Monday, October 22, 2012

Artis sibuk berjalan !

Salam 1 Letup !
hari ni aku nak update pasal hari sabtu seharian berjalan jalan di pontian, kukup dan kampung melayu.
kalau tidak aku tak teringin nak ikut pergi jalan jalan tapi disebabkan abah aku nak belanja makan satay. muahaha.
hari sabtu tu pergi jemputan kahwin dekat pontian. diaorang ni orang JB tapi buat dekat pontian sebab katanya dewan dekat JB dah habis. penipu betul. muahahaha.
bila buat dekat dewan, benda yang aku paling nak tengok adalh pelaminnya. yelaa bila buat dekat dewan mestilah pelamin dekat pentas kan? kebiasaannya pelaminnya adalah seketul je dekat atas pentas tu. aku terasa kekok tengoknya. tapi hari tu, pelamin dia classs !!
nah aku tunjuk pelamin dia. ni aku dah edit laa sikit. baru laa nampak mahal sikit. muahaha


hah ! lawakan? penuh satu pentas tu wey siap ada spotlight segala bagai. melampau. muahaha
tapi aku tak tengok sampai pengantin datang. malas. actually mak aku yang nak keluar cepat. muahaha
kuatnya masyallah dewan tu dengan lagu lagunya. tak habis habis dengan lagu dangdutnya !
aku pulang pantang kalau dengar lagu dangdut. rasa nak joget je sentiasa. tapi apa kan daya. melampau laa kan? hahaha
hah ! lagi satu rahsia, aku makan ayam masak merah dia sampai 4 ketul. muahaha
sebab dah lama tak makan wey. nampak sedap seba tu laa agak syaitan di situ sampai banyak aku ambil. nak tambah segan sebab orang yang sama jaga dekat serving makanan tu. muahaha.

dah terlanjur edit tu aku edit sekali gambar abang dna kakak ipar aku yang posing kenang kenangan kononnya.
padahal jeles pelamin gempak macam tu. muahaha

maaflaa kalau tak lawa. aku ni bukan pandai guan adobe adobe tuu segala. online editing je mampu ni. muahaha

dah tu pergi pulak makan di Kukup, dekat dengan pontian tu.
kononnya nak makan dekat situ padahal tak sampai satu jam baru makan dekat jemputan kahwin tadi. jadi semua tempah lauk je. nasi tak ada. hahaha
konnnya nak sambut atuk aku punya birtday ke 88 tahun kot? aku pon tak ingat. muahahaha
tapi sampai sampai kereta atuk aku rosak. hilang selera makan dia. muahaha
sedih wey.
eh, dekat kukup tu cuma ada dua je kedai melayu tapi ada orang tu cakap kalau nak makan dekat kedai cina mana mana pon boleh je. tapi sebagai keluarga yang konservatif dan masih berpegang pada ajaran agama. mak aku dah was was. jadi pergi laa kedai pak salleh ni. nak pergi kedai zaitun tu tapi macam tak rupa kedai. muahaha.

nampak tak aku dengan kak ipar aku posing depan kedai tu? muahaha.

tapi jangan lah datang sini lagi servis lambat. padahal aku punya keuarga je tau? tapi tunggu makanan dah dekat 20 minit. ape kes? tapi nasib dah kenyang lagi masa makan dekat jemputan kahwin tu.
makanan pulak OUT ! sorry pak cik dan mak cik. seafood dah laa tak segar. sejuk beku pulak tu.
arh ! memang tak patut tak patut.
sampai lupa nak ambil gambar makanan dekat situ.
cuma order sotong goreng tepung yang pelik sebab guna yang kecik kecik tu macam ank sotong yang tak disiang, udang goreng tepung yang tak sampai 10 ketul tapi kepala udang lebih 10. macam mana tu? muahaha. order sup sayur yang tawar dan order ketam goreng berempah yang tinggal 2 ketul je. baru pukul 3 petang something ketam dah habis !!! macam tak logik kan? dan ada keropok ikan goreng yang macam tak goreng dengan betul. mak aku cakap ni kali pertama dan terkahir makan dekat situ. hurmmmmmmmmmmm....
eh, kedai ni depan jabatan imegresen antarabangsa.

dah tu pergi betulkan kereta atuk aku dekat pontian guna bateri baru beli dari orang mana entah jual.
dapat laa gerak sampai ke bengkel.
berejam woooo dekat situ nak tunggu.
sempat jugak aku posing posing betulkan kereta. muahaha

 aku letak tangan je padahal ni. muahaha
nak jadi gadis litar kena marah dengan abang aku pulak. muahaha

lepas tu balik singgah di kampung melayu JB.
makan mee bandung yang famos amos termos dekat sini. tapi satay dia kurang sedap tapi dah ngidam punya pasal kan. muahahaha. tapi mee bandung dia memang terbaik.
ada meebandung Udang, Ayam, Biasa, Special. rasa dia emang terbaik
jemput tengok bersama air nya. comel bekas jus air dia.




menyelerakan tak? muahaha
ni pulak situasi bila semua dah habis.


hah ! inilah dia bial semua dah kekenyangan. masa awal awal, meja lawa je semua. tapi bila dah habis makan.
macam tongkah pecah dilanda tsunami. muahahaha

lepas tu terus balik rumah
dan goyang bontot kekenyangan.
masing masing tengok bola dan aku habiskan tengok drama korea. muahahaha
comel tak aku?
baik korang mengaku ? muahaha :)



No comments:

Post a Comment

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...