Friday, March 18, 2011

~Perbezaan Universiti dan Politeknik IPTA / IPTS~

Selamat malam dan salam 1 auw..auw..auw...
penat nya baru sampai rumah tadi...
sakit satu badan..
tapi disebabkan tanggungjawab fiz update sekejap...
hari ni fiz paling seronok sebab selalu duduk dalam bas senyap je tapi ada budak dari Politeknik Melaka ni peramah pulak...bercoleteh je tak abis-abis..huhuhu..
dia lelaki...nak balik ke Johor juga tapi daerah Pasir Gudang..

seronok berbual dengan dia...
sampai fiz dapat buat kesimpulan sendiri tentang perbandingan antara Universiti dan Politeknik..
tapi secara am je laa..
jangan serang fiz pulak ea...huhuhu..

antara perbezaan nya adalah dari segi Pemarkahan..
si S ni cakap kalau budak Poli dapat pointer 3.5 bersamaan dengan 2.7 pointer di Universiti...
ni bermaksud pemarkahan Universiti lagi gempak...hebat laaa...
macam tak percaya pon ada..
kalau budak poli dapat 4.00 flat bermaksud 3.5 di Universiti????...serabut ni...kih3
betul ke???

seterusnya adalah dari segi pakaian..
budak2 poli kena pakai tudung 24 jam dan baju kurung..kalau nak pakai t-shirt dan sebagainya tak boleh yang ketat....lelaki pulak tak boleh pakai jeans dan kena pakai baju kemeja je atau pakai baju fakulti mereka....
kalau universiti pulak..perempuan..bebas untuk tidak bertudung dan wajib bila kelas agama islam...baju???..bebas..nak pakai apa pon tapi jangan mejolok mata + ketat yang melampau...lelaki pulak..boleh pakai t-shirt dan seluar jeans tapi yang tak koyak...
beza sangat kan???...
tapi kalau dah namanya Islam, faham faham jelah pakaian apa yang sesuai di pakai tak kisah Poli ke Uni ke.
mana yang bagus tu terletak pada anda semua laa kan..huhuhu...

dari segi keselamatan pula...
Pak Guard Poli hampir keseluruhan nya sudah berumur dan kerjanya macam mana??..
paham-paham je laa ea??...huhuhu..
kalau universiti semua nya 'dewasa'...suka je cari salah orang..huhuhu..
pantas untuk memberi saman..!!!
jadi berhati-hati...
ni si S yang kata, aku tulis balik je ok. hahaha

kalau pelajaran pulak kan...
universiti banyak teori dan kalau poli lebih pada praktikal..
tapi fiz rasa semua tau kan??...
poli jugak banyak buat aktiviti dekat luar berkaitan dengan subjek mereka...
kalau universiti banyak belajar sikit laa...

REupdate: Sebenarnya tak kisah tau korang dapat Universiti / Politeknik / Kolej / IPTA / IPTS mana pon,
semuanya hebat, kalau institusi ni semua ditubuhkan, menunjukkan semua IPTA dan IPTS hebat,
cuma kita dari sekolah lagi di momokkan dengan kalau nak berjaya mesti masuk universiti,
jadi pemikiran rakyat Malaysia dah tertutup dengan kalau habis SPM je mesti kena masuk U , kalau masuk selain U , kau dikira tak pandai.

Kalau tentang pekerjaan pulak, kebanyakan syarikat akan lebih pilih Politeknik untuk bahagian teknikal macam elektrikal, engineering dll sebab mereka ni banyak prkatikal dan semua diploma dekat poli dah buat prkatikal masa sem 5. Jadi suasan kerja tu dapat diaplikasikan dengan pelajaran. Kalau uni pulak, TAK SEMUA diploma ada praktikal dan kena sampai degree baru boleh buat praktikal. Yang penting course yang korang ambil tu mesti sah dari MQA ! kalau tak, sia sia sahaja korang belajar selama ni.
kalau IPTS pon sama je cuma macam semua faham, yuran dia tinggi dan peraturan sangat loose. Ni orang kata, aku salin balik je.

Semua tempat belajar sama je, tak ada kelas pertama kedua ke apa,
yang penting korang kena belajar lebih giat dan dapat keputusan yang hebat untuk diterima tempat kerja.
belajar sampai luar negara pon tapi result KO dan tak dapat adapt suasana tempat kerja pon tak boleh. Cuba korang bayangkan dekat luar negara yang mundur, jangan kata nak sambung belajar, nak cari sesuap nasi pon tak mampu. Korang kena bersyukur mana mana tempat yang menerima kehadiran korang untuk belajar.

senang cakap percaya pada takdir.
Allah dah tentukan hidup kita. Setiap yang ditentukan ada hikmahnya.

Ubah mindset tu semua. 
:)











Hafiz: sedang mendownload macam2..huhuhu

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...