Monday, July 9, 2012

Artis Asyik Menghilang !!!

Salam 1 Letup !

Hurmm...rasa macam dah lama tak update blog ni kan?. 
Aku rasa dah seminggu tak update.
mana tak nya...laptop aku ni buat hal. tiba - tiba tak boleh nak buka. asyik kena startup repair.
sepanjang aku di universiti ni, dah 3 kali aku format balik.
cuma kali ni aku bijak sikit sebab aku dah simpan segala dokumen penting dalam harddisk yang aku beli dulu tu. masa aku simpan dulu tu memang aku tak sedap hati sebab aku rasa macam ada sesuatu yang buruk akan berlaku. esoknya betul yang laptop aku buat hal. 
aku raa aku ada sixth sense pulak...hahahahaha. tu aku tak kisah...
hari selasa baru elok semula laptop aku...
esaimen pulak sudah berderet tunggu giliran ank dibuat..
dah siap esaimen, kepala dah tak larat nak fikir buat entri.hahahaha

hari khamis pergi tengok wayang setelah balik kelas.
pergi tu pon untuk menghargai pemergian salah seorang classmate aku yang kiteorang panggil dia Abang Kassim. hahahahal. dia orang kedah. loghat dia tu masih pekat sekental susu pekat manis cap F&N. hahahaha
pergi tengok cerita Spiderman. eh, lupa nak cakap, dia pergi umrah untuk dua minggu. aku tak faham. dia nak pergi umrah tapi pergi tengok Spiderman yang ada adegan yang sangat menggugat nafsu remaja sejagat. hahahaha
hero dia sumpah bapak gila hensem cap terbaik dari ladang. hahahaha. 
aku kalau jadi perempuan, cair aku. 
lagi2 masa camera close up. menyampah aku. ada part2 yang badan dia terdedah tu.
alahai. nasib aku tak tengok dalam puasa.
mahu kurang pahala. hahahahaha

hari jumaat ada minggu penutup minggu bahasa dan budaya 2012.
aku sebagai PR Persatuan Bahasa Melayu yang berkredibiliti kena laa turun padang.
AGM pon dah nak dekat dan tinggal satu event saja lagi.
lepas tu aku nak letak jawatan. ikut resmi Tun Mahathir, biarlah kita undur diri semasa nama tengah naik jadi orang akan kenang jasa baik kita tapi kalau kita turun dalam masalah, orang hanya ingat kita punya masalah dan bukan jasa baik yang kita buat selama ini.
WAH ! ayat aku ni, rasa macam dekat perhimpunan agung UMNO pulak. hahahaha.

sabtu  dan ahad tak buat apa pon tapi tangan ni sangat malas nak buat entri baru.
setelah aku dapat NUR, baru malam ni aku nak buat entri baru.
hahahahaha. =)

harap - harap kekal laa sikit semangat nak update tu.huhuhu



No comments:

Post a Comment

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...