Wednesday, October 31, 2012

Video Prank Jepun Yang Buat Anda Mati Terduduk !!!

Salam 1 Aw Aw Aw
hah ! nampak tak aku punya tajuk entri yang aku sendiri pon tak tahu nak letak apa
seperti biasa aku godeh godeh you tube.
jumpa beberapa video prank dari jepun.
macam macam cara.
ada yang tak logik dan mengganggu sensitivit rakyat malaysia pon ada
aku nak share pon tak berani

tapi aku ada jumpa video prank yang menakutkan.
kalau korang nak tengok tapi tak berani, janganlah tengok. mahu tak tidur malam
kepada ibu mengandung pon jangan tengok, kang ada yang terberanak dekat situ. muahaha
kalau nak tengok jugak kepada para lemah semangat fanclub, panggil lah sesiapa untuk teman.
masa aku tengok tadi ada mak dengan abah aku sambil tengok tv. boleh laa bajet cool macam peti ais.
hahahaha

video ni video prank ye :)
cekitdot





hah ! amacam? lawak memang lawak
tapi cuba bayangkan korang dekat situ?
kalau aku dah terkencing dan pengsan dan masuk wad ICU
aku ni dahlaaa lemah semangat FC .
hahahaha

tapi terbaik !!
:)

Bangunan di Johor Bahru ada unsur Freemason ???

Salam 1 Aw Aw Aw !
ramai terkejut aku dah guna balik trademark lama. rindu wooo.
tapi aku ubah sikit. ada dah google translate ke bahasa amerika dan tak ada maksud apa apa.
kalau bahasa lain tu aku tak tahu laaa. muahaha

kelmarin aku godeh godeh you tube
jumpa satu video pasal sebuah universiti dekat malaysia ni mengamalkan ajaran masa convocation.
konon konon nak update tapi taku kena hentam dengan student student dia, mahu mampus aku. muahaha
tapi ada betul dan ada pelik. aku ni memang mudah percaya sikit orangnnya
nampak tak aku orang baik? muahaha
tapi biarlah. siapa yang dah tahu tu okey laa kan?

jadi dia punya related video ni ada tunjuk satu bangunan dekat JB yang ada Freemason
Dewan Freemason namanya. wah ! sudah terang lagi bersuluh tu !
betul ke?
nah cekitdot dulu


dah tengok?
ramai yang komen macam macam
tapi kita berbalik semula dalam perlembagaan malaysia, aku rasa lah kot. konon dulu nak jadi peguam tapi tak lepas. muahaha.
semua rakyat malaysia bebas menganut agama masing masing kan?
kalau tak silap aku, freemason ni pon agama kan?
tak kisah laa agama ke tak. hahaha
jadi mereka ni pon ada hak sepertimana tokong dan kuil didirikan di malaysia
bukan lah maksud aku menyokong pembinaan benda ni
tapi. entahlah!
aku pon tak tahu nak komen apa.
tapiactually aku dah komen. muahahahaha

:)

Monday, October 29, 2012

Lagu 'Rasa Sayang' Versi Tamil !!!

Salam 1 Aw Aw Aw !
baiklah hari ni aku nak tunjuk satu video lagu 'Rasa Sayang'
lagu ni kan buat satu nusantara bergaduh.
siapa punya hak lah
sekejap hak Malaysia, sekejap hak Indonesia
kenapa lah benda ni pon nak digaduhkan?
sama sama guna tak boleh ke?
WAH ! emosi pulak aku ni. muahaha

aku bukan apa, aku ni ada darah keturunan jawa dan orang malaysia
jadi tak salah nak mendamaikan.
eh, dulu kan Siti jadi duta damai antara Malaysia dan Indonesia kan?
tapi sekarang ni macam dah tak dengar sangat.
dah habis jadi duta ke?
ke aku yang LAME tak tahu apa apa.
muahahahaha

nah cekitdot lagu Rasa Sayang Hey versi tamil
sedap jugak woo !


best kan?
:)

Monday, October 22, 2012

Artis sibuk berjalan !

