Friday, September 30, 2011

Kepala Siti Nurhaliza Dikutuk...!!!

Salam 1 auw...auw...auw..
semalam tak sempat nak update..hu3
hari harap boleh laa sikit..kih3

fiz nak cakap sikit..
pasal Siti lagi laa kan..kih3
dari tajuk tu apa yang korang faham??...hu3
mestilah tudung yang di sarung kan??..

sebelum ni Siti cakap dia nak pakai tudung tapi dia pakai tudung macam mak datin n nampak jambul...orang marah..
lepas tu Siti pakai skaf yang sarung dekat kepala....orang kata macam sarung bantal..kah3..dia pakai skarf kalau dia tak buat persembahan..
tapi sekarang ni kalau dia buat persembahan dah pakai topi...kebanyakan pakai topi yang macam askar punya tu...masa dia rasmikan album tu pon pakai topi tu je...rambut dimasukkan dalam topi tu..
TU pon kena marah jugak...

semua marah betul Siti macam nak tak nak tutup aurat...
kawan2 fiz marah2 dan kutuk2...

fiz nak bela sikit...sikit je...agama fiz pon tak penuh didada..cewahh..kih3
tapi sekurang2 nya Siti tutup laa jugak..dia ada niat dan akan terus berubah...walaupun Siti tak tutup aurat penuh bahagian kepala tu tapi dia tak pakai pakaian menjolok mata...SEMUA cukup kain je..

kenapa korang tak berdebat tentang artis yang pakai skirt kehulu hilir??
kenapa korang tak marah artis yang baju nampak lurah dendam semua tu??
kenapa korang tak kutuk diaorang tak pakai tudung??..kelumumur pon nampak...
kenapa korang ada je yang tak puas hati dekat Siti???
ish..geram betul..kih3

sebulum kutuk orang sibuk pakai tudung cermin diri dulu..
pakai tudung pon kejap pakai kejap pakai..
kalau pakai tudung tapi pakai seluar jeans ketat ikut agama ke??
kalau pakai tudung tapi pakai tshirt lengan pendek tutup aurat ke??
kalau pakai tudung tapi pakai legging patuhi agama ke??

Setiap orang tahu apa yang dibuat...
kalau nak cakap pasal dosa...tu dosa Siti..biarlah..
kita dah nasihat kan??
jadi tanggungjawab kita dah lepas..jadi tak perlu nak teruskan kutuk orang..
baik kita jaga diri kita...agama pon tak menebal didada...



Hafiz: jangan tersinggung yaww??... =)

Wednesday, September 28, 2011

Yuna Melawan 2NE1 di MTV Iggy's Best New Band in the World 2011....VOTE FOR YUNA...!!!

Salam 1 auw..auw..auw..
fiz rasa tak sabar nak update entri ni..
ingat nak update esok..
tapi apa teruja sangat dengan benda ni..kah3..
rasa macam tak percaya pon ado..kah3...

Yuna dah tercalon dalam MTV Iggy's New Band in the World 2011...!!!
seronok je dengar...seluruh dunia tau??
ingat tu...
tapi pencabar dia boleh tahan jugak antaranya:

1. Angus & Julia Stone - Australia
2. Atif Aslam - Pakistan
3. Ghostpoet - UK
4. Gyptian - Jamaica
5. La Vida Boheme - Venezuala
6. Skrillex - US
7. YUNA - MALAYSIA
8. Zowie - New Zealand
9. 2NE1 - South Korea..

tengok??..pencabar yang hebat mestilah 2NE1 tu..
yelaa...satu dunia dah kenal dia..
YUNA??...kah3...tapi tak pe..yang penting yuna dah ercalon pon dah kira hebat..
bukan senang tau nak tercalon tu...
jadi undilah siapa2 yang anda berminat =)

boleh pergi ke link INI

SELAMAT MAJU JAYA YUNA...!!!
=)

Komen Album Inggeris Pertama Siti Nurhaliza - 'All Your Love'

Salam 1 auw...auw...auw...
hari ni fiz nak cerita sikit tentang album Siti tu...
fiz dah dengar penuh pon sebelum ni tapi dengar dekat radio CTfm..
tak berapa nak 'menarik' telinga telinga..kah3

jadi dengar dekat album Siti terus...
fiz tak beli cuma pinjam je..kah3....tak berkesempatan nak beli lagi...jangan marah ea kak Siti???hehehehehe

dalam semua album tu ad 10 lagu...
banyak lagu dalam tu berentak pop cuma ada 2 atau 3 je lagu balada...
ada lagu yang boleh pergi jauh...
terutama lagu Remember You yang feat dengan Sean Kingston tu...
fiz pon suka...hehehehe

untuk kulit album just okey laa...
not to bad...
konsep cover cd tu adalah Nizam Rahmat dan yang tukang buat tu Shazwan Taib...
tapi kulit depan tu macam ada yang kurang sikit...fiz pon tak tahu apa...
kah3..

