Thursday, March 31, 2011

~Gambar Lucah~


Selamat petang semua..dan salam 1 auw..auw..auw..
hari ni penat sangat..
macam-macam yang jadi.....

untuk mengelakkan kebosanan dan kepenatan..
kita enjoy gambar SINCHAN ni..kah3..
tadi fiz bukak fb..
jumpa laa gambar yang diupload oleh kawan fiz ni hah..
budak2 tak boleh tengok ni...
memalukan..
sangat 18SX..kih3

tenung sekali je jangan lama2..
nanti naik pulak nafsu tu susah..kah3





Hafiz: *pengsan*

Wednesday, March 30, 2011

~Siapa Guru Vokal AF9???~

Selamat Malam dan Salam 1 auw...auw..auw....
hari yang sangat melelahkan..
tadi kelab Debat membincangkan tentang Isu Percintaan Kaum Sejenis..
sangat hangat di perbincangkan...
huhuhuhu...
petang tadi juga siapkan tag nama dan banner untuk pameran akan datang ni..
tengahari pulak tentang pemilihan booth untuk pameran tu..
ada je yang tak puas hati..
susah nak cakap dengan orang yang tak paham "bahasa melayu" ni..
memanjang tak puas hati..
jangan kerana kisah silam merosakkan imej anda sendiri...
cermin muka tu puas2 dulu okey??

dah2..ni bukan entri nak marah tapi tentang AF9...
fiz rasa semua dah tau tentang 12 pelajar dia kan???
ramai jugak yang tak puas hati ek..
ada yang dari bekas program realiti stesen lain..
mesti keluar awal tu...kah3..

sekarang kita beralih ke topik sebenar...
dulu siti Hajar dan sebagainya tapi sekarang adalah NING BAIZURA..
suara soprani berjaya di Malaysia...
sebelum ni dia sebagai pengkritik jemputan tapi sekarang dah mega..

tapi dia bukan seorang je...cikgu syafi tetap ada tapi bahagian teori je dan dia pulal bahagian vokal persembahan...
pengalaman selama 19 tahun akan di guna kan..
macam cara pegang mikrofon,,nak kuasai pentas,,hilangkan gemuruh dan macam2 lagi laa...

selain dia ramai lagi tenaga pengajar yang ada..
yang tetap pon ada lagi macam Adlin Aman Ramli,,cikgu Fatimah Abu Bakar,,A.Aris Abdul Kadir dan ramai lagi laa..







Hafiz: mampu ke Ning nak uruskan budak2 tu dengan promosi album baru trio dia tu???...

Tuesday, March 29, 2011

~Pesanan Mudah untuk Blogger~

Selamat Malam dan Salam 1 auw..auw..auw..
hari ni sangat melelahkan sebab pergi beli barang dan buat tempahan untuk pameran yang kitaorang akan buat nanti..
pameran apa??..nanti fiz buat entri khas ok??..

hah...
tadi sempat laa fiz blogwalking dan membalas segala komen di shoutmix fiz tu..
ni bukan laa fiz nak mengutuk atau apa kan..
tapi blog2 senior pon ada cakap benda yang sama..
fiz cuma nak ingatkan je..

fiz rasa korang tak perlu kot letak segala lagu yang korang minat dalam blog kesayangan korang tu sebab menyukakarkan orang lain untuk blogwalking..
tak faham???
fiz terangkan sikit ea..

  • tiap kali orang blogwalking dia akan bukak tab yang banyak sebab nak mudah...kalo orang tu bukak 5 tab..tak ke gila orang tu nak dengar sampai 5 lagu???...tak kan nak "mute" 24 jam je kan??..

  • lagu yang korang letak tu kan automatik kan...tapi pas tu internet akan digunakan secara auto jugak untuk download lagu tu..kan jadi lambat nak tunggu blog koeang di downlaod..

  • dak kebanyakan pengguna blog ni guna broadband je cek adik dan cek abang...betapa lamanya kami nak tunggu blog anda + nak dengar lagu feveret anda tu..huhuhu..
jadi sebagai kesimpulan.....tak payah laa ea letak lagu tu???...huhuhuhu






Hafiz: renungkanlah ye??? =)

Monday, March 28, 2011

~Blogger jadi model TEH MELAKA~

Selamat petang dan salam 1 auw..auw..auw...
fiz ada dekat library ni...
sementara tunggu kelas pukul 4.30 ni...
sempat laa fiz nak buat entei baru kejap ni..kih3

kelmarin fiz cerita tentang iklan yang fiz buat dengan atiqah kan???
ni laa sebab fiz tak letak muka sendiri dalam iklan fiz tu sebab jadi model dekat iklan masliya dengan aisyah..
yang perempuan tu atiqah laa..
fiz layak tak jadi model??...kih3




lawa tak model nye??
gambar tu laa penyeri iklan diaorang..kih3..
diaorang buat pasal Teh Stevia buatan orang Mealak jugak..
tapi teh herba...
macam-macam kahsiat laa...
baik untuk kesihatan... =)






Hafiz: berangan je lebih...kih3

Sunday, March 27, 2011

~Lagu Baru Nicole Scherzinger - Poison~

Salam petang yang masih panas dan Salam 1 auw...auw..auw....
tadi belek-belek you tube sambil blogwalking...
tup tap tup tap jumpa lagu baru Nicole..
kenal tak siapa???
alaaa..yang ketua kumpulan Pussycat Dolls tu..
*tiba-tiba nak menari dengar lagu dia..kih3*

kan??...
video dia sangat mengancam..
terlondeh mata tengok..untuk laki laaa..
kalau tak nak tengok video,,dengar lagu je okey???...kih3



amacam??
klip video dia...
ish2...

siapa yang nak karaoke
boleh ikut lirik bawah ni sekali..

