Sunday, July 31, 2011

Bola Membawa Kematian ...!!!

tu dia...
baru jumpa gambar ni....ni kiranya penutup untuk entri untuk hari ni kot??..kah3..
mcam dah tak lama je kan??..kih3
tak de laa..fiz pon 0n9 dekat runag tengok tv ni je...bateri dah habis,,,malas nak ambil charger

baiklah..
gambar ni fiz ambil dekat fb..fb sape??..tak sempat nak terjah..kah3..
jadi
fiz bukan nak ulas tentang kekalahan bola hari tu dan bukan jugak nak cakap tentnag fakta kesihatan sama ada bola membawa kebaikan atau kebrukan tapi nak tunjuk gambar yang agak pelik..kah3

cekitdot..
hebat tak??
gergasi punya...!!!

Review Novel : Ceritera Rindu | Leeya Myra

Salam 1 auw..auw..auw..

Hari ni fiz nak cerita tentang novel yang fiz dah baca…dah lama habis tapi baru sempat hari ni nak update..hu3..biasa laa beruk hilang macam ni laa jadinya…kah3

Novel kali ni novel lama…tak mampu nak beli..kah3..novel nya adalah Ceritera Rindu yang ditulis oleh Leeya Myra…ni dari dari Alaf 21..novel ni cetakan pertama tahun 2009….lepas tu dah tak ada cetakan..

Pada pendapat fiz novel ni okey laa…dia lari sikit dari jalan cerita yang biasa kit abaca…tapi bila baca prolog dalam novel ni kita dah tahu sikit macam mana jalan cerita nya…pada fiz kalau penulis ni tak buat prolog macam tu baru menarik sikit kot…tapi tak pe..ni pon okey jugak…

Sebab kahwin bukan atas dasar cinta tapi dendam kematian orang tua dia..tapi akhirnya rahsia terbongkar dan suami dia tinggalkan dia…tapi masih menjalankam tanggungjawab sebagai seorang suami…dalam novel ni tak da laa aksi yang mendebarkan sangat…tapi fiz “skip” baca bahagian kejahatan yang dibuat..rasa macam tak perlu nak baca..kah3…fiz cuma nak tahu apa yang berlaku lepas tu…hu3..

Tapi kadang2 dalam novel ni dia timbulkan nostalgia dengan berutus surat..hu3..COMEL….!!! =)




Saturday, July 30, 2011

Blogger Tergendala...!!!

Salam 1 auw..auw..auw..
hari ni fiz baru dapat update blog..
sedih betul..
sebab broadband hilang kan..
nak buat macam mana..
kena sabor je la...

sebab tu laa tergendala nak update tentang apa2 saje yang berlaku..
berita terkini pon dah jarang tahu..selalu nye apa2 yang berlaku fiz akan tengok blog atau internet..
sampai arwah Ashraf tu pon fiz baru tahu tadi...
fiz ni pemalas sikit nak baca surat khabar..penat mata ni..kah3..

situasi ni semua akan pulih MUNGKIN hari selasa.
huargghhh!!!..lama kan??..stress dibuatnya..
ni pon pinjam beruk + laptop kawan
sedih betul laa..




Hafiz: fiz usahakan laa macam mana nanti ye??....perasan macam ada peminat je..kah3


Wednesday, July 27, 2011

Guru Bagi Maksud Cinta =)

BILA GURU MENTAFSIR CINTA.. ^__^

GURU FIZIK
Cinta adalah merupakan daya tarik – menarik antara kutub positif (lelaki) ke kutub yang tak sejenisnya (tentulah sidia)

GURU BIOLOGI
Cinta merupakan cara mempelajari hubungan antara makhluk hidupan dengan lingkungannya

GURU KIMIA
Cinta merupakan tindakbalas kimia yang tidak diketahui unsurnya

GURU MATEMATIK
Cinta adalah satu cara untuk menentukan daerah ketidaksamaan antara dua garis yang tidak sejajar

GURU PENDIDIKAN ISLAM
Jangan sekali-kali meninggalkan cinta tetapi jangan terlalu dekat padanya kerana hidup ini penuh dengan iblis dan syaitan yang sanggup menggoda manusia untuk membuat dosa dan cinta adalah sasaran dosa (cinta la YG 1 ALLAH itu cinta yg hakiki dpt kan cinta yg halal d dunia dan akhirat)


GURU PENDIDIKAN MUZIK
Cinta adalah ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan

GURU EKONOMI
Cinta merupakan keperluan manusia yang harus dipenuhi sama ada secara langsung atau tidak langsung

GURU SEJARAH
Cinta hanya akan menjadi cinta sekiranya ianya tepat dan benar. Tapi jangan lupa jika ada sebab, pasti ada akibatnya.