Siti ada buat ucapan ringkas untuk album ni tau..
yang paling menangkap mata fiz adalah..
dia panggil Datuk K 'B'...auwwww..
sweet sangat..kah3

Muzik dalam lagu ni semuanya ringkas je..
senang nak tangkap...
kalau dengar sambil baca lirik dia walaupun utnuk kali pertama korang dah boleh ikut sama..
senang je..
tapi yang kuat hafal tu hah hafal laa sekali..kah3

album ni yang agak ceria menunjukkan dia agak ceria sikit...
sebelum ni semua album dia menunjukkan kematangan dia kan??
cuba tengok cover dulu sampai laa yang sebelum album baru ni..
dulu kaku je...
sekarang...dah pandai terlenggok sana sini...
kah3...

dari 10 fiz bagi 9...
sebab macam ada yang kurang dekat album ni...
tapi fiz tetap suka okey dengan album ni..
yelaa..tak ada yang sempurna dalam dunia ni kan??

tak sabar nak tengok LIVE siti nyanyi lagu Remember You tu..kih3
=)

Tuesday, September 27, 2011

Siti Nurhaliza Menonton Hantu Bonceng...!!!

Salam 1 auw..auw..auw..
hari ni update lagi entri setelah dua hari beruk buat hal..kah3
okey..hari tu siti pergi tengok hantu bonceng...
pergi dengan laki dia...
Ahmad Idham pon ada ikut sekali...


Ahmad Idham cakap dia cukup teruja bila artis nombor Satu negara datang tengok hasil kerja dia...
Siti pulak cakap ini filem yang best dan semua patut tengok cerita ni...



WAH..!!..siti pon tengok wayang tau??..
sempat lagi tu...
ingatkan sibuk je memanjang..kah3
bagus2...
tetiba teringin nak tengok jugak laa...
hehehehehe...



Hafiz: baru tahu yang dekat UiTM Melaka ni ada bestfren forever Siti Nurhaliza...OMGEEE...!!!

Banned Maxis Broadband..!!!

Salam 1 auw...auw...auw..
maxis broadband semakin buat hal pulak dekat kampung Lendu aka UiTM ni...
sakit hati betul...
dalam hati dah sumpah seranah ni...
dah bayar pon perangai macam budak kecik yang tak dapat gula2...
nak kena betul broadband ni..kah3..
cuti ni nak terminate je terus...menyampah betul...
Celcom rm48 dekat sini okey je...Maxis rm48??..HAMPEH...!!!
kami ni student je..bayar pon guna duit PTPTN...tapi ayah fiz yang bayar...kah3

kawan fiz punya rm 100 lebih..baru okey...MAK AIIII....orang tu loaded boleh laa..
fiz ni??...aish...makan pon kena catu...dah makin kurus ni...
guna wireless kolej lagi laju okey??
MAXIS boleh tak ambil tindakan..stress tahu tak???

bukan fiz je yang mengadu okey??
MAXIS berukbeng ni CUMA ok dekat bandar besar je...
come on laaa....

fiz ni dah laa peminat fanatik MAXIS tapi bila dah jadi macam ni...
i'm sorry...
u makes me upset...i'm feel regret to use this broadband...
=(

Sunday, September 25, 2011

Senarai Pemenang My Kids Awards 2011...!!!

Salam 1 auw...auw...auw...
hari baru sempat update entri yang tak seberapa megah ni *background lagu Kisah Dongeng..kah3*

semalam berlangsungnya secara lagsung dekat tv3 My Kids Awards jam 5.30..
kali pertama dibuat dekat Malaysia...
sebelum ni anugerah untuk orang 'tua' je kan??
sekarang untuk budak2 pulak...comel je kan??

jom cekitdot siapa yang menang:

Best Kids Actress
Elfira Loy
Mia Sara (PEMENANG)
Farhana Qismina

Best Kids Actor
Ezzrin Loy
Haziq
Fimie (PEMENANG)

Favourite Kids Female Singer
Dayana Idola Kecil 2 (PEMENANG)
Wada Idola Kecil 1
Syazwani Kamilah Bintang

Favourite Kids Male Singer
Emeer My Starz LG
Azzam Idola Kecil 2 (PEMENANG)
Aiman Kamilah Bintang

Cutest Character
Boboi Boy
Upin & Ipin (PEMENANG)
Yaya (Boboi Boy)

Awesome TV Show
Idola Kecil
Boboi Boy
Upin & Ipin (PEMENANG)

Coolest Host
Afiq
Dayana
Fimie (PEMENANG)

Most Inspirational Host
Aznil Hj Nawawi

Most Inspirational Artist
Bunkface

Favourite Idol
Dato' Dr Sheikh Muszaphar


Hafiz: fimie tu yang mana ek??..kih3

Friday, September 23, 2011

Album Anuar Zain 2011 Berada Di Pasaran...!!!

