Monday, February 28, 2011

~Scha dan Awal Ashaari bakal bertunang???~

Salam 1 auw..auw..auw..
semakin hari semakin sibuk tapi gaya macam tak ada kerja je...kih3...
ntah laaaa..
fiz ni orang yang suka buat kerja last minute..hurmmm...
test td pon sangat mendebarkan ok...
kena buat Press Release dalam 1 jam..mampu???kah3...

dah2...
orang nak cerita tentnag awal ni...
*latar belakang lagu Jamal Abdillah...huhuhu*
setelah beberapa kali putus si scha tu akhirnya dah nak bertunang...
macam tak caya kan???
dengan awal lagi tu tau...
dua2 masih muda lagi kot???
cemburu??..motif laa kan...
tapi tengok mereka berdua tu sedondon laaa...
ada kimia...kih3...

katanya mereka belum cari baju lagi untuk bertunang....
tapi mereka akan bertunang dalam tahun ni juga...
baguslaa...
tunggu lama2 pon nanti putus pulak kan???...
ooppsss....

ada yang kata mereka ada masalah...
tapi dyeorang ni nafikan...
kalau ada pun tak kan nak mengaku kan??
dah2...biar kan mereka ni siap sedia nak tunang..
kita tunggu je....











Hafiz: petang yang ceria...!!! =)

Sunday, February 27, 2011

~Blogger Buat Pameran...!!!~

hai...
dah dua hari tak buat entri baru kan...
busy sangat...
busy kenapa???
sebab fiz siap sedia untuk buat pameran awal bulan 4 dekat u ni nanti...
bukan saje2 ye tapi di bawah subjek CMP 281...Communication Management...
tapi pameran terbuka untuk pelajar UiTM saja..tapi kalau nak datang,,datang je..
tak ada masalah rasanya..huhuhu

setiap kelas dapat tajuk masing2..
macam kelas fiz dapat tajuk tourism..ada yang dapat lebuhraya,,radio,,media dan banyak lagi laa
sebab ada 10 kelas kan...dalam 10 kelas di bagi 3 group kecil...ada dlm 11 orang....
jadi bayangkan betapa ramainya nanti kan???...ambik kau...!!!

jadi group fiz pilih syarikat MaTiC iaitu Malaysian Tourism Center...alaa yang ada Saloma Bistro tu....tau tak???.....jadi hari jumaat petang gerak pergi rumah kawan dan sampai malam..penat dan terus tumbang atas tilam.......pagi2 sabtu dah bertolak dan terus capture gambar di SETIAP sudut matic tu nak letak dekat booth tu laa...dan ambil pamplet SEBANYAK YANG MUNGKIN nak letak dekat booth..untuk menjimatkan kos laa...bagus tak idea fiz???..mampu???...kah3....

hari dah balik semula ke Melaka..dan esok ada mod-term test..!!!
hurmmm...bosan betul laaa...kih3

malam ni ada latihan tarian lagi..
apa??..fiz masuk tarian???....
no komen...!!!








Hafiz: dilayan sangat baik di rumah kawan....huhuhu....

Thursday, February 24, 2011

~Ranking Universiti Di Malaysia~


hai...
hari ni fiz tengah tunggu kelas seterusnay...
jalan2 dekat fb jumpa laa...
orang tangkap gambar tentang ranking u ni...
fiz pon ambil laaa...
fiz pon tak tau bila punya..kih3...
sebab teruja je nak share....kih3...
cuba laa tengok...
UiTM dalam kategori ok je??...
hurmmmm....sedih nya....huhuhuhu..
tapi apa2 pon...
perjuangan tetap diteruskan...yeah...!!!
kepada sesiapa lepasan SPM atau STPM yg nak sambung belajar tu...buat laa pilihan yang terbaik ok????....
Pesanan dari fiz laaa...kih3






Hafiz: Terima Kasih kepada semua yang pernah baca blog fiz ni... =)

Wednesday, February 23, 2011

~Pelakon Hantu Kak Limah Jadi Duta???~

kah3.....
baru jumpa gambar ni dalam fb..kah3...
tak boleh bla langsung...
siapa laa yang punya kerja ni....
tapi comel kan???
tapi tak tau laa duta apa kan...kih3

fenomena Hantu kak Limah ni sangat besar...
trademark dia yang "ce cita...ce cita???"....."kalau setuju,,angkat tangan macam saya"...."kita bakor...kita bakor"........
macam menyampah laa pulak kan...
tapi fenomena ni cukup gila laa...
sampai jumpa VC UiTM pon Kak Limah keluar....kih3....