(RedOne) Nicole… Yeah

[Verse 1]

Got venom dripping from my lips
Know who you’re about to kiss
Think that you can handle it, boy, it’s on
Just step into the danger zone
Shake it if you wanna roll, never bend,
Just take control, stakes are on

So sick, get a grip, gonna stick to a stick
I don’t think that I can stop this
Pick it up, let it drop, when it drops slip it up
Oh no, I’ll never stop

[Chorus]

That bad girl power I got, I’ll abuse it tonight
Cause tonight got poison on my mind
That power I got you’ll be mine when I stay till real late
Got poison on my mind
I got that poison (uh huh), I got that poison (uh huh)
I got that poison, that poison on my mind
I got that poison (uh huh), I got that poison (uh huh)
I got that poison, that poison on my mind

[Verse 2]

So cool out, let her in the scene
Cause tonight I need to kiss a sexy little dirty scream, yeah, it’s on
Then I get you in my sleep, it ought to be extreme
You’re so cool, baby, you’re so mean (Turn me on, turn me on)

So sick, get a grip, gonna stick to a stick
I don’t think that I can stop this
Pick it up, let it drop, when it drops slip it up
Oh no, I’ll never stop, hey

[Chorus]

That bad girl power I got, I’ll abuse it tonight
Cause tonight got poison on my mind
That power I got, you’ll be mine when I stay till real late
Got poison on my mind
I got that poison (uh huh), I got that poison (uh huh)
I got that poison, that poison on my mind
I got that poison (uh huh), I got that poison (uh huh)
I got that poison, that poison on my mind

[Bridge]

I got that poison, that poison, that poison
I’ll make you fall in love with me
(Turn me on, turn me on)
I got that poison, that poison, that poison
I’ll make you fall in love with me
(Turn me on, turn me on)

That bad girl power I got, I’ll abuse it tonight
Got poison on my mind
That power I got, you’ll be mine till the light
Got poison on my mind

[Chorus]
That bad girl power I got, I’ll abuse it tonight
Cause tonight got poison on my mind
That power I got, you’ll be mine when I stay till real late
Got poison on my mind
I got that poison (uh huh), I got that poison (uh huh, uh huh)
Got poison on my mind
I got that poison (uh huh), I got that poison (uh huh, uh huh)
Got poison on my mind



Hafiz : mesti ada yang cakap dah lama kan??
pada fiz masih baru sebab baru tau..kah3

Saturday, March 26, 2011

~Nasi Gunting di Melaka~

Selamat Malam semua..dan salam 1 auw..auw..auw....!!!
hari ni penat sangat sebab tadi petang pergi ke GSC Dataran Pahlawan tengok filem Hikayat Merong Mahawangsa....
sangat menakjubkan....CGI yang dibuat nampak berkesan walaupun ada cacat sikit masa penghujung cerita....bila Stphen cakap melayu kadang-kadang kelakar..kah3....tapi body dia cukup mantap laa...caya laa..boleh buat semua orang cair..kih3...
tahniah ea KRU dan semua yang terlibat..nampak mega sangat...

dah2...
fiz nak cerita lain ni..
untuk saubjek COM163 iaitu Writing For Mass Media Semester 2..
kitorang diberikan esaimen untuk membuat iklan secara berpasangan..
jadi fiz dengan tyqa buat iklan..
iklan tu bertemakan mempromosi produk melaka yang belum terkenal..
jenuh nak mencari nye..huhuhu
akhirnya kami buat NASI GUNTING..!!!
mesti pelik kan???...



dan gambar atas ni adalah iklan yang kami buat...
budak baru belajar..
hentam je buat...
apa komen??...menarik minat nak makan tak???
huhuhuhu...
apa kata kecturer??...dia pon tak bagi tau lagi...

tapi kenapa fiz tak jadi model iklan sendiri??
sebab muka fiz dah ada dekat iklan kawan fiz yang lain...
nanti tak best laa pulak kan??..

okey..
fiz terangkan sikit tentang Nasi Gunting ni..
mesti semua tertanya kan??..
Nasi Gunting ni bukan nasi yang dipotong oleh gunting sampai halus2 tapi lauk nya yang digunting...
antara lauk nya adalah organ dalaman lembu macam limpa,,hati,,perut,,dan daging...
dimasak macam gulai kawah dan dihidang bersama timun dan telur masin.
amcam??
mengiurkan tak???

kalau nak rasa datanglaa ke alamat tu..
huhuhuhu...











Hafiz: kepenatan.....*pengsan*

~ I'm Not Perfect~







I'm totally hate myself...!!!

you are $@*& hafiz..!!!!

~Datuk bertukar menjadi Nenek~

Selamat Pagi dan Salam 1 auw...auw..auw..!!
hari ni dapat selesaikan 1 masalah...
dan kejap lagi nak keluar pergi Bandar Melaka nak teman aisyah cari baju untuk dinner kolej dia...
sambil tu cuci mata laa..kih3...
siapa yang nak joint??..
jom jumpa di sana..kih3..

dah2...
cuba tengok gambar atas tu...
tak boleh bla betul..
ada ke
dah tua2 macam tu pakai macam pakaian cheer dah fiz tengok...
macam flight attendant pon ada...kih3..

tak sesuai langsung..
bertaubat je laa..
dah tua lagi pon...kih3







Hafiz: pening..

Friday, March 25, 2011

~Sohaimi Mior Hassan dan Erra Fazira Berduet~

Selamat petang uolls dan salam 1 auw..auw..auww...!
sambil buat kerja petang ni fiz nak cerita laa sikit kan..
tak nak dengar??..dengar je laaa...

lepas meletop kebabom dengan lagu kalau berpacaran tu,,dia nak buat lagu baru yang ada unsur humor dan situasi alam rumahtangga dengan Erra....yelaa Erra kan dah kahwin sampai da nak anak dua..bahagia laa tu..kih3..

Erra kata ok je tapi disebabkan syarikat rakaman mereka yang berbeza menyebabkan beberapa kesukaran pulak dah...tapi kenapa nak cari Erra je??...sedangkan bertaburan artis yang dah kahwin..mungkin sebab nama Erra dah naik semula kan???..ada perasan tak??..kih3

tak kisahlaa kan...
huhuhu..
dia bagi keterangan masa pelancaran album dia yang terbaru iaitu Kalau Berpacaran...The Album dekat the Garden...
macam tajuk filem ... Dalam Botol pulak..kah3..dah2
dalam album ni ada lagu lama yang diberi nafas yang baru dan ada beberapa lagu baru..
kulit album nya kelakar laa bagi fiz..kih3

dalam sidang tu dia ada cerita sikit yang lagu kalau berpacaran tu sebenarnya cuma berdua je iaitu Sohaimi dan Altimet tapi bila dah habis buat rakaman Altimet cadang masukkan suara perempuan...tup tap tup tap...Ana Raffali laa perempuan tu....




