Friday, April 29, 2011

~Blog Saya Sudah Mencecah 1 Ribu UV Sehari dan Follower Semakin Mencanak...!!!~

"Alhamdullilah...
macam tak sangka pulak kan???
betul ke benda ni berlaku??
rasa macam nak jerit dekat semua orang dan buat press conference sekarang ni...
terima kasih semua...!!!~"

hah itulah kata-kata fiz bila tajuk entri tu menjadi kenyataan...
tapi boleh ker???
fiz tak kisah berapa ramai pon follower atau berapa juta yang nak baca blog sengal ni..kih3
yang penting fiz epy dengan apa yang ada sekarang ni
semua nak jadi macam tajuk entri yang fiz buat tu kan??
gila ke tak nak???
tapi kalau dah nasib menyebelahi apa salahnya kan??
tapi nanti jangan bongkak pulak
nak kena tembak ke??
hehehehehe

tapi agaknya boleh tak ek????
boleh je kalau fiz jadi artis nanti..
hurmmm...alamatnya berkurun laa jawabnya....kah3
seronok je jadi orang yang blog dia popular kan...
mesti korang bohong kalau korang cakap korang tak bukak link atau entri yang menerangkan cara2 nak promosi kan blog kan???
macam ikut..tapi pi mai pimai tang tu jugak..kih3

jadi sebagai kesimpulannya adalah kesabaran...tapi kadang kurang sabar jugak kan???..kah3


Hafiz: buat entri Mat Jenin sikit pagi2 ni.. =)

Thursday, April 28, 2011

~Remy Ishak Buat Hal...!!!~

Selamat senja dan salam 1 auw...auw...auw..
seperti biasa fiz akan update 1 entri kan??
hari nak update entri pelakon yg sedang meningkat naik siapa lagi kalau bukan Remy Ishak pemenang pelakon tv popular...

dia buat hal apa pulak??
dia dan Tiz datang ke 1 pejabat media ni untuk promosi filem terbaru apa lagi kalau bukan Nur Kasih The Movie....
dah laa masa temubual tu muka acuh tak acuh dan orang tanya lain jawab lain..
apa lagi naik bengang laa wartawan ni...

okey..cerita nya macam ni..
wartawan ni tanya laa degan dia tentang acapkali watak yang dia bawak...
lepas tu si Remy ni cakap pulak yang si wartawan ni tak buat kajian dan tak tengok karektor2 yang dia pernah bawak sebelum ni???..amboi....kasar nampak...baru menang 2 kali pelakon tv..bukan filem lagi ye cek abang??..
dari awal apa yang wartawan tanya dekat dia..dia jawab lain...
akhirnya wartawan tu buat tak tahu je..nak dihalau dari pejabat tu tak elok pulak..tuan rumah katakan..

kemudian sesi fotografi pulak..
dia wat hal lagi..
dia sound2 jurugambar tu...smua angle yang jurugambar tu nak dia tak suka...dia kata nanti hilang seri wajah dia dalam gambar tu...tak paham betul laa...

bengang tahap singa dah wartawan tu..lepas habis je semua tu wartawan tu terus tinggalkan dia..
tiba2 dapat sms dari Remy yang meminta maaf atas kejadian yang berlaku...mungkin pihak pengurusan dia tahu kot yang tindakan Remy ni salah??..
lega laa sikit wartawan ni...

TIBA2..Remy update status dekat Twitter...
dia cakap apa??
nak tahu tak???
dia cakap..."kerja aku hanya sebagai seorang pelakon bukannya nak jaga hati orang"..
eh??..mamat ni..nampak sangat tak ikhlas mintak maaf tadi...
ke PA dia yang buat??..kih3..

hurmmm...belum menang pelakon filem tebaik dah besar kepala macam ni...
kalau pihak media tak nak buat liputan tentnag anda lagi jangan nak bising pulak ye???




Hafiz: teringat Siti Nurhaliza yang tak ada masalah dengan pihak media.. =)

SANTAI BEN ASHAARI : KENAPA AKU SEORANG BLOGGER


Dah lama tak join segmen cek Ben Ashaari...hari berkenan nak join sebab nak hilangkan kekusutan kejap..nama pon segmen santai kan???....nak join jugak???....boleh terus terbang ke sini ...bedasarkan tajuk tak boleh lebih dari 100 patah perkataan....errmm nak cakap apa ek???
ehemm....fiz tak sebut aku tau sebab macam ganas sangat pulak bunyinye...kih3..

Fiz seorang blogger kerana nak tahu apa perbezaan orang bandar dan luar bandar tulis dalam blog mereka. Bukan tu je kebanyakan penulis blog adalah pelajar universiti dan pelajar sekolah dari situ fiz boleh tengok perbezaan dalam entri mereka. Ada yang cerita tentang peribadi jadi fiz boleh jadikan pengajaran dan ada yang cerita tentang dunia semasa jadi fiz antara orang yang ada informasi selain baca surat khabar...tak semestinya blogging ni membazir masa kan?..yang paling penting pada fiz adalah kita berblogger bukan sebab nak duit atau populariti je tapi nak dapatkan sesuatu yang dinamakan kepuasan =)

(91 patah perkataan)

~Face Painting Yang Terbaik ...!!!~

Selamat petang semua dan salam 1 auw..auw..auww..
semalam dah buat entry sedih kan??
hari ni kita buat entri tentang gambar pulak...
mood belum stabil nak buat entri bertulis ni...kih3
mengade kan???
tapi tak pe...
tengok gambar face painting yang menarik dan menakutkan ni....
siapa rasa muka dia tak lawa ke tak ensem boleh buat face painting..kih3



















Hafiz: yang mana jadi pilihan hati???...kih3

~Sedih - Kejadian Petang 26 April 2011~

hurmmmm..
pagi buta ni nak buat entri peribadi sikit...huhuhu..
tak tahu nak cerita dengan siapa lagi dah walaupun tyqa dan mas dah tahu..huhuhu..
selagi tak tulis tak boleh tidur pulak...
ni siapa yang nak baca pon boleh..
siapa yang nak mengintip je pon boleh..huhuhu..
okey..
nak part sedih ni...

setiap senyuman dan gelak ketawa dari sesorang tak melambangkan dia sedang gembira sebab hati dia kita tak tahu macam mana lagi kan???
hurmmm...

sebelum baca..kalau nak dengar efek sedih lebih sikit pasang lagu ni..kih3


*si EJ - watak utama*

ingat tak yang fiz cerita pergi jalan dekat bandar Melaka hari tu???
petang tu sebelum pergi pantai pergi Dataran Pahlawan kejap,,,berkaraoke untuk habiskan masa...
dah habis tu pergi beli Papa Roti..sebab feveret mas....
sekali jumpa dengan kawan sekampus..dia keluar dengan siapa???
macam pernah nampak dan look familiar dari belakang....
fiz cuba laa ngendap dan tengok...
rupanya si EJ....!!!..masa tu tengah makan aiskrim..dan ais krim tu hampir sangat nak jatuh...
nasib kawan tegur.....
nak tahu siapa EJ??...cari dekat post lama2 dulu...
last fiz jumpa adalah 10 Februari 2011..dan jumpa semula pada 26 April 2011...
lama gilaaa..!!!
rindu yang teramat sangat...
teringat muka dia bila senyum....okey..dah melalut ni..kih3...
masa berbual dengan kawan sekampus tu dia sekilas pon tak pandang sebab dia tahu fiz ada dekat situ...
tak sangka pulak dia ada dekat situ sebab hari keja..!
tapi kalau dah takdir nak buat macam mana kan...
senangnya dia lupa dekat fiz...hilang semua janji2 dia selama ni....
fiz sedih sebab janji yang dia tak pernah tunaikan...