Salam 1 auw...auw...auw...
hari ni fiz nak update penyanyi kedua kesukaan fiz selepas Siti..hehehe..no offense ea??kih3
fiz cukup teruja dengan kemunculan album Anuar Zain setelah 4 tahun menyepi...
sebelum lahir album ni...dia popular dengan lagu Ketulusan Hati...Lelaki Ini..
album sebelum ni menyengat kan???

tapi musykil sikit dengan Anuar Zain kali ni...
sebab dia tak buat pra-dengar a.k.a press conference,,dia tak keluarkan single dulu dekat radio,, dan pasarkan secara senyap2...kenapa ek???
album Anuar ni dah keluar secara sah semalam ...dah boleh cari dekat kedai cd okey???

dalam album ni lebih kurang ada 6 komposer seberang dan 2 komposer tempatan iaitu Hazami dan Alvin Santiago...kita tahu kan yang Anuar ni lebih minat dekat komposer seberang kan???..tapi yang penting lagu dia MELETOP...!hehehehe..

ada 8 buah lagu dalam album ni..
antaranya: Ku Janji Karna Cinta, Ajari Aku, Nadi Terhenti, Pernahkah, Simpati Cintamu, Sempurnakan Aku, Terindah dan Cinta Harus Memiliki.

harganya cuma rm 36.90...mahal ke??..tapi kalau dah peminat...beli jugak kan??
sokong laa dengan beli CD okey???

jom cekitdot album Anaur Zain

cover cd ni macam poster pencuci muka...bersih sangat dan segak dan macho dan tertarik dan berkarisma dan segala2nya.....tergoda tengok..hehehehehe


Hafiz: student lagi.jadi tak boleh cd ori..kena jimat duit..hehehehe

Thursday, September 22, 2011

Senarai Penuh Lagu Album Inggeris Siti Nurhaliza 2011 - All Your Love ...!!!

Salam 1 auw..auw..auw..
teruja nak update tentang perkembangan Siti ni..
sebenarnya nak update pasal lain..
tapi sekarang ni fiz tengah dengar radio CTfm...
fiz dah terlepas screening album penuh Siti Nurhaliza - All Your Love
pada selasa lepas...hari ni dah hari khamis..
menyesal betul..!!!
dah tak dapat dengar semua lagu...

tapi nak buat macam mana kan..
tapi fiz gigih cari dekat You Tube..
cuma jumpa Preview Album All Your Love - Siti Nurhaliza...
ni rasmi dari radio CTfm...
CTfm yang pertama sekali perdengarkan semua lagu dari album Siti tu tau...
jangan main2..kah3

jadi dari tertunggu - tunggu tu..
jom dengar dulu preview ni...

cekitdot..!



amacam???
okey tak???...setakat ni fiz suka lagu i'll wait forever..
yang lain belum tahu lagi...kah3

siapa yang teruja SANGAT nak beli..boleh beli dekat itunes bermual 24 September okey???
tapi yang nak beli album pulak dah boleh beli dekat Pavillion...
yang ada kat Putrajaya pon dah di edarkan..
ada dekat beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur...
=)










Hafiz: jangan lah kerja kutuk je..bagi laa support sikit =)

Tuesday, September 20, 2011

Siti Nurhaliza Jawab Isu Tidak Membayar Christian Alexender dan Kelewatan Sean Kingston...!!!

Salam 1 auw...auw...auw
hari ni fiz berada di Johor...!!!
dah balik kampung....sebab ada gap untuk nest paper selama seminggu...!!!
yehaaa.....tak payah nak happy sangat sebab ni final exam okey???kah3..

okey..back to the topic..cewahhh!...
baiklah..Siti dah jawab isu yang dia di tuduh tak bayar duit penulis lirik album tu..
tapi siti kata semua tu fitnah sebab dia dah bayar SEMUANYA dekat penerbit bersama album tu..
dan duit tu akan diserahkan kepada Christian melalui penerbit tu...
patutnya dah tak ada masalah...


tentang Sean Kingston lambat pulak sebab bukan Siti bayar lambat
Siti dah bincang tentang pembayaran sebelum Sean Kingston accident lagi..
Sena Kingston lambat sebab dia kan accident jadi dia belum berapa sedia...
tu je..


macam2 menimpa siti sekarang ni..
tabahkan hati ye??


Hafiz: Mila Jirin pon dah buat album Inggeris...single dia pon not bad.. =)

Monday, September 19, 2011

Dr. Rozmey Keluarkan Produk Broadband Sendiri...!!!