Hafiz: malasnya nak tgggu kelas seterusnya..... =(

Tuesday, February 22, 2011

~Imam Muda Ashraf diserang...!!!~


Imam Muda diserang dengan pertanyaan =)


atas ni banner acara tadi =)



Salam 1 auw..auw..auw...
kih3...baru baik dari 1 event ni...
Minggu Aspirasi Komunikasi Islam...hembusan Ayat-Ayat Cinta....
gabungan dari 3 kelas iaitu DMC 5C,D dan E...
tadi perasmian dan slot dari kelas 5E....
dan menjemput Imam Muda Ashraf....
kalau salah eja nama maaf laa ea...kih3...
dia datang UiTM Melaka tau...
pengarah kampus fiz siap cakap yang...."Imam Muda kita ni kena pandai bezakan tentang Imam Muda dengan Artis...!!!"

apa yang diserang nya???
serang dengan soalan laa..
kata keagamaan kan..
macam Soal Ashraf tu..huhuhu
fiz pon siap tanya soalan lagi...
huhuhu..
malu laa kan fiz nak bagi tau nak tanya soalan apa..kih3...

yang pihak perempuan kecewa sebab dia bawak isteri dia sekali..
fiz tengok isteri dia cukup sempurna bagi c Imam Muda ni laa..huhuhu...
tudung labuh...
siap ada yang sanggup jadi madu ni...
fiz dengar budak2 cakap laa kan..

Imam Muda tu sebiji macam dalam tv tu..
siapa yang tengok pasti cair laaa...
yang perempuan laa..
kiranya menantu pilihan...kih3..
dah2..tak nak puji lebih2...huhuhu


fiz pon masukkan gambar 1 je laa muka dia ea...
fiz guna berukbeng je pon...huhuhu
jadi lambat laa nak upload tu....kih3...
tapi ada juga bukti dia datang kan???...









Hafiz: event yang setrusnya Erma Fatima dalam forum...fiz tak dapat datang sebab ada kelas =)

~Adakah Anda Blogger Tersebut???~

Salam 1 auw..auw..auw...
hari ni bangun lewat sebab kelas ada satu je..huhuhu
lepas tu nak pergi mengundi JPP....
macam nak undi Adun je..kih3....
lepas tu nak pergi event anjuran Semester 5...
dah tu tak tau nak buat apa....kih3....
*padahal esaimen berlambak lagi..kih3*


Hurmmmm..sekarang ni baca laa dekat bawah tu....
ciri-ciri orang yang menyayangi anda...
bila baca tu biar laa ada perasaan sikit...
jangan jiwa kental sangat..kih3




1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


kredit to: Fauzie Ishak

Monday, February 21, 2011

~Blogger Teringat Dosa Lepas...~


caption: di pantai 1 Malaysia Melaka
phographer: Masliya Binti Yahya
di edit: Hafiz Jauhari
bahan edit: photoscape je yang mampu..kih3
model: Hafiz Jauhari...(model kampung je..kah3)
tiba-tiba teringat tentang perkara yang dah lakukan lepas secara sengaja ataupun tidak..
dosa kecil mahupun dosa besar...
kita dah minta maaf dekat sesiapa yang kita buat salah??
dah minta maaf dengan ibu bapa kita??
dah minta maaf dekat kawan kita??
hurmmm...petanda kiamat pon dah dekat kan??
eh2...fiz bukan nak ceramah ea...
saja je...
nak kongsi masalah lalu..kih3..
ada kena mengena ker??..kih3
dah2...tatap je gambar dekat atas tuh..
sempat nak promosi pulak...kih3...
=P

Sunday, February 20, 2011

~Wayne Rooney Dimalukan...!!!~


Selamat Hujung Minggu dan Salam 1 auw..auw..auw...kih3
hari ni fiz buat entri awal sikit ea???..takut tak sempat..kih3
yelaa VC nak datng petang nanti....
penat semalam pon tak habis lagi...
nasib malam tadi fiz dah siapkan esaimen....
apa??..ingat masscomm tak ada esaimen ke ha???
nanti fiz tunjukkan..kih3..

ok laa...kalau perasan sejak beberapa hari i kan fiz ada buat entri pasal bola kan???
fiz x minat bola ye..harap maaf....ada yang nak bercerita macam2 dengan fiz tentang bola hari tu..kih3
ni gamba rhanya cuci mata sajo....
tapi kan gambar atas tu nampak sangt laa di edit...
buat laa real sikit...
budak yang buat ni baru belajar agaknya???..kih3













Hafiz: pening kepala ku...!!!