sekarang dia dah berubah...
dia dah pandai bergaya...dah boleh belanja orang...dan pakai Blackberry..!!
ingat lagi dulu yang dia mengadu dia tak pernah cukup duit sampai catu nak makan...awal2 kerja kan..biasalaaa...
tapi sekarang???...tahniah..impian dia tinggal tukar kereta je...
fon dulu tu pun dia ngadu tak pernag cukup duit nak beli top up..
sekarang dah guna bil....hebat..

dulu tiap hari fiz doakan dia untuk dapat client...sebab duit dia bertambah bila client semakin banyak...ni laa usaha akhir fiz untuk dia berjaya....
rasa lega sikit....

kata2 akhir dia adalah dekat chat fb... =(
"kau adalah manusia yang paling kurang hajar pernah aku jumpa"
bagai nak pengsan bila dengar kata2 tu....
dia tak pernah nampak pengorbanan orang lain...
dan dia tak tahu cerita sebenar....
biarlah...
satu hari nanti dia tahulaa kot...
dia pon tak kan baca blog fiz ni sebab dia sekarang dah on9 FB pakai Blackberry je...
biarlah dia bahagia...
lagipun adik dia ramai lagi dekat luar sana....
fiz ni antara orang yang terbodoh dari semua orang tu...kah3..

jangan risau sebab fiz dalam proses lupakan dia...
anggap tak pernah kenal dia...
buang segala kenangan ngok ngek dengan dia...
sabtu ni fiz dah balik rumah untuk cuti sem..
jadi senanglaa nak bina semangat baru....
mana tahu leh cari orang baru next sem???..kah3...nonsense ok..!
selamat tidur semua...
=)






Hafiz: EJ bukan seorang kekasih atau sahabat tetapi semacam hubungan terangkat laa ni....jadi dalam erti kata lain perkataan "sayang" dalam lagu tersebut bukan sebagai seorang kekasih tetapi sebagai apa ek???...kih3...sebagai saudara kot??...letiupss...

Wednesday, April 27, 2011

~Maya Karin Bertudung???dan Kenapa Dengan Aaron Aziz???... Mencari Guru Ilmu Agama~

Selamat Senja dan salam 1 auw..auw..auw...
senja ni kita keluarkan cerita yang keagamaan sikit ea...
baru laa tenang sikit kan???

kita cerita tentang Maya Karin pulak ea??
betul ke dia bertudung???..jawapannya adalah betul...!!!
sebab sekarang ni dia tengah berlakon dalam filem Ombak Rindu arahan Osman Ali...yang memegang watak Izzah..
merupakan seorang gadis kampung yang lemah lembut,,mengajar ngaji,,seorang yang lemah lembut dan berasa di landasan lorong agama yang benar..serta seorang yang pasrah dengan ketentuan Ilahi...


gaya maya karin bertudung dalam filem tersebut....


disebabkan tu dia melantik sorang guru agama untuk mengajar dia mendalami serba sedikit tentnag agama...3 minggu sebelum mula pengambaran dia berlatih selama 2 atau 3 jam setiap hari dengan cikgu tersebut...dan untuk dpatkan watak gadis kampung pulak dia selalu dengar lagu tradisonal....biasa laa..Maya ni kan kacukan Jerman...jadi Melayu dia agak kurang sikit laa...huhuhu....tapi hebat tak Maya mendalami watak dia???

filem ni diadaptasikan dari novel popular hasil nukilan Fauziah Ashari dan terbitan Astro Shaw Adn.Bhd dan Tarantella Pictures Sdn Bhd.

tapi kenapa dengan Aaron Aziz???
sebab Aaron Aziz akan jadi watak utama dalam filem ni...
kalau tak silap jadi suami kepada Lisa Surihani....
hah???....nak tengok tak macam mana kemesraan sepasang suami isteri yang dilakonkan oleh mereka??....kena laa tunggu filem ni nanti..kih3...
selain tu ada Julia Ziegler dan Bront Palare....






Hafiz: sedih......

~Ahmad Idham Bakal Bergelar Doktor???~

Selamat tengahari u olls dan salam 1 auw..auw..auw..
hari ni bangun awal sebab pergi pejabat bendahari bayar bil eletrik..
melayang lagi duit di akhir sem ni kan...
kalau tak bayar tak dapat kolej next sem siapa nak tanggung???

dah2...jangan nak merungut pulak..
hari ni fiz nak cerita tentang pengarah filem yang hot sorang ni...
dah nak jadi doktor pulak dah...
semakin hebat sudah...
macam bersaing dengan prof madya razak tu je???kih3...

sekarang dia dah hantar borang untuk menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia peringkat PhD industri dan akan bergelar Doktor dalam 2 tahun lagi..
sekejap je kan??
anda tak teringin ke??...kih3
tapi sebelum ni Idham dah ada ijazah dalam bidang perakaunan tau...
jangan main2 tapi tak sangka jadi pengarah filem pulak..kih3..

kenapa pilih UUM dan tak pilih universiti oversea kan??
dia kata UUM ada menawarkan bidang ni dan dalam jangka 2 tahun saja..
lagi pun dia boleh buat tesis tentang filem tempatan dan boleh dijadikan bahan rujukan untuk orang lain pulak kan...
bagus Ahmad Idham..
lepas ni buat filem yang lebih bagus....
=)










Hafiz: jiwa merana....hurmmmmmmmm

Tuesday, April 26, 2011

~Rihanna Dan Usher Sah Bercinta???~

Selamat malam u ollsss..dan salam 1 auw..auw..auw...
hehehehe...
hari ni kepenatan baru balik dari jalan2 di ZOO Melaka, JUSCO Ayer Keroh, Dataran Pahlawan dan Pantai Klebang ....
macam perkara yang dibuat untuk hilangkan stress sempena exam...
dan tinggal satu paper je lagi iaitu Sociology hari sabtu ni...
lepas tu pulang ke rumah untuk rehat dan bersukaria...
tak sabar nya...!!!



posing di Pantai Klebang@Pantai 1 Malaysia..jangan tanya kenapa muka hitam sebab pergi ZOO tengahari..kah3


hurmmm...
dah2...
dah lama fiz tak cerita tentang artis antarabangsa kan???
hah..!!!...hari ni fiz nak cerit tentang penyanyi yang popular duet dengan Britney Spears ni..
katanya dalam diam2 dah bercinta dengan Usher...
betul ke???

dan jawapannya adalah betul sebab dibocorkan oleh orang pengurusan Usher sendiri...
baru2 ni diaorang ada aturkan pertemuan di Hotel Rendezvous, New York dan kononnya mereka berdua dah pastikan tiada seorang pon tahu tapi terkantoi pulak...

minggu lepas diaorang bercuti puas2 tanpa ada gangguan dari pihak orang ramai dan kononnya privasi laa ni...
disebabkan tu ramai yang nampak mereka ni kalau bercium penuh semnangat dan ghairah sekali....
takkan ciuman teman seghairah tu kan??
dan menyedahbabkan terang lagi bersuluh mereka bercinta...

tapi tak pe laa kan sebab Rihanna pon dah banyak kali putus dengan laki lain selepas tragedi Chris Brown dan harap2 hubungan ni kekal je laa....
yang Usher pulak dah lama menduda lepas bercerai dengan Tameka Foster pada tahun 2009..
jadi semua ada hak nak bercinta...
tapi kalau diaorang duet mesti gempak kan???....