Salam 1 auw...auw...auw...
dan salam sejahtera...
tadi bermulalah final exam untuk semester 3 kali ni...
tadi paper English...

jadi untuk update blog hari ni
simple je...
iaitu gambar dari Dr. Rozmey..
enjoy okey..?
=)





Sunday, September 18, 2011

Siti Nurhaliza feat Christian Alexander - I'll Wait Forever Dari Album 'All Your Love'

Salam 1 auw..auw..auw
rasa segar badan sikit bila bangun lewat ni..kah3..pukul berapa??..biarlah rahsia..
bangun je tidur terus tengok movie Diary of A Wimpy Kid...tak sempat nak gosok gigi...kah3...khasiat tau...kah3...

okey laa..
lepas tu fiz terus on9....tengok dekat wall radio CTfm...dia punya admin post lagu terbaru Siti Nurhaliza dari album All Your Love...
album yang beratus ratus ribu...!!!..

lagu ni preview je tau...
bukan lagu penuh...
ni lagu duet...
Siti Nurhaliza feat Christian Alexander - I'll Wait Forever

jom cekitdot...!!



amacam???
best tak??
tapi kan macam ala2 pernah dengar je kan muzik nya kan??...ke telinga fiz yang salah..??..kah3

GO SITI..!!!
=)

Saturday, September 17, 2011

Kad Kahwin Ashraf Muslim Berbentuk AL-QURAN...!!!

Salam 1 auw..auw..auw..
hari update entri ringkas je sebab kejap lagi nak keluar..
dan bila balik nanti dah penat takut tak sempat pulak nak update blog cikai ni hah..
jadi fiz letak gambar je...
tak banyak pon..satu je..kah3...

gambar ni fiz ambil dekat wall Awal Ashaari...hehehehehehe
ni gambar kad perkahwinan Ashraf Muslim...
lain dari yang lain..sebelum ni facebook, kimono, kebaya dan sebagainya tapi ni bentuk Al-Quran..
simple but nice

kalau tak silap ditulis dalam bahasa arab atau jawi sebab tak berapa nak jelas sangat..kih3
lepas tu ada surah Al-Fatihah lagi..
jadi jom cekitdot..



amacam??
unik kan??
=)

Friday, September 16, 2011

Review Novel : Bertaut Sayang | Nisa Humaira

Salam 1 auw..auw..auw..
hari ni pon fiz nak update tentang novel...lepas je baca novel Sayangku Merajuk...fiz terus sambung baca novel Bertaut Sayang...masa banyak free jadi memudahkan fiz baca novel...dah masuk study week kan..kah3

kali ni cuma dua hari je fiz baca walupun sebanyak 625 muka surat..cool tak??..hu3..tapi dah 3 hari lepas kot baca...tak ada nak buat apa pon tu yang kusyuk je baca...sampai laa kena sindir dengan kawan..alangkah bagusnya kalau fiz kusyuk study macam baca novel...kah3...sentap mak..!..kah3



novel Bertaut Sayang ni hasil nukilan Nisa Humaira..dari Fajar Pakeer...fiz tak pernah dengar pon jenama ni??..Sorry...novel ni fiz ambil kakak punya..dari terbiar dekat rumah tu baik fiz baca...kan??..tapi novel ni dah lama tau..tahun 2010..

belum kita komen mengomen kita baca sinopsis dulu:

Benarkah cinta sejati itu terlalu sukar untuk dimiliki? Adakah kasih suci itu mampu untuk dikecapi atau semua itu hanya sekadar angan dan mimpi?

Zarynn Nursofeanna, gadis cantik yang memiliki segalanya. Dia punya rupa dan semua yang diimpikan wanita lain. Namun hatinya terlalu sukar untuk dimiliki. Dia tidak percayakan cinta. Kekecewaannya di masa lalu membuatkan hatinya bagai terlalu keras untuk menerima kehadiran seorang lelaki sehingga dia sanggup untuk membuat temu janji demi temu janji dengan lelaki-lelaki yang ditemuinya dalam ruang sembang.

Kauthar Zaffrin, lelaki yang hanya mengimpikan kehidupan yang sederhana. Cintanya pernah dihancurkan oleh wanita bernama Haifa Jameela, membuatkan hatinya tertutup untuk bercinta lagi. Namun, kehadiran Zarynn mengubah segalanya. Hati yang dulu tertutup kembali terusik. Pun begitu, dia tahu Zarynn tidak mampu untuk dimiliki. Gadis itu terlalu sempurna di matanya. Lantas dia sanggup bertaruh dengan nasib hidupnya.

Bagaimanakah berakhirnya sebuah pencarian? Mungkinkah ada mentari esok yang mampu memberi sinar dan membawa pergi mendung luka semalam? Adakah akan bertaut sayang dalam hati dan jiwa mereka?

dah baca??
teringin tak nak baca??

urmm..nak dengar yang baik dulu ke yang grrrr sikit??..kah3.bajet juri hebat je kan??..kah3

okey laa..dalam novel ni pon ada kesalahan ejaan tapi tak banyak...
cetita dalam ni pon sesuatu yang lain dari yang lain...
'kisah' antara hero dengan heroin dia tak banyak sangat ...tu yang sangat unik..
dalam kisah ni pon ala2 30 Hari Mencari Cinta tapi ditukar 40 Mencari Calon Suami...kah3..
cari calon suami tu dipanggil memburu reptilia...nak tahu kenapa???..boleh laa baca buku tu sendiri

dalam ni jugak macam mana kehidupan mencari jodoh menggunakan ruangan chat ...dari situ kita dapat belajar jaga diri..kah3
novel ni jugak banyak main emosi...pandai tarik pembaca untuk kita selak mukasurat seterusnya..kadang2 kita tak perasan benda tu berlaku...memang kena baca laa...kah3

tak sia2 =)



Hafiz: Bisikkan cintamu di hatiku agar hilang segala resah di kalbu...