Salam 1 Letup !
hari ni aku nak update pasal hari sabtu seharian berjalan jalan di pontian, kukup dan kampung melayu.
kalau tidak aku tak teringin nak ikut pergi jalan jalan tapi disebabkan abah aku nak belanja makan satay. muahaha.
hari sabtu tu pergi jemputan kahwin dekat pontian. diaorang ni orang JB tapi buat dekat pontian sebab katanya dewan dekat JB dah habis. penipu betul. muahahaha.
bila buat dekat dewan, benda yang aku paling nak tengok adalh pelaminnya. yelaa bila buat dekat dewan mestilah pelamin dekat pentas kan? kebiasaannya pelaminnya adalah seketul je dekat atas pentas tu. aku terasa kekok tengoknya. tapi hari tu, pelamin dia classs !!
nah aku tunjuk pelamin dia. ni aku dah edit laa sikit. baru laa nampak mahal sikit. muahaha


hah ! lawakan? penuh satu pentas tu wey siap ada spotlight segala bagai. melampau. muahaha
tapi aku tak tengok sampai pengantin datang. malas. actually mak aku yang nak keluar cepat. muahaha
kuatnya masyallah dewan tu dengan lagu lagunya. tak habis habis dengan lagu dangdutnya !
aku pulang pantang kalau dengar lagu dangdut. rasa nak joget je sentiasa. tapi apa kan daya. melampau laa kan? hahaha
hah ! lagi satu rahsia, aku makan ayam masak merah dia sampai 4 ketul. muahaha
sebab dah lama tak makan wey. nampak sedap seba tu laa agak syaitan di situ sampai banyak aku ambil. nak tambah segan sebab orang yang sama jaga dekat serving makanan tu. muahaha.

dah terlanjur edit tu aku edit sekali gambar abang dna kakak ipar aku yang posing kenang kenangan kononnya.
padahal jeles pelamin gempak macam tu. muahaha

maaflaa kalau tak lawa. aku ni bukan pandai guan adobe adobe tuu segala. online editing je mampu ni. muahaha

dah tu pergi pulak makan di Kukup, dekat dengan pontian tu.
kononnya nak makan dekat situ padahal tak sampai satu jam baru makan dekat jemputan kahwin tadi. jadi semua tempah lauk je. nasi tak ada. hahaha
konnnya nak sambut atuk aku punya birtday ke 88 tahun kot? aku pon tak ingat. muahahaha
tapi sampai sampai kereta atuk aku rosak. hilang selera makan dia. muahaha
sedih wey.
eh, dekat kukup tu cuma ada dua je kedai melayu tapi ada orang tu cakap kalau nak makan dekat kedai cina mana mana pon boleh je. tapi sebagai keluarga yang konservatif dan masih berpegang pada ajaran agama. mak aku dah was was. jadi pergi laa kedai pak salleh ni. nak pergi kedai zaitun tu tapi macam tak rupa kedai. muahaha.

nampak tak aku dengan kak ipar aku posing depan kedai tu? muahaha.

tapi jangan lah datang sini lagi servis lambat. padahal aku punya keuarga je tau? tapi tunggu makanan dah dekat 20 minit. ape kes? tapi nasib dah kenyang lagi masa makan dekat jemputan kahwin tu.
makanan pulak OUT ! sorry pak cik dan mak cik. seafood dah laa tak segar. sejuk beku pulak tu.
arh ! memang tak patut tak patut.
sampai lupa nak ambil gambar makanan dekat situ.
cuma order sotong goreng tepung yang pelik sebab guna yang kecik kecik tu macam ank sotong yang tak disiang, udang goreng tepung yang tak sampai 10 ketul tapi kepala udang lebih 10. macam mana tu? muahaha. order sup sayur yang tawar dan order ketam goreng berempah yang tinggal 2 ketul je. baru pukul 3 petang something ketam dah habis !!! macam tak logik kan? dan ada keropok ikan goreng yang macam tak goreng dengan betul. mak aku cakap ni kali pertama dan terkahir makan dekat situ. hurmmmmmmmmmmm....
eh, kedai ni depan jabatan imegresen antarabangsa.

dah tu pergi betulkan kereta atuk aku dekat pontian guna bateri baru beli dari orang mana entah jual.
dapat laa gerak sampai ke bengkel.
berejam woooo dekat situ nak tunggu.
sempat jugak aku posing posing betulkan kereta. muahaha

 aku letak tangan je padahal ni. muahaha
nak jadi gadis litar kena marah dengan abang aku pulak. muahaha

lepas tu balik singgah di kampung melayu JB.
makan mee bandung yang famos amos termos dekat sini. tapi satay dia kurang sedap tapi dah ngidam punya pasal kan. muahahaha. tapi mee bandung dia memang terbaik.
ada meebandung Udang, Ayam, Biasa, Special. rasa dia emang terbaik
jemput tengok bersama air nya. comel bekas jus air dia.




menyelerakan tak? muahaha
ni pulak situasi bila semua dah habis.


hah ! inilah dia bial semua dah kekenyangan. masa awal awal, meja lawa je semua. tapi bila dah habis makan.
macam tongkah pecah dilanda tsunami. muahahaha

lepas tu terus balik rumah
dan goyang bontot kekenyangan.
masing masing tengok bola dan aku habiskan tengok drama korea. muahahaha
comel tak aku?
baik korang mengaku ? muahaha :)



Sunday, October 21, 2012

WAH ! Artis menangis menonton drama Korea !