Hafiz: tiba-tiba teringin nak tengok ... Dalam Botol

Thursday, March 24, 2011

~ Blogger Digegarkan Semula...!!!~

Haluuu dan Salam 1 auw...auw..auw...!!!..
hari ni fiz buka SEMULA blog fiz dengan url yang baru...!!
suka tak??....mesti ada yang tak suka kan??...sebab blog fiz sebelum ni diserang virus durjana...!!!
sebab rajin sangat promosi dan ping entri + ambil gambar dekat google yang ada virus jadi laa macam ni...
menyebabkan fiz kena tukar url...
tapi pembuat header fiz cakap,,dia akan edit semula header dekat ats tu dengan tukar kepada url yang baru pada 16 April...lama lagi kan??
dalam kesempatan tu....
pada sesiapa yang rajin nak bagi cadangan url baru??..mana tau lagi gempak kan???..hehehehe

dah lama tak update....
nak grab semula "pelanggan" di blog fiz ni...
makin hari makin hilang..kah3..
disebabkan hujung sem pon dah nak dekat ni..
esaimen semakin banyak di pasaran ni...
menimbun macam kain yang tak lipat dekat rumah tu..kah3..

macam2 dah berlaku bila fiz tak update dekat blog ni..
sampai fb pon dah jarang buka...update status pon guna fon je....
fon murah je u ollss...tak mampu nak beli Blackberry segala bagai..huhuhu

antaranya:

  • Budak Asasi dah habis untuk pengajian mereka selama 2 sem dan akan sambung degree nanti.....fiz akan update nanti ea???
  • keputusan SPM dah keluar..!!!....tapi semalam laa..kah3....tahniah siapa yang mendapat keputusan cemerlang tu...yang kurang bernasib baik macam fiz dulu mesti ada hikmah di sebaliknya..jangan risau ok....dapat je peluang nak sambung pelajaran tu tapi kena laa usaha lebih sikit ye??..
lagi...ada apa2 yang berlaku lagi ke???
fiz pon dah tak ingat ni..kih3..
macam dah tua sajo.....




Hafiz: sesak nafas..!!!

Monday, March 21, 2011

~Artis Baru - Miera Liyana Tayang Payudara~

selamat petang dan salam 1 auw..auw..auw...
hari ni relax sikit sebab banyak kelas cancel..hehehehehe..
jadi ada kesempatan ni fiz nak update laa sikit..
tentnag artis baru ni...
semakin hari semakin menjadi-jadi pakaian dia....
nama dia Miera Liyana
senang cakap tak senonoh laa..
lelaki hidung belang suka laa....

fiz terbaca dekat murai.com ni hah...
jelik tengok baju dia....ni masa acara Malam Golden Gala Rafflesia Mandalay di Hotel La Meridien



cuba besarkan..baru nampak..kih3...
credit to murai.com



kalau nak berfesyen pon agak-agak laa...
tak kesian ke dengan maruah ibu bapa??...

alasan dia pakai baju macam ni tak logik sangat...

1. dia tak perasan baju tu terlalu seksi...dia letak brooch di bahagian dada untuk elak nampak lurah...tapi tak perasan di bahagian sisi baju tersebut.

2. dia tergesa-gesa masa masa pilih baju tu dan cuma sempat cuba baju tu 5 jam sebelum acara bermula...kau pakai baju kurung pon cantik....ape laaa..

alasan budak-budak mentah...
dia cakap dia tak akan buat lagi...dia bukan nak cari publisiti murahan untuk terkenal tapi dia nak dikenali atas lakonan dia yang berjaya...

sebelum ni ada photoshoot dan dalam surat khabar fiz nampak dia posing nampak peha yang melampau.....

rasanya ni satu strategi dia nak promosi filem Apokalips yang akan ditayangkan tak lama lagi kot...kih3...





Hafiz: terkejut...!!!

Saturday, March 19, 2011

~Lagu Baru Black Mentor - Dewi Aleeya~

Selamat malam dan salam 1 auw..auw..auw...
blog fiz ni semakin menggila dah...
macam-macam berlaku..
malam ni fiz pon sedang berusaha keras menyiapkan kerja dan presentation untuk hari isnin ni...
nanti fiz tunjukkan ea..penat tau..huhuhu

dah2..
tadi petang fiz dengar HOT fm..
dengar lagu baru Black..
agak semacam je lagu dia..huhuhu..
fiz tak berapa suka sebab macam lagu zaman-zaman dulu..
dalam kategori Sinar FM punya lagu..kih3..

tapi ada juga yang minat lagu ni kan..
hah..
dengar laa lagu ni..
dan taraaaaaaa....




fiz sediakan lirik lagu sekali..
karaoke laa sendiri..kih3

Apabila jendela terbuka
Terbongkar segala rahsia
Betapa indah semua
Kewujudan yang tercipta
Senyummu Dewi Aleeya
Indah nan mempersona
Sanggup ku telan selaut bara

Ku tak menghiraukan
Apa tohmahan terhadap dirinya
Ku yakin percaya
Kerana ku tahu kau dewi hatiku

Chorus
Kau Dewi Aleeya
Tiada duanya
Hanya kau yang satu
Kau Dewi Aleeya
Dambakan selalu
Penyeri di istanaku




Hafiz: masa dah semakin suntuk....

~Ahmad Dhani hampir di bom...!!!~

Pagi semua..!!!
tadi fiz baca surat khabar...
dah lama tak selak surat khabar ni..huhuhu..
tapi apa yang pelik nyer..
Ahmad Dhani nak di bom..
bom yang ni bertujuan daripada kempen yang disasarkan kepada golongan Islam yang sederhana dan pegawai anti kegabasan.

bom tu di sembunyikan dalam lubang yang ditebuk dalam buku " Militan Yahudi "..
kemudian dihantat ke rumah Dhani pada 15 mac tetapi bungkusan tu tak dibuka dan Dhani panggil polis untuk siasat..
rupanya bom dan dimusnahkan oleh pihak polis...

cuba Dhani jadi Pengetua AF9???
dan dia kena bom???..
mesti naik rating AF9 kan??...kih3

macam2 laa Indonesia ni.....
tak ada ke benda yag nak dibuat untuk bangunkan negara dia tu???....
hurmmmmmmmmm..
lepas ni nak bom siapa pulak???