Saturday, February 19, 2011

~Orang Asli Masih Berbogel???~


Salam 1 auw..auw..auw...
penat giler yaa amat..!!!
baru balik dari Kampus Bandaraya Melaka sambut VC UiTM....
dari pukul 10.30 sampai laa pukul 6.00 tadi....
dapat bayangkan tak bertapa penatnya..
tapi berbaloi tau..
nak tau kenapa???
muka fiz ada dalam gambar yang untuk diserahkan dekat VC UiTM...
nak tengok??nanti tunggu kawan fiz upload dekat fb..hehehehehehe

dah2....gigih fiz update entry ringkas ni tau..
dah baca gambar atas tu??..
siapa laa yang rajin edit gambar ni....
tak de koje agaknye meke ni....(tak ada keja agaknya mereka ni)...
jadi tak loghat fiz???...

fiz pon tak tau nak cakap apa lagi..
nak siapkan esaimen laaa..
sebab esok jumpa VC lagi..
dia datang Kampus Alor Gajah pulak...
takut malam esok penat sangat pulak....huhuhu..









Hafiz: bakal update tentang sesuatu ang janggal bagi lelaki.... =)

~Christiano Ronaldo Memalukan Manchester United...~


Selamat Pagi..!dan Salam 1 auw..auw..auw..kih3
1 hari tak update rasa macam nak gila...meroyan...!!!
semalam sibuk sikit.....
ada hal + menghabiskan baca novel...
novel apa???..nanti fiz buat review okey....
tapi bukan keluaran terbaru laaaa....

Sudah...!!!
nampak tak gambar dekat atas tuh???
kali pertama fiz tengok dia menangis macam budak2 tak gula2...kah3...
ni gambar edit kot???...kalau betulkan,, ni gambar sebbelum dia pindah Real Madrid laa...
buat malu je nak nangis...
dah2....
hilang kejantanan tu....
auw..auw...auw....huhhuhu..








Hafiz: sedang bersiap-siap untuk pergi ke Kampus Bandaraya Melaka..Vice Canselor nak buat lawatan..... =)

Thursday, February 17, 2011

~Lelaki Bogel...~


Salam 1 auw..auw..auw...
hehehehe..pantas tak fiz update entri hari ni???
baru balik kelas...
nak tidur tapi tak elok kan petang2 ni nak tidur....
nanti gila bayang u ollss...kih3...

dah2...
amcam dengan gambar dekat atas tu??,..
dah baca???
cute je kan???
nasib lelaki kartun je..
kalau betul???
tak ke bahaya???
boleh naik nafsu serakah..kah3...
kawal laa nafsu tu sikit..kih3...






Hafiz: ermmm..esok tak ada kelas..nak buat apa ek??..

Wednesday, February 16, 2011

~Dafi AF dan Zul (Abby Abadi) pernah bersahabat???~

Salam 1 auw..auw..auw dan Assalamualaikum.... Kalau tak jawab dosa..kalau jawab sayang..kalau gagap gedik..kih3.... Kalau fiz buat ayat2 atas ni sebagai trademark ok tak ek???... Apa??..ada unsure-unsur ciplak??ye ke???..... Kalau macam tu tak apa laa kan… *sedih ni sambil makan aiskrim*

Dah2….tadi petang koko..seperti biasa setiap hari rabu laa kan.. Cuba teka tajuk hari ni apa??..Perancangan 2020 …. Apa yang akan fiz jadi masa umur 28 tahun nanti… Macam dah tua sangat kan??..kih3.. Tak apa masih bergetah lagi…boleh cari anak ikan masa tu..ooppsss..kih3..

Bukan tu fiz nak cakap sebenarnya…Tu mukadimah je…apa yang fiz buat untuk hari ni..Korang kena tahu jugak..kih3….Diva sangat kan??...

Hari ni fiz nak cerita tentang Zul anak ikan Abby Abadi tu dengan Dafi AF.......Fiz dah lupa laa Dafi tu AF berapa..nak jumpa Bomoh Google malas pulak….huhuhu........ Cerita nya adalah mereka berdua tu pernah duduk dekat Kolej Nadim a.k.a Jebat UiTM Melaka…Kolej ni kolej kediaman ye anak2 bukan Kolej Swasta tu ye…harap maklum..kih3

Percaya tak???....percayalaaaaaahhhhh *music background = Siti Nurhaliza* Beberapa hari yang lepas Kolej Nadim a.k.a Jebat buat Alumni.. Kumpul segala keturunan dan penghuni yang pernah bergolek dekat sini..kih3…Jadi jumpa laa senior2 otai tu kan..ada yang kerja macam2..jeles sangat..!!.....Lepas tu bukak laa cerita zaman dulu2 tu…