GURU GEOGRAFI
Cinta adalah seperti 4 musim yang melanda kebanyakan Negara Eropah….kadangkala berbunga, kadangkala panas, kadangkala dingin dan kadangkalanya luruh

GURU BAHASA
Cinta dianggap indah kerana di dalamnya ada satu kesatuan yang harmonis antara bentuk bahasa dan isinya

Yg pasti tafsir la cinta mengikut kehendak Allah yg satu…bertemu berpisah semua kerna Allah…..
Indah ya cinta kalau agama d serta bersama…cinta ALLAH DAN RASUL ADLH YG UTAMA DAN D'UTAMA
JGN TERPEDAYA KERNA CINTA DUNIA YG SEMENTARA.............

Dugaan Menjelang Bulan Puasa...!!!

Salam 1 auw..auw..auw..
dah lama tak update blog...
sekarang sibuk untuk siapkan video dan uruskan interview...
still tak dapat confirmation lagi...stress pon ada...video hampir siap...nak tengok???malu laaa..buruk beno rupanya...

dugaan yang berat adalah broadband fiz hilang...semalam hilangnya...satu hari fiz menangis di buatnya...satu hari fiz tak guna BB tu..dah laa semalam sibuk shoot untuk video tu..bila malam tadi fiz nak on9 rupa2 nya tak ada dalam beg...fiz tak keluarkan pon dalam beg...dari 100% fiz dapat rasakan 80% dicuri masa fiz ada kelas dekat library masa tu beg dalam loker...10% fiz mungkin salah letak dan baki 10% fiz memang tak tahu dan tak ada ide kemana hilangnya BB tu...ni pon guna kawan punya..serba salah pinjam..tapi terpaksa...tebalkan muka..semalam 1 kerja apa pon tak buat sebab tak berdaya,,badan menggigil otak blank...hari pon tak ada mood..nasib ada kawan sekeliling yang buat lawak bengong..jadi terhibur sikit...

sebab apa fiz kalut sangat bila BB ni??...masa nak buat dulu tu je perlu rm200...tiap2 bulan abah fiz dah bayar...kadang2 fiz bayar dan BB tu dah bayar untuk bulan ni punya...nak terminate fiz takut kena bayar dan nak buat BB baru kena guna duit untuk pendahuluan...fiz tak bagi tahu abah..takut kena marah..hu3...nak bagi tahu adik bradik??masing2 ada masalah sendiri dan nak dibandingkan dengan masalah fiz??..kena ejek je laa nanti...kepala fiz tengah pening ni...abah dah laa banyak guna duit sekrang ni...mak dialisis + appointment dengan doktor pakar yang dikatakan kerap jugak...nak bayar macam2 bil...rasa segan nak susahkan walaupun kenyataan macam tu...sebab tu laa fiz tak sabar nak habis belajar dan kerja bila habis diploma ni tapi mak pesan fiz kena sambung degree selagi ada peluang...hurmmm...

kenapa tak guna duit PTPTN je nak uruskan je kan??..tapi ingat fiz guna duit PTPTN sampai naik sem baru sebab duit PTPTN lambat masuk...sebab tu laa fiz diet....1st sebab nak jimat duit...2nd memang nak kurus pon..kah3...badan dah laa macam kerengga ni tapi diet lagi..perasan..kah3..lepas tu duit nak buat esaimen lagi...duit sewa kereta...barang keperluan....macam2 lagi yang fiz pikir...untuk sem ni je fiz tak beli baju pon..tak de beli brang2 merepek pon...hurmm..siapa kata jadi anak peneroka senang????...banyak masalah lagi nak fikir tahu tak??..abah pon dah tua...

masuk hari ni dah 2 hari hilang BB tu...fiz kena beli BB baru jugak...sebab fiz kena buat esaimen..nak cari maklumat nak cek emel macam2 lagi nak kena buat...kalau setakat fb je fiz tak kisah...hurmmm...segala kemungkinan fiz kena hadapi...fiz akan tunggu BB tu kalau jumpa sampai hari jumaat ni sebab fiz akan buat BB baru hari Sabtu dekat Masjid Tanah...