Salam 1 Letup !
Akhirnya !!! habis jugak cerita korea ni. lega rasanya ! aku ingat 19 episod rupanya 16 episod je. muahahaha. aku baru tahu sebab keluar paper tadi.
sebelum ni aku dah musykil sebab penat aku godeh godeh cari sampai 19 episod tapi tak jumpa
dah pukul 12 lebih sikit tadi ceritanya dah habis. leganya bukan main. muahaha
yelaaa. hari hari aku fokus dekat cerita tu. nasib abah dengan mak tak mengamuk.
tapi aku pandai cover dengan buat apa yang disuruh. jadi mereka meraka tidak mempunyai point untuk marah. cewah ! macam buat karangan sekolah rendah aku ni. muahahaha.

drama yang aku tengok adalah 'To The Beautiful You'
aku tak tahu sangat nama pelakon nya tapi apa yang aku tahu hero dia nama Minho dan heroin dia Sulli.
rupanya diaorang ni asalnya penyanyi. tu pon aku baca paper tadi. hahahaha
sangat sweet cerita ni.
aku bukan laa peminat tegar korea. tapi kalau aku dah berkenan, macam ni lah jadinya. melekat dekat laptop tak habis habis. :)

ni laa posternya. :)

Minho tu hensem gila memang gila laaa. cair betul aku. muahaha
dah mals nak cakap lebih pasal Minho tu takut aku kena simbah asid dengan korang pulak nanti. muahaha
aku suka cerita ni sebab dekat di hati. aku tak nak cakap laa kenapa. sebab privasi. ada benda kita boleh share dan ada benda kita tak boleh share kan? even di dunia social network. WAH ! gaya aku cakap macam ketua pengawas sekolah sudah !

aku suka cerita ni jugak sebab ajar aku erti persahabatan. yelah aku ni dah laa forever alone, home alone, everything alone. jadi aku belajar macam macam dalam cerita ni. ditambah pulak Minho yang berlakon. muahaha. tapi kejap. aku ada baca komen dari sape ntah dekat you tube yang kata 'KOREAN KISSING IS LAME' wah ! cari gaduh ni. dah tentu ni cerita budak budaj, tak kan nak tunjuk ciuman yang bernafsu bergejolak semua tu. mahu tak keluar dekat tv Malaysia ni hah. cetek cetek.

lagi satu aku suka sebab dia ajar aku untuk terus semangat dalam apa yang kita buat. tapi kalau aku ni semangat je untuk hari ni. esok lusa dah jadi tukang cepat give up semula. muahaha.
sehari dua je aku semangat lepas tu haremmmmmmmmmmmm..
tapi aku usahakan laa. lagi pon aku tinggal lagi satu sem untuk diploma next sem. lagi ujian yang berat.
hurmmm.
aku suka lagu ost dia. lagu ni laa yang buat aku semangat.
nah. korang dengar n download tau?
jangan risau siap ada subtitle.!


best kan? cuba la dengar.
banyak lagi ost dia yang best tapi aku minat ni je. muahaha

dah laa. penat aku menangis untuk last episode dia. dari awal sampai habis asyik menangis je.
yelaa aku ni sensitippp sikit. hehehehe
kalau korang nak tengok aku syorkan.
tengk dekat you tube sudah ! :)

nah sebelum tamatkan entri.
aku tunjukkan hero aku. muahaha


dia lah Minho tu. kacak kan? bye ! :p


Friday, October 19, 2012

Artis teringin nak sertai kerja amal ?

Salam 1 Letup !
tiba tiba aku teringin nak join community service.
sebab aku tak tahu nak kerja apa musim cuti ni.
hari demi hari aku pikir nak kerja sampai nak kentot pon serba salah tahu tak? muahaha
bila fikir nak kuruskan badan nya lagi.
fikir nak cari duit lebih lagi.

tapi tiadi bila tengok drama korea yang aku tengah cuba nak habiskan ni, dia selit community service sekali.
macam best jugak
tapi aku tak tahu nak refer dekat siapa dan dekat mana.
ada sesiapa yang tahu tak? nak jumpa siapa ke apa ke?
kalau korang sendiri buat community service tu jemput laa aku sekali.
korang tanam pokok ke orang ke tulang ke apa. muahaha
macam pengalaman baru kan?

jadi sesiapa yang tahu.
boleh hubungi PA aku ye?
cewah !! baru nak join community service dah ada PA. kerlassss tak aku? muahahaha
:)

Wednesday, October 17, 2012

Artis tengok drama korea !!!

