group dengan Chef Ismail. sangat comel ye Chef Ismail tu, rasa nak peluk buat teddy bear. hahahahaha. 
of course group aku menang. dan dapat laa hamper dengan baju tu dan macam macam hadiah lagi. tapi kalau hadiah wang tunai tu mimpi basah je laa. hahaha
jadi itulah asal usul aku punya baju yang menajdi igauan orang jakun dengan aku. muahahahaha

dan hari tu adalah bosan punya hari untuk aku.
tanpa sengaja, di ulang tanpa sengaja aku telah ter stalker blog Hanis Zalikha aka Hamis Jalikha. hahahaha
bocor rahsia kan. teringat aku punya esaimen.
siap promote blog dia tau. bahagian Marketing untuk Event Proposal kitaorang iaitu untuk macam mana nak promote event kitaorang. Disebabkan aku UiTM dan dia pon UiTM jugak. aku cakap laa yang kitaorang akan suruh si Hanis Julaiha ni tolong promote dalam entri dia. WOW. lecturer aku sangat berpuas hati gila. tapi actually dia tak cakap pon. aku agak je. muahahaha. Eh, sedap jugak nama baru Hanis Zalikha jadi Hamis Julaiha. lebih kurang macam nama aku iaitu Hafiz Jauhari. WAH ! kita ada jodoh wahai Hamis. muahahahaha. 
Hamis Jalikha = Hamis Johali :)
dah dah. mukadimah untuk si Hamis ni dah seperenggan karangan PMR.
actually. hari tu aku ada terbaca pasal entri dia macam mana boleh jadi tv host untuk Mad Market dekat tv9.
sangat jelly anggur ye di situ sebab dia di call untuk datang audition yang dah memang dia akan dapat. hahahaha.
mengong jugak kan? hahaha,
seronok kot jadi tv host dan itu impian aku. aku mengharapkan orang call aku untuk audition jugak.
:( *nampak sangat desperado kan? hahaha*

jadi jika ada kesempatan dan impian aku adalah. . . . .
ceh, baru nak masuk impian kan? hahahaha
nak jadi host satu rancangan yang akan digandingkan dengan Siti Nurhaliza.
mustahil kan? hahahaha. dah nama nya impian kan? 
tak kisahla rancangan apa dan genre apa tapi tak logik pulak rancangan Nona. hahahaha
atau rancangan SITI musim kedua ada aku? hah ! siapa tahu kan?
macam mustahil lagi sekali kan? muahahaha
mana tahu termakbul impian aku ni kan?
:)

jadi sehubungan dengan itu, *macam karangan SPM tak? muahaha*
aku dengan Azwan Kimori bercadang akan buat lawatan dan terjah ke semua Muzium dekat melaka sebelum kitaorang grad sem depan.

ni lah dia muka muka yang tak tahu malu itu. eh mulut azwan memang macam itu ya. jangan nak buat gosip yang bukan bukan ye. dalam kolej dia dipanggil Jolie sebab bibir dia macam Angelina Jolie. sama tak ? hahaha :)  dan si jejaka berlesung pipit itu adalah Hamis Johali . hahahaha

nanti aku akan buat satu video kiranya macam episod dan akan letak dekat You Tube.
jadi korang boleh laa tengok.
actually aku suka sangat sejarah okay.
jadi doakan laa impian kita orang berdua nak jelajah semua muzium tu terlaksana. hahahaha
:)

kuiz untuk minggu ini, berapa banyak perkataan 'actually' yang di sumbat dalam entri ini?
hahahaha.
lagi satu kalau korang ada ternampak aku salah eja mana mana perkataan dalam entri ini adalah di sebabkan aku dah ngantuk tersengguk sengguk
muahahaha

2 comments:

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...