Saturday, January 8, 2011

~Azwan Ali Jadi Komposer~

huih..!!
penat ni...dalam pukul 5.30 tadi baru balik dari buat kerja amal...huhuhu..cat rumah orang..
takkan nak gosip je kan???haruslaa ada keagamaan sikit..kih3..
nanti fiz update tentang charity amal tu ea??..sebab tengah kumpul gambar =)

baiklah..dalam kepenatan ni..
fiz nak kongsi sikit cerita tentang pengacara sensasi Malaya ni ha..
dengar tajuk entri je dah gentar kan??kih3...
ni sempena program realiti Azwan Ali tu laa...
tau tak apa dia??..taraaaa..
Satu - Satunya...
macam 1 Malaysia pulak kan??kih3..
program ni kata2 nya macam Akademi Fantasia sikit laa kan...

hah..!!
tang mana kan jadi komposer nya kan???
Kalau AF tajuk lagu nya Menuju Puncak kan??..tapi kalau Satu-Satunya ni...tajuk nya belum di bagi tau lagi apa..kih3..jd kena tunggu dulu laa kan...
ceritanya,,Hafiz Hamidun pun ada berkolaborasi sikit laa kan.....lepas buat lagu tema Filem Nur Kasih,,tolong Azwan Ali pulak ek??kih3...

tapi hafiz tu cuma susun muzik je..yang layak jadi komposer tentulah Azwan Ali sebab dia yang buat lirik dengan melodinya..lagu tema tu akan dinyanyikan oleh finalis Satu-Satunya...kita tengok,,Azwan Ali boleh kalahkan AF ker???






Hafiz: Azwan Ali dah jd komposer sambil tunggu buku Selamat Tinggal Dunia Pondan nya di rasmikan..nak sapu semua ke cek abg???

~Nora Danish punca Khairul Fahmi Che Mat tangguh tunang~




dah cerita tentang Siti kan???
kita beralih ke cerita keeper bola negara yang tengah "hot" sekarang ni...
ingat tak tentang Nora ber tweeter tentang keeper bola ni kan??
si keeper ni pon katanya gatal.....
tu dia....

TAPI dia nafikan..
nak tau ape dia cakap??
taraaaaa...

"Sebab saya tangguh tunang adalah kerana saya mahu fokus pada kerjaya dulu. Kebetulan pula saya ada banyak games. Mengikut perancangan, saya sepatutnya bertunang pada penghujung tahun lalu. Setakat ini, saya masih belum ada tarikh baru yang tetap lagi untuk bertunang. Malah, keluarga kami belum bincang lebih lanjut lagi.

"Hal tangguh tunang ini tiada kena mengena langsung dengan Nora Danish. Masa Nora meletakkan status itu pun, saya dah tak jadi tunang. Mungkin siapa yang jadi pengikut blog awek saya tahu cerita sebenar. Terus-terang, ia memang tidak berkaitan dengan Nora.

"Lagi pun, siapalah saya ni. Saya hanya orang biasa saja dan orang kampung. Saya pun tak setaraf nak bersama Nora yang dikenali ramai itu," kata Apex.

nada dia macam pasrah je kan??
tapi nada dia macam nak jugakkan??
betul tak??

untuk pengetahuan semua,,mereka ni blom jumpa face to face tau..
tu yang nafsu membuak2 kan..kah3
lepas tu dia cakap..

"Saya tak ada jumpa dia pun. Saya pun anggap dia hanya bergurau saja. Saya rasa mungkin orang lain ada berbuat seperti apa yang Nora buat. Mungkin Nora mendapat perhatian disebabkan dia seorang artis.

"Siapa saya nak jumpa dengan Nora? Kalau benarlah Nora nak jumpa dengan saya, saya tak tahu nak cakap apa. Tengoklah keadaan. Kalau saya sempat, Insya-Allah saya akan jumpa dengan dia. Sekarang ni, saya tak boleh nak cakap saya terima atau tidak untuk bersua dengan dia.

"Kalau betullah la dia ada datang tengok saya training atau pun main bola, takkan saya nak halau dia. Kita kena saling hormat menghormati. Apa pun, saya tak pernah sedikit pun terbayang perkara sebegini terjadi pada diri saya. Selama ini, saya hanya tahu main bola saja," jelasnya.

jadi..andaian semua di atas tangan anda semua..kih3


Hafiz: sekarang trend artis kahwin pemain bola sepak kan??..anda bila lagi??kih3..

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...