Hafiz: esaimen bertimbun... =(

Friday, March 18, 2011

~Perbezaan Universiti dan Politeknik IPTA / IPTS~

Selamat malam dan salam 1 auw..auw..auw...
penat nya baru sampai rumah tadi...
sakit satu badan..
tapi disebabkan tanggungjawab fiz update sekejap...
hari ni fiz paling seronok sebab selalu duduk dalam bas senyap je tapi ada budak dari Politeknik Melaka ni peramah pulak...bercoleteh je tak abis-abis..huhuhu..
dia lelaki...nak balik ke Johor juga tapi daerah Pasir Gudang..

seronok berbual dengan dia...
sampai fiz dapat buat kesimpulan sendiri tentang perbandingan antara Universiti dan Politeknik..
tapi secara am je laa..
jangan serang fiz pulak ea...huhuhu..

antara perbezaan nya adalah dari segi Pemarkahan..
si S ni cakap kalau budak Poli dapat pointer 3.5 bersamaan dengan 2.7 pointer di Universiti...
ni bermaksud pemarkahan Universiti lagi gempak...hebat laaa...
macam tak percaya pon ada..
kalau budak poli dapat 4.00 flat bermaksud 3.5 di Universiti????...serabut ni...kih3
betul ke???

seterusnya adalah dari segi pakaian..
budak2 poli kena pakai tudung 24 jam dan baju kurung..kalau nak pakai t-shirt dan sebagainya tak boleh yang ketat....lelaki pulak tak boleh pakai jeans dan kena pakai baju kemeja je atau pakai baju fakulti mereka....
kalau universiti pulak..perempuan..bebas untuk tidak bertudung dan wajib bila kelas agama islam...baju???..bebas..nak pakai apa pon tapi jangan mejolok mata + ketat yang melampau...lelaki pulak..boleh pakai t-shirt dan seluar jeans tapi yang tak koyak...
beza sangat kan???...
tapi kalau dah namanya Islam, faham faham jelah pakaian apa yang sesuai di pakai tak kisah Poli ke Uni ke.
mana yang bagus tu terletak pada anda semua laa kan..huhuhu...

dari segi keselamatan pula...
Pak Guard Poli hampir keseluruhan nya sudah berumur dan kerjanya macam mana??..
paham-paham je laa ea??...huhuhu..
kalau universiti semua nya 'dewasa'...suka je cari salah orang..huhuhu..
pantas untuk memberi saman..!!!
jadi berhati-hati...
ni si S yang kata, aku tulis balik je ok. hahaha

kalau pelajaran pulak kan...
universiti banyak teori dan kalau poli lebih pada praktikal..
tapi fiz rasa semua tau kan??...
poli jugak banyak buat aktiviti dekat luar berkaitan dengan subjek mereka...
kalau universiti banyak belajar sikit laa...

REupdate: Sebenarnya tak kisah tau korang dapat Universiti / Politeknik / Kolej / IPTA / IPTS mana pon,
semuanya hebat, kalau institusi ni semua ditubuhkan, menunjukkan semua IPTA dan IPTS hebat,
cuma kita dari sekolah lagi di momokkan dengan kalau nak berjaya mesti masuk universiti,
jadi pemikiran rakyat Malaysia dah tertutup dengan kalau habis SPM je mesti kena masuk U , kalau masuk selain U , kau dikira tak pandai.

Kalau tentang pekerjaan pulak, kebanyakan syarikat akan lebih pilih Politeknik untuk bahagian teknikal macam elektrikal, engineering dll sebab mereka ni banyak prkatikal dan semua diploma dekat poli dah buat prkatikal masa sem 5. Jadi suasan kerja tu dapat diaplikasikan dengan pelajaran. Kalau uni pulak, TAK SEMUA diploma ada praktikal dan kena sampai degree baru boleh buat praktikal. Yang penting course yang korang ambil tu mesti sah dari MQA ! kalau tak, sia sia sahaja korang belajar selama ni.
kalau IPTS pon sama je cuma macam semua faham, yuran dia tinggi dan peraturan sangat loose. Ni orang kata, aku salin balik je.

Semua tempat belajar sama je, tak ada kelas pertama kedua ke apa,
yang penting korang kena belajar lebih giat dan dapat keputusan yang hebat untuk diterima tempat kerja.
belajar sampai luar negara pon tapi result KO dan tak dapat adapt suasana tempat kerja pon tak boleh. Cuba korang bayangkan dekat luar negara yang mundur, jangan kata nak sambung belajar, nak cari sesuap nasi pon tak mampu. Korang kena bersyukur mana mana tempat yang menerima kehadiran korang untuk belajar.

senang cakap percaya pada takdir.
Allah dah tentukan hidup kita. Setiap yang ditentukan ada hikmahnya.

Ubah mindset tu semua. 
:)











Hafiz: sedang mendownload macam2..huhuhu

Thursday, March 17, 2011

~Adira AF8 bercinta dengan pengkid???~

Salam 1 auw..auw..auw..
hari ni hari yang sangat penat dan banyak dugaan antaranya:

-speaking test
-presentataion agama ( CTU )...slide yang vogue hilang...!!!
-baru kejap tadi test Interpersonal Communication yang sangat susah...hampeh..huhuhuhu..
-follower semakin berkurang...kenapa???....hurmmm

dah2..
fiz dah berapa hari tak update kan??
tadi jalan2 dekat satu portal ni...
sebab dah lama tak bukak.cari punya cari jumpa pulak tentang Adira...alah yang nyanyi lagu Ilusi tu..fiz suka..!!

katanya sekarang dia dah bercinta dengan pengkid yang dikenali dengan huruf Z....
Zainon??zainal??zana???...tak tau laa siapa kan...
tapi dia kerja sebagai floor manager dekat Astro...
Adira kenal masa konsert reunion hari tu...

katanya Adira siap belikan Ipad untuk pengkid tu...
tapi Adira menafikan yang dia ada hubungan dengan pengkid dan dia tak belikan pon ...sebab dia sendiri pon tak ada lagi...

orang sebarkan gosip ni sebab sekarang ni kerja berkepit je..
tapi alasan dia,,artis lain yang berkepit dengan pengurus laki lembut tak ada orang buat cerita pon??...
hello,,awak tu artis baru nak kukuh nama jadi banyak laa gosip murah ni..huhu

dia hanya kawan je dengan Z tu..dia pon perempuan juga..tidak salah dia nak berkawan dengan sesiapa pon....
jangan salah anggap..
bagus laa kalau dia cerita macam tu kan...
semua pon nak pengsan dengar berita ni...kih3...

sekrang ni dia dengan Z tu dah jauhkan diri buat smentara waktu sebab tak nak cerita ni jadi semakin hot dan tak nak burukkan nama Z...
sweet sangat.....!!...erk????





Hafiz: esok balik Johor sambil membawa esaimen yang banyak..!!!...huhuhu

Tuesday, March 15, 2011

~Antara Tsunami Jepun dan Al Quran...~

1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.

2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.

3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.

4. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.

Rujuk di Quran.

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21

so next 2+1 = 3

proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30

so next 3+0 = 3.