Hafiz: pengsan...

Monday, April 25, 2011

~Tarikh Ashraf Muslim Nikah 1 Syawal di Mekah...!!!~

hah..!!
hari ni entri ke tiga...
semenjak dua menjak ni rajin pulak fiz update entri...kih3
seronok je selalu....
kih3..

baiklah...
di entri senja ni fiz nak cerita tentang Ashraf Muslim..
bukan tentang dia bertunang atau gambar2 dia bertunang..
sebab fiz rasa hampir semua blogger dah buat entri tu kan???
tapi untuk hari ni nak buat tentang dia bernikah pulak..

padahal baru hari sabtu dia bertunang kan???
tapi dah tarikh nikah uolsss....
pantas Asharaf Muslim ni hah...!!
garit sunggoh noh..!
kih3...

dia kata dia tak nak tunang lama2...
biasa laa...
tak seronok tunang lama2 ni....kalau dah ada duit apa salahnya cepatkan kahwin biar tak ada mulut sumbang....lagi pun dia tu kan sekarang idola islamik sikit....

impin nak nikah dekat Mekah dah lama..
jadi setelah dua2 pihak berkenan jadi laa nak kahwin dekat mekah..
katanya mengikut sunnah Nabi S.A.W...
jadi ramai laa lepas ni kahwin dekat Mekah ye??

jangan risau dan sedih sebab nanti dia akan buat resepsi dekat Shah Alam dan Melaka..
HAH..!!..MELAKA???...tempat fiz belajar ni...!!!
nak datang laa macam ni...
nak tempah kereta sewa awal2...kih3...
jangan jeles uolllsss...
tapi tarikhmya belum ditetapkan lagi....
harap bersabar laa semua ye????

kalau tak silap Ashraf Muslim merupakan artis kedua selepas Umie Aida yang nikah di depan Ka'abah....
sejuk je nanti....hurmmm


Hafiz: nak tanya...hari raya pertama boleh buat majlis nikah ea???...lupa laaa....

~Mentor 5: Ika(edry) berduet dengan Allahyarham Sudirman...Bagaimana???~

hah..!!
ingatkan nak stop kejap dari update blog tapi disebabkan fiz tengok video mentor ni lain dari yang lain..
sangat mengujakan...
kalau yang dah tengok dekat tv semalam lain laa cerita kan???
ni yang tak tengok tv macam fiz ni macam mana pulak kan?
jadi mari kita bersama-sama tengok video nya..
taraaaaa..




amacam???
hebat tak???
vokal???
tu bukan hak fiz nak komen.....cewaahh..!!!
kah3...

~Siapa Tersingkir, Digugur dan Diserap di AF9???~

Selamat pagi uollsss dan salam 1auw..auw..auw,,
lebih kurang 3 hari tak update blog ni...
lama jugak kan???
fokus exam 1...laptop rosak pon 1 hal jugak...
ada je buat hal dia ni....
geram betul laa...
nasib malam tadi ada hero yang betulkan laptop antik ni...kih3
tak boleh kutuk laptop ni nanti dia merajuk lagi pulak..kih3

mari kita mengetahui perkembangan semasa industri hiburan kita okey???
apa lagi kalau bukan AF9 laa...
dari apa tajuk yang fiz tulis kat atas tu siapa yang tahu???
yang tengok mesti laa tahu kan??
yang tak tahu??
okey...
dan taraaa....


hah??
nampak tak??
yang tersingkir adalah Miza..
yang digugurkan ialah Aida dan Amir..
yang diserap ialah Hazama dan Fina..

ada yang suka dan ada yang sedih..tu memang dah drama rancangan realiti..
tak boleh nak kata apa kan???

tapi ramai yang tak puas hati juri tetapnya iaitu Ogy..
ramai yang cakap kenapa tak gugur kan Ogy tu sekali???
hah..!!..ramai yang kata macam tu sebab dia selalu jatuhkan air muka pelajar....
ntah laa ek??

secara ironinya...Fina yang dibawa masuk semula adalah adik kepada Aida yang digugurkan....WOW..!!..letop...jadi seteru pulak lepas ni.....yang Hazama adalah ex-pelajar konsert prelude AF4...mesti ramai yang ingat lagi kan??..kalau peminat setia AF laa...kih3

apa2 pon fiz doakan mereka berjaya je laa kelak ea??






Hafiz: siap sedia untuk exam petang ini....!!!!

Friday, April 22, 2011

~Tayangan Perdana Muzik Video Alyah - Kisah Hati~

Selamat pagi dan salam 1 auw..auw..auw..
hari ni fiz di antara orang yang terawal dah tengok muzik video Alyah yang terbaru...!!!!!
seronoknya..
video tu sempena lagu terbaru dia yang bertajuk "Kisah Hati" ..
hero dalam video klip tu adalah Remy Ishak..mesti ramai dah tahu kan????...
Sumpah lawa video klip dia...ni bukan sekadar puji je tau...
setaraf dengan antarabangsa laaa......
tak rugi nak tengok....
mana fiz tegok???..adalah...
tapi hari tu dia ada buat sidang media untuk portal hiburan,radio Hot FM,Suria FM dan Era...
fiz tengok yang asli tu....

Saat yang paling mendebarkan dalam video ni adalah Remy Ishak nak pegang tangan Alyah..JELES..!!!..kah3...
part yang Remy Ishak peluk Alyah dari belakang sangat menjadi okey..!!!
tak nampak kaku pon..
dalam ni pon boleh nampak Remy menangis....
huhuhuhu...

nak tengok tak???
okey...
dan taraaaaaaaaaaaaaaa...



anda antara orang terawal yang tengok
sebab video ni belum rasmi di khalayak ramai lagi ye...
secara rasmi di tv adalah pada 24 April 2011 jam 5.30 petang di Astro Ria (saluran 104)

video ni fiz ambil dekat laman web Hot FM...
jadi kalau gambar nya tak lawa sikit jangan marah laa ye...
yang khas untuk You Tube belum keluar lagi..
jadi kena bersabar laa ye??

hah???
amacam??
ada suka tak???
=)



Jurukamera: Wong Chun Hung
Arahan: Ghaz Abu Bakar
Baju: Rizman Ruzaini dan Amir Luqman
Jurusolek: Bosco Ryzal

Good Job guys..!! =)




Hafiz: feeling2 Remy Ishak kejap..kah3

Thursday, April 21, 2011

~Filem Khas Untuk Usop Wilcha - Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bagladesh...~

Selamat petang kepada semua dan salam 1 auw..auw..auw...
hari ni ni entri ketiga untuk and semua..
hehehehehe...
semangat kan update...???
mungkin broadbang laju sangat kan..
terima kasih Maxis...

dah2...
nampak tak tajuk dekat atas tu????
hebat tak???
ni bukan cerita tipu tau...tapi betul2 punya...
ni adalah filem terbaru dari Mamat Khalid dan Usop Wilcha jadi watak utamanya..

bukan tu je tu u ollsss...
Zizan Raja Lawak pon berlakon jugak dalam filem ni nanti...
cuba teka jadi apa???
dia laa yang jadi Werewolf dari Bangladesh tu...
tapi apa pulak watak Usop Wilcha dalam filem tu kan???
hah..!!!
tu yang kita tak tau...kih3..

filem ni katanya masih di peringkat pre-production dan akan shooting bulan Julai 2011
mungkin selepas siap shooting sekuel Hantu Kak Limah Balik Rumah iaitu Husin, Mun dan Jin Pakai Toncet....semua bertemakan hantu kan??