fiz pon tak nak susahkan kawan2...yang tahu masalah ni pon cuma beberapa ketul je..bagi orang lain ni masalah remeh bagi yang berduit...yang kesempitan duit???...hurmmm...biarlah fiz yang tanggung lebih2...diaorang dengar pon dah cukup membantu...sekarang ni untuk menstabilkan mood fiz baca baca novel je yang mampu...kih3

dah2..fiz pon dah pasrah benda ni berlaku...kalau betul bneda tu kena curi fiz maafkan je...tapi betul BB tu fiz salah letak memang silap fiz yang cuai...benda dah jadi kan???..hidup tetap kena teruskan...

Allah tak bagi dugaan dekat hambanya kalau hambanya tak sanggup...dan setiap musibah akan mendekatkan kita dengan Pencipta kita =)






Hafiz: setiap yang berlaku pasti ada hikmah...

Monday, July 25, 2011

Gula - Gula Dari Telur Unta....!!!

Salam 1 auw..auw..auw..
hari ni fiz upload gambar lagi...
tentang apa??
tentang makanan...
makanan yang macam mana??..
ni gambar gula2 tapi nama gula2 dan bungkusan tu tunjuk yang gula2 tu dari telur unta..
fiz tak tahu laa wujud ke tak..
tapi memang tak sesuai sangat...geli..kah3..
pape pon cekitdot...!!!










Hafiz: prepare untuk shooting video esok... =)

Sunday, July 24, 2011

Review Novel : Anugerah Cinta | Nurmi Syakimi

Salam 1 auw..auw..auw..
hari ni fiz nak review novel ea??..ada sesiapa yang nak baca tak???
nocel lama je pon..fiz tahu ramai yang dah baca sebab novel ni tercalon dalam Anugerah Pilihan Pembaca 2010...hebat laa..
cetakan 1 & 2 novel ni pada tahun 2010..ke-3 tahun 2011..

secara jujurnya ni novel yang ke-4 fiz paling suka...novel ni jenis berat sikit...sangat sedih...
terbaik laa penulis ni...kalau buat drama ni fiz sanggup tengok ulang2...sangat best...siapa yang belum baca boleh baca....tak menyesal punya...terbaik..!!!

novel ni kakak fiz punya...bila dia beli pon tak tahu laa..
fiz godeh2 rak buku rumah tu..jumpa pulak nivel dia...dah macam belacan dah...anak2 dia yang kecik2 tu buat main..kah3

siapa yang belum baca dan yang dah baca tapi lupa fiz ingatkan dengan sinipsis nya :

NUR AMIRA pasrah apabila dijodohkan dengan Tengku Faizal. Pertama kali bertentang mata, Nur Amira telah jatuh cinta. Bermula saat itu, dia mengabdikan dirinya dengan cinta dan kasih sayang yang mekar di dalam hati. Namun, cinta yang bersemi tidak bersambut. Tengku Faizal tekad membenci dan menjauhkan dirinya daripada Nur Amira. Baginya, Nur Amira pemusnah cintanya bersama Julia. Dalam diam, dia merancang mendapatkan kembali Julia yang sudah pergi jauh. Nur Amira tidak berputus asa. Demi cinta dan rumah tangga, Tengku Faizal mesti menjadi miliknya. Sebagai isteri, dia berusaha memikat hati dan cinta daripada suaminya. Biarpun rebah dan tersungkur, dia bangun dan maju selangkah demi langkah agar pandangan suami beralih ke arahnya. Ketabahan dan kecekalan seorang wanita bergelar isteri, akhirnya dapat menggugat cinta antara Tengku Faizal dan Julia. Tengku Faizal beralah dalam diam. Keikhlasan luahan cinta Nur Amira berjaya mengetuk pintu hati. Namun, konflik datang menyentak jiwa. Nur Amira mesti ditinggalkan. Hari demi hari bakal memisahkan mereka. Berpisah bukan kerana maut! Berpisah bukan kerana cinta terhalang!

fiz macam tak sanggup nak habiskan baca novel ni..sebab apa??
setiap bab dan setiap helian penuh dengan dugaan seorang perempuan yang mempertaruhkan hidup dia untuk membela rumahtangga dia atas pilihan keluarga...