Salam 1 Letup !
dah beberapa hari sampai rumah tapi malas jugak nak update blog. sebelum ni dekat melaka siap cakap dalam hati. "dekat rumah ada wifi, baru laa semangat sikit. dekat melaka ni dah laa line sikit. guna broadband pulak tu."
tapi bila dah sampai rumah. bukak macam macam. benda itu ini yang tak dapat di buat masa dekat melaka sampai lupa nak update blog. ehemm. aku ulang lupa nak update blog. muahahaha.
ditambah pulak aku tengok drama korea dekat you tube. 
aku tahu korang nak bunuh aku bila tengok drama korea kan? muahahhaa
tapi cerita dia best laa. cuba laa try trailer dia ke kan?. dah lupakan pasal korea tu
tapi lupa nak bagi tahu tajuk dia. muahahaha
iaitu 'To The Beautiful You'
nak tunggu dekat tv kena tengok tiap minggu. dekat youtube? dalam seminggu dah boleh habis episod. muahaha
*nampak tak aku duta YouTube?muahaha*
eh, sekrang aku dah tengok episod 4. jangan jeles! :P

jadi blog aku kucar kacir sikit selagi cerita ni tak habis aku tengok.
19 episod kot? 

nah tengok trailer ni dulu


dah dah.
aku nak sambung tengok
maklumat lanjut pasal cerita ni korang google atau youtubekan je.
korang dah besar kan? *ayat ayat umur 55 tahun. muahahaha*


Monday, October 15, 2012

Artis sudah habis semester 5 !

Salam 1 Letup !
hari ni dah tamat sebagai pelajar semester 5. hoyeahhh!
ermmm maksudnya 14/10. hahahaha
masing masing sibuk update kan, jadi aku pon nak update laa jugak sikit
seronoknya dah habis semester 5 . macam macam dugaan terpaksa dilalui untuk lepas semester 5 ni tau
dalam diploma masscomm ni, smester 5 ni laa yang paling berat sekali berbanding semester lain.
sebab dah cohort baru yang mula dari batch kitaorang.

semua exam dah tamat.
dapat A ke tak tu urusan Allah. aku mengharapkan peluang untuk mengekalkan apa yang ada sem lepas tu akan termakbul. takut yup takut.
takut tak dapat nak gemberikan mak dengan abah aku dekat rumah yang sedang lena di ulit dan terbelit mimpi. hahaha
kalau betul aku masih dapat peluang tu, aku bersyukur. tapi kalau tak, aku memang dah tak boleh nak buat apa. sekarang ni cuma mampu berserah dan tawakal je.

dan semester 6 bakal menyusul.
dan sebuh event besar akan di buat. event kitaotang more focus on CMP subject.
sebelum ni fokus on hiburan kan? tapi kali ni kitaorang akan buat event tentang produk IKS.
seronok laa orang melaka kitaorang tolong promote produk diaorang.
hehehehe.

esok atau kejap lagi maksud aku,
aku akan balik Johor. berehat selama sebulan lebih sikit lepas tu akan menghabiskan semester 6.
wah ! tak sabarnya ! rasa macam nak menangis ! muahahaha
kononnya nanti kalau diberi peluang oleh pihak UiTM, aku akan dapat tawaran jadi PMDS iaitu Pembantu Minggu Destini Siswa. kiranya minggu orientasi untuk pelajar semester 1 nanti yang baru masuk.
itupun kalau dapat. hahaha. tapi teringin nak kerja.
aku nak kerja yang ada kaitan dengan Masscomm. ada sesiapa yang nak tawarkan aku kerja tak untuk sebulan? dapat duit lebih sikit kan? hehehe.