Filem Khas ni bukan disebabkan aksi Usop Wilcha dalam Anugerah ABPBH hari tu tapi memang dah lama dalam perancangan ditambah pulak fenomena dialog dia tu macam "kita bokor,,kita bakor" dan "ce citer ce citer"....

Jadi tunggulah je nanti filem yang dihasilkan oleh adik Datuk Lat tu ek.....





Hafiz: bila nak Mamat Khalid nak ambil fiz jadi pelakon pulak???...kih3

~Kad Kahwin Zed Zaidi Berbentuk FACEBOOK...!!!~

Diam2 dah nak kahwin bujang ni hah..
cepat je bekas finalis Hero Remaja ni nak kahwin..
dengan siapa???
dengan Natalia Musatafa Kamal, 28 tahun...
Zed pulak 31 dah..okey laa tu dah nak kahwin kan???

dan inilah gambar kad kahwin mereka...taraaaaaa



hah??
amacam??
comel tak???
luar biasa kan???

Majlis akad nikah = Restoran Felda Villa
Majlis resepsi = 7 Mei di Dewan Perdana Felda
Tema = moden tradisional...


CREDIT TO www.lirikme.com


Hafiz: lepas ni ada orang buat Twitter pulak...kih3

~AF9 tiru Mentor...!!!~

Selamat tengahari dan salam 1 auw...auw..auw...
sorry..sorry...sorry..(ikut nada lagu kumpulan korea tu...kih3)
sebab semalam tak sempat update blog sebab fokus untuk exam tadi pagi...
format yang di bagi untuk jawab exam sebelum ni sangat berbeza...!!!
sekali bukan paper tadi ramai yang pengsan sebab tak mapu nak jawab..
jadi ramai laa yang keluar awal...
subjek baru memang macam ni laa...
agak kucar kacir sikit.....
fiz boleh jawab tak???....kalau 2 markah tu nak dapat bayang 1 belum tentu lagi....kah3..
pasrah je laa...(feeling2 Erra Fazira)

dah2...
baru semalam tak update rupanya hari ni dah ada berita HOT lagi PANAS...!!
sebab apa???..
AF9 dah macam MENTOR.....
sebab apa??
AF9 melakukan pengguguran pelajar...!!
macam Mentor tak??...macam Ziana Zain dulu tu...zaman Siti Nurhaliza dulu...
hah...alasan yang sama iaitu mencari juara penutup yang betul2 layak...
hurmmm....drama sangat..

persoalan sekarang siapa yang bakal digugurkan??
berapa orang yang bakal digugurkan??
siapa pengganti yang digugurkan??
dari mana dapat pengganti yang digugurkan??
dapat ke orang yang diganti tu nanti menyerlah???
ke sama je nanti???
tapi semua persoalan tu belum terjawab lagi.....
kena tunggu orang besar AF9 cakap laa gamaknya..

tapi khabarnya ada 2 orang pelajar yang selamat dari kena buang ke laut tu...
siapa lagi kalau bukan LENA dan ERUL..
kenapa??
mengapa???
why??
sebab katanya mereka ni konsisten tiap minggu tapi tak tahu laa macam mana kan??





Hafiz: macam2 hal....

Tuesday, April 19, 2011

~Cara Lelaki Berus Gigi...~

Selamat petang dan salam 1 auw...auw..auw...hehehehehe
petang ni fiz update lagi 1 gambar untuk jadikan tontonan di hari bosan anda...
jemput laa tengok...
taraaaaaaa...


hah??faham tak???
tengok kali pertama memang agak tak faham laaa..
ulang punya ulang baru laa faham,...huhuhu
kalau perempuan macam mana ek??...kih3






Hafiz: tinggal beberapa jam sahaja untuk jawab exam...!!!

~Surat CINTA kanak-kanak...comel...!!~

Selamat Tengahari dan slam 1 auw..auw..auw..
dah lunch???...
siapa yang diet tu bagus..teruskan usaha..kih3..

sambil2 study untuk final esok..sempat fiz nak update blog sebab stress baca buku..kih3
hurmmm...
disebabkan tu fiz masukkan gambar je untuk hilangkan stress anda nak baca jugak..kih3
baca sikit je pon..
jangan merungut pulak..
tengok dan baca...
taraaaaaaaaa......



hah??
dah baca???
comel tak??
simple je...tentang GRAMMAR???...tak payah laa nak berkira sangat...tu yang menjadikan surat cinta tu agak pelik dan kelakar sikit..kih3

ENJOY...!!!






Hafiz: kusut dan penat...

Monday, April 18, 2011

~46 Tips Mudah Lelaki untuk Kekasih...perempuan pon boleh baca~

Selamat Petang dan Salam 1 auw..auw..auw..
hurmmm...dari td tak tahu nak update pe jadi disebabkan dah lama tak update tentang tips,,fiz akan cerita sikit tentang tips okey??

hari ni tips untuk lelaki buat awek dia bahagia dengan cara yang mudah...
cuma baca dan praktik kan...
tak payah nak baca tips yang berjela-jela tu...

okey...GO..!!!:

  1. Jadi sebagai kawan baik
  2. peneman sepanjang hayat
  3. pecinta yang setia
  4. "abang" yang melindungi
  5. Bersikap seperti bapanya
  6. ketua yang bertoleransi
  7. Chef yang pandai memasak
  8. juruteknik yang handal
  9. Tukang baiki kasut-kasutnya
  10. pembetul paip di rumahnya
  11. mekanik kereta di saat keretanya rosak
  12. penghias rumahnya
  13. penggaya fesyennya
  14. tukang urut kakinya yang lengguh
  15. pakar psikologi
  16. pakar psikiatri tatkala dia murung
  17. pelega perasaanya
  18. pendengar yang baik
  19. perancang acara yang hebat
  20. bapa mithali
  21. pembersih
  22. simpati terhadap orang lain
  23. atlet yang gagah
  24. pelindung di kala dia dikacau
  25. konsultan di kala dia perlukan nasihat
  26. bijaksana
  27. pelawak yang kelakar
  28. bercita-cita tinggi
  29. kreatif
  30. sangat memahami
  31. kuat dan gagah
  32. benar
  33. boleh diharap
  34. bersemangat
  35. "multitasking"
  36. bagi pujian tiap hari
  37. ucapan "good night" dan "sweet dream" tiap malam
  38. jujur dan bercakap benar...
  39. harta dan duit...erk??
  40. jangan jeling perempuan lain ketika bersamanya
  41. pimpin tangan nya kektika lintas jalan....tapi tak sesuai untuk islam yang belum berkahwin ea??!
  42. beri penuh perhatian tanpa hara balasan'tak mengongkong
  43. jangan lupa tarikh hari jadinya
  44. jangan lupa tarikh ulang tahun anda
  45. jangan lupa rancangan atau temujanji yang dibuat
  46. sesekali bagi hadiah yang simple...tak perlu branded dan mahal.. =)

Hah..!!!..banyak tak???
agak2 boleh ikut tak???kih3..
ada yang boleh dan ada yang tak kan???...ikut kesesuaian okey??
=)






Hafiz: siap sedia untuk study...!!..yeah..!!!