Dafi tu Cuma 2 minggu je dekat Kolej Jebat ni haa.....Tak tahan katanya…dulu kolej ni sangat “JANTAN” ye..jadi tahu laa kan apa yang lelaki buat..ragging sana sini….jadi dia tak tahan laa..anak dato’ laa katakan…mana tahan benda ni semua…..LEMBIK..!!!...hambek kau statement panas ni..kih3…

Yang Zul tu pulak rupanya dah lama kenal dengan Abby Abadi ni haa....Abby tu selalu datang jumpa Zul makan sama2 dekat Cafe Jebat ni haa…..Dari apa yang fiz kata tadi..dapat kita simpulkan bahawa nampak tak permainan diaorang yang diaorang dah kenal lama???..Zul anak ikan Abby ker??...Abby ada skandal ker???...

Tu yang senior fiz ceritakan laaa…Khusuk je mendengar…Jangan nak salahkan fiz pulak ea diaorang yang cakap..kih3...




Hafiz: sedang membelek novel Cinta Kepala Batu..kih3

Tuesday, February 15, 2011

~REVIEW: KFC Pocketfull~

Salam 1 auw..auw..auw.. dan Assalamualaikum...
Kalau tak jawab dosa,,kalau jawab sayang,,kalau gagap nak jawab gedik.....kih3...
alim sikit laa hari ni....
Maulidur Rasul kan???kih3...

sebenarnya gigih update entri ni...
baru balik dari Alor Gajah...
buat apa???
makan KFC Pocketfull...alaaa yang terbaru tuh.....

komen fiz adalah tak rugi beli dan mencuba...!!!
biasanya kalau kita tengok dekat surat khabar,, gambar punya laa seksi dan sedap belaka + besar pulak tuh.....tapi hari ni menjadi kenyataan....
tabik dekat KFC....sebab besar dan mengenyangkan..!!!

sebelum beli ingatkan kecik,,,jadi fiz beli laa set X MEAL yang ada pocketfull,,kentang dengan ayam seketul....bila bukak bekas Pocketfull tu....memang boleh fullkan perut anda..!!!..fiz tak sempat nak abeskan ayam tu...memang kenyang...jadi siapa yang nak merasa je..beli yang ala carte je laa ea??....jangan tamak macam fiz..kih3

PERINGATAN: bila makan tu letak sos..!!!...sebab baru terasa kesedapannya...kalau tak caya cubalah.......

dah kekenyangan pergi Muzium Alor Gajah....
RM 1.oo je kot untuk dewasa.....
murah sangat...
siapa yang dekat Melaka tu pergi laaa.....


Hafiz: dekat U tak ada perarakan Maulidur Rasul jadi pergi merayap laaa..kih3

Monday, February 14, 2011

~Mulan Jameela Hamil???~

hai...
selamat malam semua..!!!
esok sambutan Maulidur Rasul..rasa sayup je kan malam ni??..bagi yang beriman laa kan....
ada yang sambut Valentine ker???...kalau ada laa kan jangan lupa pakai kondom....bersepah nanti bayi dekat tong sampah..kih3...

dah2...
fiz bukan nak berceramah..
nanti ada yang kata fiz hipokrit pulak kan??
lagi pon dah lama kita tak berbual tentnag artis kan???

fiz buat entri tentang katanya Mulan Jameela dah hamil...!!!
siapa bapanya???...haruslaa Ahmad Dhani u ollsss....
tapi belum mengaku lagi....
lebih hebat nya bekas isteri Ahmad Dhani dah tahu lama....

sumber lebih dipercayai bila ada orang jumpa Mulan dengan Dhani dekat Singapura bershopping sakan....tapi Mulan pakai jilbab dengan baju labuh..
nak sembunyikan perut laa katakan...

mereka nak buat pengumuman pada bulan April katanya..
sebab Mulan nak melancarkan album baru dia....
nak buat gimik laa tu....
letup tak???













Hafiz: ada cerita tentang Dafi AF dan Skandal Abby Abadi bakal menyusul...!!!

Saturday, February 12, 2011

~Muslihat di Sebalik Tarikh Aneh~

semalam malam u ollss....
fiz nak update entry ringkas setelah berkilometer fiz update semalam..
baca tak semalam??
penat ni menaip..hurmmmm..

dah2...
hari ni kita cuba satu game..
nak??
kita cuba try test ea??....kih3

Tahun ini mempunyai 4 tanggal dan tarikh aneh: 1-1-11, 11-1-11, 1-11-11, 11-11-11. Kita lihat kebesaran Allah..

Sekarang cuba ini: Ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran anda, dicampur dengan umur anda tahun ini hasilnya pasti =111... Keagungan ciptaan Allah swt... =)





*pendek beno fiz update kan??..kih3*






Hafiz: amacam??percaya tak???

