Thursday, September 15, 2011

Review Novel : Sayangku Merajuk | Ayu Emelda

Salam 1 auw...auw..auw..
hari ni fiz nak update novel pulak...dah lama fiz tak update tentnag novel...
sejak sibuk memanjang ni tak sempat nak baca novel ni...

tapi dilanda kebosanan fiz baca laa jugak novel sampai kena marah dengan roommate sebab banyak kerja tapi sempat lagi baca novel..kah3..

Novelpada hari ni adalah novel Sayangku Merajuk...hasil nukilan Ayu Emelda...
dari Alaf 21...
novel ni seperti biasa fiz akan pinjam dari Aisyah..kah3
novel ni cetakan pertama 2011...




dah lama tak komen novel..tak tahu nak cakap macam mana..jap2..fikir idea sikit...

kita tengok sinopsis dulu:
BULAN MADU Aireen hanya bertahan seketika apabila ijab dan kabul seakan-akan termeterai tiga bulan. Akhirnya, lima tahun dia ditinggalkan dalam gerhana. Wanita mana tak meradang... hati mana yang tak sengsara?

Pertemuan semula terjadi tanpa diduga. Shahir kembali demi memburu sekeping hati sedingin iceberg! Sayangnya, pujukan itu hanya dipandang sepi. Langsung tiada erti!

Dendam Aireen bukan satu mainan. Dia tegar mengalihkan cinta pada lelaki lain. Biar Shahir merana... biar padan dengan muka dia!

Bagi Shahir pula, cintanya terhadap Aireen adalah yang pertama dan terakhir. Walaupun rajuk isterinya panjang berjela, dia tidak mungkin sesekali mengalah!

Mungkinkah kesabaran sebagai seorang suami akan kecundang jua akhirnya?

hurmmm...untuk pengetahuan semua ni novel paling lama fiz baca iaitu selama 7 hari aka seminggu..lama kan??..pada fiz cerita dalam novel ni macam mendatar..tak ada naik turun nya emosi kita...cuma ada part tu baru laa bermain emosi sikit...

novel ni tak membuat kita tertarik untuk tahu kisah selanjutnya...cuma ada satu je iaitu kenapa hero tinggalkan heroin masa dulu...yang lain macam biasa je...sebab tu laaa fiz lambat habis...selalu kalau busy macam mana pon..fiz akan tetap baca..sebab nak tahu kesudahan cerita nya...

perkataan dalam novel ni pon banyak salah jugak...pelik kan??..Editor iaitu Pn. Mazuen Yahya amacam???..1st time fiz tengok novel dari Alaf21 ada banyak salah ejaan tapi tak apa..selagi faham maksudnya dibenarkan..kah3...editor penat sikit masa ni...

urmmm..dalam novel ni jugak ia ringan sikit...tak da sedih sampai keluar hingus punya...kah3...
tapi kan ada part yang korang tak sangka siapa dalang kejahatan...rupanya ada dua orang watak antagonis tapi kan hujungnya macam kurang sikit laa...

novel ni jugak...kekuatan dalam novel ni adalah watak sampingan..watak sampingan dalam novel ni tersangat menonjol...iaitu adik kepada heroin dalam novel ni...sebab dia membantu abang ipar dia pujuk balik kakak dia.....

tapi ni cuma komen dari fiz je...fiz tengok ramai yang puji novel ni....
setiap orang ada pandangan masing2...

jadi apa tunggu lagi??..pada siapa yang belum baca boleh baca...
yang dah baca...boleh sambung baca novel lain pulak...kih3..

ni blog penulis..boleh terjah...ke SINI...!!!

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...