*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15

so next 1+5 = 6

*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

8. WauAllahhu Allam.






Credit to: Iskandar Zulkarnain



Hafiz: fiz pon tak tau nak komen apa...ikut pendapat masing-masing..fiz pon cuma share2 saje..huhuhu

Monday, March 14, 2011

~Semua Orang Bahagia...!!!~

Salam 1 auw..auw..auw...
Semalam hari yang paling bahagia...
minggu ni pon hari yang bahagia...
macam-macam berlaku...
macam tak percaya pon ada....
=)

hari ni fiz nak buat entri peribadi sikit..huhuhu..
nak luahkan perasaan laa...
nak bagi tau siapa lagi kan??....

antaranya kan:
  • Fiz dapat selesaikan tarian citrawarna....secara official fiz bagi tau yang fiz menari untuk wakil kolej Jebat...nanti fiz update khas punya ea
  • Fiz dapat tau yang abang angkat fiz dah ada awek...sesuai sangat dengan dia...maksud fiz BEKAS abang angkat...(entri sebelum ni ada cakap)sebab fiz nampak profile fb dia dengan seseorang..cantik..
  • Fiz dapat jumpa seseorang petang tadi...berdebar + gembira....kali pertama jumpa dan berbual2....nak tertanggal jantung ni hah..hadiah untuk perkenalan adalah air mineral dari dia...RM 1.00 sajo....sayang pulak nak buang..kah3...dodol..
  • Fiz dapat tau 1 rahsia..fiz dah agak lama teka junior fiz ni...junior laaa sangat kan..kah3..akhirnya dia ngaku...tanpa paksaan ok...ok..rahsia anda saya simpan...you can count on me.. =)
  • Fiz jugak dah add sir yang ajar fiz....tiba-tiba ada keberanian pulak....fiz pon tak tau kenapa sebelum ni takut sangat nak add beliau dekat fb...hurmmm...pelik2...
  • Fiz pon gembira tentang test yang sedang berjalan ni hah...tinggal 3 paper...iaitu Interpersonal Communication,, speaking,, and listening test....assignment pon berjalan lancar setakat ni...
  • lagi apa ek yang bahagia???...fiz pon tak ingat...huhuhu.....time to sleeping beauty...kih3






Hafiz: Sebelum bahagia datang,,pasti ada kesedihan melanda....
bahagia tak akan lama...kalau kita tak pandai pertahankan...

Saturday, March 12, 2011

~Cinta Justin Bieber dan Selena Gomez~

haluu...
dan salam 1 auw..auw..auw..
hari ni fiz jalan-jalan di Jusco Melaka....beli barang untuk pameran yang akan mendatang ni..huhuhu..
tapi guna duit yang dah kumpul laa....
fiz pon beli barang peribadi tapi habis sampai beratus..!!!...
sem 2 ni fiz agak boros sikit...tak tau beli apa sampai terbang duit.....
hah..!!!..jangan nak nasihat pasal bajet atau cara pengurusan wang...!!!..sebab anda silap..kih3...
macam2 cara fiz buat tapi sama sajo...!!..

dah laa..malas nak pikir pasal duit..huhuhu
kita sambung cerita tentang Justin Bieber ni hah..
nak cerita tentang Bencana Jepun tu semua dah buat kan??....tapi memang gempak bencana tu kan??....tapi kita macam kurang feel sedih sikit berbanding dekat Acheh dulu kan??....sebab apa??..sebab Jepun tu bukan negara Islam...

eh..melalut pulak..kah3...
fiz bukan nak cerita tentang dia lelong rambut dia atau filem dokumentari tentang dia yan paling laris setakat ni...sampai nak mengubah sejarah dah....kau punya filem mampu???...kih3..

dah2...
sekarang ni dia bukan main....dah putus dengan perempuan sebelum ni sambungm dengan cinta baru...mudah sangat je kan??...
ops..! lupa....dia bukan ada perasaan sangat..kih3..
sebelum ni dia kurang "promosi" kekasih hati dia kan..
sekarang Justin Bieber dah bawak Selena jalan2 dekat pantai dekat Santa Monica...
paparazzi penuh keliling tangkap gambar tapi dia buat tak tahu je....
kelas kau maria..!!..kah3..
katanya mereka ni sanggup terima cabaran yang datang sebab dari industri yang sama...
nak tengok jugak berapa lama boleh tahan ek??...

tiba-tiba teringat photoshoot Wan Sharmila dengan Nana dekat surat khabar beberapa hari lepas...semakin seksi dan menambah dosa diri sendiri....
=)













Hafiz: ada orang tak suka blog gosip... =)

Friday, March 11, 2011

~Lagu Baru 2011 Elyana...~

haluuu...
dan salam 1 auw..auw..auw...
semalam tak sempat nak update entri sebab kepenatan menari citrawarna dan keluar jalan-jalan..pergi ke Tesco teman tyqa beli barang untuk camping...pertama kai dalam sejarah dia shopping dalam waktu yang singkat...hurmmm..bagus2..

dah2....
hari ni fiz nak cerita tentang lagu terbaru Elyana..!!
artis kegemaran fiz....
artis perempuan yang ke dua selepas Siti Nurhaliza..hehehehehe...

lagu dia yang baru ni macam lagu dia yang sebelum ni..
GEDIK..!!...tapi fiz suka..!!.....
lagu last dia yang popular tak ingat tapi hampir semua fiz suka...
kalau Elyana bawak lagu slow pon best kan???...

lagu baru dia ni dapat laa mengubat rindu peminat...
fiz tau lagu baru ni pon tadi petang sebelum pergi kelas....
dekat HOTfm segmen 21 bersama Leya..lebih kurang macam tu laa...
dah2...
fiz penat nak cakap banyak2....
dengar laa lagu dia..

nak tengok lirik???,,,pergi dekat sini
nak karaoke pon boleh...
suara sumbang boleh nyanyi dekat bilik air nanti ea??..kah3...










Hafiz: tak sabar nak tengok video clip lagu ni..!!.. =P

Wednesday, March 9, 2011

~Saya kurang hajar ke???~



hai..dan salam 1 auw..auw..auw...
hari ni test sociology..!!!
fiz tak dapat jawab dengan fokus...!!...fikiran asyik jalan2 je...huhuhu...
hari ni nak buat entri tentang peribadi sikit...
fiz berani buat dekat sini sebab bukan ada orang baca pon blog fiz yang merepek ni..kih3...
fiz memperjudikan diri ni..kah3...
nak cerita dengan mas dengan tyqa..macam menyusahkan pulak...yelaa...masalah remeh temeh je pon nanti katanya...sakit hati..huhuhu...

nampak tak gambar dekat atas tu??...
fiz kurang hajar sangat ke???....
....
sedih bila orang yang kita sayang dah buang kita lonjong2 dari hati dia...
sebelum buka pekung di dada ni...fiz nak cakap ni bukan hubungan SANG KEKASIH ok..!!!!....
anda pelik???..fiz lagi laa pelik..kih3...
ni hubungan "angkat" laa..laki ke perempuan???...nak tau ke??...tak payah laa...buat suspen je ni..huhuhu

hurmm..tak tau nak mula dari mana...
fiz dah lama kenal dengan dia dari sem 1...tapi declair sem 2....tarikh cukup comel...nak tau berapa??...2/2/2011...dan fiz putuskan hubungan pada tarikh 22/2/2011....tarikh yang masyuk kan???...huhuhu.....