Friday, February 11, 2011

~ Bang Bang Boom ~

kebabom..!!!
hah...
ni entri tengah marah...
nak tahu kenapa???
fiz ditipu dan memalukan diri fiz..!!!

class representative ( macam ketua kelas laa ) mengenakan fiz...
nak tahu tak situasi macam mana??
ehem2...
fiz cerita dari mula ok???
baca sampai habis....

Situasi A:
Nak susun tarikh untuk hantar proposal...tapi lecturer tak bagi nombor fon jadi mintak dan pujuk rayu laa dengan class rep..akhirnya dapat.....(situasi dah lama)

Situasi B:
Pensyarah tak ada dalam bilik dia ..fiz nak hantar proposal tadi pagi..jadi guna fon kawan sebab pensyarah guna nombor Celcom dan fiz pulak pengguna tegar Maxis..kih3....

Dengan bangga call laa Sir...

Hafiz: Hello Sir,,saya Hafiz dari DMC 2K..sir ada dekat mana ek??...nak hantar proposal CMP ( Communication Manager )....

Sir : Hah??...proposal??...CMP???...

Hafiz: Yelaa..kan kena hantar dalam minggu ni jugak??

Sir : Saya tak tau pon??

Hafiz: Sir tak tau??

Sir : Yelaa...saya ni Sir Fahmi laa...

Hafiz: Sir Fahmi??..erk??..Sorry...Thank You Sir...(terus tutup fon)

lepas tutup fon...Sir yang sebenarnya lalu belakang fiz dengan cakap : Kenapa ketawa sampai bising ni hah??..bertambah ketawa fiz n the gang.....gila malu kot...!!!

Fiz sebenarnya nak jumpa Sir Fakhrul bukan Sir Fahmi...!!!
Sir Fahmi tu pensyarah BEL ( English )...
Ni semua SALAH CLASS REP...!!!!


Situasi C:
pukul 2.30 petang tadi..kelas BEL dengan Sir Fahmi...(perbualan ni dilakukan dalam English dan di Google Translatekan oleh Fiz..kah3)...

Sir : Lepas bagi salam terus je cakap..Hafiz..awak ok???..kenapa dengan tadi??..

Hafiz: Alaa Sir ni....tak sengaja tadi.....ada orang sabotaj dengan bagi salah nombor...class rep kesayangan sir laaa..sakit hati betul laa...

Sir : Owh...i see....

Hafiz: Sir lupakan je laa perkara tadi ea??..anggap je tak pernah berlaku...sorry ea Sir??....

Sir : Hurmmm....ok2..( Senyum menggoda..kah3 )


Akhirnya..masalah dapat diatasi..kih3
geram betul laa..
habis Class rep kena marah dengan fiz..kih3

untuk pengetahuan anda semua..
pensyarah fiz ni menjadi kegilaan ramai gadis2 dan LELAKI2 semua....
ensem..adorable..sweet..comel..suka buat lawak...cukup laa semua..apa orang2 tua cakap...pakej kan??..hah..!!..macam tu laaa..kih3

Memang bohong laa siapa yang kata2 fiz ni bohong...
dia tak bagi tau pon fb dia...
sebab dia tak kan approve pelajar dia dan orang yang tak dikenali...
tapi atas usaha keras..akhirnya jumpa juga fb dia...kih3.....YES..!!!
tapi paling seronok jumpa blog dia....
dia paling hebat dalam PAINT...kalau tak percaya tengok laa...

tapi dengan dukacitanya....Sir Fahmi sudah bertunang...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!....
melepas semua orang....hurmmmm..
tapi ada watak antagonis yang berkata

Gadis: "Baru bertunang je kot??...orang dah kahwin pon boleh bercerai kan??"

Lelaki: "Bertunang dengan perempuan??....kita tengok nanti...."

Nampak tak penangan Sir fiz ni???
fiz pon dah penat nak puji lebih2 Sir ni..
bukan dapat komisien pon...
Nuffnang pon belum tentu nak bagi duit..kih3

jadi..apa tunggu lagi..serang laa blog sir fiz ni di http://hushdragons.blogspot.com/








Hafiz: katanya ada orang nak promosi blog fiz nanti....hurmm....tunggu je laa ek??..kih3

~Telenovela HPD Episod 3~

sangat merindui 2 orang senior saya...!!!
seorang kos masscomm dan seorang kos office management....
seorang sambung degree seorang dah graduate...
hurmmmm....



tapi sedih....
2 orang tu dah tak layan fiz lagi...
sebab...
fiz ni banyak kekurangan yang memalukan mereka...
mereka MALU dengan fiz..!!hari2 ngintai dekat fb mereka berdua ni...(kalau on9 laa..kih3)
kenapa??
sebab fiz sayang mereka berdua ini..!!....
bukan sebagai kekasih laaa...
ish kamu ni....







