Thursday, December 16, 2010

~9 Jenis Anak Syaiton..!!!~

Hari nk cerita tentang Agama pula..
tapi secara ringan..sebb sebelum ni da cerita tentang hiburan kan??
nak cerita tentang personal..tak ada apa yg nak di cerita kan sebab cuti sem nii duduk rumah ja..kih3...

bila tengok tajuk ari ni..terus teringat tentang cerita lama yang ada dialog:

Pelakon:....bla..bla..bla..bla....syaitOn la bodoh..!!!!~

hah??
ingat tak??
cerita apa tu??
teka laaa..kih3...

jom kita tengok anak2 syaitan ea???

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun :

- Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan

membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin :

- Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan :

- Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga

terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf :

- Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab

malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah :

- Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam

dalam keseronokan dan glamour.

6. Masuud :

- Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari

kata-kata mulut.

7. Daasim : (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)

- Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar

berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri

hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan :

- Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat

kita yang lain.

9. Lakhuus :

- Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari. Dan ada tambahan satu lagi..............

*10. Isetan.{ syaitan paling popular tika nih }

Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi terdapat di sekitar Lembah klang, singapore, Beijing &.....

Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival jualan

Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupa yang lakinya dah tunggu

kat kereta. sampai tertidor...sabar ye para suami2.......heheheheheeeeee..


macam ni ke rupa syaitan ek??





Hafiz: Anak Syaiton yang ke berapa selalu menemani anda???kih3




3 comments:

  1. Hahahaha...
    Awal-awal baca mmg TERpaku jap lah..
    Tapi yang last tu mmg takleh blah kan ???
    tetiba jer kua nama pasaraya tuu... ayOhaaaiiii..

    ReplyDelete
  2. ~kah3...~
    ~yg last tuh x d jangke pon..kih3~

    ReplyDelete
  3. ahhahahah yg last tu cam trpikir2 lapan kali...kakakakakak =)

    ReplyDelete

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...