Thursday, September 15, 2011

Review Novel : Sayangku Merajuk | Ayu Emelda

Salam 1 auw...auw..auw..
hari ni fiz nak update novel pulak...dah lama fiz tak update tentnag novel...
sejak sibuk memanjang ni tak sempat nak baca novel ni...

tapi dilanda kebosanan fiz baca laa jugak novel sampai kena marah dengan roommate sebab banyak kerja tapi sempat lagi baca novel..kah3..

Novelpada hari ni adalah novel Sayangku Merajuk...hasil nukilan Ayu Emelda...
dari Alaf 21...
novel ni seperti biasa fiz akan pinjam dari Aisyah..kah3
novel ni cetakan pertama 2011...




dah lama tak komen novel..tak tahu nak cakap macam mana..jap2..fikir idea sikit...

kita tengok sinopsis dulu:
BULAN MADU Aireen hanya bertahan seketika apabila ijab dan kabul seakan-akan termeterai tiga bulan. Akhirnya, lima tahun dia ditinggalkan dalam gerhana. Wanita mana tak meradang... hati mana yang tak sengsara?

Pertemuan semula terjadi tanpa diduga. Shahir kembali demi memburu sekeping hati sedingin iceberg! Sayangnya, pujukan itu hanya dipandang sepi. Langsung tiada erti!

Dendam Aireen bukan satu mainan. Dia tegar mengalihkan cinta pada lelaki lain. Biar Shahir merana... biar padan dengan muka dia!

Bagi Shahir pula, cintanya terhadap Aireen adalah yang pertama dan terakhir. Walaupun rajuk isterinya panjang berjela, dia tidak mungkin sesekali mengalah!

Mungkinkah kesabaran sebagai seorang suami akan kecundang jua akhirnya?

hurmmm...untuk pengetahuan semua ni novel paling lama fiz baca iaitu selama 7 hari aka seminggu..lama kan??..pada fiz cerita dalam novel ni macam mendatar..tak ada naik turun nya emosi kita...cuma ada part tu baru laa bermain emosi sikit...

novel ni tak membuat kita tertarik untuk tahu kisah selanjutnya...cuma ada satu je iaitu kenapa hero tinggalkan heroin masa dulu...yang lain macam biasa je...sebab tu laaa fiz lambat habis...selalu kalau busy macam mana pon..fiz akan tetap baca..sebab nak tahu kesudahan cerita nya...

perkataan dalam novel ni pon banyak salah jugak...pelik kan??..Editor iaitu Pn. Mazuen Yahya amacam???..1st time fiz tengok novel dari Alaf21 ada banyak salah ejaan tapi tak apa..selagi faham maksudnya dibenarkan..kah3...editor penat sikit masa ni...

urmmm..dalam novel ni jugak ia ringan sikit...tak da sedih sampai keluar hingus punya...kah3...
tapi kan ada part yang korang tak sangka siapa dalang kejahatan...rupanya ada dua orang watak antagonis tapi kan hujungnya macam kurang sikit laa...

novel ni jugak...kekuatan dalam novel ni adalah watak sampingan..watak sampingan dalam novel ni tersangat menonjol...iaitu adik kepada heroin dalam novel ni...sebab dia membantu abang ipar dia pujuk balik kakak dia.....

tapi ni cuma komen dari fiz je...fiz tengok ramai yang puji novel ni....
setiap orang ada pandangan masing2...

jadi apa tunggu lagi??..pada siapa yang belum baca boleh baca...
yang dah baca...boleh sambung baca novel lain pulak...kih3..

ni blog penulis..boleh terjah...ke SINI...!!!

Wednesday, September 14, 2011

Sebab Album Siti Nurhaliza Lambat Dilancarkan Dan Hampir Disaman...!!!


Salam 1 auw...auw..auw...
bila fiz baca artikel tentang ni fiz sangat sedih dan kecewa dan tak tahu nak cakap apa...
apa yang mampu fiz cakap adalah kesiannya....

cuba baca gambar dekat atas tu?
Christian Alxender atau lebih senang dipanggil Christlye atau penulis penuh album inggeris pertama Siti Nurhaliza cakap dia menuntut kontrak dan bayaran penuh dari pihak syarikat anak tiri Siti Nurhaliza...

Album Siti Nurhaliza lambat dikeluarkan adalah disebabkan Siti Nurhaliza bayar Sean Kingston lambat..tawu je laa jadual penyanyi Sean Kingston tu padat..tapi Siti Nurhaliza dah bayar pon walaupun lambat beberapa minggu...