Hafiz: malam tadi pergi auditon pengacara majlis dan crew untuk event Youth Media Carnival di Dataran Pahlawan Melaka.. =)

Wednesday, February 9, 2011

~kenapa PEHA anda besar??~

hai..!!!
semalam dah marah2 jadi hari ni kita enjoy sikit..kih3...
bayangkan sampai semalam ada orang post dekat FB tentang post semalam..
hebat betul penangan nya..kih3...

dah2..
hari ni fiz nak buat entri pendek je....
sebab semakin hari semakin banyak kerja nya....
huhuhu....

baiklah..
kenapa PEHA anda besar???
tau tak??

sebab:
adakah anda gemar makan ROTI PUTIH??..alaa roti yg buat sarapan tuh selalu??..kenapa kan???...sebab roti tu adalah makanan yang paling senang nak di "hancurkan" oleh badan dan semua vitamin,,fibre dan segala kebaikan akan turun ke peha anda...

cara mengatasi:
hentikan pengambilan roti putih...dan gantikan dengan roti lain laa...mcm Roti jagung...Roti oat..Roti kismis..kan banyak raoti dekat pasaran kan??..sebab tu laa orang sakit digalakkan makan roti macam ni berbanding makan roti putih tu...

hah..!!
tak paham jugak??
cari laa majalah Remaja keluran Februari..kih3~








Hafiz: kusut...!!!...kih3

Tuesday, February 8, 2011

~Menyampah Blogger ini.~

Selamat pagi semua..!!!
maaf laa dah dua hari tak update entri....
tapi fiz masih mengikuti perkembangan terkini blog juga..huhu

di sebabkan dah 2 hari tak update..
fiz nak update tentang tak puas hati sikit ea...
sebelum tu fiz nak fiz nak cakap yang..
INI HANYA PENDAPAT FIZ SAHAJA...

baiklah...
fiz tau semua orang nak promosikan blog diaorang kan??
terutama yg baru2 laa kan..
nak dpatkan follower...nak dapatkan traffic...nak dapatkan BE nuffnang....
yang blogger lama pon sma je tak nak kalah...
tapi kena laa jaga maruah juga...
bukan gadai2 badan ya??...kih3...
tapi sekurang2 nya tak perlu nak mencapub(MENcari PUBlisiti) sangat...
sebab nanti orang boleh menyampah tahu tak???
ada laa seorang hamba Tuhan ni...sibuk post 24 jam dekat page berkaitan blog 24 jam...
HELLO...!!!...macam page tu untuk anda seorang sahaja kan??...
macam kita ikut perkembangan dia pulak...
baik buat page sendiri laa der...
tu page untuk semua orang...
ingat laa sikit..
yg buat page tu pon tak menonjol lebih2...
sampai ada orang ingst tu page dia...
melampau...

dah2...
malas nak cerita lagi tentang blogger tak sedar diri ni...
nanti ada yang marah fiz pulak...
hurmmmm...
maaf laa ye kalau anda yg terasa...
fiz pon nak ingatkan dekat diri fiz jugak...
alamak..
ada gaya penceramah bebas tak??..kih3







Hafiz: PENDAPAT tidak dapat ditafsir sebagai betul atau salah..kerana itu adalah Hak milik setiap insan =)

Saturday, February 5, 2011

~Payung Samurai~

haluu..
fiz baru balik dari jemputan kahwin dekat Muar...
penat giler wey..!!!
tempat sedara kan..a.k.a kampung abah..huhuhu..
paling kelakar sekali..disebabkan kelam kabut nak pergi sampai lupa nak bawak DSLR...membazir je + dpt bayangkan tak satu kereta ada 6 orang dan semua bukan budak2 tp semua dah dewasa..tak ke maut tu namanye??..kih3..

dah2...
jangan nak bebel...kih3
kita tengok gambar ni haa...
taraaaa..




hah??amcam??\nak beli tak??kih3..
katanya ada jual dekat malaysia..
fiz tak tau pulak kebenarannya dgn harga Rm 35.00..
murah jugak kan dgn pelbagai fungsi kan???

macam ni kurang laa peragut dekat malaysia ni..
sebab ramai yg mati..kih3..







