Sunday, September 30, 2012

Artis Menghadapi Final Examination !!!

Salam 1 letup !
dah lama tak update blog disebabkan kehidupan kucar kacir yang dah nak habis sem ni.
pejam celik pejam celik esok dah final exam wey ! sumpah tak kelakar
aku baru habis study past year paper malam tadi.
hari ni nak mulakan sesi hafal menghafal. jadi siap sedia wahai otak ku untuk menerima hentaman info yang bakal menjadi otak sumbat. hahaha

esok adalah paper ETR. paper entreprenuership ! aku tahu aku salah eja dan malas nak tekan backspace. hahahaha. kalau dah eja dan tulis pon payah inikan lagi nak hafal.
hurmmm
rasa semangat positif dah hilang dihanyut ombak rindu yang membelah pantai Desaru.
orang lain dah berbondong bondong study.
aku baru terhegeh hegeh mak jemah nak buat kuih karipap ragup.

eh, aku tak bagi tahu kan jadual exam?
esok ETR,
4/10 Advertising
10/10 Comm Research
14/10 Event Management.
broadcast dah lama lepas.
jadual nya macam okey kan? dari segi gap exam tu
tapi otak ni lah pemalas.
ni semua godaan syaiton yang direjam. muahahahaha

ni baru balik lunch makan sayur taugeh, ayam goreng dengan kentang sambal. Sayur togeh tu je yang aku macam boleh telan itu pun tak habis,
aku tahu tu amalam syaiton -__-"
dan mata ni dah di ambang ngantuk yang nak lelap sebentar bersama bantal empuk
hahahaha


jumpa gambar ni yang sedang hangat di FB.
betul tu apa yang dia tulis
dan aku akan melakukanya sebentar lagi,
sapa kata student malaysia ni tak boleh jadi multitasking?
hahahahaha

dah dah.
tak habis kalau aku update blog ni
jadi aku nak undur diri
doakan aku berjaya
esok kalau larat dan tak sedih atau paper ETR okay dan tak menyedihkan aku akan kembali lagi.
oyeahh !!!

eh, lupa nak cakap, tiap kali final exam mesti mata ketumbit?
achaneer ni? aku pon tak faham dengan dunia yang sfera ni.
dah bye

pap pap oley !
*goyangmontot*

Thursday, September 27, 2012

Official Music Video Teman Pengganti - Black feat Malique

Salam 1 Letup !
hari ni aku buat entri pasal video klip lagu teman pengganti - Black feat malique
aku sure dan pasti (hahahaha) yang korang pon teruja nak tengok kan video clip lagu tu kan?
aku pon tak tahu dah keluar tapi bila on9 tadi ni dah penuh dekat wall fb.
teruja gila bro wa cakap dengan lu.

nah cekitdot


unik kot video clip dia,
lain dari kebiasaan nya, aku pon tak tahu guna teknik apa
tapi dari awal sampai habis dekat cermin je video clip dia
dan aku tak tahu kenapa heroin nya Anzalna. 
sejak kes dia gaduh dengan Neelofa tu, walaupun aku sokong Anzalna tapi...
hilang mood ratu air mata dibuatnya bila aku nak tengok
tapi Malique tetap tak ada dalam video clip tu
aku ingatkan ada laa sikit terselit di celah gigi hahahaha

eh, tadi saja je nak shoot Black bukak baju.
gatal nya video clip ni.hahaha
okbai.

pap pap oley !
*goyangmontot*
:)

Wednesday, September 26, 2012

Siti Nurhaliza dan Hafiz - Muara Hati | Antara Parody yang Terbaik !!!

Salam 1 Letup !
hari ni aku nak tunjukkan satu video kat hampa smua.
tapi sebelum tu aku nak cakap yang aku dah makan burger samurai.
aku beli ala carte je. tu pon dah rm 8 lebih, terkucil di dalam boxer di buatnya
import dari Jepun ke? dah teroder nak buat macam mana kan? tak kan nak cancel? hahahaha
dalam tv nampak seksi je daging dia tu, siapa tv HD mesti mesti daging tu macam nak terkeluar kan? hahahaa
sos teriyaki tu manis rupanya, aku ingat pedas berapi. tapi bila ingat balik, orang jepun mana makan pedas kan? kesian orang Jepun :(
daging dia pulak dari daging burger mcd yang biasa punya je
suka hati korang nak beli ke tak. tapi sekali sekala rasa kan? apa salahnya. hahahaha