ni baru lepas kemas barang untuk dibawak balik esok pagi
nah cekitdot


kali ni balik bawak satu beg pack je. seba aku tak tahu nak bawak balik apa. muahaha
dekat rumah pon masih ada baju lagi jadi relax je laa kan?
pakai je baju ulang ulang. lelaki kan? baru laa macho. hahaha
dalam beg sampah tu kasut sukan. kononnya nak berjoging tipa petang kalau tak kerja kalau tak buat apa apa dekat rumah atau apa apa sajoh. konon nak kuruskan badan balik yang dah comel ni yang buat orang geram nak terkam. muahaha
kotak pensel pon aku bawak balik. mana laa tahu jadi kerja dekat office ke kan?
nampak tak aku banyak fikir? hahaha
dari stress, aku bawak ni je laa

dan lepas tu aku try mask yang aku gatal beli dekat Watson dulu.
muahaha. mask untuk putihkan muka.
yelaa muka aku ni ala ala sawo matang sikit
kalau bagi putih sikit mungkin menggoda sikit ke kan? muahahaha
nah cekitdot


nah, siap ada vitamin E sekali tau.
saja menggatal nak pakai. ni kalau mak aku tahu aku ni buat keje yang bukan bukan, mahunya dia kejar dengan parang satu kampung. muahaha
ni kalau muka aku tak putih siap. dia tak cakap pon kena pakai berapa kali untuk putih.
muahahaha.
ni aku update entri pon sambil pakai. jap lagi nak cuci. hahaha
aku nak upload muka aku tapi takut korang geli pulak sebab macam rupa air mani yang disapu ke seluruh muka. muahaha. gambar dekat pakcaging tu cuma tipu tipu sajoh. hahaha
eh, adik adik jangan pikir pikir bukan ye?
tiba tiba aku terasa yang entri aku ni dah masuk 18 SX.
maafkan saya -_-"

dah dah,
aku nak rehatkan diri untuk balik
wuhuuuuu~~~~

*goyangmontot*

Thursday, October 11, 2012

Artis baru tahu fungsi penutup air tin !!!

Salam 1 Letup !
hari ni hari khamis tapi aku tak habis2 ingat hari ni hari jumaat. muahahaha
semalam paper comm research. aku tak rasa aku dapat score paper tu
mungkin dapat B atau mungkin dapat C? huargagggghhhhhhhhh!!!
dah lupakan. next paper adalah hari ahad dan hari isnin aku balik Johor.
hilangkan stress di melaka.

rasanya malam nanti baru nak mula study.
jadi tadi aku godeh godeh fb.
jumpa satu gambar ni
nah,
cekidot.


cakap dengan aku sekrang yang korang pon baru tahu kan? muahahahaha
sebelum aku akil baligh lagi aku dah tertanya.
kenapa penutup air tin tu macam tu?
tak boleh ke design yang lebih maju sikit ke kan? muahahaha
aku ingat memang dah tradisi nya penutup air tin tu memang macam tu
tapi anggapan aku salah. hahaha
tapi sebenarnya aku ada cuba jugak buat macam ni . tapi dulu dulu
sebab aku rasa macam tak logik? hahahahaha. akhirnya terbukti pada hari ni.
hahaha

tapi orang kumpul buat anting anting laa, buat gelang, keychain laa
macam macam
ada yang kumpul tanpa motif pon ada. hahaha
ada yang kumpul memang motor.
alah macam pakcik yang popular dulu dalam iklan Power Root tu
actually pak cik tu boleh jadi duta sebenar Power Root kan?
hahahaha
aku ada satu rahsia yang aku....yang aku....aku....ermmm...aku pernah minum air Kacip Fatimah Power Root . muahahaha. sedap wey. tak tipu. korang boleh cuba. eh tapi bila dah rasa tu senyap senyap je.
tapi masa dulu tu akak aku yang suruh minum. muahahaha.
eh jangan bagi tahu rahsia aku ni di khalayak ramai ye.
pap pap oley !
*goyangmontot*

Tuesday, October 9, 2012

Artis tidak tetap pendirian !!!

Salam 1 Letup !
selamat pagi dan di mulakan dengan secangkir darah merah . muahaha. pagi pagi dah minum darah orang kan? eh ! korang pernah hisap darah korang sendiri tak? apa rasa dia?. kadang kadang dalam filem hindustan tu, bila hero or heroin luka berdarah di jari mesti salah sorang akan hisap lepas tu falling in love. menyampah tau. muahahahha. tapi aku pernah gak hisap sikit ibu jari yang terluka. wah ! bocor rahsia. tapi aku tak tahu kesan nya apa kat aku. sihat je sampai sekrang. tapi macam tak ada rasa je darah tu? apa yang sedap sangat dracula hisap darah manusia? macam laa perisa strawberry kan. hahahaha
actually tadi bangun dalam pukul 9.30 pagi lepas tu gosok gigi, basuh muka, setting hidung depan cermin *sejak orang puji hidung aku mancung. muahaha*
lepas tu bancuh nescafe 3 in 1 original, cicah biskut dan here i am. berblog.