Amira dibuat macam sampah...!!!..tunggul kayu...!!!...dibuat Amira macam tak ada perasaan..
kalau cerita ni betul2 ada....fiz sanggup beri penghormatan untuk dia...
bukan semua perempuan sanggup dibuat macam tu...
kalau fiz jadi perempuan tu..dah lama fiz lari dari rumah tu atau buat perkara yang diluar akal fikiran....hurmmmm...tapi kuasa yang maha Esa kan??...sekelip mata je boleh bertukar...

fiz jamin sesiapa yang baca novel ni akan mengalir air mata...
fuhh...!!..bila ingat balik cerita novel ni fiz rasa sedih...
dah2..buat malu kaum je..kah3...





Hafiz: kugapai cintamu biarpun hati sering dilukai.. =(

Saturday, July 23, 2011

Perkahwinan Artis Bertemakan Biru Cair, Coklat dan CUPCAKE...!!!

Salam 1 auw..auw..auw..
hari fiz pergi kenduri kahwin rumah sepupu..
rapat tak laa..kenal2 gitu je..
fiz ni jenis pelupa sikti sedara mara ni...
yang bau2 bacang lagi harap maaaf..memang fiz tak ingat langsung..cuma sedahkan senyuman lesung pipit buat2 mesra2 alam..kah3..
hari ni dalam seumur hidup fiz pakai baju lain dari lain sikit..kih3..
nasib tak de orang tegur..maksudnye tak de masalah laa kan??

mula2 tak nak keluarkan camera..
tapi bila dah teruja tengok CUPCAKE beresepah2 atas meja jadi teringin nak ambil gambar..kih3
jadi gigih laa ambil camera dalam kereta...
penat jadi photographer sebab cupcake tu tak pose...photographer pulak yang posing senget sana senget sini nak gayakan cupcake tu...kah3
lepas tu ambil sikit gambar pengantin...
gambar sendiri???tak de..sebab tak de yang nak tolong ambilkan jejaka yang cute ni..hampeh..kah3

jadi fiz masukkan gambar sikit dalam blog ni..
fiz edit skit..
kalau lawa ke tak lawa ke komen je...
otak dah penat tu je yang mampu...
gambar2 lain tak masukkan..sebab takkan korang nak tengok sedara mara fiz pulak kan??
mesti korang bosan pulak..
jadi jom cekitdot...!!!




cukup laa tu ek??..tak larat nak masuk semua...kih3
pengantin laki tu dari Singapore kerja dalam bahagian Network...yang perempuan tu sepupu fiz..kerja sebagai Arkitek dekat Pulau Pinang..dyorang jatuh cinta bila dikenalkan oleh kawan dyeorang...wah2...zaman sekarang dah maju...kih3

yang cupcake tu pulak,,fiz ada bawak balik....hehehehe
lawa..!!!...sedap??..kureng sikit laa...
jadi fiz suruh anak sedara bungkuskan..nak bungkus sendiri segan..hehehehehe
fiz suruh ambil 6 biji tapi dia ambil hampir 20 biji...harap maaf ye cek pengantin..kih3

hah..!!..tadi tema dyeorang kahwin kan warna biru cair dan coklat...
fiz pon tak pernah terpikir..
boleh tahan lawa...
bunga dekat pelamin semua fresh2 belaka..wangi satu ruang tamu..hu3
pelamin nye pon simple je...tak serabut...nice..! =)

disebabkan fiz punya camera tak boleh nak ambil video..
fiz dengan tak malu dan muka tembok China..fiz pergi jumpa salah sorang jurukamera dekat situ..
fiz cerita laa masalah fiz yang boleh ambil video 16 saat je..
dia cakap..kena beli memory card yang khas untuk ambil video..
fiz punya memory card ni tak kuat menampung video tu yang boleh ambil gambar je..
harganya RM60.00...huargghh,,!!!..mahal...
tapi terpaksa jugak beli...hampeh...