Banyak konflik ketika album dibuat dan penulis lirik tu cuma dapat bayaran yang sikit...dia pon ada berduet dengan Siti dalam album ni...

Penulis album ni dah cakap dekat peguam dia dan akan mengambil tindakan undang2 dan pihak Siti pon dah buat benda yang sama....fiz rasa masalah ni akan berlanjutan selagi Siti tak bayar penuh album tu..

Cerita Siti yang berduet dengan Pitbull dan Alicia Keys dalam album tu semua khabar angin je..tak betul pon..

fiz rasa sebal dan sebak dengan album ni...erk??..fiz pulak yang lebih..kah3...harap2 album ni dapat dilancarkan dan semua berjalan lancar je laa hendaknya...fiz rasa Siti pon tengah sibuk uruskan benda ni...tapi tak kan Siti dah tak ada duit nak bayar???...dan tak kan Siti nak cemarkan nama dia sendiri kalau ada masalah dengan album inggeris pertama dia???...huarggghhhhhhh..!!!...fiz pulak yang stress dengan benda ni....Siti kena berikan penjelasan...!!!....

Lagu Baru Shila Amzah - Patah Seribu (Versi Akustik)...!!!

Salam 1 auw...auw..auw..
baru pulang dari satu majlis yang amat memenatkan..
fiz pon malas nak cerita tentang majlis tu...
nanti fiz buat entri khas tentang majlis tu...
tapi majlis apa???
tunguuuuuuuuuuuu....kah3

baiklah..
semalam fiz baca surat khabar Berita Harian dekat library...fiz malas nak baca paper sebab fikir nak balik bilik je kepenatan lari kesana kesini..tapi demi kawan gigih fiz baca surat khabar...ilmu am..kah3
jadi terselak bahagian HIP kalau tak silap fiz..
ada perkembangan tentang Shila Amzah..
tentang album baru dia...sepatutnya keluar penghujung mac hari tu tapi time tu tengah promosi album 3 Suara...tak sesuai..
jadi dalam masa terdekat ni dia akan launch albuum tu..jadi tungguu..

tapi sebelum tu kita tengok dulu single album baru dia..
dah ada dekat radio pon..
lgu nya bertajuk Patah Seribu..
dah banyak kali ulang je..best..walaupun baru 1st time dengar dah tangkap....cewaahhh...

apa2 pon korang dengar dulu...
baru komen..



best kan??
good luck Shila untuk album baru..!!!


Hafiz: tak sempat lagi dengar lagu2 dari album stacy....

Tuesday, September 13, 2011

Lagu Baru Isma AF - Aku Bukan Pilihanmnu ada Fizz Fairuz...!!!

Salam 1 auw...auw...auw..
lagu kali ni fiz nak promote lagu Isma AF pulak..
boleh tahan baru jugak ni...
sebab apa??
sebab jarang dengar walaupun dah di upload tahun lepas pada bulan 10...kih3

siapa yang dengar bagus..kih3
yang belum dengar boleh dengar....
tapi lagu ni fiz tak berapa berkenan...mendatar je...macam tak ada aura sangat lagu ni..
tak menyentap lagu ni..kah3

tapi ramai yang suka lagu ni sebab fiz baca dekat komen tu semua menyokong belaka je..
dalam music video ni siap guna Fizz Fairuz lagi..
tapi fiz tengok macam kurang keserasian sikit...kah3
apa2 pon fiz sokong Malaysian Handmade..kah3

jom cekitdot...



apa macam??
=)

Lagu Baru Farina AF8 - Yang Benar Tiru Lagu Rossa???

Salam 1 auw..auw..auw..
hari ni fiz nak update sikit perkembangan artis kita di Malaysia...
rasa terharu bila ramai jugak artis Malaysia dah keluar dengan muzik sendiri..
sejak dua menjak ramai artis yang keluar single dan album mini...
perkembangan yang bagus ni..

tapi kali ni fiz nak cerita tentang Farina AF8..
kenal tak??..alaaa..yang nyanyi lagu Rini - Mainan Jiwa masa konsert AF8 dulu??
tapi kali ni dia dah ada single yang agak gempak sikit..
lagu Yang Benar dari syarikat rakaman BME Entertainment...
lagu dah upload dekat you tube April lepas tapi kurang dapat sambutan...nak buat macam mana kan??
jadi fiz tolong promosi sikit..hehehehe
mana tawu dapat komisen kan??...kah3
berangan je lebih...

lagu ni sekali je dengar dah best...betul tak tipu...lirik dia pon simple je..tak kusut pon..kah3
tapi apa yang fiz nak cakap bila masa korus tu macam ada sikit lagu Rossa - Hey Ladies dan macam ada lagi 1 lagu..tapi tak sure..
tu tak kisahlaa..tapi lagu nye okey dan best..dah berjuta kali fiz ulang2 dekat you tube..
tapi dalam lagu ni kan ada sumbangan Faizal Tahir tau..
FT tolong main gitar elektrik....curlass kau jah...kah3

apa2 pon jom dengar dulu lagu nye
jom cekitdot...



amacam??..dah dengar??
ni ada lagu dia jugak..tapi awal tahun...

jom cekitdot



apa pendapat anda pulak???
=)

Monday, September 12, 2011

Akhirnya Siti Nurhaliza Bahagia...!!!

