Sunday, July 22, 2012

Siapa Boleh Terangkan???

Salam 1 Letup !
sebenarnya aku nak tanya sesuatu...
sejak dua menjak ni blog aku buat hal
tiba button share fb dengan button LIKE fb yang ada dalam blog aku hilang
dan aku buat baru tapi tak ada jugak muncul benda tu..
ada sesiapa yang faham dan dapat menyelesaikan masalah aku ni??
sumpah buat aku stress..hahahaha

tapi bila open new tab dekat satu2 entri,
muncul pulak share nya..
dah lebih pelik, tajuk entri pulak tak boleh klik..
huarggghhhhhhhhhh!!!!
makin serabut aku layan blog ni...

ada jugak yang aku deactivate terus benda ni..
hahahahahaha
tolong pleaseeeeeeeee
=(

Saturday, July 21, 2012

Artis Tak Percaya !!!

Salam 1 Letup !
hari aku dah balik rumah ku di kota tinggi..
rasa macam setahun tak balik, padahal baru 2 bulan je..
biasalaa aku sstudy dekat melaka aka London tu yang jarang balik..
jauh wey, bayangkan aku gerak dari rumah sewa pukul 8 pagi dan sampai di kota tinggi pukul 2 petang..
sapa cakap johor dengan melaka tu dekat??...sini aku cili boh kan mulutnya...hahahaha
lagi satu sebab aku balik adalah semua housemate aku balik rumah masing2..
yang balik Perlis pon ada tau...
rumah sewa aku tu dah laa hujung pelusuk..tak nampak dek orang..hahahaha
takut pulak aku nak duduk sorang2.. =P

beg balik tadi aku cuma bawak barang makeup, sijil, seluar sukan untuk solat terawih...hahahaha dan laptop sahajo !
tapi beg punya besar...aku tak ada beg kecil..
ada sesiapa yang nak sedekah? ...hahahaha
hari ahad petang aku dah balik melaka semula,
kerja office menumpuk menunggu aku..
masa dah suntuk..
masa dah kedekut..
masa dah jadi dinar emas Arab Saudi..hahahaha

ni mak aku dah bising..
"pis, dari kau sibuk main tenet tu, lebih baik kau pergi mengaji lagi bagus"
ermm tenet tu = internet ye..biasalaa remaja tua punya sebutan...hahahaha
aku pon menjawab
"mana ada mak, adik buat esaimen laa..broadband dekat melaka tu slow sangat.."
padahal bukak fb..hahahaaha
aku tahu aku berdosa tapi kalau aku tak cakap macam tu makin melarat aku kena marah..
maafkan saya =)

dah2..esok aku kena bangun sahur awal,
sebab kena masak lauk untuk sahur..
hurmmm..balik rumah ni tak ada hak eksklusif nak jadi bos...hahaha
kepada sesiapa yang nak jadi Maid boleh bagi tahu aku ea..
harga boleh negotiate..cewah ! ...hahhahahaaha

actually, aku masih tak percaya yang esok dah puasa..
dah puasa wey !
aku tak tipu..
aku macam tak bersedia sangat tahun ni..
memanglaa tak kena pakai uniform tentera
tapi entahlaa..
aku macam kurang selesa nak puasa esok...mungkin tanda2 period??..hahahahaha
apa apa pon..
saya selaku artis underground mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan pada esok hari !!! Buatlaa pahala semana yang mungkin okies =)

Tuesday, July 17, 2012

Kenapa Masih Teringat ???

Salam 1 Letup !
rasa malas nak update blog tu masih menebal...
yelaa broadband buat hal lagi...
nak bukak blog je sempat cuci pinggan dekat dapur..hahahaha
melampau kan lambat dia??
rasa macam nak bakar je maxis ni hah !

tapi hari ni nak update entri peribadi yang sedih..hahahaha
korang nak baca dipersilakan tapi kalau nak tengok je pon tak apa...
dulu aku ada cerita yang aku ada buat status untuk remove seseorang ni...
dan aku cakap tolong baca status aku sebab dia senyap tiba - tiba je..
tapi aku ni degil sikit..hampir tiap2 hari aku mesej dia walaupun dia tak balas
dulu tu aku ada save tarikh , masa, saat, minit, cuaca masa aku remove dia...nampak tak psiko dekat situ?..hahahaha
lepas aku buat status tu, DIA LIKE status tu...dia macam tahu tahu je aku nak remove dia..
nak tak nak, aku terpaksa remove jugak
kononnya jiwa terseksa laaa..
tapi hari tu kan laptop aku remove..jadi HILANG SEMUA...
lepas tu meroyan tengok profile fb dia
walaupun dia privatekan profile fb dia..hahahaha 


okey sambung balik...
setelah beberapa bulan mesej aku di balas wey..!
masa tu aku dekat cafe...terus hilang selera aku nak makan...hahahaha..
jantung nak tertanggal..terkuis kuis macam kucing dekat makanan tu..hahahaha
dulu aku selalu cerita yang aku takut subjek EKONOMI dengan dia..
2 hari sebelum dia balas kot, aku mesej dia result EKONOMI aku yang dapat B tu...
aku tak mengharap dia balas pon..
lepas tu aku balas balik mesej dia tapi terus tak balas sudah...aku rasa macam hina gila aku ni..
hurmm...entah laa..orang dah tak sudi nak kawan dengan kita..
aku ingat lagi dia yang approach nak kenal dulu dekat fb...=)
tapi mesej tu aku masih simpan sampai sekarang...