tarikh ni pada dia tak penting pon....
sebab dia banyak lagi masalah nak pikir...
sebelum jumpa rajin dia mesej tiap malam...tapi lepas jumpa dengan fiz pada 10/2/2011..dia dah jarang mesej....lepas tu terus teramat jarang....SIBUK katanya.....tapi fiz tak percaya...sebab dia tak boleh terima kekurangan diri fiz....terkutuk sangat fiz ni kan??...tak kesah laaa...fiz dah biasa pon....masa ni fiz selalu update status dekat fb yang terarah dekat dia....tapi dia jarang on9(selalu tiap masa on9).....dia tak tau pon tu status untuk dia....sampai laa fiz buat keputusan untuk putus dengan dia...dia aktif balik on9...kalau boleh tiap jam ada je nampak muka dia on9...huhuhu....sebelum putus tu fiz luah segala2 nya dekat dia dan sampai terlepas cakap yang kebanyakan status yang fiz buat tu adalah untuk dia.....then kitaorang terus senyap.....

tapi fiz selalu stalker fb dia...apa yang dia buat....
apa yang jadi dekat dia....
tapi dia tak kesah pon....sebab dia banyak lagi adik lain..!!!...

tapi dia baik tau...
tak tipu...seorang yang merendah diri...tapi nama pon manusia kan..sering berubah...

dia anggap semua status yang fiz buat tu sangat kurang hajar dengan dia...
fiz tak ada niat langsung pon nak kurang hajar.....fiz buat tu dengan bahawa dia SANGAT penting dalam hidup fiz....cuba laa fikir dengan positif....tiap kali kita buat status fb mesti kita buat bedasarkan org yang rapat dengan kita kan???..walaupun status tu semua kadang-kadang ada kata2 yang kurang enak untuk dengar.....

dah lama tak chat atau mesej dengan dia..
sampai laa petang semalam fiz chat dekat fb..perbualan nya dekat gambar atas ni ha...
RINDU gila..!!!!...tapi dia salah faham...hurmmm...
fiz chat dengan dia sebab dia kemalangan...macam nak tertanggal jantung ni hah...tapi lawaknya sempat update status dekat fb lagi..kah3....tak boleh bla betul...

fiz ingat nak block dia dekat fb laaa...
tapi macam tak sampai hati pulak......
serba salah pulak...fiz bukan nak bermusuh pon...
tapi sakit hati bila nampak status dia keluar dekat news feed tu...huhuhu...
ingatkan nak lupakan kejadian ni laa...
bila masa berlalu nanti fiz dapat laa lupakan...
=)


perkara yang fiz tak akan lupa sampai bila2 adalah kata2 dia..

1. "ish..mana boleh lupakan fiz dengan senang2 je...nak dapatkan declair ni pon punya lama baru dapat..jangan risau la"...

2. " A terima je apa pon kekurangan fiz...manusia bukan sempurna semua...."

3. "pergilah jogging tiap petang buang lemak tu sikit..gemuk....(masa jumpa)"

tiba2 rasa nak nangis pulak..!!!...
tapi dia tak ada perasaan pon...
dia dah menyampah lagi meluat dekat fiz....

hadiah fiz untuk dia selama tarikh keramat tu cuma top up RM 5 je.....fiz nak jumpa dia lambat lagi dari tarikh tu sebab nak bagi something tapi dia mendesak sangat nak jumpa....hadiah apa yang dia bagi??...biarlah rahsia......
=P

fiz doakan dia dapat tukar kereta baru...sebab dia nak sangat tukar kereta...
bertambah rezeki dia...
semakin bahagia dengan orang yang tersayang....
jaga famili baik2...dia tu anak sulung...!!..
dan kurangkan merokok..!!!!!....

=P

-------------------------------------------------------------------------------------------------

lega rasanya dapat luahkan perasaan ni hah..!!...
penatkan baca???...
dah2..jangan cerita dengan orang lain pulak tau...
korang ni bukan betul sangat...kah3...
gurau je laaa....

sekarang nak fokus untuk test esok pulak..!!!













Hafiz: rindu nak jumpa mak dan abah di desa...kah3....

Tuesday, March 8, 2011

~1 cara menarik perhatian Lelaki...~

Hai semua dan salam 1 auw..auw.,auw...
penat nya hari ni..
dalam 2 minggu ni fiz ada mid-term exam...
sangat stress...
assingment berderet macam apa...
semua nak hantar dalam masa yang sama....
hurmmm...
fiz akan usahakan..yeah..!!!
fiz akan upload gambar2 nanti ea???...
jeng..jeng..jeng....

hari ni fiz nak buat entry ringkas je sebab berukbend dah nak sampai quota...hehehehehe
fiz ada baca dalam novel tau...
novel Jangan Bilang Benci...best gila...dah baca belum???...
mesti ada yang terkejut kan??..sebab lelaki baca novel.....fiz memang lain sikit....sebab fiz pon tak minat tengok atau perkembangan bola...hurmmm...
hah..siapa yang belum baca novel tu boleh beli....cerita dia ringkas je...tapi tema dia macam novel lain...benci dekat seseorang dan akhirnya jatuh cinta..semua orang boleh agak ending dia tapi tengah2 dalam cerita ni dia lari sikit apa yang kita agak......kalau tak percaya bacalah.....seronok baca novel ni....
tak ada dalam hukum agama yang kata novel hanya boleh dibaca oleh perempuan sahaja...
=)

okey2..mesti semua tergedik2 nak tahu kan??..betul tak???...
tapi cara ni lebih kepada untuk perempuan yang free hair...yang bertudung harap maaf....
bukan fiz membelakangkan agama ea.....ada yang kena jual dengan bangla nanti auw..kih3....
caranya adalah...lelaki mudah tertarik dengan perempuan yang berambut BASAH...!!!..hormon lelaki dan nafsu lelaki akan naik tiba2 bila tengok perempuan yang rambut basah...maksudnya lepas mandi jangan keringkan rambut...

kalau isteri pulak....kalau tak caya cuba dekat suami anda...
yang belum kahwin jangan mengada pulak nak menggatal....nanti ada pulak bayi bersepah dekat tong sampah tu...

tapi tak semua lelaki akan tergoda..kenapa???
sebab fiz tak tergoda pon..menyampah lagi adalah..sebab pada fiz perempuan tu macam selekeh....lepas mandi keringkan laa rambut....
tak ada personaliti langsung...
sorry girls..... =)

jadi akhir kata SELAMAT MENCUBA..!!!
=)














Hafiz: sedang menonton Muallaf untuk kali pertama..yeah..!!!