Hafiz: esok pukul 7.30 pagi balik U...macam bersarang je nanti blog ni..kih3

Friday, February 4, 2011

~Sukan Paling Lucah Di Dunia~

hah...
tadi tengah sedap2 on9 fb..
ada sorang classmate fiz share dekat wall dia pasal sukan ni..
fiz pon tak pernah sangka kewujudan sukan ni...
pelik cara mainan dia..
tapi lebih kuranng macam football a.k.a ragbi...

dah namanya lucah mestilah perempuan SAHAJA yang mainkan nya kan...
bila dah tengok video ni..
jgn mimpi basah sudah laa ek??..kih3
yang perempuan sanggup ke main sukan ni??..kih3...

dan taraaaaaaaa...



dah tengok??
amacam??
puas hati??
nafsu jgn terangkat pula..kih3..
yg perempuan..sabar je laa..
ni dekat luar negara....

nasib tak ada dekat Olimpik kan??
mesti ni acara utama..kih3..


ini entri 18sx..!!!
kepada yg bawah umur sila dptkan bimbingan kaunseling
=)






Hafiz: teringat nak diet..kih3

~Papan Tanda Mencarut~

haluu..
malam ni mood tak baik sangat laa..
sebab penat sgt laa..
huhu..
esok nak pergi MUAR...
ada walimatulurus sedara...
dan hari ahad balik u....
cuti dah nak abis..hurmmm

malam ni fiz update entri ringkas je ok??
kih3...
dah2..
jom tgok..
taraaaaaaaaaaa...



amacam??
ada ke nama macam tu ha??
tak pernah dengar pulak kan??kih3
gambar ni sempena Tahun Baru Cina..kih3









Hafiz: ada cadangan tak fiz nak update apa??=P

Thursday, February 3, 2011

Free Backlink @ Budak Nakal Blogspot

Free Backlink @ Budak Nakal Blogspot: "
ImageShack, share photos, pictures, free image hosting, free video hosting, image hosting, video hosting, photo image hosting site, video hosting site


Hai all..hari ini koz ada berita baik untuk korang...Bagi sesiapa yang blognya memiliki trafik yang rendah korang harus mendengar apa yang koz ingin sampaikan.Dalam beberapa minggu ini,trafik blog budak nakal ini mengalami peningkatan trafik yang mendadak,boleh di kata 3X tinggi dari biasa...Jadi hari ini koz dengan rendah dirinya ingin berkongsi dengan korang cara mendapatkan trafik melalui backlink.



Backlink merupakan saluran lalu lintas untuk menghubungkan sesebuah blog dengan sesebuah blog lain.Fungsinya ia secara langsung akan memberi keuntungan dari semua pihak yang berkongsi backlink.Backlink adalah sebuah script link yang disusun dengan alamat sesuatu web atau blog yang dipasangkan ke dalam sesuatu status tertentu. Backlink juga memiliki manfaat untuk menaikkan page rank kita di dalam suatu mesin pencarian seperti Google, Yahoo, dan lain-lain.



Backlink juga boleh di gambarkan seperti jaringan internet yang memiliki jaringan labah-labah yang terbentuk oleh benang-benang yang di perbuat oleh labah-labah,semakin besar atau luas jaringan yang di bina,semakin banyak mangsa yang di prolehi.Begitu juga dengan backlink,semakin banyak cabang yang di perolehi,semakin banyak trafik yang boleh di kongsi.


Tak salah kalau korang mencuba kerana ia tidak membawa apa-apa kerugian , tetapi jika ia berjaya korang juga akan mendapat keuntungannya...Jika ingin megetahui sama ada web atau blog korang mendapat backlink korang boleh semak pada nuffnang analytic korang ,tak pun pada bahagian Stats blog korang.



Cara-cara untuk mendapatkan backlink korang hanya perlu klick pada button di bawah,ambil satu sahaja dan pilih warna yang korang berkenan.









' />













' />













' />





Di sini juga koz akan listkan URL web atau blog yang telah memiliki trafik...

Semoga Memiliki Trafik Yang Luar Biasa^ ^...

Sumber:

Budak Nakal Blogspot
"

~Gambar Sempena Valentines Day...~


*seksi...auw2*


hai2...
tadi dah cerita tentang kesedihan kan...
sekarang kita tukar pulak ea??..
kih3...

kita tgok gambar pulak..
tajuk entri tu bukan bermksod fiz raikan ea...
ada yg kena tembak ni kang...kah3...

dan saksikan perempuan seksi..!!
taraaaaaaa..



amacam??menggoda tak buah tembikai dia??
jgn tengok makcek tuh...
tembak baru tau..

pelik kan tembikai nye??
MANIS tak???..auw2...
=P








Hafiz: bakal mecabut bulu....................bulu ayam kampung laa..kih3

~Perginya Insan yang bernama Bob Wilson~

Selamat Tahun Baru Cina untuk yg menyambutnya ye...
semalam tak sempat nk update entri baru sebab malam tadi fiz dapat berita sedih..

tengah hari ni fiz nak update sikit atau Belasungkawa arwah...
sedih pon ada...