aku masih mengharapkan dia akan baca entri ni....hahaha
aku masih mengharapkan dia akan add balik aku kat fb...
dan aku masih mengharapkan hubungan macam dulu...
walaupun semua tu tak mungkin berlaku...sedih aku tengok dekat diri aku ni....hahahaha
aku cuba untuk belajar redha =)

jadi mengakhiri entri ni,
aku tujukan lagu ni khas untuk dia..



Sunday, July 15, 2012

Bagai Nak Gila !

Salam 1 Letup !
tahu tak kenapa aku dah jarang update??
sebab masalah broadband ni hah..nak cerita puncanya jadi panjang jadi aku cerita kesudahannya je laa ek?..hahaha
yang penting broadband ni akan pulih pada 21 Julai...lama gilaa kan??..hahaha
aku pon boleh jadi gila tak update blog ni lama2 ..hahaha
nampak tak aku prihatin dan simpati terhadap blog sendiri?...hahaha
yelaa...blog sendiri tak best mana,,blog orang menjadi pujaan lobang telingaku..hahaha

aku bagai nak gila lagi bila tiap tiap minggu aku duduk dekat rumah sewa ni hah
Azwan dengan Akmal selalu balik rumah diaorang..
untunglaa sebab rumah tak jauh kan...
nak ke rumah aku??
mahu hampir setengah hari tahu tak??..yelaaa,,duduk dekat hujung Asia Tenggara laa katakan..huhuhu..
tu yang membuatkan aku jarang balik rumah..
dekat rumah ni still ada Naim dengan Suhail tapi aku tak rapat sangat dengan diaorang ni
tu yang membuatkan aku ni macam kambing sumbang dalam rumah ni..hahahaha
esaimen tetap buat tapi tetap bosan jugak kan?
nasib semalam tiqah, kak shishi dengan nurul ajak keluar..
hilng jugak rasa bosan aku yang terkapar kapar keseorangan..hahahaha

jadi semalam aku dah habiskan rm 50 dekat brandsoulet beli tshirt..
bukan sehelai tapi 3 helai = rm 50 ..sales katanya..hahahaha
yelaa...bosan jugak pakai tshrt yang ulang ulang ni..
dengan pura pura aku tak kisah duit tu terbang begitu sahajo, aku rasa macam nak menangis dekat rumah..hahahaaha..
hah..! aku siap beli kari ayam dalam tin..hahaha...sosej, daging burger, dan roti pita yang macam Mcd Foldover tu..kononnya berangan nak buat macam tu..hahaha
ntah jadi ke tak..tunggu sajo yaww..

lepas tu pergi jonker walk..aku bukan beli apa sangat..beli asikrim goyang je..hahahhaa..makanan dah tentu banyak yang haram sebab 99.99% cina yang berniaga dekat situ..
barang barang lain aku tak berkenan...tapi kononnya ada niat nak beli wallet baru ...yelaaa yang lama ni dah nak terburai..hahaha..tu laa padahnya beli yang rm 10 dekat pasar malam Alor Gajah..masa sem berapa pon aku tak ingat..hahahahaha

aku bagai nak gila jugak sebab aku nak siapkan skrip untuk short film group aku..
walaupun berapa minit je short film tu..tapi kesannya sangat menghujam jantungku ..hahahaha
hah..!.aku akan update pasal benda ni bila teringin nanti..
nak siapkan business plan
nak siapkan comm research
nampak macam sikit kan??
tapi cuba korang pakai kasut saiz 11 aku..
mahu tak pengsan nya kau..hahahhaha

jadi cau cin cau..!