Sunday, April 17, 2011

~Kenapa???~

Selamat Petang dan salam 1 auw...auw..auw..
rindu nya nak tulis blog walaupun blog ni cikai je...
tak ada orang baca pon..kih3
semalam tak sempat nak update sebab jaga mak sepanjang hari di hospital...
mak kena buat operation dekat betis...buang nanah...
sekarang dah elok....
tapi kadang2 kan terpikir jugak takut pemergian dia nanti...
sanggup tak fiz nak hidup tanpa dia nanti ek???....
memang semua orang nanti akan pergi buat selama-lamanya tapi fiz belum sedia lagi nak tengok orang yang fiz sayang pergi dulu...
rasa baik fiz yang pergi dulu kan???...ni fiz fikir je...fiz ni waras lagi...bukan ada niat nak bunuh diri pon...huhuhuhu...

hah..!!...tajuk dekat atas tu saja je letak sebab tak tahu nak letak tajuk apa...kih3..
sebab hari ni fiz nak buat entri peribadi sikit..dah lama tak buat kan???..
kadang2 tak sanggup nak pendam lama2..penat...!!!
tak nak baca pon tak apa...
kalau dah baca tu senyap2 je...kih3...

hurmmmm...
nak cerita apa ek???
hah...!!!.final exam dah dekat...hari rabu ni fiz dah start dengan kertas CMP281...Communication Manegerial Process...tajuk subjek dia je dah gempak tau..huuhuu..
teringat pulak masa jawab exam lepas..gemuruh sungguh..yelaa..baru jejak kaki dekat universiti kan...cara exam dia berbeza dengan sekolah...selama 6 bulan belaja sem lepas dan jawab exam dengan bersungguh2..akhirnya fiz dapat keputusan dengan agak cemerlang...fiz sangat tak sangka dapat result macam tu sekali..sumpah...!!!...sedih tengok depan laptop ni hah....sebab result klua dekat emel...huhuhu....sedih sebab penat lelah fiz buat kerja selama tu berbaloi...sedih sebab course yang fiz pilih tak pernah salah walaupun ada tentangan dari beberapa ahli keluarga...sedih sebab fiz tak pernah dengar masa sekolah dari dulu lagi orang cakap TAHNIAH HAFIZ...!!!...masa sekolah fiz dipandang remeh...tak kisah siapa pon...fiz sedih sebab akhirnya dapat buat mak dengan abah bangga....hah..!!..korang sedih tak??...kih3

dari tu masuk laa sem 2 yang mencabar ni hah...macam2 sampai terlewat hantar esaimen...sem 2 ni banyak sangat buat kerja group...penat...sebab kita kena puaskan hati semua orang...fiz kena mengalah tiap masa...fiz kena "buli" dalam tiap kali kerja group...fiz penat tau tak kadang2...fiz tak pernah merungut tak pernah berkira walaupun sikit...tapi ada sampai 1 ketika hari tu fiz sampai sedih sebab kadang2 diorang ni lepas tangan...masing2 sibuk buat kerja individu dan fiz sibuk buat kerja group...sebab fiz ketua group,,fiz kena uruskan tiap masalah...dan kalo tak silap fiz ada naik suara dengan kawan2 sebab stress sangat...huhuhu...sorry ea u guys..!!!...tak bermaksud pon...

sekarang dah final exam sem 2...macam2 fiz dengar...fiz sedih dengan orang sekarang ni...tiap kali fiz buat kerja individu,,group,, even nak study kalo ada apa-apa mesti orang akan cakap "kau boleh laa..budak DL sem lepas..."....."kau hebat jadi tak perlu laa nak lebih2..."..."kau dah DL sem lepas,,kitaorang blom DL lagi..."...untuk pengetahuan semua...fiz pon tak sangka laa dapat tu...kalau boleh fiz nak semua kwan fiz dapat DL jugak...KENAPA nak salahkan fiz dalam tiap perkara yang dilakukan???....fiz doakan semua kawan fiz dapat DL kali ni..dan fiz harap tak ada lagi kata2 perbandingan dilontarkan lepas ni...korang semua hebat...

fuhh..!!!
penat taip ni..dah boleh buat cerpen..kih3...
ermm nak cerita apa lagi ek??
tu je kot setakat ni..
huhuhu...
korang pun malas nak baca panjang2 kan...
next entri je nanti...kih3










Hafiz: menengkan jiwa sambil makan coklat DAIM... =)

Friday, April 15, 2011

~Artis Wanita Bertudung???~

Salam 1 auw..auw..auw...
hari ni fiz dekat Johor...!!!..
bukan untuk bersenang lenang tapi untuk teman mak yang masuk wad...
malam tadi baru abez untuk 1st paper final exam tapi tak rasmi punya exam laaa...
nest paper adalah minggu depan hari rabu...
bosan betul laa jawab exam ni...hu3

okey2...
hari ni fiz nak tunjuk artis ABPBH yang bertudung pulak..!!
cuba tengok bawah ney...



hah..!!!
lawa tak???
masing2 cantik je kan??
tapi yang agak berani Yuna,,yang nampak macam old skool sikit adalah Irma Hasmie dan nampak ayu dan mermain dengan warna adalah Fida....sejuk mata memandang..huhuhu

jadi siapa kata yang artis wanita bertudung tak boleh nak melaram???
siapa kata fesyen bertudung adalah terhad dan mundur??
konservatif sangat...!!!
kalau nak banyak je cara nya..tapi mesti laa kena gayanya...
betul tak??

dah2...fiz pon malas nak merungut banyak2...erk??..kih3
nak sambung melayan bonda tercinta yang sedang sakit... =)






Hafiz: berkecamuk..!!!

Wednesday, April 13, 2011

~Kita ni macam binatang ke???~

Salam 1 auw..auw..auw...
hehehehe...sebelum memulakan cerita kita tengok dulu gambar atas..ambil mood dulu..comel tak Panda tu??...maskot masa Youth Media Carnival untuk booth apa ntah...lupa sudah...!!..kah3...perasan tak header fiz dekat atas tu ada gambar Panda jugak....hehehehe....tak dapat jumpa Panda betul,,Panda maskot pon boleh..kah3...