Siapa Bob Wilson??
bukan artis antarabangsa tapi seorang pensyarah..
arwah orang Amerika...
beliau mengajar writing...
suka sgt cerita tentang kehidupan dia...
hah..sebelum terlupa..beliau lecutrer dekat Felda English Language Centre ( FELC )..
fiz tergolong dlm Batch 22...
fiz amek kursus bi mase tggu result SPM dulu....

feveret dia adalah Mc Donald..pagi,,petang,,malam mkn tu je...
dan mestilah rokok Malboro...huhu...
kelakar bila kelas dia...bila dia mengajar macam dalam kelambu...kih3...
kawan sebelah sempat lukis2 lagi nk elak ngantuk..huhu..

kenangan lain bila fiz n the gang dlm group EMU ( ada kem Bi )..nyanyi lagu My Mother...
dye sebak sgt sebab dia teringat dekat mak dia di Amerika...
macam2 lg laa..huhu..

tapi dia dah tak ada sekarang ni...
akibat sakit paru2 dgn buah pingang katenyer...
Selamat Tinggal Mr Bob atau Mohd Daniel Wilson Bin Abdullah...


ni je gambar yg fiz dapat jumpe dan tayangkan...
*ada fiz sekali tuh..hurmm*



untuk dapatkan feel dan sebabkan dia lecturer Bi..
dengar laa lagu ni...
khas tok Mr.Bob,,Pelajar FELC 22nd Batch and all of u...



ilmu mu sentiasa di dalam hati
jasamu di kenang..

*crying*







Hafiz: korunk tolong laa stop smoking ea??=(

Wednesday, February 2, 2011

~Rumah Pelik???~

Selamat Pagi semua..!!!
pagi ni fiz nak buat entri ringkas je untuk semua...
cuci2 mata bila bangon pagi kan...
taik mata pon bersepah lagi..
mulut pon berbau ....
rambut lagi laa kusut masai..kah3...
sebelum nak melabur di bilik penghadaman..kita tengok gambar ni dulu..kah3

dan taraaaaaaa...


amacam??
pening tak tengok rumah ni???kah3..
susah jugak nak paham...
tapi kalau budak2 boleh laa nk main masak2...kih3
=P

Tuesday, February 1, 2011

~Akim Kurang Hajar ???~

sebelum mula fiz nak pantun 2 kerat sikit..kih3
dengar tau...ehem2..

Muka cantik tanpa gigi,
Fiz nak buat entri lagi...
=D

amacam??
boleh pergi tak pantun kanak2 19 tahun ni??kih3

dah2...
mesti semua dah tak saba nak dgr kan??
Akim yang popular dgn lagu Inilah Cinta katanya buat perangai dekat Brunei Darussalam tu..
apa kes??
betul ke kan??



Dia kata dia terkejut jugak sebab dah lama tak buat persembahan kat sana dan macam mana boleh jadi isu kan??..
tentang tak boleh buat persembahan dekat Brunei tu,,dia kata dia tak dapat surat apa2 pon..

Jadi di kesempatan yang ada dia minta maaf kalau ada buat salah....tak kira sesama artis ataupun peminat... =)

Kesimpulan fiz...adakah isu remeh ni di buat sempena promosi single dia yang terbaru yg berjudul JANJI??...lagu dia tu boleh tahan sedap..kih3....kalau nak promosi pon guna laa cara yang lain..dah BASI..!!








Hafiz: batuk dah menular semula =P

~ Cerita Lucah~

tadi on9 facebook
dan fiz menjumpai..
taraaa


When a wife pregnant, all her female friends rub her tummy & say congratulations! But nobody rubs his husband's balls and says good job. :D





Hafiz: gatalnya mereka ni..kih3

~Rahsia Bulan Kelahiran~

hai2...
dah lama tak buat entri pagi kan???
macam kelakar pulak..kih3
kali ni fiz buat entri motivasi sikit..
alaaa macam motivasi pagi dekat tv3 tu laaa..kih3..
fiz cuma sampaikan kajian YB Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah...

disebabkan fiz lahir 24 Disember 1992..
so fiz try laa buat kan...
boleh di katakan semua yg dia cakap tu betul...
hak masing2 laa nak percaya ke tak kan??
huhuhu..

jd cubalah di facebook...huhu
http://apps.facebook.com/rahsiabulanlahir/











Hafiz: kusut...!!..

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...