Thursday, July 12, 2012

Review Novel: Bicara Hati | Damya Hanna

Salam 1 Letup !
dah lama tak review novel kan?..hahahaha..yelaa duit pon tarak hado..
semester 5 ni banyak kena pakai duit...
pakai duit gaji pon tak cukup wey...
jadi simpan je laa hasrat nak beli novel..tpi mungkin akan beli lepas raya nanti kot??..hahahahaha..duit masa tu dah banyak jugak...
tapi novel kali ni macam biasa dari Bank Aisyah...
kesian dia...aku ni asyik pinjam novel orang je... =(
tapi nak buat macam mana...
dah dah..persetankan itu semua..hahahaha

novel kali ini adalah novel Bicara Hati..
bohonglaa kalau korang tak pernah dengar kan??..kalau tak pernah baca tu ada aku kisah??..hahahaha
sebab aku pon sebenarnya baru baca..hahahaha
kalau korang nak tahu sinopsis, korang google je laa sendiri..hahaha
terkejut aku yang novel ni dah cetak begitu banyaknya...
kaya penulis ni..hahahaha

ni hah kulit buku tu..



hah.! yang dah baca apa pendapat korang?
ni pendapat aku je ea??..kalau korang tak setuju, korang tak ada hak nak marah2...hahaha
pada aku, aku kurang suka sikit..banyak pon ya jugak..
sebab apa?...sebab banyak sangat unsur unsur SEKS...
memang biasa ada unsur macam ni dalam novel tapi aku rasa tak sesuai, 
sebab yang baca novel ni kebanyakannya dari golongan remaja..
diaorang ni mudah terpengaruh..
aku cakap dengan aisyah, kenapa novel ni banyak scene2 lucah?
dia cakap, laa..jangan laa baca, selak laa muka surat lain..

habis tu kalau asyik skip je, baik tak payah baca..hahahaha..
orang beli novel sebab nak baca dai helai ke helai..
tapi kita lupakan tu sekejap..
jalan cerita pon kurang sedap..
entahlaa...aku pon tak tahu nak cakap mana...
aku cuma pelik kenapa novel ni banyak kali dicetak..
pada aku biasa saja...
tapi keseluruhan cerita okey..tak ada masalah..tetap okey..
aku tetap syorkan korang beli novel ni..
jangan risau penulis..hahahaha
ada beberapa perkara yang korang akan tertanya sendiri..macam ni pon boleh jadi ke??
macam tak logik tapi dalam novel ni semua logik
novel ni memang lain dari yang lain tapi ending tetap yang sama..HAPPY ENDING =)

maafkan saya kalau kata2 saya ada yang menyinggung perasaan orang lain=)
jadi cau cin cau yeo's =)

Monday, July 9, 2012

Artis Asyik Menghilang !!!

Salam 1 Letup !

Hurmm...rasa macam dah lama tak update blog ni kan?. 
Aku rasa dah seminggu tak update.
mana tak nya...laptop aku ni buat hal. tiba - tiba tak boleh nak buka. asyik kena startup repair.
sepanjang aku di universiti ni, dah 3 kali aku format balik.
cuma kali ni aku bijak sikit sebab aku dah simpan segala dokumen penting dalam harddisk yang aku beli dulu tu. masa aku simpan dulu tu memang aku tak sedap hati sebab aku rasa macam ada sesuatu yang buruk akan berlaku. esoknya betul yang laptop aku buat hal. 
aku raa aku ada sixth sense pulak...hahahahaha. tu aku tak kisah...
hari selasa baru elok semula laptop aku...
esaimen pulak sudah berderet tunggu giliran ank dibuat..
dah siap esaimen, kepala dah tak larat nak fikir buat entri.hahahaha

hari khamis pergi tengok wayang setelah balik kelas.
pergi tu pon untuk menghargai pemergian salah seorang classmate aku yang kiteorang panggil dia Abang Kassim. hahahahal. dia orang kedah. loghat dia tu masih pekat sekental susu pekat manis cap F&N. hahahaha
pergi tengok cerita Spiderman. eh, lupa nak cakap, dia pergi umrah untuk dua minggu. aku tak faham. dia nak pergi umrah tapi pergi tengok Spiderman yang ada adegan yang sangat menggugat nafsu remaja sejagat. hahahaha
hero dia sumpah bapak gila hensem cap terbaik dari ladang. hahahaha. 
aku kalau jadi perempuan, cair aku. 
lagi2 masa camera close up. menyampah aku. ada part2 yang badan dia terdedah tu.
alahai. nasib aku tak tengok dalam puasa.
mahu kurang pahala. hahahahaha

hari jumaat ada minggu penutup minggu bahasa dan budaya 2012.
aku sebagai PR Persatuan Bahasa Melayu yang berkredibiliti kena laa turun padang.
AGM pon dah nak dekat dan tinggal satu event saja lagi.
lepas tu aku nak letak jawatan. ikut resmi Tun Mahathir, biarlah kita undur diri semasa nama tengah naik jadi orang akan kenang jasa baik kita tapi kalau kita turun dalam masalah, orang hanya ingat kita punya masalah dan bukan jasa baik yang kita buat selama ini.
WAH ! ayat aku ni, rasa macam dekat perhimpunan agung UMNO pulak. hahahaha.

sabtu  dan ahad tak buat apa pon tapi tangan ni sangat malas nak buat entri baru.
setelah aku dapat NUR, baru malam ni aku nak buat entri baru.
hahahahaha. =)

harap - harap kekal laa sikit semangat nak update tu.huhuhu



PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...