Tiba-tiba teringat masa sekolah menengah sebab dulu masa motivation camp dekat sekolah. Sekolah menengah kan banyak sangat motivation camp tu...perasan tak???...dalam beberapa hari bertaubat tapi kemudian jadi balik macam asal...memang mudah untuk orang bercakap suruh buat itu ini tapi tak semudah untuk dilaksanakan...dah2,,melalut pulak...masa camp tu dulu,,ada segmen pilih satu binatang yang mewakili diri anda terangkan persamaan dengan binatang tu...serabut semua nak pilih apa...ada yang pilih monyet,,buaya dan macam2 laa...nak tergelak pon ada...kah3...

teka fiz pilih apa???...mesti laa fiz pilih PANDA...!!!...sebab apa???sebab banyak persamaan fiz dengan binatang tu...dulu fiz comel tau...erk??..perasan pulak..kah3...maksud fiz dulu fiz agak chubby...pas tu ramai orang suka picit pipi fiz atau kenakan fiz...nasib2...kah3...tapi sekarang dah tak...dari lepas kertas terakhir SPM,,fiz mula diet dan dah turun 12kg...!!!...macam tak percaya kan??...fiz diet tak makan ubat2 segala mak nenek tu...fiz ikut cara Aizat Amdan tu...agak berjaya laa...tapi korang kena sabar laaa....nak sesuatu tu bukan mudah...sekarang pipi fiz dah cengkung...!!...yang perasan sekali adalah mak angkat fiz...dia cakap "dah laa tu,,tak usah nak diet lagi...dah cengkung muka tu...dah tak ensem...".....ensem ke dulu???...kelaut adalah mak ui...kah3....sekarang??..nak kata macam Fahrin Ahmad tu tak ada laa tapi kalau macam Aaron Aziz ada kot???.....kah3

seterusnya adalah sebab Panda adalah manja...siapa anak bongsu angkat tangan macam saya???..!!!.(gaya usop willcha...kih3)...fiz rapat dengan mak...kalau ada pape masalah mesti cerita dengan mak kalau dengan abah tu memanjang relaks je..bila bercakap dengan abah mesti jawapan klise keluar...."alaa...biasalaa tu..."...elok2 nak feelling2 sedih jadi geram...kah3....tapi selalu didengki oleh abang2 sebab dah besar panjang pon masih lagi panggil "adik"...eleh..dalam hati jeles laa tu..kih3...

yang lain adalah Panda ni mudah jinak dan senang didekati...yang paling best adalah sedap bila dipeluk...!!!..betul tak??..huhuhu....tapi Panda ni ada keburukan dia laa iaitu dia cepat marah dan melenting...memang sama sangat dengan fiz...bila fiz stress fiz akan cepat marah...kadang2 benda yang remeh pon fiz senang marah...dodol kan??..kah3...Panda juga memendam perasaan tau...kalau tak caya tnaya dekat ZOO keeper...fiz jarang tau cerita masalah fiz dekat orang lain sebab fiz takut nanti orang lain tak boleh terima masalah fiz.... =)

persamaan yang lagi jelas adalah fiz tak cukup tidur macam Panda...kah3...!!!

tapi apa yang tak ada Panda tu tapi ada pada fiz???...fiz sangat easy going,,happy go lucky,,sangat mementingkan hubungan persahabatan dan apa lagi erk???....tak boleh cakap lebih2 nanti ada orang jelik pulak...kih3...






Hafiz: nak pergi kelas..ada sketch Parody of Bawang Merah Bawang Putih dengan Cinderella sikit....hehehe..bye2...

Tuesday, April 12, 2011

~Pakaian Artis Wanita di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010~

Selamat malam uollsss...dan salam 1 auw...auw..auw...
malam yang syahdu ni fiz nak cerita tentnag fesyen artis yang dapat dicari...
tak yang banyak2...berat nak upload..kih3..

siapa kata demam ABPBH dah habis....
yang juara tu tahniah laaa..
tapi sekarang nak cerita tentang lain pulak...
jom kita terjah baju siapa yang kena..!!!



Gaun pertama ni di pakai oleh Juliana Evans,,awek baru kepada Zizan Raja Lawak...fesyen macam ni boleh laa dikatakan baru di Malaysia...pada fiz tak sesuai sangat..nampak dia macam tua laaa...kalau dia buang yang labuh tu nampak lebih ok kan??...kalau nak buat macam tu...yang belah dalam tu labuh sama panjang...mesti lagi cantik.....


Hah..!!..kenal tak siapa ni??..cuba tengok bibir tu..macam artis siapa???...tak kenal jugak??...nama glemer dia Kilafairy...macam fairytale dah aq tengok...kah3....dia ni anak Rohana Jalil.....cuma guna 1 kain dan 1 warna sahaja..diselitkan manik di lingkaran leher kalau tak silap....tinggi kan nampak orangnya??...lawa baju ni sesuai denagn dia yang kurus tu.....


yang ni pulak siapa tak kenal kan??..Aida Aris..!!!...cantik sangat semenjak dah menjanda ni...padan sangat baju tu dengan dia...fiz suka flow bawah dia tu....yang dekat pinggang tu macam Arab sikit kan??...tapi kalau handbag warna hitam lagi menyerlah...nampak tenggelam handbag tu....

ni kalau siapa tak kenal tak tahu laa kan...Ratu Kontroversi Malaya..Fasha Sendat..!!...eh salah...nanti kena saman baru tahu....sekali lagi...Fasha Sandha...!!!...sekali [andang gaun ni macam gaun pengantin kan??..betul tak???...ropol bawah tu sangat lawa..kemas je....handbag warna merah dia sangat menonjol..!!!..LIKE...


The most vogue dress in Malaysia is Fara Fauzana..!!!...sangat lawa......siapa kata peha besar tak boleh gayakan gaun yang MEGA macam ni...masa dia ambil award sangat lawa bila gaun tu bergerak ikut flow....sebelum ni dia pakai ala2 jubah kan??...kali ni sangat berbeza Fara Fauzana.....ditambah lagi handbag kecil yang comel tu...antara lima ni fiz pilih baju Fara Fauzana...!!!


kalau anda pula bagaimana???






Hafiz: esok bakal buat presentation tentang "Divorce among Celebrities In Malaysia - 2010"..nantikan update esok...!!!

Monday, April 11, 2011

~Miera Liyana Masih Seksi di ABPBH 2010???Buktinya???~

Selamat Petang dan Salam 1 auw...auw..auw..
huih..penat rasanya hari ni..
macam - macam kena buat...tinggal assingment yang terakhir untuk semester 2 ni hah..
tu yang besar yang kecik ada laa lagi satu dua kan...
tu tak pe laa..

rindu tak nak baca hot gossip dari blgo fiz ni??
kah3..okey..fiz perasan...
tak pe laaa....
hari ni fiz nak cerita tentang Mira Liyana lagi...
hari tu dekat makan malam Rafflesia kan??
kali ni dekat Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 pulak...

tak habis-habis nak menimbulkan kontroversi tau..
ramai orang kata dia ni pengganti Fasha Sandha...betul ke??..kih3
dulu dia tayang payudara tapi kali ni dia tayang belakang atau "bareback" yang dah hampir2 nak nampak lurah belakang pulak...
macam2....
tapi sekali imbas..bahagian tepi tu pon nampak jugak...kah3..
cuba tengok ney...

hah??..
nampak tak permainan dia??..kah3
yang buat baju ni Wan Huzairil jugak...
Mieara kata dia nak tema yang simple,,sleveless,,nak tutup depan.....akhirnya kadi laa baju mcm ni sampai pereka pon buat bukak belakang pulak..kah3

lepas tu ada orang kecoh pasal baju ni lagi...
dia kata..orang lain boleh dia tak boleh...dia kan masih remaja nak cuba semua benda baru..apa salahnya kan??

HELLO..!!..memang laa remaja nak cuba semua benda tapi ingat2 laa sikit yang awak tu ISLAM..pelik laa perempuan zaman sekarang ni..

lagi pelik adalah family atau lebih tepatnya,, mak dia tak kesah pon..
ok je baju merah tu??..tak ada pape pon??..

HAH..!!..apa pendapat anda semua pulak???