Hafiz: "Artis" dalam tajuk entri hanya sekadar hiasan..maaf =)

Friday, July 22, 2011

~Menangi Laptop Apple Dengan Mudah dan Segera...!!!...~

Salam 1 auw..auw..auw..
kepada sesiapa yang nak menang Laptop Apple dengan mudah??..!!!
cepat2...senang je...
sesiapa pon boleh menang..!!
bukan tipu ni...!!
tapi sekarang ni dah realiti...jadi tak payah sedih dan jeles dengan orang lain..

tapi bukan menang sebab sertai pertandingan..
sebab apa??
korang boleh buat sendiri tau...!!!
macam mana??
korang tengok gambar bawah ni dan aplikasi sendiri....kih3

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
taraaaaaa......







amacam??
boleh buat sendiri kan???
hehehehehehe
semoga berjaya...kih3


Hafiz: bukan setakat apple...strawberry pon boleh...kah3

~Gambar Curang Di Dalam Peti Sejuk...!!!~

Salam 1 auw...auw..auw..
sekarang ni semakinmenjadi-jadi...macam2 jenis curang...
bila curang siapa yang patut dipersalahkan???..cuba cakap??
kadang2 kita tak boleh nak salahkan orang lain...kita kena cermin dulu diri kita..
okey??

pape pon jom tengok gambar curang buah oren ney hah..
kelakar..!!!
cekitdot...





Hafiz: curang adalah seni...kih3

Thursday, July 21, 2011

Daerah Bersejarah Tiada Kedai Camera…!!!

Salam 1 auw..auw..auw…

penat sungguh hari ni..petang tadi kutip durian sampai 81 biji…lepas tu petang tadi betulkan broadband yang rosak tu ,, teman abah cari baju raya..last sekali pergi ke kedai camera…

hah..sebelum tu mesti ramai yang pelik kan dengan tajuk dekat atas tu??sebab apa??..okey2..fiz terangkan sikit….untuk pengetahuan korang…fiz tinggal dekat Kota Tinggi(KT) Johor..dan KT ni dinamakan sebagai DAERAH BERSEJARAH…jangan salah faham dengan negeri Melaka pulak tau???..tu BANDARAYA BERSEJARAH..kan lain tu???….KT dipanggil Daerah Bersejarah sebab dekat sini banyak makam…antaranya makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang…banyak lagi makam yang ada dan dekat KT ni ada satu tempat yang merupakan Pusat Pentadbiran Pertama Negeri Johor….dah2…nak tahu lagi datang laaa KT okey…sebab sekarang ni tengah promosi TAHUN MELAWAT KOTA TINGGI 2011…!!!..yahoo….!!!!

dah2..mukadimah dah cukup lebar lagi bernas..kah3…sebenarnya fiz nak pergi kedai camera tadi petang…nak tanya tentang setting camera DSLR fiz ni..fiz guna camera canon 550D…fiz nak rakam video cuma dapat 16 saat je???…ada sesiapa boleh tolong tak??…buku panduan tertinggal dekat Melaka…nak buat esaimen pon tergendala..hampeh betul…dah terpaksa buat dekat Melaka nanti balik…

disebabkan tu fiz pergi laa KT tadi cari kedai camera untuk settingkan macam mana..puas turun naik escalator yang rosak dekat Gedung Harian…dah giveup tak jumpe pergi beli burger tower dekat Marrybrown..hehehehehe…lepas tu pusing2 semua kedai berderet dekat KT tu tetap tak jumpa jugak…call kawan pon cakap tak tahu jugak..hampeh lagi sekali..kah3…tanya dekat kedai gambar pulak diaorang tak tahu nak buat macam mana…tak payah meniaga laa cik…kih3…huargghh..!!!..stress laa kedai camera tak da ni…camera fiz ni beli dekat Johor Bahru….tak pelaa..dalam mimpi je laa tunggu kedai camera nak bukak…cafĂ© Secret Recipe pon baru bukak dekat KT ni..kah3…

 

 

 

Hafiz: panggung wayang tak da di Kota Tinggi..harap maklum …=)

Wednesday, July 20, 2011

Blogger Di Puji...!!!


