Tuesday, August 30, 2011

Hari Raya Apa Tu???



sambil baca entri ni dengar lagu ni ye...baru laa hari raya..kih3

Salam 1 auw...auw...auw
semalam tak update sebab sibuk siapkan persiapan kemas rumah yang simple tapi nampak vogue..kih3
kemas rumah..basuh pinggan...dekorasi sempena hari raya...kemas kuih dalam balang kecuali masak je fiz cuma sediakan bahan je..
hampir 80% dalam rumah ni semuanya disediakan oleh fiz...sangat penat wo...sampai tak sempat update blog yang suram di hari raya ni..kah3

tu cerita semalam..
cerita hari ni...secara kebetulan semua baju hari raya hari ni bertemakan biru..tak kisah laa biru taik lambing ke..biru harimau kundang ke...hu3...tapi hanya segelintir je warna coklat...jadi tema raya kali ni fiz dapat simpulkan secara keseluruhan warna raya adalah biru dan coklat...cuma mak warna hitam dan abah warna kelabu...

duit raya??
alhamdulillah masih panjang umur fiz dapat duit raya lagi..kah3...
walaupun sikit..kah3..

dan hari ni fiz dapat sukat jumlah makan dan minum air manis..
nak jimat berat badan ..kah3
tapi apa yang fiz kalah adalah dengan kek coklat moist yang kakak belikan...
tahan punya tahan tapi tersasul makan jugak..kah3..nak buat macam mana..coklat dia sangat menusuk kalbu pulak...

gambar kali ni untuk masukkan dalam blog sangat terhad..
sebab DSLR buat hal pulak..
dan paling mendukacitakan adalah gambar fiz paling sikit..
hu3...
sebab fiz yang ambil gambar tu..kah3

dah2..
apa sebenarnya makna raya bagi
korang ek??

ada anonymous kata
raya adalah berkumpulnya lodeh,,rendang,,ketupat dan sambal kacang di atas meja..
kah3..sabar je laa budak ni...hu3

okey..belum terlambat fiz nak ucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri ...!!!

kepada semua umat muslimin dan muslimat di seluruh Malaysia amnya
dan fiz minta maaf kepada semua pembaca blog ini kalau ada yang tersinggung dengan kata2 fiz selama ni..
dan fiz nak minta maaf kepada kawan2 atau sesiapa sahaja yang mengenal diri ini kalau fiz ada salah dan silap...
=)




Hafiz: ada video khas fiz buat sempena hari raya..nantikan okey?? =)


PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...