Hafiz: nak pakai seksi jugak laa..kah3

Sunday, April 10, 2011

~Filem 2011 " Sekali Lagi": Shaheizy Sam dan Lisa Surihani~


hah..!!!...baru jumpa filem baru ni.!!
bakal ditayangakan bulan Jun nanti..
mesti meletup filem ni nanti..
yelaa pemenang Pelakon Filem Lelaki dan Wanita Popular 2010 kot..!!!
tgok trailer dia pon dah best..
siap ada adik comel Miasara....
fiz pon tak tau nak cakap apa lagi....
hah...Bront Palare pon ada...

tgok laa trailer bawah ni...
yeah..!!

~Setengah hari Di Angkasapuri RTM Kuala Lumpur...~

Selamat pagi u ollss dan salam 1 auw..auw..auw...
hari ni fiz berkesempatan nak update tentang RTM..
ingst tak fiz ada cakap yang fiz nak pergi RTM hari tu???
hah..!!
inilah dia...
seronok sangat...!!!
bila bus masuk perkarangan Angkasapuri tu,,mulut terus terlintas BESAR GILA..!!!
kalah Media Prima...!!!
RTM siap ada Masjid sendiri..bukan kecik tapi besar...siap ada rumah untuk pekerja dyeorang lagi...
kalau tak silap ada 3 bangunan besar iaitu Pentadbiran,,Radio dan Televisyen...
jangan marah kalau gambar tak banyak sebab sikit2 tak boleh ambil gambar..banyak sangat protocol nya..!!tension....datang pon kena pakai kemeja segala bagai.....
sampai tak sempat nak ambil gambar bangunan nya...

dalam tu fiz pergi ke set Selamat Pagi Malaysia (SPM),,set berita...sempat laa feelling2 pembaca berita sikit..kah3...pergi ke bilik solek,,bilik pakaian dan apa lagi ek??

lepas tu pergi bangunan radio pulak....
korang pon dah tahu kan yang RTM ni ada brapa bnyak radio dia kan??
semua konti kitaorang tengok tapi dari luar je laaa..
tapi sempat siaran langsung dekat radio Asyik FM- Lain dari yang lain...ni radio orang asli...
sempat jugak ambil "badi" jadi deejay radio...kih3...
ada dua orang kawan fiz sempat ditemuramah oleh deejay tu...
sangat kelakar...
lepas tu pergi gallery ambil gambar...
dah tu balik laa.....

patutunya lama lagi tapi disebabkan esoknya ada pameran kitaorang dan perlu prepare booth..
tak sempat nak lama-lama...
tapi paling best adalah...nanti boleh buat praktikal dekat sini...
nak buat part time pon boleh..gaji dia masyuk..!!
nak kadi pembaca berita atau pengacara part time pon boleh..!!
asalkan sebutan tu mesti terang...
dari segi saiz???
sesiapa yang nak masuk dalam tv nanti badan akan berkembang lebih besar...
faham tak???
contohnya...kalau badan tu saiz 70 kg...bila masuk tv dia akan kembang badan kita macam berat 80 kg...
kalau yang kurus nanti jadi sedang-sedang je.....
fiz pon tak tawu nak terangkan macam mana lagi...tapi pengalaman yang sangat menarik..!!!
=P




tak dapat bergambar dengan Siti betul2 dapat bergambar dengan poster dia menang HMI tahun 1995 pon boleh...kih3 (saje edit nampak old skool sikit..kih3)





ni bergambar dengan semua classmate + 2 orang lecturer depan sekali tu.....kelas fiz wakil 10 orang je...

ni sewaktu baru samapi dan turun bus.....

dah tamat..!!!
seronok sangat...tapi perasan tak fiz pakai macam orang dulu sikit??..disebakan fiz nak pergi RTM..saje nak feeling2 old skool sikit...tu yang nampak mcm 80-an sikit..kih3




Hafiz: siap2 nak balik Melaka..!!!

Saturday, April 9, 2011

~Nur Kasih The Movie...bakal di pawagam...~

hari macam malas je nak buat esaimen..
biasalaa bila ada dekat rumah kan???kih3..
jadi fiz pon menggodeh laa you tube..
jumpa trailer Nur Kasih The Movie...
tengoklaaa..





hah??
macam mana??
teruja tak nak tengok???

~Telur Palsu di China...Malaysia macam mana???~

mesti ramai fikir bukan-bukan kan???...kih3
tadi fiz bukak fb..
sambil baca-baca status kawan yang dikenali ataupun tak..
fiz jumpa video ni..
cuba laa tengok....





dah tengok??
apa pendapat korang??
seram pulak..
telur kita dekat Malaysia macam mana ek???
tapi adakah ni cuma propaganda??







Hafiz: bagaimana dengan telur anda??..erk???

~Pameran Corporate (MATIC) - UiTM Melaka Book of Record...!!!~

Selamat pagi uollss..
dan salam 1 auw..auw..auw...
fiz ada kat rumah ni..!!
hehehehehe...
semalam balik...
jam sangat laa teruk..elok2 boleh sampai rumah pukul 7 terus dapat sampai pukul 9..
ni angkara Polis spot check...
tak boleh ke buat lain hari???..huhuhuhu

dah2...
lama dah tak update blog ni..
menyepi sebentar disebabkan kena hantar 4 esaimen pada hari yang sama..!!
fiz tak sempat nak update yang RTM..
sebab tu semua guna kamera kawan...

jadi hari ni fiz update tentang booth a.k.a pameran yang fiz n the gang buat...
dengan tema batik,,purple,,turquoise dan silver...
sempena makanan okey....
jemput laa tengok...



game yang fiz buat...
tapi yang paling dapat sambutan adalah yang nombor 2 tu...
sebab main tanah liat...
berebut nak main...kelam kabut nak set masa..kih3



pameran di booth,,1 bahagian di panggil "Wall of Food"...ada gambar2 makanan, orang makan,, orang tengah buat makanan dan banyak lagi yang dibuat dalam bentuk kolaj.


gropu classmate fiz yang ni buat tentang skuba diving....nampak tak biru je booth dyeorang???kih3




ni group lain tapi kelas fiz,,dyeorang buat homestay...siap bawak rabbit dengan main game bowling kelapa lagu uollsss...



34 lambang syarikat corporate di buku program.




lecturer subjek ni...siap main game kitaorang lagi...sir sporting..!!!
=)




Project Manager berposing sakan hilangkan stress..kah3




salah seorang yang main game "Your Own Food"
seronok betul dia..!!
kah3



ni "Wall of MaTiC"....menerangkan tentang syarikat tersebut...
macam2 ado..!!




dan akhir sekali adalah gambar semua manager yang bertungkus lumus menyiapkan booth ni..!!
ada 2 orang perempuan lagi tak ada sebab datang lambat..!!!
nampak tak fiz sorang je lelaki??kah3


Terima Kasih kepada yang terlibat secara langsung atau tak..
dan Terima Kasih kepada yang datang
=)








Hafiz: akan update tentang RTM sebentar lagi....