Salam 1 auw..auw..auw..hari ni nak cerita sikit..
semenjak dua menjak banyak blogger kena puji dan ada jugak yang kena saman..
macam2 cerita..siapa kata jadi blogger ni senang..??...memang senang dapat masalah..kah3...
yelaa...apa yang kita tulis ni boleh dijadikan sebagai bahan bukti dari orang yang nak saman kita tu tau...bahaya2...nasib banyak tulis pasal Siti je...erk??..
penat dengar banyak kali lagu baru Siti tu...hu3..
dah nak bulan puasa ni kena jinak2 dengan lagu ketuhanan dari Album Siti yang Tahajjud Cinta tu... =)

eh dah melalut sambil makan belut ni...
hari ni fiz nak cerita yang fiz pon kena puji..hehehehe
tak kisahlaa penting ke tak penting tapi merah laa jugak pipi ni..kih3

antaranya:



hah..nampak tak gambar dekat atas tu??...kalau tak nampak bukak je new tab..hehehe..
benda ni baru je berlaku tadi..
biasanya siapa yang add fiz,,fiz akan baca info dulu...sama ada dari budak2 blog jugak ataupun sapa2 je....orang nak kenal kan??...jangan sombong...tapi kadang2 fiz denied jugak siapa yang add tu..sorry ea??...hehehehe

jadi bila bukak wall orang yang add fiz ni tadi ada orang yang post dekat wall kawan baru fiz ni...
dia post apa yang macam dekat gambar atas tu..
orang yang post tu fiz kenal... =)
HUARGGGHHH...!!.terharunya ada orang puji fiz comel...okey gedik dekat situ dah nampak...kah3...
okey2..apa2 pon terima kasih okey??..
fiz ingat lagi ada orang cakap...setiap orang ada kecantikan masing2 ...jadi jangan riasau kalau muka tu macam apa pon...tetap manusia kan??...manusia merupakan ciptaan yang paling sempurna..jadi kena bersyukur....tadah tangan te semua??.. =)




okey..ni yang seterusnya...benda ni dah lama tapi baru hari ni baru nak di hebahkan..
ada jugak yang suka dekat blog fiz ni...ntah apa yang ado pon tak tahu laa..kih3
apa yang fiz tulis adalah apa yang fiz terpikir ...tibai je...kah3
tapi kadang stress jugak nak cari idea nak tulis apa...

yang inbox ni namanya Zaty Zain...seorang pembaca novel yang tegar...hahahaha..
dia terbaca entri yang fiz buat pasal novel Coke & Sundae dulu..
wah..ramai jugak yang minat novel ni..
fiz pon minat gak...walaupun agak ketinggalan..kih3..

ucapan selaut terima kasih kepada cek Zaty yang sanggup baca blog ni...
kepada silent reader pon terima kasih diucapkan..kalau ada laa kan...merendah diri sikit..kah3..
kalau ada idea nak tibai apa dalam blog ni cakap jelaa...
tapi dalam fb laa jwbnye...
=)

Just The Way You Are Menggunakan Recorder...!!!

Salam 1 auw...auw..auw..
hari ni fiz godeh youtube layan karaoke..nak asah vokal laa katakan ..kah3..
mana tawu leh jadi macam Najwa Latif kan???..kah3..sekaraang lagu baru dia tu nak mencanak dekat carta radio..hu3

suara fiz??...setakat nak lawan dengan katak rasanya fiz menang lagi kot??..kah3
dah..sape2 peminat pemain recorder tu boleh laa tengok video ni..
banyak lagi yang fiz jumpa macam lagu Baby,,Grenade,,Dynamite n banyak lagi laaa..
boleh godeh2 sendiri yaww...

hah..sebelum terlupa...video ni orang kita yang buat..maksudnya melayu laa..hu3
cekitdot









Hafiz: nak mantapkan vokal kena minum air masak dan jangan minum ais..!!..petua Siti Nurhaliza =)

Tuesday, July 19, 2011

Pembukaan Anugerah Planet Muzik 2011 Oleh Didie Alias - Lady Gaga Malaysia....!!!

Salam 1 auw..auw..auw..
tadi tengah on9 fb terus teringat dekat Didie Alias sebagai Pengacara Anugerah Planet Muzik 2011..
fiz buat standing ovation dekat dia..sebab apa??..sebab dia laa APM 2011 tak bosan dan tak nampak jelik...hampir semua media mengutuk penganjuran APM kali ini..dah laa berat sebelah pulak tu..hu3...