Salam 1 auw...auw..auw
dah lama tak update blog...
rindu bukan kepalang lagi...
macam2 yang terjadi selama seminggu yang busy melampau ni..
mengalahkan Siti Nurhaliza sudah..
hari ni banyak cerita bahagia yang fiz nak cerita walaupun yang sedih pon ado..
bosan pulak cerita pasal sedih je kan??..kah3

Antaranya:

1. Semua presentation dah siap dan dah present pon...semuanya kali ni power point last minute buat..sorry lecturer..kah3...tak tahu kenapa sem 3 ni macam tergolek sikit time management..class untuk sem 3 ni pon dah habis..!!...banyak2 presentation,,yang fiz paling suka adalah Instructional Communication..kena present projek kitaorang iaitu 'How To Design The Old Shoes -SHOUT Shoes...!'...yang kedua adalah Psikologi..tajuknya 'Social Psychology - Discriminations Towards Parents at Old Folks Home'...sedih wey part psiko ney..teringat dekat ayahanda dan bonda di desa...kah3

2. AKHIRNYA...!!!..fiz jadi jugak emcee untuk event budak2 sem 6 setelah dua sem mencuba dan pernah giveup..tapi kawan fiz yang bernama Eja dengan A'ah...sanggup bertungkus lumus tolong fiz...Thanks a lot guys..really appreciated it.. event kali ni adalah tentang TOUCH 2011..gabungan antara TOUrism dan CHarity..rasa puas sangat jadi emcee...ni laa kenangan yang paling best dekat u ni..rasa macam nak peluk Siti Nurhaliza je....erk??...kah3...gambar2 untuk event tu nanti fiz buat entri lain...

3. Dekat event tu ada booth celcom tau...selama dua hari tak teringin pon nak pergi situ...tapi malam penutup kawan sibuk nak pergi booth tu..jadi fi teman je laa...rupa2 nya dekat situ ada jual modem...!!!.rasa macam nak nyanyi lagu Siti Nurhaliza je masa tu...sebab apa??..sebab murah gila..harga nya cuma RM 100 je...fiz pergi merata tempat paling murah cuma RM 130 je...yang paling best pasal modem ni adalah boleh tukar2 sim card...Maxis, Celcom atau Digi pon boleh...!!!..sekarang boleh laa update blog macam biasa..hehehe...

apa lagi ek??
tu je laa kot yang paling membahagiakan???
kih3..banyak lagi..tapi yang wajib cuma tiga je..
=)

Wednesday, September 7, 2011

Video Kesan Penggunaan Facebook !!!

Salam 1 auw...auw...auw..
sebentar lagi fiz akan buat dua presentation iaitu Public Relation dan Psychology lepas tu tamat sudah untuk subjek tu bagi sem ni..eh..jap..ada kuiz..lepas tu dah habis..hu3
HAH..!!...ada sesiapa yang berminat tak nak buat CD Cover dengan Cover Majalah..
kalau tak ada..terpaksa laa fiz gigih mencari orang..hurmmm

baiklah..
hari ni fiz nak update tentang video plak...ni fiz terjumpa dekat fb kawan fiz..
teruja pulak nak tengok semalam..
jadi hari ni kongsi dengan and semua...
cewah..macam duta keselamatan negara...kah3

apa2 pon tengok dulu..
jom cekitdot..



amacam??..dah tengok??
tu laa salah satunya bahaya guna fb ni..
ramai jugak kawan fiz yang dah diactivate dengan macam2 sebab..hurmmm

ada yang komen dekat video tu..
bukan semua nak tahu apa yang kita buat...kita dekat mana...
kecuali stalker hebat je..kah3

jadi berhati2 ye??

Hafiz: dah berkurun tak bukak Myspace..=P

Tuesday, September 6, 2011

Siapa Boleh Buat Cover CD dan Cover Majalah ???... KECEMASAN...!!!