Monday, April 4, 2011

~Semester 2 (masscomm) UiTM Melaka jayakan Corporate Sector Exhibiton 2011 Esok...!!!~

Selamat petang uollss dan Salam 1 auw..auw..auw..
hari ni penat sangat sebab tadi pergi Angkasapuri RTM...memang berbaloi gila..kih3..
rasa macam nak buat praktikal dekat sana walaupun orang lain pandang sepi stesen negara tu..
kalau tak caya buat laa lawatan dekat sana...
tadi sempat siaran langsung dekat konti radio ASYIK FM(radio orang asli)..
ada dua orang pelajar ditemu ramah...
huhuhu...seronok sangat...
fiz update tentang RTM nanti laa ea??



dah2..
nak cerita tentang event yang bakal diadakan esok hari..!!!
event yang dianjurkan oleh pelajar semester 2..
mega uolls baru sem 2 dah buat event sebab dah tukar silibus baru..
dan event esok adalah CORPORATE SECTOR EXHIBITION...dibawah subjek CMP281...
teradapat 34 Booth dibawah naungan 10 kelas...
macam bahagian..anataranya tourism,,media,,telco,,food,,highway,,wholesale dan banyak lagi laa..

jadi kami semua berkeparat laa jawabnya...
tak ada laa terjerit2 macam konsert Jom Heboh tu....kih3..






kelas fiz dapat bahagian TOURISM...
group fiz memilih syarikat MATIC aka Malaysia Tourism Center...
mest ramai yang tak tawu kan??...
tawu tak Saloma Bistro???...tu laa tempatnya...
kitaorang akan promosi bahagian makanan..
nak rasa makanan percuma???
datanglaa booth...
masuk je pintu terus nampak fiz n the gang...
dalam gang tu terdapat 11 orang dan diketuai oleh fiz dan hanya seorang lelaki sahaja..!!!
amacam???
siap ada game lagi.;.
tapi fiz buat 2 game je...
kita main ala2 tadika??
nak tawu macam mana??..datanglaa...!!!

baki 2 group dalam kelas fiz buat HOMESTAY dan ASIAN DIVERS...
gemapak jugak..
nanti fiz update sekali lagi okey????

dah2..fiz pon tak boleh lama ni sebab nak hias booth..
jumpa lagi okey???
tapi kalau ada kesempatan tu datanglaa ke UiTM Melaka kampus Alor Gajah..






Hafiz: mungkin dalam minggu ni tak update blog....???

Sunday, April 3, 2011

~REVIEW FILEM: CUN...!...erk???

Salam 1 auw..auw..auw...
semalam keletihan baru balik dari Youth Media Carnival menyebabkan tak sempat nak update blog lagi pon sampai kolej pukul 1 pagi..
gila tak??
gambar pon tak sempat nak update dalam laptop..
kalau sempat esok fiz update ok??
hah..!!..siapa yang belum pergi tu pergi laa sebab malam ni kan konsert akhir a.k.a penutup...kih3..
esok pulak fiz pergi rombongan ke Angkasapuri RTM untuk COM163..
dalam bab Writing For Broadcasting..
kena pakai formal..lemah betul laa..!!!



Semalam...
bila event tu buat dekat DP mestilaa sempat nak tengok movie...ambil kesempatan laa ni..lagi pon bukan selalu dapat tambang bas free uollsss...
semalam tengok ber lima...
meriah panggung tu dek ketawa hilai dan jeritan..
bukan seram tapi kelakar...
tapi kalau babak sedih memang sedih...
kena pulak dekat jiwa sensitif macam fiz ni memang menangis laa...erk???....
overall fiz suka tapi pakaian Maya karin tu yang fiz tak berapa nak suka sangat....

Tahu tak kenapa ada desas desus yang cakap Maya dengan Remy bercinta???
sebab dalam cerita ni laa..
nampak real sangat macam bukan dalam lakonan...dulu pengarah dia ada cakap yang pembikinan filem ni terpaksa direhatkan sebentar sebab macam tak ada kimia...tapi selepas Maya dengan Remy berlakon teater Natrah...cerita ni disambung balik...

Watak sampingan dalam cerita ni pon memainkan peranan jugak..
terutama nya Faezah Elai yang jadi PR Maya dan adik Remy iaitu Manis lakonan Nadiyatul Nisaa yang agak cacat sikit...Kartina Aziz pon apa tak kurang nya siap bergaduh dalam tasik lagi..kah3..yang Ning Baizura pulak sangat menjengkelkan....tak habis2 dengan trademark dia "roll vt" sambil tangan buat pusing2....mesti korang menyampah punya laa...

nak cerita apa lagi ek??
hah..!!..babak yang fiz suka....of course laa yang Remy tengah mandi dekat sungai shirtless sambil hisap jari maya buang bisa...HEROIC sangat..!!!..tapi babak yang paling fiz suka adalah masa Manis luahkan perasaan sedih dia dekat Maya....tapi babak yang fiz teramat suka adalah masa Remy nak melamar Maya atas kerbau........kalau babak yang paling sweet adalah...Maya melamar Remy semula selepas perebutan cinta dengan Jehan Miskin...kih3...

paling fiz tak boleh bla sangat lagu tema cerita tu...
sangat kelakar ,, gedik sampai buat orang macam nak penampar je siapa yang menyanyi,, buat lirik dan lagu tu laaa ...kalau tak caya tengok laaa...

dah2...
penat fiz bagi persuasive speech ni..
datang tengok sendiri..
dah mula ditayangkan...
rasakan romantisannya....ada ke perkataan tu??..kih3




Hafiz: "siapa kata KLCC tak boleh bersatu dengan sawah padi??" =)

Friday, April 1, 2011

~Youth Media Carnival 2011 di Dataran Pahlawan Melaka~



Selamat malam dan Salam 1 auw..auw..auw..
malam ni fiz dan beberapa hari seterusnya fiz akan buat promosi tentang event yang dijalankan oleh UiTM Melaka...
terutamanya dari fakulti fiz sendiri laa...
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA..
event ni di buat oleh pelajar semester 6..

jemput laa datang pada esok hari dan lusa
baca laa poster dekat atas tu..
event ni macam Jom Heboh sikit...
ada 40 Booth...
nak booth apa??cakap??..semua ada tau..
ada auditon macam untuk rancangan tv..
rugikan kalau tak datang???
ada booth produk SimplySiti...hehehehehe
macam2 aktiviti dijalankan di setiap booth...
game pon ada banyak macam futsal,,paintball dan datang tengok sendiri..
nak tiket free tok tengok Konsert Justin Bieber pon ada..datang ke booth Tune Talk...

nak artis???
pon ada...
artis tu ada dekat booth masing2...
ramai juga yang jemput artis....
macam booth Sport Arena ada jemput ketua pasukan bola sepak Harimau Malaya,,Amirul Hadi..boleh bergambar sama2...
ada Shaheizy Sam..ni nak promote ABP sekali laa..kah3..
ada kumpulan Couple...
ramai lagi laaa..

promosi dah banyak..
macam dekat Radio Sinar FM..MHI di TV3...dekat radio RTM...Traxx FM..
surat khabar pon ada keluar...
nampak tak kesungguhan event ni???

dapat tajaan pon bukan calang2 lagi..
antaranya CELCOM,,MC DONALD dan banyak lagi..
jadi apa tunggu lagi???
jom serbu...!!!


ANDA JUGA AKAN BERPELUANG BERJUMPA DENGAN.............HAFIZ JAUHARI*tuan punya blog pada esok hari...bajet artis..kah3*









*terisi juga masa hujung minggu kan??*

Hafiz: maklumat lanjut boleh pergi ke sini dan blog ini

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...