Didie Alias pon sekrang dah popular dekat Singapore sebab perangai dia yang gila2 tu..
dekat Indonesia fiz tak berapa nak tahu...
fiz suka sangat tengok Didie malam tu....disebabkan nak jadi Lady Gaga...kalau tak silap fiz dia guna 3 baju untuk tu je tau...
bibir dia penuh dengan berlian sampai nak cakap pon susah..kah3...

nak tengok tak macam mana pembukaan APM hari tu??
fiz ulang je tak habis2..seronok..!!
cekitdot..!!




amacam??
tapi ramai yang ngutuk dia...dan tak kalah jugak yang sokong...
tapi dari perspektif fiz...Didie Alias Terbaik..!!
=D

Lagu Ungu Feat Rossa : Ku Pinang Kau Dengan Bismillah

Salam 1 auw...auw..auw..
hari ni nak tunjuk lagu baru keluaran Ungu ni..feat Rossa lagi...
ni lagu terbaru.....sempena sinetron terbaru dekat Indonesia...
nak nak dekat bilan puasa kan??..jadi hampir semua sinetron dekat Indonesia dah tayang cerita yang berunsur relegi atau unsur keagamaan....pelik???...kenapa nak pelik??..tak perlu pon sebab semua tahu kan kalau episod setiap sinetron Indonesia brapa banyak kan??...tu yang awal....

tanpa buang air liur membaca..
mari kita menyanyi....ada lirik sekali...
jom cekitdot...








Hafiz: tajuk lagu ni ala2 novel pulak...kah3 =D

Monday, July 18, 2011

Virus Facebook Mula Tersebar...ALERT...!!!

Salam 1 auw..auw..auw..
hari ni mula kecoh dekat FB tentang virus yang mula merebak..
sapa laa tak de keja buat benda ni semua...
ish2...
suka menyusahkan tau....

ni keterangan tentang virus tu:

VIRUS BARU KAT FACEBOOK !
PENERANGAN

1. virus tersebut tersebar melalui
IM dimana dia bermula dengan
chat
......"hi. how are you?"
2. kemudian korang reply pd chat
tersebut , dia akan hantar
"Wanna laugh? :)"
3. selepas korang reply , dia akan
menghantar kan
"It is you on the video ?)) want to
see?)"
4. then lepas tu , dia akan hantar
satu LINK & link tu laa VIRUS
korang faham tak??
huhuhu..mungkin kalau ada yang mengalami lagi senang nak faham..
tapi kalau fiz benda ni jadi dekat Inbox..
fiz terkejut dapat inbox dari musuh fiz masa dekat sekolah dulu..
nak ape pulak budak ni..buang tebiat ke kan??
so,,malas laa nak reply..kalau betul bukan virus pon,,tunggu tikus bertanduk pun belum tentu fiz nak reply..kah3

jadi..semua kena hati2 okey???
siapa yang dah klik link tu kena laa tekan antivirus korang tu =)



Hafiz: FB semakin melalut bila ubah CHAT dekat bawah tu..huh..!

BERSIH di Melaka...!!!

Salam 1 auw..auw..auw...
malam ni nak cerita sikit tentang BERSIH...mari kita BERSIH kan gigi sebelum tidur ye??kih3
tak de laa...nak gurau mrepek je..
dah lama sebenarnya fiz nak update entri ni tapi baru hari ni berkesempatan..

gambar yang bakal korang tengok nanti adalah gambar masa FESKOM & INDUCTION
tu acara yang dikendalikan oleh pelajar2 senior dan induction tu untuk pelajar sem 1...jangan risau semua nya best2 belaka...
setiap pelajar sem 1 akan dibagi beberapa kumpulan mengikut warna...antaranya adalah warna BERSIH....warna apa??..warna kuning laa..kah3....dan setiap warna ada tema iaitu tema Filem - Filem Melayu....warna kuning ni dapat Filem Hantu Kak Limah..kah3...

yang senior macam fiz ni ..ermm..padahal baru sem 3 kan??..kah3....kitaorang kena jaga warna purple..dan dapat Filem Zombi Kampung Pisang...ada macam2 filem lagi macam Pisau Cukur, KL Ganster, Adnan Semp-it..ermm...banyak lagi laa....dalam perarakan semua kontigen yang mewakili setiap filem dimenangi oleh FILEM MAGIKA...!!!...siap junjung2 segala bagai...kah3

jadi semua jangan salah faham ye??
diaorang pakai baju kuning sebab ada induksi tu bukan sebab BERSIH ye...
hehehehehe...
warna kuning ni mewakili filem apa??
jom cekitdot...


siap bawak kak limah lagi..kah3



kita bako je..kah3


sebelum berarak


Hafiz; warna purple kalah..kah3

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...