Sunday, March 6, 2011

~Maksud PPKP...~

Selamat pagi..dan salam 1 auw..auw..auw..
semalam nak update pon dah tak sempat sebab main monopoli dalam komputer kawan sampai pukul 3 pagi..!!!...
berangan sebelum tidur sampai laa pukul 3.30...
hurmmm...bukan nak study tapi boleh main2 pulak,,esok test ni...20% kalau tak silap..huhuhu..
tapi sedihnya kan..fiz orang ke-2 bankrupt dari 3 orang yang bankrupt...sedih betul..
yang 1st bankrupt lagi laa sedih kan...
tapi main yang difital ni best sikit..sebab tinggal roll dice je....
kalau yang manual...tak ke giler nak uruskan duit2 tu segala bagai kan...huhuhuhu...

dah...semalam fiz bukan ada kelas tapi ada PPKP....
apa maksud dia??...kalau tak silap fiz ea...Program Pembangunan Kemahiran/Kepimpinan Pelajar...fiz pon tak tau yang mana 1 betul...hehehehehe
tapi fiz nak bagi maksud tersirat....hehehehehehe..
PPKP adalah P=Perkara P=Paling K=Ku P=Penat...hah...!!!..betul tak???...
kih3...
memang penat gila..!!!..sumpah..!!..
penat berfikir..penat ketawa...penat menjerit..penat main..macam2 ada...kih3...
masa sem 1 tema dia Pengenalan Diri...sem 2 pulak Komunikasi.....sem 3??...tggu nanti laa ek..kih3...
nasib tak ada adegan nanges2 macam sem 1 dulu..huhuhu..
fasilitator nye ok laa..best jugak...sebab dia baik..kesian pon ada...sebab bila dia cakap kat depan macam tak ada orang nak dengar..masing2 bising..huhuhu..sabar ea cek ayu??...huhu
program tu diakhiri dengan Pantun 2 kerat..heehehehehe

hurmmmm...itulah update entri ringkas untuk anda...bajet popular pulak kan??..kah3...















Hafiz: kepala pening sebab baru bangun...huhuhuhu =P

Saturday, March 5, 2011

~Undilah Blog Fiz Ini...~

hehehehehe...
punya laa lama dah tak Blogwalking kan...
tadi jalan dekat 1 blog yang datang lawat blog fiz ni..kononnya nak balas balik ni laa kan..tiba-tiba dia kempen blog kawan dia ni hah...
fiz pon terjah laa...
rupanya BLOG FIZ PON TERCALON JUGAK...!!!
hah..
apa lagi??..
undi laaa...

hehehehehe..
nak buat banner pon dah tak sempat ni hah...
baru je tengok ni hah...
rasanya macam dah lambat nak buat kot...
huhuhuhu...
orang lain dah berpuluh undi...
yang fiz baru 5 orang je...
tapi terima kasih laa ek???....
tak sangka ada juga yang undi....
siapa yang 5 orang tu??..nak bagi gula2...kih3..

dah2...
jalankan tanggungjawab anda semua untuk mengundi fiz okey???
nak jugak menang sekali sekala...hehehehehehe
*harapan bak gunung Ledang...kih3*

ermmm..nak buat manifesto ker???...
tak perlu laa kan??...macam nak pilihan raya Perdana Menteri pulak...
nak buat contest siapa yang paling dapat ramai orang untuk fiz dapat hadiah???
tak perlu jugak kan???...macam tak ikhlas pulak...

eh..entahlaaa...
kalau rasa nak undi,,undi je laaaa....
tak ada paksaan....
PAKSAAN FIZ CUMA: teruskan singgah dekat blog fiz okey???..tu dah buat kemenangan untuk fiz...!!..yay..!!


macam mana caranya nak undi:
klik je dekat sini
fiz dekat kumpulan 1...
pon boleh klik sini









Hafiz: tengok betul2 tau...http://hafizpunyadrama.blogspot.com

Friday, March 4, 2011

~Model Jalan Chow Kit~


Hah??..
amacam??.....
letup tak???kah3...
kali pertama kalau tak silap fiz pergi Jalan Chow Kit..
tu yang nak buat kenangan ni hah...
boleh jadi model tak??...kah3..
tak boleh sebab kulit hitam??...memang pon....sebab KEPANASAN melampau dekat KL..huhuhu...
kalau tak tinggi..anda silap sebab tinggi fiz 181 agaknya..sebab dah lama tak ukur...huhuhu..
fiz tak reti ambil gambar tak senyum..
nanti asset fiz tak nampak...
apa dia???
mesti laa Lesung Pipit laa..
jarang tau laki ada lesung pipit ni..huhuhu...















Hafiz: Boleh jadi cover album arwah Sudirman punya lagu...hehehehehehe

~Album Inggeris Siti Nurhaliza~

Malam menjelma lagi u ollss diselangi dengan salam 1 auw...auw..auw
hari ni keje tidur je...sebab tak ada kelas kan..kira blas dendam jugak laa...kih3
sampai sakit2 badan ni hah keje tidur je...
ni pun fiz baru balik dari meeting untuk event yang budak2 semester 2 akan buat pada bulan april nanti...
tentang duit??..hurmm...tak usahlah cakap..memang kena keluar duit ye...huhuhu
pada yang nak masuk masscomm ni..tolonglaaa prepare duit banyak2...pesanan dari sponsor...hehehehehe

dah2...
fiz nak story morry tentang artis feveret fiz ni haa...
nak dengar tak???..
eh silap..nak baca tak??...
kena baca jugak...

macam biasa laa...siti akan keluar album kan..
cuba cakap..nak album apa siti nak buat..
etnik sudah,,balada sudah,,pop sudah,,unsur ketuhanan sudah,,
sekarang siti dengan mega nya akan melancarkan album inggeris pertama beliau pada penghujung tahun ni..amacam??..mampu??..

setakat ni dia dah rakam 6 lagu dan ada baki 4 lagi lagu belum rakam...
semua lagu hasil komposer Australia...Brian Bruno...
dah macam bruno Mars pulak kan???...ermmm..pernah terbayang tak kalau siti nyanyi lagu Grenade tu??...mesti ok agaknya kan??...huhu..
Bukan Bruno je tapi dengan Christian Alexander...semua komposer luar u ollsss...
berapa ratus ribu nak bayar tu agaknya???
Komposer ni semua pernah buat lagu untuk artis antarabangsa tau...

