Sunday, May 15, 2011

~SENARAI CONTEST DAN SEGMEN..cepat serbu...!!!~

Selamat Malam dan Salam 1 auw..auw..auw..
nak update entri apa yang menarik ek???
mulai hari ni sampai hari rabu fiz akan duduk di rumah family angkat fiz yang mengambil masa 14 minit naik kereta dengan kelajuan 90 kmj ke atas dan kalau jalan kaki mengambil beberapa jam nak sampai...
jadi MUNGKIN ada beberapa hari fiz ni fiz tak sempat nak update entri,,dan tak sempat nak BW..
KENAPA??..sebab fiz menggunakan berukbeng yang belum dibayar dan line berukbeng ni agak kelaut laaa..yelaa dekat rumah sendiri guna streamix je kan...kah3..*nada angkuh sombong lagi berlagak..!!*
bayangkan warna berukbeng maxis ni warna hijau yang memancor-mancor tu maksodnye dah tahap kritikal..hurmmm..

jadi nak buat entri yang vogue perlu ditunda..
dalam kepala ni dah tersusun tapi dek kerana berukbeng yang "SANGAT" memberi kerjasama ni dah mengganggu jadual...kah3..
okey...dah dah semakin meluat....

CONTEST DAN SEGMEN...
suatu trademark bagi blogger menaikkan follower,,traffik dan sebagainya..
semakin menjadi2 sekarang ni..hadiah semua nak hebat2 belaka....
cayalah..!!
kebanyakan blogger ni kan pelajar universiti,,jadi dengan kesempatan tu diambil oleh mereka untuk buat segala cara naikkan semula rating blog mereka...
yang newbie pon tak nak kalah...nak buat jugak...
senang cerita ada duit boleh je buat...

yang blog senior pon jarang dah nak buat contest...'kebanyakan buat segmen...
macam segmen....segmen bersama artis undangan tak de pulak ek???..kah3...

blom lagi yang buat blog review...
masing2 nak promosi blog lain..katanya ada kebaikan dari dua hala?? ke dua ela???kih3

dari ketiga2 benda ni dah macam rutin ruji bagi tiap blogger kan??
tertakluk pada setiap individu nak menilainya..
tiap orang ada pendapat masing-masing...
pendapat tak dapat ditafsirkan sebagai betul atau salah..ni kata pensyarah fiz laa..
jadi jangan salahkan si Hattan tu bagi komen macam tu,,,lantak pi laa noo??...kah3

jadi sesiapa yang ada buat contest tu..segmen ke...blog review ke..
semoga berjaya ye??!!





Hafiz: siapa yang nak letak link contest,,segmen,,blog review letak je..mana tahu bila orang baca blog sebesar zarah ni nak join ke kan??.... =)

~VIP & Adam AF( Versatile In Performance) - Group M-POP Juga..!

HAH..!!..ni entri sterusnya dari fiz...
bukan cari panas je ea??
takut tak sempat je nak buat esok..hehehehe..
jadi kita baca je laa entri terbaru ni..
fiz dapat idea ni pon dari Muzik-Muzik yang jemput group VIP ni hah...

jadi dalam banyak2 pertanyaan dari host dua orang tu..
fiz tertarik kenapa buat group yang kedua ni selepas Badboyz??
Adam kata ni dari pengaruh K-POP...
tapi dekat Malaysia ni jadi laa M-POP...
mereka lebih kepada dance sikit..tapi bukan ke K-POP memang dance kan??
pelik2...
fiz pon tak berapa faham sangat...kah3..

jadi bukan 24/7 tu je yang ada mewakali M-POP ni tau..
hah..tapi yang group ni bernasib baik sikit..sebab jadi laa M-POP nya..
yang 24/7 tu dah kelaut ..kih3

kalau siapa yang tak kenal group apa ni..
ingat tak lagu yang bertajuk LAGU SEDIH??..
ni laa penyanyi nya,,,
nak tengok gambar??
ini laa dia..taraaaaa...

hah??..puas tak??
mereka ni bawah naungan KRU...jangan main2 tau..
untuk menggambarkan mereka ni ala2 group M-POP ni...
fiz godeh punya godeh jumpa dua video yang boleh ditonton dan dihayati..



okey..atas ni lagu nya??
selau dengar dekat HOT FM..boleh tahan laa lagu dia kan??tak de laa mengarut sangat kan..
ada nuansa2 K-POP sikit kan??
untuk mengukuhkan bukti...fiz tayang video persembahan diaroang dekat Muzik-Muzik26..



bukti yang fiz nak tunjuk adalah tarian mereka...
pada fiz okey laa kan??
tak laa nampak buruk sangat berbanding K-POP wannabe yang lagi satu tu...kih3..
ni video orang ambil masa rakaman tu jadi kalau tak puas hati tu jangan bunuh diri pulak..kih3






Hafiz: macam dah tak bez je Muzik-Muzik sekarang ni...hurmmm...

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...