lepaas tu sebelum aku update blog ni
aku makan buah jambu air yang besar sambil cicah kuah rojak kak yati.
sekarang ni macam macam jenama. dalam rumah ni ada dua ke tiga jenis kuah rojak.
aku tak faham siapa yang beli banyak2 dan letak dalam almari
siapa yang buat koleksi pon tak tahu.
hahahaha. ada tu kuah rojak mak bi. hahahaha
lepas ni aku nak buat jenama baru iaitu "kuah rojak dag dig dug jantung ku berdegup tanpa henti mengikut rentak adrenalin" hah? ada orang nak lawan tak? hahahahaha
mesti tak terkata kan?
muahahahaha

dah dah. hari hari aku cerita pasal makanan sampai ada orang ada marah
hahahaha
baiklah sebenrnya aku nak tunjuk orang buat parody lagu dan buat video clip lagu Siti Nurhaliza
rajin sangat orang ni buat parody lagu Muara Hati
kadang agak rasa annoying jugak.hahaha
cuba korang tengok


dah tengok? korang perasan tak yang hitam dan kepala yang pakai batang mop tu adalah orang yang sama,
aku dah tengok dua kali baru perasan sebab tengok misai dia tu. hahaha
dan orang ni sempat promote produk Simply Siti lagi,
nak suruh siti sponsor laa tu nanti, hahahaha
dan yang aku tabik video ni sebab dia kemas, dan miming nya sama wey dengan lagu asal
editing dia kelas, guna Adobe wey,
aku Photoshop pon tak lepas lepas hahahahahaha

dah dah. aku nak sambung download lagu lagu ni
bye bye
pap pap oley !
*goyangmontot*
































Tuesday, September 25, 2012

Hari Makan Makan untuk Artis !

Salam 1 Letup !
hari ni aku nak update lain untuk jadi satu entri tapi aku gabungkan semua jadi satu je laa
hahahaha. bukan malas tapi entahlaa.
malam tadi dah laa lewat tidur pukul berapa pon aku tak tahu.
pukul 7.30 pagi mak dah kejut suruh buat sarapan.
tanpa gosok apa apa yang patut, terus ke dapur masak.
mungkin itu jadi penambah perisa. hahaha
mak dengan abah rindu air tangan aku ni rupanya.
terharuuunyaaaaa walaupun aku rasa masa yang tak tepat. hahaha
aku dikehendaki membuat 'Jemput - Jemput Godok' aka 'Jemput - Jemput Rebus'
orang jawa yang selalu makan ni, mak aku laa cakap. hahaha
lepas tu goreng cempedak dan buat air teh o. sarapan yang simple tapi diingati. muahahaha

lepas tu petang tadi pergi ke Teluk Sengat makan ABC.
popular kot dekat Kota Tinggi ni. pada aku biasa je tapi orang semua mengagung agungkannya.
aku pon tak faham. ni kalau orang kota baca, mahunya aku di bom dan di campak ke Burma. hahahaha
lepas tu aku order satay. moist gila satay dia sampai memancut air satay tu keluar mulut aku.
tapi sebagai artis, tisu sentiasa ada di tangan untuk jaga kebersihan.
hahahahaha
nah tengok gambar kakak ipar aku upload dalam fb dia.
guna fb laa katakan. fon aku camera pon tak ada. hahahaha


mi hailam tu akak ipar aku yang makan,
dia punya abc tak ada icecream, dan tak ada susu. dia alergik.
yang kanan tu baru betul
murah kot abc nya cuma RM 2.00 je.
tapi ada ice cream. dekat bandar, jangan harap nak dapat harga sales sepanjang zaman ni hah.hahahaha
satay tu 20 cucuk, aku tak tanya pulak harganya. hahaha

eh, cakap pasal satay ni,
aku teringat birthday kawan aku iaitu Masliya Yahya.
Selamat Hari Lahir Masliya Yahya !!! 
walaupun kita dah tak rapat macam dulu, aku tetap belikan kau hadiah tau.
aku beli masa untuk hadiah atiqah. aku beli tudung. 
masa beli aku tengok cantik je tapi dah lama simpan aku tengok macam mak cik mak cik punya tudung.
tetiba aku rasa taste aku dah gila. hahaha
kalau kau nak pakai, kau pakai, kalau tak nak bagi mak kau, kalau tak nak buat kain lap hingus pon tak pe. hahahaha. ada laa jugak gunanya kan?

semoga kau terus bahagia dengan kawan karib kau yang baru
semoga kau lebih kurang sakit hati dengan ada kawan karib kau tu.
tak macam aku dengan tiqa dulu kan? hahaha
entahlaa.. tetiba aku blurr nak wish ape untuk kau masilya.
aku cuma dapat doakan kau sentiasa di bwah lindungan - Nya :)

eh, tadi abang aku ajak pergi Vietnam !
yuhuuuuuu... tapi satu hari je. agak gila di situ ye. hahaha
abang aku redeem dia punya point ape ntah. pergi pagi2 buta dan balik Malaysia esok malamnya.
penat dalam flight pon tak kebah lagi. hahahaha
renew pasport macam tak berbaloi dengan satu hari je.
hahahaha. tapi berbaloi apa kan? 
abah lagi best, 'sampai sana pusing2 dekat airport Vietnam tu, lepas tu korang balik semula sini. hahahaha'
bukan kemain pak cik Ihsan ketawa. hahahaha

dah2. sampai di sini saja episod kali ini
adios ! *sambilgoyanggoyangmontot*
:)

Monday, September 24, 2012

Artis Ada Formspring dan Apa Kegunaanya?