rasa macam relax je kan?
tapi hati je yang tahu sebab esok exam ! exam wey ! bukan nya bancuh tepung nak buat kulit karipap !
aku masih mengadap laptop
buku tak bukak lagi. carry marks dah laa rendah. 
boleh goyang bontot lagi hah aku dekat sini.
tengah on9 pagi pagi ni
jumpa satu gambar dekat fb
nah tengok


tengok tu. sentap aku wey !
tiap malam sebelum tidur tu laa yang aku fikir dan nak buat macam macam
tapi esoknya bangun tidur. on9 laa. erangan laa. ape la. tak bersungguh.
sejak duduk rumah sewa ni penyakit malaszarkovianut ni makin menjadi jadi tau.
*nampak tak aku dah jadi doktor sendiri? para doktor patut selidik penyakit ni. muahahaha*
tapi tak logik pulak kan kalau aku nak salahkan rumah ni? ke ada orang guna guna dekat aku ni?
astagfirullahalazim. tak kan sampai kesitu pulak kan? *masih islam lagi aku sebab pandai beristigfar. muahaha*
kalau duduk dalam kolej tu, rajin je nak study. dekat rumah ni?
asyik membesarkan bontot je yang dah montok ni.
okey aku dah mula merepek.

carry marks sem ni pon rendah walaupun aku dah berjuang habis habisan
silapnya dekat markah mid term exam yang tak mencapai tahap kepuasan kepada suami. muahaha
carrymarks semua orang tinggi tinggi
aku tak mengharapkan result aku naik cuma maintain sudah laa
kalau expect tinggi tinggi nanti kecewa tertonggeng pulak kan?
jadi biar bersederhana dalam berbelanja. muahaha

jadi sekarang ni nak melabur saham dalam toilet dulu then bukak buku. dah laa exam pukul 9 pagi esok.
satu kuman pon tak baca lagi.
eh ! kuiz untuk hari ini, apakah penyakit yang baru ditemui dari aku?
sila kumpul jawapan anda sehingga tahun depan okey? muahaha

pap pap oleh!
*goyang bontot*
:)

Monday, October 8, 2012

Komen, Kritikan dan Pujian Anugerah Blokbuster 2012 !

Salam 1 Letup !
semalam mesti masing masing update pasal Anugerah Blokbuster dekat Astro Ria kan?
tapi aku baru nak update hari ini.
jadi tak ada persaingan orang nak baca. muahahaha
tapi ada ke orang nak baca? tu persoalan dalam KOMSAS kita pada kali ini.

jadi tiap kali anugerah, aku akan buat sikit ulasan.
ceh ! macam aku ni dah kerja dekat industri 45 tahun kan?
hahahaha. ni cuma pandangan dari sudut seorang peminat yang berada di sudut dunia.
hah ! nampak tak ayat rendah diri tu? muahahaha
kalau ada orang yang tak suka atau berkecil hati tu anggap je laaa entri aku ni sebagai entr penambah perisa industri hiburan.
nampak tak sekali lagi ayat aku ni dah macam ada 35 buah filem dan 34 album di pasaran? muahahaha

tanpa membuang masa korang nak baca berela ela kain murah dekat Tangkak Muar Johor,
aku tegak pada poin terus ye?


- Pentas? nampak macam bukan pentas anugerah laa. terlalu simple, adakah kurang budget atau kekangan idea? memang laa buat dekat Stadium Melawati je tapi jika kita boleh buat pentas gempak dalam ruang yang kecik maksudnya kita mempunyai individu kreatif dekat Malaysia ni kan? Kenapa kotak kotak je yang ada atas pentas tu, nampak macam zaman dulu punya anugerah. masa promosi tu nampak korang banyak main dengan bentuk bentuk lain macam segi tiga tu. takut orang cakap Iluminati? spender pon iluminati jugak sekarang ni. Eh ! no wonder sekrang ni ramai orang pakai boxer kan? hahahaha

- Aku rasa patut ada beberapa anugerah yang patut bagi peluang dekat pemenang untuk bagi ucapan baru laa nampak gah sikit. Anugerah Khas(symsul yusof menang) dan Anugerah Astro First tu. ok pe kalau bagi ucapan?