Album ni projek antara SNP Production dengan Wassup Entertainment(WE) ..
cuba teka siapa punya WE ni???...anak dato' k uollss...yang adib tu hah...
nampak tak permainan dyeorang ni??..
untunglaa kan??......

dah2..malas nak cerita permainan politik organisasi ni tapi mesti tak sabar nak tunggu lagu inggeris siti ni yang bertemakan pop..
katanya ala ala album Beyonce dengan Jennifer Lopez...
kenapa macam tak Lady Gaga je ek???...kih3













Hafiz: Jangan permainkan cinta....cinta adalah karma....

Thursday, March 3, 2011

~Ruangan Baru Majalah REMAJA~

Selamat malam semua dan salam 1 auw..auw..auw..
hari ni penat dan macam2 berlaku...
dengan esaimen yang beratur dan masalh peribadi yang tak ada fullstop nya..
dah2..jangan nak sedih2 pulak..kih3...

dalam tahun 2011 ni fiz minat pulak nak beli majalah REMAJA....
dulu jarang2 je tapi sekrang ni macam addict pulak...
dulu kurang sebab REMAJA ni macam tak adil sangat..banyak untuk prempuan je...
HELLO..!!..lelaki pon remaja jugak ok..
tapi dia buat macam tu sebab bukan ramai sangat lelaki nak baca majalah ni....
betul tak??....
tapi fiz tak kan??....kih3..

dah2..lari tajuk ni...
fiz nak cakap yang Remaja dah ada ruangan BLOGSPOT...!!!
hebat tak???...
heehehehehehe...
sebab tu fiz rajin nak beli...
fiz nak tengok jugak siapa yang masuk....
ramai yang fiz kenal sebab dulu rajin blogwalking...
sekarang ni hampeh sikit...
sipa yang fiz tak follow tu harap bersabar sikit ea???
cuti sem nanti fiz add okey???...

REMAJA sekrang ni semakin maju laa...
tapi ramai yang cadang runag BLOGSPOT tu jadikan dua page...
dan katanya hanya blog yang layak di mata penulis je akan di masukkan...
ramai ooo yang berlumba2 nak masuk...
nak tau macam mana caranya???...
beli laa majalah REMAJA..hehehehehehe
*dapat tak komisen ni dari REMAJA???..kih3*












Hafiz: laptop bakal di format kan sebentar lagi....!!!


Wednesday, March 2, 2011

~Iklan Lelaki Kulit Hitam...~



nampak tak iklan kat atas ni...
fiz pon tak tau nak kategorikan iklan apa...
ubat nyamuk ker???lawak ker???
tapi...entah laa...kih3.....
apa pendapat anda???..

*muzik bukan arrangement Audi Mok...kih3*

~Kejadian Aneh di Melaka~

haluuuu...
salam 1 auw..auw..auw...kih3..
dah berapa hari fiz tak update ek??...
rindu sesangat walaupun tak ada orang baca pon sebenarnya...
bukan ada orang kisah pon kan kalau fiz tak update??...hurmmm...

hari ni koko macam biasa tapi ada mid term test...
buat pidato....bayangkan hari ni midterm baru buat teks td petang beberapa jam sebelum mula koko..hurmmm..
nasib jumlah pidato 3 minit je..jadi buat pendek laa...fiz punya masa 2 minit 45 saat...
huh..berdebar..!!....
dah laa last fiz pidato tingkatan 5 tahun 2009...sekarang???...hah..!!..hambek kau....tapi fiz puas hati..!!.... =)

mesti semua tanya apa yang aneh kan??...huhuhu..
yang aneh adalah fiz dengan kawan2 dapat surat saman sebab tak tunjuk kupon kenderaan semalam dekat perkarangan Bank Islam..teka berapa???...orang Melaka mesti tau kan???....huhuhu..RM 30..kalau beli kupon RM 0.40 sen je..kih3.........sebelum tahu tu surat saman...fiz dah nak buang dah sebab ingatkan flyers orang bagi..tapi fiz pelik kenapa laa lawa sangat jadi fiz pon baca sebelum buang..rupa2 nya surat saman...kah3...terkejut semua....yang driver dah gubra nak drive balik..hurmmm....aneh tak???....cepat cakap..!!

dan fiz dah cipta sejarah tau....iaitu fiz dah naik Menara Taming Sari Melaka..!!!...
selalu keluar hari sabtu asyik penuh je sampai nak beratur pon panjang gila....tapi sebab fiz pergi hari selasa semalan....tak ada orang beratur macam hari sabtu tu...bila naik dalam 10 orang je...seronok habis laa..!!!....segala doa fiz dengan kawan2 baca..mengucap tak payah cakap laa..tak terkira bilangan nya..kah3.....

hurmmm....
itu je laa kot yang aneh untuk hari ni dan semalam..kih3..
kalau ada apa2 fiz bagi tau okey???...









Hafiz: kekenyangan makan maggi ayam...*pengsan*

Tuesday, March 1, 2011

~Purple Warna Lelaki Songsang???~

Selamat pagi semua..!!!
dan salam 1 auw..auw...auw..
hari ada 1 kelas je..rasa macam malas nak pergi..huhuhu..
lepas kelas nak pergi bandar Melaka kejap sebab nak buat kad atm bank islam yang baru...
ada ke tak boleh nak keluar duit??..kih3...
nak ikut???...jumpa disana okey???....huhuhu..

dah2....
malam tadi fiz baca majalah REMAJA...edisi 1 Mac...
sejak dua menjak ni fiz rajin pulak beli majalah remaja...sebab kenapa???
ada ruangan baru...hehehehehehe...
okayla...
baca punya baca jumpa yang dia kata warna purple adalah warna pilihan lelaki songsang...*pengsan*

menurut kajian luar negara, peribadi jejaka yang pilih warna ungu ni biasanya berbelah bagi dan melambangkan satu sifat yang bercampur baur.

Jadi munasabahlah warna ungu dikategorikan sebagai warna pilihan lelaki songsang. TETAPI ianya hanya kajian umum. Tidak semestinya lelaki yang suka warna ungu tu gay kan??..mana tau dia Bisex ker???..kah3..

hurmmm...fiz sangat risau ni...kenapa??
fiz suka kot warna purple...
macam mana ni???....
tak kan fiz pon macam kajian tu??...
nak call mak laa macam ni..kah3
tgok je laa blog fiz ni hah...tak ke ada campuran adunan purple di situ???
risau2....











Hafiz: merindui seseorang...!!!

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...