Salam 1 Letup !
dah berapa hari tak sempat nak update blog,
aku pergi ke KL dua hari lepas untuk menghadiri majlis perkahwinan bapa saudara saya,
rasa macam karangan sekolah rendah tak?
hahahahaha

tadi aku pergi kenduri tahlil,
nampak tak aku ni keagamaan orang nya?
hahahahaha
bukan nak riak tapi kenyataan.
lepas tu balik rumah tadi tak boleh bukak butang,
baju melayu johor punya style,
bukan Oppa Gangnam Style okey.
boleh ke terpuntal puntal tali nya,
aku apa lagi, lagknah drastik ambil gunting dan potong. hahahhaa
aku tak bagi tahu mak aku lagi tu,
mahu nya dia mengamuk sebatu, kalau suara soprano Ning Baizura,
eh cakap pasal Ning Baizura ni, dia dah mengandung laa,
agaknya anak dia menangis nanti macam mana? dapat bayangkan tak?
hahahahhaa. gurau je kak Ning, kita kan dha kawan lama? hahahaha

tadi aku bukak fb, dah baca status status orang,
aku bukak emel, mana laa tahu ada job baru ke kan? hahahaha
PA tak ada, jadi kena laa usaha sendiri
lepas tu aku tengok ada orang follow formspring aku,
dulu kan trend jap formspring ni,
aku pon sibuk buat, orang buat semua nak buat tapi guna tak jugak,
hahahahaha..kalau orang tanya ada ke tak, aku boleh laa cakap ada, hahahahaha
lepas tu aku bukak laa balik,
aku sebenarnya masih tak faham cara operasi Formspring ni hahaha
tadi sempat laa aku tanya dekat orang pasal aku,
rupanya ada 77 orang follow aku, dan aku follow 60 orang,
bila aku follow dan di follow aku pon tak tahu
rasa dah macam twitter pon ada beza nya kita tanya soalan je.
jadi sesiapa yang ada formspring tu tolong laa rajin tanya aku soalan
hahahahaha
biar hidup sikit aku punya formspring tu

hahahaha
nah follow aku punya formsping di SINI
jadi hidupkan kembali semangat FORMSPRING anda !
oyeah oyeah *sambilgoyangmontot*

Friday, September 21, 2012

Artis Sudah Selesai Presentation !!!

Salam 1 Letup !
selamat petang semua !!!
segala presentation dan segala report dah siap di hantar.
semester 5 sangat laa lengang di permulaan semester dan kelam kabut di hujung semester, sampai nak kentut pun tak sempat, kadang kadang lupa nak kentut. hahahaha
nampak tak betapa busynya.
segala penat lelah last minute ni di harapnya dapat dilihat dari segi carry marks yang bakal dapat nanti.
takut pulak di buatnya.

tiap semester kononnya nak buat pada awal semester tapi hampeh.
otak ni mengada sangat. idea tak nak keluar. tapi bila dah saat saat genting.
beratur idea nak di keluarkan. hahahaha
nak didik pon dah terlambat otak ini. hahahaha

jadi aku sertakan beberapa gambar sepanjang presentation
ada jugak gambar yang tak ada.
ni pon mengharapkan telefon orang lain.
rasa macam hina sangat wey.
nak telefon baru. at least yang ada camera punya. hahahaha
aku macam nak bunuh diri bila fon ni tak ada camera. hahahaha


gambar atas ni gambar first presentation iaitu presentation Advertising. kitaorang present Advertising Proposal pasal produk Aik Cheong. Group pertama okey. hahaha. Lecturer aku yang pakai baju kurung tu. Panggil je miss Iko. Mendapat hentaman yang boleh tahan. nanti aku buat entri khas untuk tunjukkan hasil kitaorang. Aku rasa aku macam gergasi dekat situ. hahahaha.
dahi dah bershining macam pakai minyak masak sapu dekat situ.
hampeh.


