~Dafi AF dan Zul (Abby Abadi) pernah bersahabat???~

Salam 1 auw..auw..auw dan Assalamualaikum.... Kalau tak jawab dosa..kalau jawab sayang..kalau gagap gedik..kih3.... Kalau fiz buat ayat2 atas ni sebagai trademark ok tak ek???... Apa??..ada unsure-unsur ciplak??ye ke???..... Kalau macam tu tak apa laa kan… *sedih ni sambil makan aiskrim*

Dah2….tadi petang koko..seperti biasa setiap hari rabu laa kan.. Cuba teka tajuk hari ni apa??..Perancangan 2020 …. Apa yang akan fiz jadi masa umur 28 tahun nanti… Macam dah tua sangat kan??..kih3.. Tak apa masih bergetah lagi…boleh cari anak ikan masa tu..ooppsss..kih3..

Bukan tu fiz nak cakap sebenarnya…Tu mukadimah je…apa yang fiz buat untuk hari ni..Korang kena tahu jugak..kih3….Diva sangat kan??...

Hari ni fiz nak cerita tentang Zul anak ikan Abby Abadi tu dengan Dafi AF.......Fiz dah lupa laa Dafi tu AF berapa..nak jumpa Bomoh Google malas pulak….huhuhu........ Cerita nya adalah mereka berdua tu pernah duduk dekat Kolej Nadim a.k.a Jebat UiTM Melaka…Kolej ni kolej kediaman ye anak2 bukan Kolej Swasta tu ye…harap maklum..kih3

Percaya tak???....percayalaaaaaahhhhh *music background = Siti Nurhaliza* Beberapa hari yang lepas Kolej Nadim a.k.a Jebat buat Alumni.. Kumpul segala keturunan dan penghuni yang pernah bergolek dekat sini..kih3…Jadi jumpa laa senior2 otai tu kan..ada yang kerja macam2..jeles sangat..!!.....Lepas tu bukak laa cerita zaman dulu2 tu…

Dafi tu Cuma 2 minggu je dekat Kolej Jebat ni haa.....Tak tahan katanya…dulu kolej ni sangat “JANTAN” ye..jadi tahu laa kan apa yang lelaki buat..ragging sana sini….jadi dia tak tahan laa..anak dato’ laa katakan…mana tahan benda ni semua…..LEMBIK..!!!...hambek kau statement panas ni..kih3…

Yang Zul tu pulak rupanya dah lama kenal dengan Abby Abadi ni haa....Abby tu selalu datang jumpa Zul makan sama2 dekat Cafe Jebat ni haa…..Dari apa yang fiz kata tadi..dapat kita simpulkan bahawa nampak tak permainan diaorang yang diaorang dah kenal lama???..Zul anak ikan Abby ker??...Abby ada skandal ker???...

Tu yang senior fiz ceritakan laaa…Khusuk je mendengar…Jangan nak salahkan fiz pulak ea diaorang yang cakap..kih3...




Hafiz: sedang membelek novel Cinta Kepala Batu..kih3

No comments:

Blog Copyright : Hafiz Jauhari. Blog Design by Sabrina Tajudin. Powered by Blogger.