Review Filem Sekali Lagi : Tiru Drama Taiwan atau Pengakhiran Cinta Yang Tak Dijangka???




sambil baca boleh dengar ost Sekali Lagi =)



Selamat malam dan salam 1 auw..auw..auw..
hari ni nak review filem Sekali Lagi...ramai yang cakap kenapa sanggup nak pergi ke panggung untuk nak tengok filem macam tu???...baik tengok Tranformers lagi bagus...tak apa...saya minat cerita Melayu...kih3...fiz rasa Lisa Surihani dan Shaheizy Sam patut berterima kasih dekat fiz sebab tadi pergi ke Jusco Bandaraya Melaka tak ada tayangan dan cashier dekat situ cakap Sekali Lagi ada dekat GSC Dataran Pahlawan...serba salah dibuatnya tapi dengan semangat yang jitu fiz pergi jugak Dataran Pahlawan semata-mata nak tengok filem ni..nasib berbaloi...!

Apa yang fiz dapat simpulkan adalah pengarah pandai selitkan unsur humor, sedih, marah, sakit hati dan ada part yang pengarah cantumkan unsur humor dengan sedih..jadi fiz pening sikit sama ada nak ketawa ke nak sedih ni???..kih3..Fiz ucap tahniah dekat Sam, Lisa dan Miasara yang cukup ideal serta boleh bawak dengan best cuma ada beberapa art nampak longgar sikit...

fiz cerita sikit sinopsis filem ni ea???...fiz dapat kategorikan filem ni sebagai filem flashback sebab kebanyakan kekusutan kita nak faham di selesaikan dengan flashback...filem ni kisah remaja zaman sekarang yang kahwin muda dan cinta sakan pada zaman sekolah...fiz tak ingat nama watak sangat...Arman ( sam ) telah tinggalkan Sheila ( Lisa ) masa ayah Sheila meninggal dan masa ni diaorang dah kahwin...Arman ceraikan Sheila yang tengah mengandung masa tu padahal Arman tak tahu pon....tup tap tup tap...Amy ( Miasara ) jadi kawan dengan Arman yang pada masa tu kena penyakit automatik...penyakit apa??..kena tengok laa kan...tu pon lepas pembedahan tumor otak...apa sebab Arman tinggalkan Sheila??Arman akan bersatu balik ke tidak lepas kedatangan Haris ( Bront Palare ) Amy tahu tak yang Arman ayah dia??...semut ut kena tengok sendiri laa ea???...kih3

Scene yang buat fiz menangis...!!! :

- scene masa Arman cakap Mak dia tak boleh mati...
- Sheila marahkan Amy
- Seila mengamuk dengan Arman depan kedai Haris
- Sheila kena larang jenguk ayah dia yang meninggal...
- scene dekat taman permainan..ni dah nak habis

Sebab korang kena tengok...!!! :

- ada scene yang tunjukkan Sam "naked"...!!!..oopppsss...kena fokus sikit laa cari part tu =P
- Lisa banting kerusi sebab marahkan Miasara..
- kepala Sam botak selepas pembedahan...nampak real tau..!!
- sam pakai pampers..kih3
- sam jadi orang cacat ...
- Lisa dengan pelat "R" yang sangat terang dan jelas
- Miasara yang sangat comel dan hampir apa yang dia semua buat sangat kelakar...
- watak perempuan braces...sangat menyampah tengok dia...rasa macam nak baling kasut je dalam panggung..kah3...dan kamera saje fokus dekat braces dia...kalau sekali pandang kan perempuan tu macam nenek kebayan...kah3
- sam panggil lisa "Aunty"...

Part romantik???sangat banyak dalam ni...

dan apa kena mengena dengan drama taiwan pulak kan???
fiz dengar ada orang komen yang filem sekali lagi MACAM tiru sikit Drama Autumn's Concerto..
fiz rasa kebetulan je kot...betul tak??

banyak lagi part yang sedih dan part yang menarik....mungkin fiz lepas pandang kot..
tapi betul apa orang lain cakap yang korang tak jangka jalan cerita nya akan akhir macam tu dan buat korang tertanya-tanya dalam beberapa scene....fiz bagi 4.7/5 ...korang kena tengok tau....!!!!





Pesanan dari tuan blog:

*sesiapa yang hatinya mudah tersentuh atau sensitif boleh siap2 bawak tisu okey???...siapa yang hati kering macam beberapa penonton dalam panggung tadi...merah mata bukan sebab nangis tapi sebab tidur...!!..sabo je laa..kah3

*korang akan perasan satu panggung akan bunyi sedu sedan lepas menangis...

*bila orang sebelah nangis jangan pandang orang tu sebab potong mood nak nangis...kah3

* part kelakar dia sangat banyak...!!! =)








Hafiz: kali pertama review filem punye panjang..!!!..kah3

7 comments:

  1. Ooo....
    Tak ada Sekali Lagi dekat GSC JJ?? Pelik betul..
    Hari tuh, cerita 321 Cinta pun tak ada dekat GSC JJ..
    Tapi, hari ni aku pi tengok kat MBO Melaka Mall.. Tapi xbest dowh...
    Dapat hall tecik.. Siott tol...
    BTW, aku wat review gak pasal ni:)
    Check out my opinion!

    http://musicbrilliant.blogspot.com/2011/07/review-sekali-lagi.html

    ReplyDelete
  2. @My Name is Mar
    a;ah..tak ada..sakit hati betul...
    penat nak menapak naik bus ke DP tu..kih3
    cerita 3,2,1 Cinta tak tengok lagi..tak sempat tadi...
    owh dekat GSC DP hall dia sangat besar..puas tengok =)
    okey...will cekitdot =P

    ReplyDelete
  3. thanks untuk perkongsian ni..hehheh..:)

    ReplyDelete
  4. macam menarik je..nak tengokla..=)

    ReplyDelete
  5. Penyakit autisma (bukan automatik ya!) Bukan penyakit sejak kanak2 ke.semua buku2 dgn website tentang penyakit tu pon ckp mcm tu.aku harap kalau nak buat filem tu selidiklah dulu pasal penyakit autisma.mana ada orang autisma lepas bedah tumor otak..sejak kecik adalah.maybe sakit ati kalau orang autisma tau ni

    ReplyDelete
  6. OK,Maybe bukan semua buku2la tapi still its the truth

    ReplyDelete
  7. Autisma bukan sejak orang kecik ke.bukan lepas bedah tumor otok.doktor2dari US dan luar negara pon ada cakap camtu. Website dan buku autisma pon ada cakap. Kalau nak buat filem checkla dulu pasal autisma ni dulu nnti bagi pandangan salah lak.

    ReplyDelete

Blog Copyright : Hafiz Jauhari. Blog Design by Sabrina Tajudin. Powered by Blogger.