Salam 1 auw...auw...auw...
semalam tak dapat update blog sebab banyak kerja..
sebab semua dateline minggu ni..hari ni tak ada kelas jadi relax kejap bersama susu Dutch Lady flavoured Coffee...sedap...!!..cuba try....
sebab fiz baru je bangun...kah3...teruk anak dara zaman sekarang ni...kah3

okey2..tanpa melengahkan masa...
hari ni nak mencari seorang yang pakar...yang tak pakar tapi ada bakat pon boleh...cewah..!!..gaya macam nak cari penyanyi pulak..kah3..
ada satu assignment ni memerlukan markah tambahan kepada sesiapa yang ada cover cd dan cover magazine bagi topic fiz ni..
jadi....fiz and the gang agak teruk dalam teknologi masa kini untuk membuat segala mak nenek ni..
kepada sesiapa yang boleh tolong buat dalam masa seminggu???
upah tu adalah tapi nanti kita bincang2 dekat belakang rumah sambil makan kuih raya ea??...kih3

sapa2 yang boleh buat tu...nak contact macam mana ek??..urmmmmm..
add fiz dekat fb je laa...
nanti kita bincang guna chat atau call je..biar pantas siap sikit...

harap2 ada yang nak tolong ni..
ni satu platform untuk korang tunjulkan bakat korang..bukan senang...
nanti fiz boleh promote dekat kawan2 atau next time fiz kita boleh kerjasama lagi??...
nanti semua orang dapat tengok hasil kerja tangan korang tau...
HAH??..tertarik tak??kah3...

tema untuk cover cd dan majalah adalah KASUT....diulangi...KASUT...
siapa yang ada idea menarik tu boleh laa...


Hafiz: entri ni betul2...tak tipu punya...


Sunday, September 4, 2011

Blogger Jadi Model Untuk Photoshoot Raya...!!!










Salam 1 auw...auw...auw..
gambar dekat atas adalah sebahagian muka fiz untuk tatapan..kah3
tak boleh nak letak banyak2..takut tergoda pulak..hahahaha..
cukup laa apa yang ada...
=)

Saturday, September 3, 2011

Bersihkan Kasut Menggunakan Pisang...!!!

Salam 1 auw..auw..auw..
sambil jalan2 cari bahan untuk esaimen jumpa pulak sati video ni..
sangat comel..
dan sangat jimat tapi hasil kerja yang sangat memuaskan..

pisang ni bukan bail untuk manusia tapi untuk kasut jugak..
hebat betul orang biat ni..
fiz pon tak pernah terbayangkan..hu3

jom cekitdot




Hafiz: dah nak balik Melaka...!!!

Friday, September 2, 2011

Filem BUNOHAN Terpilih ke Filem Antarabangsa Toronto ...!!!

Salam 1 auw..auw..auw..
dapat update entri walaupun secara ringkas je..hu3
hari ni fiz nak cerita tentang 1 filem kita yang layak bertanding dekat Amerika Utara dalam kategori Discovery walupun filem ni belum keluar dekat Malaysia..
tapi filem ni bakal keluar dalam tahun ni jugak..

pertandingan dari 8 - 18 September
seronok je dengar kan..
filem ni pon dah ada pengdear dekat luar negara..
antaranya UK, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand..
maju dah filem kita...

jom tengok trailer nye..


Thursday, September 1, 2011

Rancangan Kuih Buatan Sendiri VS Kuih Tunjuk | Rancangan Jelajah Kuih Raya...!!!

Salam 1 auw...auw...auw
hari ni update blog yang semakin sunyi dek hilai ketawa orang ramai..kah3
belum2 lagi dah merepek...
sebenarnya baru balik dari kampung..
walaupun dalam sama negeri tapi mengambil masa yang berjam2 ye..
1stly pergi kampung sebelah mak dekat Sungai Gatom, Labis, Segamat
dan sebelah abah pulak dekat Parit Kassan, Bukit Gambir, Muar...
ada yang sama kampung tak???...hehehehe
boleh laa mengaku sedara...kih3

dah2..
balik kampung ni sibuk pergi jelajah makan kuih,,kerepek dan asam yang dihidangkan..
pergi rumah sedara pon macam2 jenis dan bentuk..
sedap tak sedap lain cerita..kah3

antara makanan yang paling popular dihidangkan hampir di setiap rumah adalah kerepek pedas dan kerepek pisang...betul tak??..cuba lari tengok dekat meja tu??...kah3
rumah fiz kurang dan tak ada sangat kerepek2 ney..

kalau kuih pulak yang paling famous adalah setiap rumah mesti ada Almond London..
betul tak??
cuma cara penyediaan dan rupa akhir je yang lain..
ada yang sedap ada yang out..kah3..

dari semua tu fiz dapat idea untuk rancangan tv wujudkan..
iaitu
Kuih Buatan Sendiri VS Kuih Tunjuk...
dalam tu boleh tunjuk perbezaan buat sendiri dengan beli je..
perbelanjaan beli sendiri dengan buat sendiri
mana yang lebih untung..
seronok kan...

dan lagi satu rancangan Jelajah Kuih Raya..!!!
kita terjah setiap rumah di hari raya kuih apa yang jadi plihan
kuih apa yang sedap..
kuih yang pelik..
kuih setiap negeri..
kan comel tu..

TAPI..
pengacara dia mesti fiz..tak boleh orang lain..kah3
demand lebih...hu3

okey2 laa...
sibuk siapkan satu projek ni..
khas untuk tatapan blogger nanti..hu3



PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...