- Eh, aku suka dengan tema Color Blocking untuk anugerah kali ni. Nampak unik dan segar. sekarang pon trend kan? kena dengan warna warna Anugerah Blockbuster tu sendiri. Tapi perasan tak, yang Anugerah Blokbuster ni ada sikit SHOUT! Award? dari segi design dan warna warna tu? dah macam tak eksklusif laa :(

- Opening, dah nak gempak tapi ada terseliuh sikit dekat Microfon mimi one nation emcees yang tak berapa jelas, mak aku pon payah nak menangkap butir butir apa yang keluar dekat lagu tu. mak aku pon cuma dengar 'apa aku kisah' lepas tu mak aku tanya 'lagu apa ni dik? apa aku kisah ada aku kisah ni?' muahahaha comel tak orang tua ni?

- Kata nak buat Oppa Gangnam Style? Lisa cuma sebut 3 perkataan je dan tak menari langsung? apa ni? Afdlin dengan Zizan pon nyanyi sebaris kata je. Baik tak payah buat. muahaha. membazir masa. Lepas tu tiba tiba terus iklan. Sepatutnya cakap dulu selamat datang ke anugerah blokbuster tu baru iklan sebab mood penonton tengah bersemangat. ni tak. dah laa oppa gangnam style tu macam tak sampai 1 minit lepas tu iklan. bunuh mood penonton wahai produser. :(

- Masa penyampaian anugerah. Pihak astro tak briefing ke yang penyampai anugerah tu kena bagi anugerah dekat pemenang? ada ke patut usher yang bagi anugerah tu? penyampai cuma tengok je? serupa macam orang bagi kau makan kuih tapi kau tolak nak makan kuih koci. macam tak ada kena mengena kan? muahahaha

- Nampak tak yang pengacaranya macam tak bersedia kan? nampak macam kelam kabut. bercakap pon merapu ikan kerapu masak 3 taste. Kurang nampak kimia dekat situ. Tak habis habs pasal nak kenakan si Lisa tu isteri Yusry. LAME dan jemu !

- Tapi aku puji yang pengacara cuba bagi yang terbaik. dan penyampai anugerah pon ada yang buat okey dan ada yang over macam Ezlyn. amboi. macam anugerah kau pulak? muahahaha.

- Persembahan okey okey je untuk aku. penutup pon okey. lain dari yang lain. 3 artis membawa lagu orang lain dan difabungkan akhir sekali. unik !

- Yang projek pistol tu cliff umar tu, macam tak sesuai nak bawak lagu tu, kadang persembahan yang stampilkan kenalah tempat lagu dan artis. kesin kena jadi bahan cemuh. mak aku cakap da macam shah ruk khan. tapi bedak tebal sangat sayangku.

- Ziana Zain, mula mula pakai gaun kembang nampak cantik dan classy tapi tiba tiba da tergaru garu dekat belakang ingatkan sebab apa, rupanya nak tanggalkan, POM ! terjojol peha akak ziana, nyany sampai terkangkang kangkang. macam tak best laa. Alyah pon very the girl je. mak aku kata cantik lagi dia pakai kain kembang kembang tu.

- baju siti? ramai kata macam siti nak rap ! sekali pandang pon memang macam tu. macam agak kelakar. nampak dia lagi gemuk. tiap kali nyany sbiuk betulkan baju. kalau dah tak selesa pakai laa lain.

- Plak kemenangan pon comel, aku suka. lain dari lain. sesebuah anugerah tu nampak gah dari segi plak yang di bagi dan identiti untuk anugerah tu.

- Anugerah ni pon aku skong sebab anugerah yang santai dan lain dari yang lain tapi aku pasti kategori nya mesti ada yang berubah ubah nanti. Ikut musim filem sepanjang tahun kan?

- Masa? sangat menepati masa dan habis awal beberapa minit dari masa yang ditetapkan. syabas ! jarang ada anugerah yang habis tepat pada waktunya sebab biasanya akan lari kuda ku gagah berani sikit.

- ada lagi ke yang aku tak nampak?
Cukup cukup lah kot?
aku tak menjatuhkan anugerah ni tapi aku lihat dari sisi lain.
anugerah yang unik tapi kena polish sikit.
nampak macam tegesa gesa dan asal siap punya anugerah
untuk kali pertama kan? tak boleh nak expect lebih kan?
kan? berapa banyak 'kan' kan?
hahahaha.
tapi aku tak boleh lupa sampai sekarang yang Pak Nil salah cakap filem dari Kongs jadi Songlap
konfiden je Pak Nil. curlasss !
hahahaha

saya tetap sokong industri hiburan Malaysia. :)

Sunday, October 7, 2012

Sejuta Impian Artis !