ni pulak second presentation untuk subjek Event Management. Kitaorang buat proposal event Festival Orang Asli. Tema Coklat, Putih dan Kuning sebab tu kitaorang lebih kurang sepesen je. hahahaha
lecturer aku yang tengah tengah tu yang pakai kad matrik lecturer. panggil je madam Najah.
nanti aku buat entri khas pasal ni okey.

pesentation ke tiga tak sempat nak ambil
sebab dah berdebar sangat. sebab masa tu kena present depan lecturer lain
yang tak kenal pulak tu dari fakulti lain.
mana tak kecut perut.
masa ni buat presentation Business Plan tok subjek ETR 300
seram sejuk gila...hahahahahaha


ni last group presentation untuk subjek comm research.
memang rasa nak mati buat report yang ni. hahahaha
kena kerah tenaga sampai pukul 4 pagi tiap hari.
ni kalau tak dapat markah tinggi tak tahu laa...hahahaha 
kali ni tema warna ungu walaupun tak ada kena mengena dengan kitaorang punya tajuk research iaitu The Impact of You Tube towards Youngster. Patutnya warna merah kan? hahahahaha
whatever like daaaa la..hahahaha
lecturer yg pakai selendang ala - ala datin tu. hahaha
iaitu miss wan

ni ada lagi satu presentation solo untuk broadcasting iaitu baca berita
aku mewakili berita tv9.hahahaha
tapi video nya nanti sir shahril akan bagi untuk kenangan


hah yg edit gambar ni adalah sebelah aku tu Dsuhada Ahmad, awek YDP Komed tau. 
jangan main2.hahaha
dalam kelas aku tu ada dua orang je orang johor
dia batu pahat aku kota tinggi
jadi jangan terkejut kalau aku pembaca berita seterusnya. hahahaha


jadi itulah dia presentation yang ada di semester 5
tapi sebenarnya ada lagi satu presentation yang belum selesai iaitu short film kitaorang untuk subjek broadcasting
ni dalam proses editing.

aku pon dah penat nak taip ni
nanti aku akan update yang seterusnya okey?
jadi menghargai kepenatan korang baca,
aku hadiahkan sekeping gambar seorang manusia yang bakal menggegarkan persada dunia hiburan satu hari nanti. InsyaAllahb :)


nak kata kacak tu tak tapi untuk keluar di kaca tv tu lepas laa kot?
hahahaha. yang penting bakat kan?
eh eh eh, cantik tak tie aku?
rm 10 je dekat pasaraya KINI kota tinggi aku beli ni
khas untuk presentation Advert. hahahaha
eh eh eh, perasan tak aku pakai jam baru? hahahahaha

dah dah, riak nanti. hahahaha
bye bye 
pap pap oley !

Sunday, September 16, 2012

Minggu Hectic untuk Artis !

Salam 1 Letup !
payah benau nak nampak aku update blog ni.
hahahahahaha
mood aku ni kejap elok kejap tak kejap gila kejap macam macam lagi laa...hahahaha
hari ni aku update blog lagi
kali ni tak ada entri khusus.
ni bukak blog sebab stress dan bosan dengan esaimen yang dah due date.
aku tak tahu masa kerja nanti macam mana.

sebelum bukak blog sendiri
aku bukak orang lain dulu
antara blog feveret aku laa kan
bila aku bukak je mesti dia menang something.
dia ni rajin enter contest siti situ sana sini.
dia ni pulak pandai design, kena dekat aku?
hampeh. tangan kayu jati cap kapal layar. nak buat macam mana kan? hahahaha
tadi aku bukak dia baru menang hadia utama RM 10 000
sumpah tak kelakar !
bagi aku 3 ribu pon jadi laa...muahahahahaha

minggu ni minggu last nak cuti study week
dah nak habis sem 5
sem paling stress. stress sebab esaimen aku dah biasa
tapi stress sebab sahabat yang layan aku macam sampah.
hah.! nampak tak aku macam nak marah? hahahahaha
nanti laa buat entri khas.

tapi sejak naik raya tu aku dah masuk busy tahap yang mengalahkan Rosmah Mansor dandan rambut di saloon. Aku tak faham kenpa rakyat Malaysia stress dengan rambut dia?.hahahahhaa
minggu ni tinggal hantar report dan presentation untuk communication research.
nampak gempak tak subjek aku tu?. hahahaha
dan akan edit short film group aku yang bertajuk Racun Palsu. Nampak ada kelas tersendiri kan?
hahahahhaa..tak tahu laa apa jadi nanti...hahahahaha
lepas tu hari jumaat balik Kota Tinggi untuk study week.
dalam seminggu tu aku akan update sikit sepanjang perjalanan sem ni yang tergendala untuk para stalker dan segalanya.

jadi. salam terakhir dari saya.
Berita TV9 :)

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...