Salam 1 letup !
setelah hampir seminggu, aku datang lagi update.
minggu yang hectic sebab final exam.
ni sekarang ada dekat kota tinggi sebab ada gap 5 hari tapi hari isnin aku dah balik semula ke melaka. hehehe. esok baru nak start study.
dah dua paper lepas di jawab dan hasilnya pasrah kan aja kepada yang berhak :)

baiklah entri kali ini aku nak buat entri pasal sejuta impian aku.
hahahaha. ingat tak rancangan TV3 yang sejuta impian tu? aku ada baju dia.
jadi semua orang tanya mana aku dapat baju tu. actually aku dapat masa buat kuih raya jullies anjuran TV3 dengan TV9. hahahaha. nampak tak aku pndai buat kuih raya. actually buat hiasan je. habis rosak biskut raya jullies di hias nya. aku group dengan Chef Ismail. sangat comel ye Chef Ismail tu, rasa nak peluk buat teddy bear. hahahahaha. 
of course group aku menang. dan dapat laa hamper dengan baju tu dan macam macam hadiah lagi. tapi kalau hadiah wang tunai tu mimpi basah je laa. hahaha
jadi itulah asal usul aku punya baju yang menajdi igauan orang jakun dengan aku. muahahahaha

dan hari tu adalah bosan punya hari untuk aku.
tanpa sengaja, di ulang tanpa sengaja aku telah ter stalker blog Hanis Zalikha aka Hamis Jalikha. hahahaha
bocor rahsia kan. teringat aku punya esaimen.
siap promote blog dia tau. bahagian Marketing untuk Event Proposal kitaorang iaitu untuk macam mana nak promote event kitaorang. Disebabkan aku UiTM dan dia pon UiTM jugak. aku cakap laa yang kitaorang akan suruh si Hanis Julaiha ni tolong promote dalam entri dia. WOW. lecturer aku sangat berpuas hati gila. tapi actually dia tak cakap pon. aku agak je. muahahaha. Eh, sedap jugak nama baru Hanis Zalikha jadi Hamis Julaiha. lebih kurang macam nama aku iaitu Hafiz Jauhari. WAH ! kita ada jodoh wahai Hamis. muahahahaha. 
Hamis Jalikha = Hamis Johali :)
dah dah. mukadimah untuk si Hamis ni dah seperenggan karangan PMR.
actually. hari tu aku ada terbaca pasal entri dia macam mana boleh jadi tv host untuk Mad Market dekat tv9.
sangat jelly anggur ye di situ sebab dia di call untuk datang audition yang dah memang dia akan dapat. hahahaha.
mengong jugak kan? hahaha,
seronok kot jadi tv host dan itu impian aku. aku mengharapkan orang call aku untuk audition jugak.
:( *nampak sangat desperado kan? hahaha*

jadi jika ada kesempatan dan impian aku adalah. . . . .
ceh, baru nak masuk impian kan? hahahaha
nak jadi host satu rancangan yang akan digandingkan dengan Siti Nurhaliza.
mustahil kan? hahahaha. dah nama nya impian kan? 
tak kisahla rancangan apa dan genre apa tapi tak logik pulak rancangan Nona. hahahaha
atau rancangan SITI musim kedua ada aku? hah ! siapa tahu kan?
macam mustahil lagi sekali kan? muahahaha
mana tahu termakbul impian aku ni kan?
:)

jadi sehubungan dengan itu, *macam karangan SPM tak? muahaha*
aku dengan Azwan Kimori bercadang akan buat lawatan dan terjah ke semua Muzium dekat melaka sebelum kitaorang grad sem depan.

ni lah dia muka muka yang tak tahu malu itu. eh mulut azwan memang macam itu ya. jangan nak buat gosip yang bukan bukan ye. dalam kolej dia dipanggil Jolie sebab bibir dia macam Angelina Jolie. sama tak ? hahaha :)  dan si jejaka berlesung pipit itu adalah Hamis Johali . hahahaha

nanti aku akan buat satu video kiranya macam episod dan akan letak dekat You Tube.
jadi korang boleh laa tengok.
actually aku suka sangat sejarah okay.
jadi doakan laa impian kita orang berdua nak jelajah semua muzium tu terlaksana. hahahaha
:)

kuiz untuk minggu ini, berapa banyak perkataan 'actually' yang di sumbat dalam entri ini?
hahahaha.
lagi satu kalau korang ada ternampak aku salah eja mana mana perkataan dalam entri ini adalah di sebabkan aku dah ngantuk tersengguk sengguk
muahahaha

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...